CORETAN TERBARU NADH

Part 3: I'm nothing without you

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini cerpen bersiri kolaborasi bersama jiran aku. Sila klik Part 1 dan Part 2 untuk mengikuti cerita. Harap terhibur=)

"Apa ni bu?" Shahir menunjukkan kepingan gambar di tangannya.

"Duduk dulu Shah. Ibu nak cakap sikit," Muka anaknya sudah berkerut.

"Ibu, Shah betul-betul tak faham. Kenapa semua ni?" Shahir melabuhkan punggung. Masalah bertubi-tubi menyerangnya. Kepala makin terbeban dengan masalah yang ada.

"Ibu sayang Shah. Sebab tu ibu buat macam ni," Shahir sudah menggeleng.

"Kenapa perlu macam ni? Shah tak perlukan semua ni. Yang Shahir perlukan ketenangan jiwa. Bukan gambar entah sesiapa ni," Shahir berdiri.

"Ibu nak terbaik untuk Shah. Tengok Iskandar tu. Dah bahagia sekarang. Isteri mengandung lagi. Kamu?" Ibu mula membebel.

"Shahir tahu ibu. Tapi itukan takdir dia. Jodoh belum sampai nak buat macam mana?"

"Itulah ibu tolong ni. Kasi cepat jodoh. Shah pilih je mana yang berkenan. Ibu pinangkan ye?" Puan Hasunah tak sabar lagi.

"Ibu please. Kalau Shah nak kahwin nanti Shah bagitau. Tapi bukan dengan gadis-gadis dalam gambar ni," Shahir berlalu pergi. Hasunah terduduk. Kecewa dengan sikap anaknya.

xxxxx

"Is, lama tak meniaga? Apasal?" Zaki menepuk bahu Iskandar yang sibuk mengemas gerainya.

"Aku tak sihat," Tipu.

"Mana si Shah eh? Lama tak nampak mamat sekor tu," Zaki ketawa.

"Entah. Aku pun tak ambil tau pasal dia," Iskandar bengang.

"Hei, hei apa ni bro? Korang gaduh ke? Alah kawan lama pun boleh bikin hal ke?" Zaki mula sedar sesuatu yang aneh.

"Aku tak nak gaduh tapi dia memang dah lebih," Iskandar menghempaskan kain lap ke meja. Puas dia tanya isterinya tentang hal Shahir. Namun isterinya tetap tak mengaku.

"Pasal apa pulak ni bro?" Zaki menepuk perlahan menenangkan jiwa kacau.

"Dia suka bini aku beb. Bini aku!" Iskandar melepaskan amarah. Zaki terkejut.

"Serius? Kau ni takkanlah dia nak tikam kau pulak. Kau mana tahu hati dia," Sangkal laju.

"Dia mengaku sendiri hari tu. Dia masih ingat kat Ina," Zaki melopong.

"Kau salah dengar kot. Aku tak rasa dia nak bini kau. Kita jumpa balik lepas kau dah kahwin dengan Ina kan? Dia study kat oversea masa tu," Zaki mengimbau kembali kisah dulu.

"Ye tak ye jugak. Tapi hari tu dia jugak kata..." Iskandar terhenti.

"Beb, sorry lama tak singgah. Aku ada hal," Shahir memeluk Zaki erat.

"Kau datang pun tak diundang," Iskandar terus ke belakang.

"Is, aku tahu aku salah. Gurau tak bertempat. Aku bukan nak isteri kau tu. Aku gurau je," Shahir cuba menjelaskan situasi sebenar.

"Kau jangan banyak bunyilah. Kau sendiri mengaku dengan aku kan?" Iskandar mula menuju ke Shahir. Pantas Zaki menghalang.

"Rileks bro. Tak macho bincang cara macam ni. Duduk tarik nafas. Kita dengar apa kata Shahir,"

"Okey, kau selamat sekarang," Iskandar duduk.

"Aku gurau. Serius. Aku lupa pulak isu tu sensitif. Lagi-lagi bini kau pun tengah mengandung. Memang aku akui aku cintakan Ina. Lama dah. Bertahun lama aku pendam rasa ini. Sampai hari ni cinta tu masih ada. Tapi sayang aku tak hargai dia,"

"Kau tengok Zaki! Dia berani luahkan perasaan macam ni kat aku?" Iskandar sudah panas.

"Sabar dulu," Zaki memberi peluang kepada Shahir meneruskan bicara.

"Aku sayang sangat kat Ina tu. Masa tu korang jauh. Aku di perantauan. Korang bayangkan perasaan aku ditinggalkan cinta di sana. Sakit hati ni tahu?" Air mata mula mengalir. Zaki terkedu.

"Aku tak boleh sabar. Mana kau kenal Ina? Kat sana? Tipulah," Iskandar mencelah.

"Ya, aku kenal dia kat sana. Untuk pengetahuan korang Inalah kekasih aku satu-satunya dan sebab dialah aku sampai sekarang membujang. Semua sebab kisah dulu. Aku dihantui rasa bersalah. Sekarang masalah berganda-ganda. Nak tak nak aku kena jugak ceritakan kisah ni supaya korang faham situasi aku sekarang," Shahir mengeluh.

"Apa masalah kau? Sayang bini orang? Macam tu?" Zaki bengang pula.

"Bukan, dia bukan bini orang sebabnya dia dah meninggal dunia dua tahun lepas. Masa aku belajar di sana lagi," Kata-kata terakhir membuatkan keduanya melopong.

xxxxx

"Adilla!" Terkejut.

"Apahal jerit-jerit ni Maera oi?" Adilla berpaling.

"Dah aku panggil kau tak dengar. Telinga tersumbat ke kak?" Maera Aqila ketawa.

"Aku bukan pekak. Malas nak menyahut," Dengan rasa tak bersalah dia menjawab.

"Hei geram aku dia ni. Aku ajak makan jelah. Bukan nak mintak apapun. Ni nak touching ni," Adilla ketawa mendengarnya.

"Okey, janganlah marah. Nanti makin tak comel," Maera tersengih.

"Dah jom makan. Aku tak nak makan pujian kau tu je. Lapar dah ni," Adilla tersenyum mengikut langkah housematenya.

xxxxx

'Salam, saya mintak maaf sebab mengejutkan awak hari tu. Apa yang pasti kata-kata saya jujur. Saya nekad. Ps: Masih menanti jawapan.'

Sender: Tanpa nama

Shahir berkerut seribu. 

"Minah ni lagi. Ah sudah" Shahir pening.

Ps: Jiran sila sambungkan ye. Korang tunggu sambungan dari Mr Nadh!

7 comments:

msredcheesecake said...

tunggu ni....citer ni habis raya nanti ke? episod akhir nanti kuar kat tv tak?hheeee

aamalinaazman said...

fuhhhh~
saya pulak yg dupdapdupdap bace..hehehe

K said...

wah wah!! nice! :)

aDisH.sHidA said...

erm.....ok tunggu

Elly Jade said...

berdebar nak tau respon shahir dr mulut nadh.hehe

Kira Sakura said...

nice story.. =)

Cik Pulau said...

dah meninggal??
err.
tak paham..

sambung baca lagi..
hahahaa

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers