CORETAN TERBARU NADH

Part 11: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sunah menuju ke lift. Tasha ketinggalan.
"Sunah tunggu," Jerit Tasha. Kelam kabut jadinya.
"Lambatlah you ni," Sunah membebel. Hatinya dah tak keruan. Penyesalan amat dalam. Gusar memikirkan Ady. Suara Deqdeq bermain di fikiran.
"Jom, sampai dah," Sunah tarik tangan Tasha. Terlanggar seseorang.
"Sorry, kami nak cepat," Sunah berkata tanpa memandang.
"Eh Sunah, Tasha kamu nak ke mana  ni? Kelam kabut nampak," Kak Mastura jiran mereka menyapa.
"Kak Masz, kami terlewat. Nanti kami cerita," Kak Masz tak puas hati.
"Kenapa? Ada apa ni? Sampai nak cakap dengan akak pun tak nak," Rajuknya.
"Kak nanti Tasha cerita. Kami ada problem besar," Lambaian mereka meninggalkan Mastura sendirian. Pelik.
"Tasha thanks," Tasha senyum. Matanya meliar mencari kelibat Ady. Namun tak kelihatan. 
"Tasha kenapa you tercegat kat sini. Jom naik kereta. Kita pergi sekarang," Sunah beria. Tak sabar lagaknya. Mereka menaiki kereta. Tasha menelefon Deqdeq tapi tak berjawab. Dalam hati Sunah tak henti berdoa demi Ady.
xxxxx
"Sayang dengar tak saya cakap ni?" Cik Epal baling bantal. Maknya menggeleng. Lantas ke dapur.
"Apa dia? Abang tak dengar," Cik Ali Cik Mat berpaling. Rupa isterinya dah kerut seribu. Macam awan mendung. Tak lama nak hujan.
"Dah, jangan nak buat muka sememeh. Sayang cakap apa tadi? Abang betul-betul tak dengar," Risau.
"Ah abang ni selalu lupa saya bila buat kerja. Saya cakap pasal Sunah. Adik ipar abang tu," Cik Epal berdiri di sebelah meja yang secara tak rasminya menjadi meja kerja Cikali. 
"Hah kenapa dengan Sunah? Ada dia telefon?" Cikali masih lagi menatap netbooknya.
"Abang! Geramnya. Pandang saya dulu boleh?" Cik Epal mencubit lengan suaminya. Sebal.
"Ala sayang sakitlah. Okey-okey. Sekarang cakap dengan abang kenapa tiba-tiba cakap pasal Sunah?" Cikali memandang dengan pandangan redup. 
"Sunah tu, dari hari tu muram je. Ni kita balik rumah mak dia tak ikut. Telefon pun tak. Saya risaulah," Cik Epal gundah.
"Sayang, Sunah kan dah besar. Lagipun dia study lagi kan. Mana nak kerja, nak study lagi. Tu busy tu," Cikali cuba mententeramkan hati isterinya.
"Abang ni. Baca paper tak tadi? Ni tengok ni gambar Sunah!" Geram dengan suaminya. Macam tak kisah langsung dengan satu-satunya adik iparnya.
"Eh Sunah. Abang baca bahagaian penting je. Apa cerita ni?" Cikali membaca tajuk cerita.
"Model muslimah dilamun cinta," Cikali tergelak. Cik Epal mencubit lengan suaminya lagi sekali.
"Apa gelak-gelak? Orang serius ni!" Cikali mengaduh sakit. Kali ni lagi pedih.
"Kelakar pulak. Kita pun tak tahu Sunah ada buah hati. Paparazzi manalah pandai buat cerita ni," Cikali masih tersenyum.
"Abang, rasanya betul berita ni," Cikali laju memandang isterinya.
"Biar betul sayang? Sunah bercinta? Abang tak percayalah," Cikali berminat untuk tahu.
"Iya, masa bercuti hari tu asyik termenung. Kalah saya yang rindu abang," Cikali sengih.
"Rindu abang ye? Tak apalah kalau betul. Yang awak risau sangat kenapa?" Cik Epal geram. Suaminya suka sangat menyakat. Tapi walaupun tak romantik tetap dalam hati ada taman.
"Abang! Saya malaslah cakap dengan abang lagi. Baik tolong mak masak," Cik Epal dah berpaling. Tangannya ditarik.
"Sayang ni, asyik merajuk je. Manja tau," Cik Epal tarik tangan dan menuju ke dapur. Sakit hatinya.
"Sayang, masak sedap-sedap okey," Kedengaran tawa Cikali. 'Benci tau' Desis hati si isteri.
xxxxx
"Ni apasal monyok semacam?" Mak dah mula bersoal. Kalah paparazzi.
"Tak adalah mak. Menantu mak tu suka menyakat. Orang serius pun dia masih bergurau," Mak gelak.
"Ala macam kamu tak biasa. Dulu masa nak kahwin kamu juga yang cakap dia baik. Suka bergurau," Alia memulangkan paku buah keras.
"Eh mak ni. Janganlah ungkit hal dulu. Malulah," Tersipu sudah.
"Mak cakap benda betul. Dah kamu jangan nak merajuk lama sangat. Tolong mak siang ikan ni. Ayah kamu beli pagi tadi. Katanya menantu teringin nak makan terubuk bakar," Cik Epal menggaru kepala.
"Mak, apa ni? Tak ada kerja lain ke? Orang mana reti siang ikan. Masak tahulah," Mak ketawa lepas.
"Itulah tengok adik kamu. Minat masak dari dulu. Kamu mak suruh ke dapur malas. Sibuk dengan study. Habis selama duduk berdua kat sana tak masak ke?" Alia pelik. Risau tentang anak sulungnya.
"Alah mak. Kat sana orang suruh suami orang buat. Takpun beli isi ikan je," Mak menjegilkan matanya.
"Suruh suami? Kamu ni malukan mak je. Ada pulak tak pandai suruh orang. Belajarlah," Mak mula memberi ceramah. Cik Epal hanya tesenyum mendengar ceramah rumah tangga percuma.
"Mak bukan apa. Kalau kamu tak jaga perut dia baik-baik. Gigit jarilah kamu kalau dia terjumpa orang lain," Tersentap hatinya.
"Mak kenapa cakap macam tu? Macam doakan saya bermadu pulak," Sedih hatinya. Alia hanya menggeleng. Anaknya sensitif sungguh. Sama juga halnya dengan Hasunah. Dua kali lima.
"Mak cakap benda betul. Mak sayangkan kamu. Sebab tu mak nasihat. Perut suami tu kena ikat. Barulah dia tak cari lain. Faham? Dah biar mak siang. Nanti kamu belajar menyiang dengan menantu mak tu," Cik Epal hanya termangu. Dia masih memikirkan nasihat emaknya.

ps: Baru aku perasan. Dulu taip pendek je. Tulisan besar pulak. Apalah. Teruk benar. Sekarang panjang sikit. Harap korang suka. Pelakon yang lain dah tak ingat. Lama tinggal novelog ni kan=P

5 comments:

Cahaya gembira said...

watak cik epal n cik ali..
sweet jugak..haha

Sunah Sakura said...

mmmmmmm~~~~ cepat2 sambung... mana abg ady pegi? :p

Cik Pulau said...

wohooo... sambung2..
mana abg ady yang hilang tu?

aliarosli said...

:)

Kira Sakura said...

eh Ady btol2 eksiden ke?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers