CORETAN TERBARU NADH

Part 10: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Sunah, kenapa terperap je?" Tasha pelik. Tiada jawapan.
"Deq, you tahu kenapa Sunah? Dari pagi I duduk depan TV dia tak keluar-keluar pun. Ni dah pukul 1. Takkan tak lapar?" Tasha concern.
"Entahlah Tasha. Pagi tadi ada jugak aku ketuk. Dia kata dia nak bersendirian. Jadi aku senyap jelah," Deqdeq duduk. Cerita kegemarannya sudah start ditayangkan.
"Deq, you tak risau ke?" Tasha tak puas hati.
"Sha, listen. You tahukan perangai keras kepala Sunah? Kita tak boleh buat apa melainkan..." Deqdeq senyap seketika.
"Melainkan apa? Deq you ada plan ke?" Tasha mengerutkan dahi. Seolah menterjemah riak muka Deqdeq.
Mereka ketawa.
xxxxx
"Aduh sakitnya perut," Sunah kesakitan. Mana taknya dari malam semalam dia tak menjamah sedikit pun makanan. Baik dia niat puasa tadi.
"Tak boleh, diorang tak boleh tengok muka aku macam ni," Sunah terus berbaring. Menahan sakit.
"Mak, nak balik," Suara serak seperti ingin menangis. Sunah tahan. Egonya masih ada. Malu sungguh kalau dia keluar dengan keadaan matanya sembab. Semalaman dia tak boleh tidur memikirkan Ady. Dia tahu dia bersalah. Tapi Ady sedikit pun tak respon call dan mesejnya. Dia bengang.
"Ady!" Jerit Sunah. Tangisan menderu kembali. Akhirnya dia ketiduran bersama kesan air mata di pipi.
xxxxx
"Deq macam mana rancangan kau?" Tasha tak sabar. Sudah pukul 5 petang. Sunah masih berkurung. Dia mulai risau. Sunah bukan sihat sangat. Dia ada gastrik.
"Dah, sekarang Ady tunggu kat bawah. I nak you ketuk pintu dia kuat-kuat. Pastikan muka you cemas tau," Deqdeq serius.
"Okey, Deq you nak sembunyi kat mana?" Tasha pelik. Pakaian Deqdwq umpama si paparazzi.
"I tunggu kat bawah. Dekat area scene kita," Kedua-dua senyum. Deq deq menghantar isyarat kepada Ady supaya bersedia.
"Okey Sha. Mulakan bila aku bagi isyarat. Best of luck!" Deqdeq keluar. Tasha pula yang berdebar.
"Mati aku kalau tak jadi," Tasha kumpul semangat. Tarik dan hembus nafas buat kesekian kalinya. Risau!
xxxxx
"Mulakan!" Deqdeq telefon. Terus letak.
"Kedekut kredit punya budak," Tasha mengomel. Sedia, mula!
"Hello? Hah you biar betul Deq? Bukan Ady kan?" Sengaja dia kuatkan suara. Betul-betul depan pintu bilik Sunah.
"Deq, you jangan main-main. Ni soal hidup mati Sunah. Aku nak cakap apa?" Tasha menguatkan lagi suara. Dia mula mengeluarkan air mata wanitanya.
"Deq, kalau betullah you cakap. I beritahu Sunah sekarang. Ya I tahu. I pun sedih. You tunggu sana. Nanti I datang. Okey bye," Habis je Tasha berpura-pura telefon. Sunah tercegat di depan pintu. Matanya sembab sangat.
"Beritahu apa? Tasha tell me!" Tasha menunduk. Sedaya mengumpul kudrat. Ni je yang dia boleh bantu.
"Sun, sabar sun," Tasha terhenti seketika. Rasa tak sampai hati.
"Apa dia Sha? You cakap dengan I. Deq cakap apa tadi? Pasal Ady kan? Apa jadi? Tolong beritahu I Sha. Tolonglah. I merayu. Apa jadi kat Ady?" Sunah terduduk. Tangisan hiba keluar dari Sunah. Hati yang keras berjaya dileburkan. Tasha simpati.
"Sun, janganlah macam ni. Jom kita bersiap. Kita pergi hospital. Nanti you akan tahu sendiri," Tasha cuba membangunkan Sunah yang nampak tak bermaya.
"Sun, please. Bangun. You nak jumpa Ady kan? I takut tak sempat..." Sunah menangis lagi. Sesalan yang sangat mendalam. Kalaulah dia maafkan Ady...
'Sunah! Bangun. Ady mesti tak nak tengok kau lembik macam ni' Getus hatinya. Sunah terasa kelat di kerongkongnya. Sepatah kata tak keluar dari mulutnya. Hanya pergerakan yang mampu dia lakukan. Perlahan Sunah bangun.
"You tunggu. I siap," Sunah masuk ke dalam. Lemah.
"Maafkan I Sunah. Maafkan I," Disekanya air mata palsu. Hatinya sebak. Begitu tingginya nilai cinta yang terpendam. Hanya kerana tak mahu ikutkan rasa cinta. Sunah memendam. Menanti saat dia menjadi hak Ady sepenuhnya. 'Mulianya hatimu Sunah'

Ps: Sunah, entry kamu berkesan kat otak. Cuma tak ingat siapa punya. Haha okey ni hadiah untuk entry tu. Esok macam nak jumpa Sunah. Tapi siapa nak drive? Haha=P

3 comments:

Sunah Sakura said...

ouhhh... lepas ni ape pulak yang akan terjadi eks~ huhuhu...

erkkk... u la drive~ lalala~

aliarosli said...

nak nangis gak boley?

Kira Sakura said...

sedihnye... T_T

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers