CORETAN TERBARU NADH

Part 7: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Oh abang Cik Ali Cik Mat!" Jeritan Sunah membuatkan Cikali terpinga-pinga. 'Kenapalah adik ipar aku ni yang jemput'
"Abang kenapa lambat? Penat ceq tunggu," Senyuman manis diberikan.
"Mana akak hang?" Cikali tak sabar.
"Akak tak datang. Ceq wakil," Serentak itu muka abng iparnya berubah. Drastik!
"Ala abang ni. Adik dia datang okey apa? Jom belanja ceq makan dulu," Sunah beriya. Dia tahu abang ipanya bermuram durja.
"Sunah tak makan lagi eh? Tak apalah abang teman. Abang tak lapar," Cikali muram. 'Mana cik Epal ku sayang ni' Desis hatinya.
"Okey tapi abang bayar tau. Jom masuk restoran ni abang," Sunah menarik beg beroda. Gembira hatinya. Terus lupa tentang teman tapi mesranya itu.
"Alamak tak ada tempat duduk. Ramainya," Cikali meliar.
"Abang jom duduk kat sana," Sunah menonong laju. Cikali hairan. Ada seorang perempuan bersendirian di meja itu.
"Cepatlah abang oi," Sunah duduk tersengih.
Cikali melajukan langkah. Hatinya berdebar. 'Mimpikah aku?'
"Sayang," Cikali laju. Dia kenal perempuan itu. Sunah sudah beredar memberi ruang. Dia pergi memesan makanan di kaunter. Restoran itu bukan restoran layan diri tapi dia suka hati buat macam rumah sendiri.
"Apa sayang-sayang?" Cikali tersentak. 'Marah lagi.
"Dahlah merajuk. Tak keruan hati abang ni. Bini lari hidup sunyi kat negara orang,"
"Bini abang tak tahan. Dah nikah tapi macam bujang," Geram.
"Ala abang ada kerja. Bukan saja-saja," Pujuk lagi.
"Ala kerja lagi penting dari saya kan?"
"Ada pulak. Tak penting. Awak lagi penting sayang oi. Ni saya fly cepat sebab tak boleh kehilangan awak," Cikali senyum.
"Yalah nanti busy kerja lagi. Lepas tu saya dah malas layan awak masa tu," Si isteri merungut.
"Saya janji tak buat lagi. Senyum sikit sayang," Tersenyum.
"Ehem-ehem. Abang jangan buat drama. Jom makan," Sunah suka enterframe.
"Sunah, jangan cakapmacam tu dengan abang ipar," Sunah sengih. Cikali memegang tangan isterinya penuh rasa sayang.
xxxxx
Cik Epal membuat keputusan untuk balik ke rumah bonda dan ayahanda. Namun Sunah bertegas tak mahu mengikuti mereka. Dia mahu pulang ke apartmentnya.
"Betul tak nak ikut kami?" Cikali cuba memujuk lagi. Risau dengan adik iparnya yang sugul semacam. Semalam bukan main ceria di KLIA.
"Betulah Cik Ali Cik Mat. Ceq lama cuti ni. Kang lecturer bising pulak," Cikali memandang isterinya. Cik Epal hanya menggeleng.
"Kalau macam tu tak apalah. Kami beransur dulu. Jangan nakal-nakal." Cikali gelak mendengar pesanan isterinya.
"Ada akak ni. Nakal apanya?" Tersentuh hatinya. Kakaknya sudah berubah mood.
"Okey kak. Saya menurut perintah," Sengih.
Kedua-duanya berlalu menaiki teksi. Itu je yang senang. Lagipun Malaysia hanya persinggahan. Mereka tak perlukan kenderaan.
xxxxx
Sunah bosan setelah kakaknya pergi. Dia mengambil keputusan untuk window shopping di Mid Valley Megamall. Kenapa dia pilih mall ini dia tiada jawapan.
"Bosan." Sunah merungut. Tangannya pantas membelek-belek blouse. Cantik tapi harga? Boleh tahan.
"Eh itu bukan model ke?" Sunah terdengar. Dia hanya senyum. Bukan sombong cuma moodnya ke laut. Lagipun dia bukan terkenal. Dia hanya model pakaian muslimah. 
'Berapa kerat manusia yang mengikuti perkembangan feseyen sebegini? Hanya segelintir. Itupun tak cukup syarat menutup aurat.' Sunah membebel dalam hati.
"Sunah, wait!" Sunah baru ingin melangkah ke dalam lift. 'Siapa pulak panggil' Desisnya.
"Hah lama I cari. Lama menghilang," Paparazzi Mat bertanya.
"Oh I pergi bercuti. Kenapa cari I?" Sunah sengaja bertanya seolah tak tahu apa-apa. Padahal paparazzi nilah yang mengejar dia dan Ady beberapa hari lepas.
"Eh Cik Sunah takkan lupa kot. Sorang je?" Paparazzi Ben bertanya pula.
"Eh tak nampak saya dengan kawan-kawan ni. Okeylah you all. Dah lewat ni. I nak solat," Sunah cuba melarikan diri dari mereka.
"Kejap Sunah. Takkan nak balik dah. Baru pukul 1. Awak nak solat apa?" Sengih.
"Solat Zohorlah. Kan dah nak masuk waktu." Sunah geram.
"Oh ya kami nak bertanya sedikit soalan lepas tu awak nak pergi mana pun tak apa Cik Sunah," Paparazzi Mat pula mencuba nasib.
"Awak berdua ni suka melengahkan solat ke?" Sunah geram. Terkedu masing-masing.
"Jangan asyik dengan berita sensasi. Solat tu tiang agama. By the way, kalau saya ada masa kita akan jumpa lagi. Time tu nak tanya seratus soalan pun saya tak kisah," Sunah tekan butang lift. Paparazzi Ben dan Mat diam seribu bahasa.
Pelakon:
SUNAH
ADY Part ni dia tak ada tapi ingatan Sunah pada dia masih ada. Gedik nak tag.

Baca yang ni dulu baru faham okey?

4 comments:

AdyBudika said...

errr..ade lagi eh??? hadoi..ahahah.. tapi susunan ayat yang bagus... leh wat novel

Sunah Sakura said...

:)

aliarosli said...

hahhahhaha, kene sound sudah

Kira Sakura said...

pdan muka paparazzi tue...hihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers