CORETAN TERBARU NADH

Part 7: I'm nothing without you

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Oit menung jauh nampak," Zaki menghulurkan air tin cincau ke arah muka Shahir.

"Mana ada. Pakcik tu macam mana? Okey?" Shahir mengelap permukaan tin. Risau ada kencing tikus pula.

"Okey dah. Kejap lagi dia keluar. Family pakcik tu datang nanti," Shahir menggangguk.

"Shah, sambung cerita kita tadi. Yang kat rumah tadi," Kata-kata membuatkan dia tersedak.

"Sorry bro," Zaki rasa bersalah. Ditepuknya belakang kawannya.

"Aku ingat nak tutup buku cerita tu,"

"Eh mana boleh. Kau sahabat aku. Jadi aku kena ambil berat pasal kau bro," Shahir tersenyum kelat. Sebolehnya dia tak mahu bercerita kepada sesiapa.

"Nantilah aku cerita. Jom balik. Pakcik tu pun dah ada yang nak jemput kan?" Shahir mengelak. Zaki seakan memahami. Dia berjalan menuju ke kereta milik Shahir. Keretanya tak rosak teruk. Hanya lampu signal pecah.

xxxxx
"Kereta kau tu nanti aku bayarkan gantirugi," Shahir memecah sunyi.

"Tak payahlah. Bukan salah kau pun,"

"Ala kau datang jumpa aku. Dah tu budak main melintas je. Takkan nak salahkan budak tu pulak?" Shahir tak berpuas hati.

"Aku tak salahkan sesiapa bro. Benda nak jadi. Pakcik tu pun alhamdulillah sihat," Zaki tersenyum sendiri. Teringat perbualan dengan pakcik itu.

"Kalau macam tu kata kau. Aku ikut jelah," Shahir mengalah. Dia tahu rakannya ada sesuatu rencna di minda. Akhirnya kedua-duanya memilih untuk membisu sepanjang perjalanan.

xxxxx

"Walau raga kita terpisah jauh namun hati kita selalu dekat..." Ringtone menjerit minta diangkat. Dengan malas Adilla menekan button hijau.

"Ya waalaikumsalam. Hah mak kenapa call malam-malam macam ni?" Adilla menggeliat. Lega rasanya berehat setelah penat bekerja seharian.

"Kamu tu senyap je. Tak nak balik rumah ke? Rumah mak ni bukan jauh mana pun," Puan Rozita mula membebel. Memang dia tak setuju anaknya menyewa di luar. Rumah mereka cukup besar untuk mereka 3 beranak.

"Mak, orang banyak kerja. Nanti orang baliklah ye," Dia tak selesa bila diajukan soalan itu. Kehadiran orang baru membuatkan dia tak selesa sangat.

"Ni mak telefon nak bagitau. Uncle Rasyid kemalangan tadi. Mujur tak ada apa," Adilla panas telinga. Lagi-lagi Uncle Rasyid. Sejak emaknya berkahwin lagi. Dia tak betah tinggal di rumahnya.

"Oh ye? Baguslah uncle tak apa-apa," Jawab dengan malas.

"Adilla, sampai bila Ila nak macam ni. Ila tahu kan mak macam mana. Ila dah besar baru dapat mak fikirkan untuk diri sendiri. Sampai bila Ila nak jauhkan diri dari uncle?" Sebak di dada.

"Ila bukan tak suka uncle. Cuma mak bagilah Ila masa. Ila belum dapat terima," Adilla turut sebak. Terkenangkan arwah ayahnya semula.

"Mak ni siapa nak jaga? Ayah Ila lama dah tak ada. Mak bukan robot. Mak ada hati dan perasaan jugak Ila," Tangisan menderu.

"Mak selalu fikir pasal mak je. Hati Ila? Mak sikitpun tak ambil tahu. Yang mak tahu nak Ila belajar, kerja. Mak sikit pun tak tahu apa yang ada kat hati Ila ni!" Talian dimatikan. Adilla menangis teresak-esak. Dia begitu rindukan kasih sayang mak dan ayahnya. Rindu sekali.

xxxxx

"Assalamualaikum," Shahir mengumpul kudrat menelefon seseorang. Sudah lama dia cuba memberanikan diri untuk saat ini.

"Waalaikumsalam," Adilla menjawab malas.

"Adilla, ermm," Shahir terhenti kata. Adilla terperasan sesuatu. Suara itu sangat dia rindui. Sejak kejadian dia direject. Sebulan mereka tak bersua. Tak mendengar suara. Tiada khabar berita. Tiba-tiba lelaki itu muncul semuala. Adakah untuk menjilat semula ludah yang di ludahi dulu?

"Shahir kan?" Adilla tetap berani seperti masa dulu. Sentiasa yakin.

"Aa..aah. Mana awak tahu?" Shahir sungguh gusar. Ini semua atas permintaan Zaki. Adilla terdiam.

"Erm kita keluar. Saya ada hal nak bincang dengan awak, Adilla," Adilla terkejut. Kuasa apa entah merasuknya. Dia berkata setuju tanpa disedari. Hati makin tak keruan tertanya-tanya apakah sebab lelaki pujaannya ingin berjumpa. Yang penting irama dup dap setia mengiringinya sehingga terlena.
xxxxx
ps: Okey jiran ku Nadh. Silalah sambung pulak. Wah berpeluh buat ni. Pendek sebab idea kering. Patut publish semalam tapi tuan blog tertidur. Dengan bateri tak bukak. Grrr kong cepatlah bateri ni!

9 comments:

aimie amalina said...

fuyoooo..
hebak ah cucu aku nih..pepagi ngarang cite..heee
jiran cucu...sila smbung nah!
kikiki

sergeant keroro said...

cepat sambung~

p/s : grrrr..

Rozuan Ismail said...

pergh,main sambung2 citer pulak ye.huhu.suka2.sori x de bakat.reti baca cerita org je

JIJI YU said...

pepagi dah melayan.

~..Lesung Batu..~ said...

waaaa cepat sambung!!~ =p

fRaMe+LenSeS said...

terbaekkk.. hhihi.. ai like.. ai like.. ;)

Abe Goreng said...

to be continued. Tak mau iklan lame sgt ye.:D

UPDATE: Hah! Memang betul la tu!!!

Suhaili Sarif said...

semakin menarik....
ha ni yg akk suka ni..ada perkembangan watak antara adila dengan shahir.hehe

cik pulau said...

ohh.. rupanya pakcik tu...
ayah tiri adilla..
as expected..
lalala~


NEXT!!!!!! hahahaa

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers