ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
SEOUL GARDEN, MAHKOTA PARADE, MELAKA
 |
Abaikan tangan kawan-kawan aku tu |
Okey, dulu aku ada update pasal ni. Tapi aku nak update lagi sebab aku seronok pergi sini. Dah namanya seoul haruslah gaya korea. Sekali masuk 30++. Kalau weekdays, bawak student card dapatlah 20++.
Apa yang menarik? Boleh makan sampai kenyang. Hari jumaat lepas kami makan selama dua jam. Sila muntah. Makan perlahan-lahan. Aku suka makan daging, ayam. Grill kat kuali dia. Kalau korang biasa tengok cerita korea korang amat teruja nak makan macam dia. Ada stimbot. Korang boleh pilih segala bebola yang korang nak.
Ada nasi, mihun, mee, benda bergoreng, segala jenis salad, segala jenis seafood. Memang ambil berpinggan-pinggan. Sangat menguntungkan walaupun mahal. Ada ruang air, abc, aiskrim, cendol. Semua layan diri. Yang penting dapat rasa macam kat korea. Serius seronok. Kepuasan berganda-ganda bila makan dengan kekawan.
Ps: Dia dah cuba ke tak?