CORETAN TERBARU NADH

Part 2: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Saudara tak apa-apa?" Gadis sopan berbaju kurung menyapa Ady. Ady hanya geleng. Dia pantas menyorokkan tangannya yang berdarah. Ady bangun perlahan. Gadis itu serba salah lagaknya.

"Saya okey, lagipun bukan awak yang buat saya jatuh, kan? Ady menjawab tenang. Dia rimas dengan kehadiran gadis itu. Hatinya masih bengkak. Sunah yang dikenalinya setahun yang lalu memang seorang yang terburu-buru. Tapi sikap itulah membuat hatinya tertambat. Bagi Ady, itulah keunikan Sunah di matanya.

"Saudara nak saya hantarkan ke klinik. Tangan luka tu. Nanti berjangkit kuman." Pujuk gadis itu. Ady malas layan. Dia terus berjalan laju. Tapi langkahnya terhenti.

"Awak!!!" Gadis itu menjerit sambil berlari. Ady mngeluh perlahan. 'Malang nasib aku hari ni.' detik hatinya.

"Awak nak apa lagi? Saya kan kata saya okey je," Ady berjalan tanpa hiraukan gadis itu.

"Saya tak kira naik kereta saya jom. Saya hantar pergi klinik berdekatan. Lepas tu awak nak pergi manapun awak pergilah," Pujuknya lagi. Ady naik rimas. Terlampau prihatin rakyat Malaysia sekarang ni. Dia mengangguk perlahan.

"Macam tulah. Tunggu sini saya ambil kereta sekejap," Arahnya. Ady duduk perlahan di bangku kosong. Dia melihat tangannya. Sakitnya tak sesakit ditinggalkan buah hati sendiri. 

Memang mereka ada hubungan. Tapi mereka lebih kepada teman tapi mesra. Tiada istilah couple dalam hidup dia dan Sunah. Tambahan kerjaya Sunah membuatkan mereka jarang berjumpa. Ady bekerja di pejabat penyiaran dan di balik tabir. Tetapi Sunah adalah model muslimah yang hangat di pasaran. Kerjaya Sunah membataskan perhubungan mereka. Ada saja paparazzi datang mengganggu. 

"Jom awak." Jeritan dari sebuah kereta. Ady berpaling. Dia terkejut tapi dia berlagak seperti biasa. Ady melangkah masuk ke dalam kereta idamannya iaitu BMW 5 Series 2011.

"Nama siapa ye?" Gadis itu bertanya setelah memulakan perjalanannya. Ady masih terpegun dengan kereta tersebut.

"Awak,dengar tak ni? Saya tanya nama awak apa?" Ulang Azeya.

"A..Ady," Jawab Ady. Dia senyap kembali. Malas berbual. Sakitnya masih terasa.

"Oh Ady, nama penuh?" Tanya lagi. Ady senyap. Matanya ditutup lekas.

"By the way, nama saya Azeya. Panggil Az," Ujar Azeya tanpa ditanya. Dia toleh ke sebelah. Nyata Ady sudah terlena. Dia hanya tersenyum. Jambang Ady membuatkan dia tertanya berapakah umur lelaki ini.

Ps: Cukup untuk petang ni. Bila nak sambung? Tunggu. Oh ya, pelakon perempuan ramai dari lelaki. Macam mana ni? Klik sini untuk part 1

Post by,

Miss Ran 

7 comments:

Sunah Sakura said...

nape tulisan makin kecik kat bawah tu sayang? hehehe

Unknown said...

la..kurang la..







P/S :: MR ble lagik.:)

Unknown said...

@sunah Mohammad :; sebb ady dh tido waktu azeya ckp..hahahaha

Unknown said...

e die ni laju je..jap2 nk betolkan

~..Lesung Batu..~ said...

hahahah~ comel..

aliarosli said...

:)

Kira Sakura said...

Azeya mesra alam sungguh..hihihihi

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers