CORETAN TERBARU NADH

Part 16: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sunah kecewa. Malam berganti siang. Ady hilang sekelip mata. Dengan siapa? Sihat ke tak? Selamat tak lelaki itu? Semua dia tak tahu. Hati tak pernah segundah ini. Jiwa meronta ingin ke lapor saja ke balai. Namun, housematenya tegas menghalang. Sesalannya tak berkesudahan. Ady hilang. Jiwanya turut hilang.

Beberapa hari dia berkurung dalam bilik. Berteleku di tikar sejadah. Bermohon agar jiwanya dikembalikan. Dia teramat risau. Risau akan lelaki itu. Semua membuatkan dia terfikir. Mungkinkah ini petanda yang Ady dan dia tak mungkin bersatu. Mungkin tiada jodoh antara mereka.

“Sunah, jomlah makan. You lama dah terperap ni,” Tasha memujuk lagi dan lagi. seharian kawannya akan berkurung. Makan pula Cuma sedikit. Itupun sekali sehari. Payah benar melihat segaris senyuman. Benarlah kata orang cinta bisa membunuh jiwa.

“Betul Sunah. Akak dah masak spaggeti carbonara lagi. Jomlah sayang. Kita makan ye?” Suara Deqdeq meruntun hati. Air mata jatuh setitis. Lantas Sunah menyekanya. Dia tak boleh terus lemah begini. Dia perlu tunjukkan dirinya yang kuat agar semuanya takkan risau tentang diri dia lagi. Sunah bingkas bangun.

“Jom makan. Seronoknya ada housemate yang baik macam ni,” Ketawanya girang. Sunah tekad menyembunyi rasa kehilangan yang amat daripada mereka. Meskipun sukar, dia mahu kelihatan kuat. Dia percaya Ady tak suka melihat dia terus lemah.

‘Ady, awak kena balik dengan selamat. Promise me!’ ujarnya dalam hati. Ketiganya makan dengan gembira. Setiap suap diselang-seli dengan tawa gembira. Hatinya telah ditanamkan benih bahagia. Dia tak mahu terus bergelumang rasa sedih. Ady pasti akan kembali. Dia yakin sekali!

Xxxxx

Zaquan hanya memandang pelik. Ady terlalu diam. Dia terpaksa mengikut jejak lelaki itu. Ke mana saja Ady pergi. Entah mengapa persahabatan yang terjalin secara tiba-tiba mampu mengikatnya seperti ini.

“Ady!”
“Awat?” Ady menoleh.
“Apasal kau menung jauh bro?”
“Aku ingat kita kena balik esok. Lama dah aku menghilang. Kau jugak. Tak ada siapa risaukan kau ke?” Ady menguis pasir di depannya. Deruan pantai menenangkan hatinya. Pantai itu tempat mereka berteduh. Walaupun sunyi, dia tak berasa gentar. Mereka berdua. Lelaki pulak tu. Takkan takut dengan semua ni.

“Aku? Aku sebatang kara bro. Aku membesar di rumah anak-anak lelaki. Aku dah lama hidup sendirian macam ni. Kau pulak? Ada yang risau ke?”
“Ada. Aku pun risau akan dia jugak. Entah kenapa aku pilih untuk lari. Padahal aku patut jadi penjaga dia,” Ady mengeluh. Sikapnya kadang mengecewakan diri sendiri.

“Bro, kau kena ingat. Kau dalam bahaya, bukan dia. Kalau kau dekat dengan dia, dengan dia sekali terjebak. Bahaya bro. macam nilah, esok kita balik. Masa tu kita buat report. Dua orang tu takkan dapat ganggu korang lagi,” Zaquan bersungguh.
“Tapi aku…”Ady serba salah. Reputasi Sunah harus difikirkan. Dia tak mahu kisah mereka terbongkar. Lebih teruk lagi kontroversi akan tercetus. Semuanya demi maruah Sunah. Dia takut.

“Jangan risau bro. Aku yakin jalan ni je mampu selamatkan korang berdua. Tentang gosip, lama-lama berita ini akan terkubur juga. Orang akan jadi bosan cerita benda sama kan?” 

Zaquan seolah memahami hati Ady. Dalam diam dia mengagumi cinta Ady terhadap gadis itu. Dia masih belum mengenali siapa wanita di hati Ady.
“Kenapa kau begitu yakin Zaq?"
“Sebab mulut orang. Lama mana pun akan berhenti jugak. Tapi dengan syarat kau dan dia kena terima. Kau kata dia model kan. Maknanya dia public figure. So, nak tak nak dia kena berdepan dengan situasi macam ni. Baik negatif atau positif. Sebab tu aku lebih suka jadi rakyat biasa,” Jawapan Zaquan mengundang tawa Ady.
“Apasal kau gelak?” Dia tak puas hati. Ady sudah menekan-nekan perut sambil gelak besar.
“Kenapa weh?”
“Kau buat lawak. Adoi sakit perut aku kau tahu?” Ady sambung gelak. 

Sudahnya Zaquan mendiamkan diri. Dia malas hendak melayan ketawa Ady. Dalam hatinya bersyukur kerana setelah bermalam-malam Ady murung. Malam terakhir di sini barulah dia nampak sinar kebahagiaan. Dia cemburu dengan Ady sebenarnya.


Nota Iffah: Sampai sini dulu. Penat perah otak. Lama sangat cerita ni dituntut. Tapi tak jugak gerak. Ni adalah sikit buah tangan untuk mereka yang masih mengikuti cerita ini. Harap terhibur.

12 comments:

Nong Andy said...

aku pun dah beku ni iffah... tolong....!

mas saari said...

lama dah tunggu sambungan novelog ni... akhirnya! heheheee

Sunah Sakura said...

tak ramai baca sebab yang baru2 ni tak baca yang sebelum2 ni..dan da terlalu lama gap antara part dulu dengan part sekarang..sebab tu kot no~

fRaMe+LenSeS said...

nak spag cabonara. eheheh :D

reenapple said...

ohooo.. tak habis lagi eh?? hehehe.

t aku baca yg awal3 eh.. =)

Diyana Norman said...

err..losss.. x ikot dari mula.. huhu

folow u dear...

Gen2Merah said...

seronok membacanya

cik Kartun said...

perah otak..???
perah jgn tak perah..!
btw.. suke bace dear ;)

Cik Pulau said...

ai pun dah blur..
apa ea part last tu..
hadoii.. kena baca balik ke ni..huuu~

Nur Zulaikha said...

bnyknye idea akk..huhuhuh

kiera'sakura said...

akak dok pegun kt kusi nie baca dari chapter 1-16... hihihihi

cepat sambung~~~~~ pdan muka mat dgn ben... hihihi

MR & MRS MAKMUM said...

nk tau sambungan nya

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers