CORETAN TERBARU NADH

Part 9: Aku, Dia dan Paparazzi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Baca sebelumnya: 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8. Selamat terhibur.

"Pura-pura tanya pulak," Sunah mengomel. Lantas dia ke dapur.
"La dah tinggal sikit Spaghetti Carbonara aku. Deqdeq!" Sunah memanggil. Deqdeq hanya tergelak besar di ruang tamu.
"Belum hidang dah makan?" Sunah mula membebel.
"Ala Sunah. Lama dah tak makan masakan Sunah," Sengih. Sunah mencubit pipi teman serumahnya.
"Auch Sunah!" Keduanya tergelak. Bahagia. Sunah lupa tentang Ady seketika.
xxxxx
"Tasha makan," Deqdeq mengetuk pintu bilik Tasha. Sunah senyum.
"Deq dah habis makan baru panggil Tasha makan ye?"
"Ala Sun. Bukan selalu kan?"
"Deq, mamat tu cakap apa je tadi?" Niat hatinya nak korek rahsia. Rajuknya tak ke mana. Saja mengenakan Ady. 
"Tak ada  apa. Ady risau kat you. You jangan merajuk lama-lama. Kesian adik I tu," Sengihan Deqdeq membuatkan Sunah meluat.
"E you ni. Patut backup I. Ada backup mamat tu pulak," Muncung sedepa.
"Bukan sengaja. But why not you dengar dulu apa dia nak cakap. Mungkin dia tak salah," Deqdeq memujuk.
"Mana you tahu dia tak salah? I nampak sendiri tau. Oh siap masuk kereta perempuan tu lagi," Berapi. 
"Dengar sini Sunah. I bukan nak kata apa. Tapi mata kita tak dapat tafsirkan apa yang berlaku sepenuhnya. Jangan sebab mata kita, jatuh fitnah kat orang tu," Deqdeq serius. Sunah terdiam.
xxxxx
'Betul jugak apa yang Deqdeq cakap. Mungkin aku salah tengok. Ya Allah apa aku dah buat ni? Cemburu buta' Monolog hatinya.
"Kalau macam tu aku kena call tanya apa sebenarnya jadi kan? Wait! Takkan aku nak call. Kalau betul dia tak salah dia yang patut pertahankan diri. Not me," Sunah berkata sendiri. Dia bingung. Egonya terlalu tinggi.
"Tapi kalau dia tak call jugak?" Sunah memandang skrin laptopnya. Kosong. Fikiran melayang ke temannya Ady. Rindu datang menjengah. Hati tak bisa menafi. Tapi dia tetap dengan egonya. Terus ditutup komputernya. Dia mengambil wuduk dan menunaikan solat Istikharah. Hanya solat mampu membuat hatinya tenang semula.
xxxxx
"Kak, tolonglah pujuk Sunah tu," Lama sangat dia merajuk. Saya tak tahu apa salah saya," Deqdeq senyum.
"Ady, jangan risau okey. Akak dah pujuk. Cumanya kita kena tunggu masa. Ego dia terlalu tinggi. Mungkin Ady kena bagi mesej tanpa henti. Means nampak macam Ady sangat bersungguh. Akak perempuan. Akak faham sangat si Sunah tu,"
"Betul ke kak? Akak pernah try ke?" Ady senyum. Rela berhabis kredit semata menelefon Deqdeq.
"Iya Ady. Dahlah, kang Sunah dengar pulak. Okey selamat mencuba. Assalamualaikum," Ady menjawab salam serta tersenyum.
xxxxx
9.50 Malam 1 Jun 2011
Salam, sunah rasanya abang perlu minta maaf lagi sekali dengan Sunah. Walaupun abang tak tahu salah abang. Tapi percayalah Sunah. Abang macam nak gila bila Sunah hilang begitu saja. I'm lost:'(

12.15 Pagi 2 Jun 2011
Sunah, kita dah kenal lama. Tapi sampai sekarang abang tak dapat baca apa yang tersirat di hati Sunah. Tolonglah berterus terang. Hati abang gundah gulana memikirkan Sunah. Percayalah.

5.50 Pagi 2 Jun 2011
Awak, ingat lagi tak masa kita kenal dulu? Kelakar kan? Masa tu Sunah masih panggil nama je. Yalah Sunah pun bukan tahu umur abang kan? Abang rindu kenangan tu.

9.20 Pagi 2 Jun 2011
Sun, apapun keputusan awak. Abang terima. Nanti abang call mak Sunah. Kita settle cara baik. Maafkan abang.

Sunah terdiam. Mesej bertalu-talu dari semalam hingga hari. Sungguh dia buntu. Apa yang harus dia buat. Hati bagai tercarik membaca setiap mesej Ady. Sungguh dia kalah. Kalah dengan ego sendiri. Kini dia sendiri merana.

"Abang..." Air mata jatuh tanpa dipinta. Sunah mendail. Namun, tiada jawapan. Dia tak keruan.
PS: Akhirnya, aku berjaya update cerita ni. Lepas ni nak buat cerita lain pulak. Banyak betul job. Sejak ada jiran. Haha sawan. Okey, ada sesiapa nak request cerita lagi? Cinta benar-benar bisa meruntuhkan tembok ego seseorang walau sekukuh mana tembok itu

4 comments:

Sunah Sakura said...

dear.... i.. i rasa macam i betul2 adalah heroin dalam cite ni... siyes, nak nangis baca mesej2 tu... :'(

AdyBudika said...

sejak dulu lagi kata..memang pandai buat cerita...apa kata letak satu tab untuk novel online??

aliarosli said...

sedih la :(

Kira Sakura said...

hati perempuan kan mcm kerak nasi.. lama2 lembut la die :)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers