CORETAN TERBARU NADH

Part 1: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sunah tercungap-cungap lagi dari paparazzi yang asyik mengekornya. Dia hairan bagaimana cerita sensasinya diketahui paparazzi ben dan mat. Dua paparazzi ni memang bahaya. Silap hari bulan habis kariernya sebagai model muslimah berjaya. Dalam hati Sunah mengomel sendirian. Dia marahkan Ady. Sudahnya dia yang kena kejar.

Ady pun satu, orang kata jangan datang tempat umum dia datang jugak.

"Selamat gambar tak sempat snap." Sunah mengelap peluh. Kakinya melecet.

"Ouch sakit" Jerit Sunah. Dia duduk sebentar di bangku taman. Tangannya leka membelek kakinya yang sakit. 

"Dah pakai stokin pun melecet jugak" rungut Sunah.

"Siapa suruh pakai kasut tumit tinggi lepas tu berlari macam tak cukup tanah," sinis nadanya. Sunah berpaling.

"Ya Allah!!!" terkejut beruk Sunah melihat jejaka di depannya. Jejaka itu tersenyum sinis. Misai, jambang menutup bibirnya. Sunah nampak dia tersenyum melalui mata jejaka itu sebab semakin sepet.

"Sunah..." Jejaka itu tahu namanya. Sunah gabra. Lantas dia mengeluarkan penyembur pemedih mata. Tapi gelangnya tesekat.

"Sunah awak nak buat apa? Ni abanglah," Jejaka itu kemudiannya takut. Di buka topi perlahan. Sunah kenal suara itu. Abang Ady!

"Abang ni kan, kenapa suka buat orang terkejut!" Marah Sunah. 

"La abang kenalah menyamar. Sunah jugak suruh abang menyamar macam ni. Rimas tau tak pakai jambang. Geli!" Rungut si Ady pula. Sunah tersengih.

"Kenapa abang nak jumpa Sunah ni?" tanya Sunah serius.

"Mak abang, dia buat hal," Sunah kaget. Mak abang? Apakah?

"Kenapa dengan mak abang? Nak kahwin lagi satu ke?" Sunah sengih. 

"Sunah ni, abang seriuslah," Ady berdiri menyandar di pokok bersebelahan kerusi yang diduduki Sunah. 

Sunah tersenyum kecil 'Garang si Ady ni' Dia menolog sambil tunggu Ady berbicara.

"Mak abang, nak carikan abang pasangan..." belum habis Ady berbicara Sunah menyampuk.

"Mak abang apa? Ala abang pujuklah mak abang tu. Kata Sunah nak belajar bagi habis dulu. Ala Sunah kan muda lagi," Sunah memberi alasan panjang lebar.

"Eh Sunah abang belum habis cakap lagilah," Ady serba salah. Sunah dah membebel panjang.

"Sunah tak kira. Kalau abang tak cakap dengan mak abang..." Sunah senyap seketika.

"Abang carilah lain!" Sunah membuka kasutnya dan terus berlalu pergi.

Ady mengurut dada. Kepalanya pusing. "Apalagi si Sunah ni"

Ady berlari mendapatkan Sunah namun kakinya tersadung. Tangannya berdarah. Sunah tak sedar dan terus bejalan tanpa toleh belakang lagi.

Para pelakon:
Hero aka Ady
Heroin aka Sunah
PAPARAZI BEN aka Sifu BEN
PAPARAZI MAT aka Sifu Mat

ps: Part 2 akan menyusul kemudian.
Post by,
Miss Ran 

6 comments:

Sunah Mohammad said...

hahahaha! teruskan, teruskan!!! kelakar sungguh!

Cik Eyka said...

hahahahahha!!!!!
serius kelakar doo..teruskn semangat anda!!chayokk!!

cik pulau said...

wahaa... nanti anta manuskrip kat kaki novel..
mesti boleh terbit ni..
cik pulau org pertama beli novel ni nanti.. lalala~

ir prof dr alia rosli said...

nak maraton bace cerpen akq :P

sambil nak naikkan balik nama kat top pengomen tue

kiera'sakura said...

baru nk mula membaca, kena mula dari bwh kang x phm cite..hihihi

moral of the story jgn menyampuk time org tgh ckp :)

MR & MRS MAKMUM said...

best rupanya....br ari nie ada masa jelajah blog nk baca semua cerpen

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers