CORETAN TERBARU NADH

Part 13: I'm nothing without you

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Untuk part sebelumnya klik di widget sebelah kanan anda. Ini adalah karya kolaborasi kami sebagai jiran =)

“Abang!!!” Geram Amani.

“Sorry, Amani dah lebih. Abang dah tak mahu terikat dengan Amani walau sebagai abang sekalipun. Ini kali terakhir kita jumpa. Lepas ni abang hantar pergi hospital. Balik cari jalan sendiri,” Shahir tekad. Perempuan ini terlalu dimanjakan.

Amani sedih mendengar. Hatinya lagi sakit berbanding luka dikepalanya. Sungguh dia tak boleh terima. Namun, tangisan ditahan atas sebab ego memuncak. Shahir benar-benar marah. Sakit hatinya dengan perbuatan melampaui batasan agama adiknya sendiri. Malah perbuatan itu tidak juga sesuai untuk adik 
beradik kandung sekalipun. Kecewanya dengan sikap Amani.

“Terlalu murahkah harga maruah seorang wanita?” Getus hatinya.

Xxxxx

Doktor, tolong!” Uncle Rasyid penuh mengharap. Hatinya masih tak keruan. Saat isterinya diusung ke dalam bilik kecemasan. Dipalingkan wajah melihat anak tirinya.

“Adilla, maaf uncle…”
“Uncle tak salah. Ila tak pernah salahkan uncle. Ila nak mama sihat. Ila yang buat mama jadi macam ni kan uncle? Teruknya anak mama ni. Mama sorang pun tak boleh jaga,” Tubir matanya bergenang. Rasyid memandang sayu.
“Papa…er uncle tahu Ila tak sengaja. Uncle tahu mama takkan salahkan anak kesayangan dia ni. Janganlah sedih. Sebaiknya kita berdoa semoga mama Ila kuat. Semoga umurnya panjang, semoga dia sihat dan tak ada yang serius,” Adilla menangis. Terharu dengan kesungguhan Rasyid.

‘Kenapalah dia begitu buta menilai cinta mereka. Tak layakkah mamanya bertemu bahagia?’
 Dia kecewa dengan dirinya sendiri. Cinta sememangnya tak kira siapa.

Xxxxx

Shahir termangu dalam kereta. Kelibat Amani sudah tidak kelihatan. Ikutkan hatinya mahu saja dia meninggalkan Amani di tempat accident. Namun dia masih punya hati. Dia sangat berharap Amani akan berubah.

Telefon berbunyi mengejutkannya.
“Hello assalamualaikum,”
“Ya saya Shahir,”
“Ada apa ya?”
“Hah betul ke?”
“Macam mana jadi macam ni?”
“Baiklah, saya datang sekarang,”

Talian dimatikan. Shahir segera keluar dari kereta dan menuju ke dalam. Rasa prihatinnya membuak-buak.

Xxxxx

“Beb, lama tak nampak kawan kau tu?” Iskandar mengelap peluh.
“Biasalah dia. Sibuk mengalahkan menteri,”
“Apasal menteri dikaitkan?”
“Entah, aku main tibai je,” Zaki ketawa. Dia pun biasa dengar orang kata.
“Aku dengar Amani accident. Betul ke?”
“Aku tak dengar cerita pun?”
“Betul, si Aslam bagitau tadi. Dia kan nurse kat wad kecemasan tu,”
“Amani yang gedik tu ke?”
“Aahlah. Shahir punya adik tu,”
“So teruk ke?” Zaki concern.
“Tak sangat. Yang aku hairannya. Dia kata dia nampak Shahir kat situ,”
“Mamat tu buat apa kat situ?”
“Entah. Tu aku pelik. Takkan melawat kot?” 

Masing-masing berpandangan sesama sendiri. mereka mula mengesyakki sesuatu. Segera didail nombor Shahir. Mereka memang prihatin kadangkala terlebih sehingga nampak seperti busybody.

"Amacam dapat?" Iskandar tak sabar.
"Tak," 

Keduanya hampa. Shahir terlalu misteri hinggakan sukar untuk kawan baiknya sendiri memahami sikapnya.

"Kau rasa mana si Shahir menghilang ye?" Zaki memecah sunyi.
"Entah. Aku buntu. Shahir terlalu..err terlalu..."
"Terlalu apa?"
"Terlalu banyak rahsia.Sampaikan kita yang berkawan lama tak cukup memahaminya,"
"Entahlah. Lain orang lain caranya. Tapi sebab misteri tu ramai terpikat kan?" Ketawa kecil. 

"Kalau terpikat je buat apa? Bukan kenyang pun,"
"Memang tak kenyang. Tapi seronok apa ramai suka?"
"Tak adalah. Kau je rasa macam tu. Shahir tak. Buktinya dia still setia pada yang satu walaupun tiada di sini,"
"Susah cari lelaki begitu setia macam dia. Aku memang tabik," 

Keduanya tersenyum. Teringat kisah dulu. Kisah lama yang sangat bermakna.

Nota Iffah: Maaf, aku paksakan otak memerah idea. Walau ditegah boboi. Aku tetap karang untuk korang. Jiran silalah sambung=)

Ps: Dia tamak.

13 comments:

sergeant keroro said...

nak panjang lagi

Ku Azhar said...

waaaa..terkebil2 mataku...pandainye menulis!!! :)

inilza zain said...

wahh.. siap ada kolabrasi novel lg..

Cik Pulau said...

sian amani...erkk

Niena Pengembara Ilahi said...

Shahir tu, muka dia cam penyanyi x?

fRaMe+LenSeS said...

wowww.. jiran da buat cerita rupanya. hihihi. sat2.. nak tenangkan pikiran sat.. :P

Nong Andy said...

wah iffah! Hasil yg di 'perah-perah' tidak mengecewakan :)

*Aku selalu kecewa!

YNA said...

hebat :)

berpinar mata baca :)

aimie amalina said...

heeee
nilah keje budk ni smp x tido ye semlm
hehhehee

MerLe said...

hebat!
lama x perah otak...teruja jap bile baca

Naniey TJ said...

oooo...rpenye cerpen ad 2 pnulis ye... mmmm.... bgs2.... ad kelainan pd 2 org yg b'beza... satu gaya santai... satu lgi gaya yg agk brt... (lbh krg aq le) hikhikhik... nice job...

Sunah Sakura said...

aduh..ape berlaku sebelum ni? adoii...lama tak baca... T_T

kiera'sakura said...

mane tau blh buku kan novel dgn jiran iffah tue.. ;)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers