CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Informasi. Show all posts
Showing posts with label Informasi. Show all posts

Macam mana nak guna BR1M dan BB1M

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seperti yang korang tahu BR1M itu BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA. Ada yang dapat RM500 dan ada yang dapat RM250.

Cara nak guna?
1.Tulis nama penuh penerima baucer dan no kad pengenalan. Diulangi nama penerima, seperti tertera pada surat BR1M tu. 
2. Tebus baucer di bank yang terpilih iaitu MAYBANK, PUBLIC BANK, BANK SIMPANAN NASIONAL dan CIMB BANK. =)

BB1M pula ialah BAUCER BUKU 1 MALAYSIA. Baucer ini khas untuk para pelajar. Boleh rujuk di sini.

Cara nak guna?
1. Tulis nama penuh penerima baucer dan no kad pengenalan. 
2. Beli buku di kedai-kedai buku yang terpilih seperti Popular. Boleh rujuk internet senarai kedai yang menerima baucer buku.
3. Tunjukkan baucer bersama kad pengenalan anda di kaunter. Genapkan pembelian agar anda tak rugi berbelanja.

Ikut pengalaman aku, aku beli jajan, majalah kat kedai buku untuk cukupkan beberapa ringgit yang berbaki. Jadi taklah membazir sebab cashier takkan pulangkan baki amaun baucer. Gunalah sebijaknya.

#Entry ini khas kepada yang bertanya tadi. Aku dah macam penulis yang mesra SEO pulak. Orang dah tanya, kesian pula. Ilmu kalau disimpan, takkan ke mana. Eloklah berkongsi, pahala dapat. Itu yang utama.
#Baucer boleh diambil melalui wakil, bawak kad pengenalan penerima. *bergantung pada budi bicara orang tu jugak. Tapi rasanya boleh wahai Anon =)

Satu hari satu perkataan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku macam nak berkempen pulak gayanya. Bukan apa, aku tengok makin ramai yang lupa tentang bahasa ibunda kita. Yalah, masing-masing dah berhabuk cakap inggeris. Mana nak pandang lingua franca kita kan. Tapi aku nak ajak korang menimba ilmu.

Satu perkataan yang aku nak kongsikan ialah "Menguar-uarkan". Aku sedang menulis karangan tugasan kat library pagi tadi, lepas tu aku nak taip menwar-warkan. Tapi rupanya ia salah. Jadi, sama-sama membetulkan  penggunaan bahasa ye. Aku pun baru berjinak-jinak guna bahasa yang betul. Nak buat kajian tindakan kononnya.

Jadi, boleh rujuk sini dan sini untuk mendapat info tentang perkataan menguar-uarkan. Jadikan amalan kita, sau hari satu perkataan baru kita pelajari. Sebab nanti kita sendiri tak faham dengan bahasa kita sendiri. Betul? Jom kita MBMMBI bersama-sama! Memartabatkan BAHASA MALAYSIA memperkukuh BAHASA INGGERIS. Ada macam cikgu-cikgu tak aku?

KISTOT tu apa?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ramai sangat tak tahu KISTOT tu apa. Sampai aku buat kistot pun orang ingat kisah aku sendiri. Semua tu rekaan dan ada juga yang benar tapi diubahsuai mengikut selera penulis. Kistot ni anak kepada cerpen. Kalau cerpen selalu aku buat 3 hingga 7 muka surat. Yang kistot ni cuma setengah muka surat je. 

Kistot sama dengan Kisah Kontot. Kalau Kispen sama dengan Kisah pendek. Banyak istilah sebenarnya. Certot tu cerita kontot. Cerpen tu cerita pendek. Cerpan tu cerita panjang. Kalau novel tu cerita panjang berjela. Boleh faham semua? Jadi kistot aku okey ke korang rasa? Aku perlukan kritikan yang jujur dari korang. Risau tersyok sendiri. Orang pun salah faham ingat tu cerita aku sebenar.

Antara KISTOT yang aku dah buat;
1. Aku dan jam tangan
2. Awak lari saya kejar
3. Tangan kanan gatal
4. Cheezy Wedges
5. Kuat!
6. Trauma yang positif
7. Rahsia hati
8. Aku, dia dan kad raya

Jadi selamat membaca =)

Kuih ni sama tapi tak serupa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dari dulu nak post pasal kuih kegemaran aku ni. Tapi teringat balik lepas tengok entry seorang blogger semalam. Jadi aku nak bagitau korang yang aku suka makan kuih tako dan tepung pelita.

Aku baca satu entry dia tertukar dua kuih ni. Yup kuih ni pernah aku tertukar dulu. Ingat sama je. Sebab rasa dia lebih kurang je. Tak tahu apa bezanya? Aku tanya Ibu apa beza dua kuih ni. Rupanya bukan daun je tak sama.

Aku selalu buat yang ni dengan Ibu dulu-dulu
Tepung yang digunakan pun lain okey. Ini buktinya.

Klik sini untuk resepi tepung pelita.

Klik sini untuk resepi kuih tako.

Dah tengok? Satu guna tepung beras. Satu tepung jagung. Kuih tako biasa orang letak sengkuang cina.
Guna daun pandan
Nampak daunnya?
Dapat beza tak? Aku lagi suka kuih tako. Sebab ada sengkuang cina. Tapi kat bazaar banyak jual tepung pelita je. Sedih. Huhu selamat berpuasa kawan-kawan=)

Ps: Dia pernah makan ke tak ni?

Kenapa komen itu penting?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku saja nak share pendapat aku. Jadi kalau korang tak setuju bagitau je. Mana tahu kita punya pendapat tak sama. Ye tak? Bagi aku komen sangat penting dan shoutbox amatlah aku tak suka.

1. Jejak
Bila korang komen, empunya blog akan senang jejak korang.

2. Penghargaan
Penghargaan bila empunya blog penat menaip berjela-jela last-last tak ada komen langsung. Dia anggap tak ada yang baca.

3. Meriah
Meriah blog bila ramai orang komen. Serius. Ta adalah tuan blog merepek sendiri je.

4. Berkenalan
Senang nak berkenalan dengan rakan yang lain. Walaupun bukan blogger. Kita kan kawan.

5. Kongsi pendapat
Bila pendapat anda diutarakan kat komen senang anda dan empunya blog berdiskusi. Apa yang tak puas hati.

6. Menegur
Tegur kalau-kalau empunya blog salah fakta. Kan elok kita menegur tapi biarlah dengan cara yang baik.

7. Semangat
Menaikkan semangat bila tengok ada orang komen entry tu. Berkobar penulis nak tulis lagi dan lagi sebab dia tahu ada orang menantikan penulisan dia.

8. Percambahan idea
Ini penting. Bila ada komen yang agak membina boleh membuatkan penulis memikirkan idea lain untuk entry seterusnya. Idea mana-mana boleh muncul.

9. Respon
Bila ada orang respon maknanya ada yang membaca. Tapi respon dalam bentuk komen adalah digalakkan. Bila kau menulis dan tak ada respon dari sesiapa umpama kau syok sendiri.

10. Gembira
Penulis sangat gembira bila ada orang komen. Korang pun suka kalau orang komen kan? Jadi apa salahnya menggembirakan hati orang.

Kesimpulan, korang fikirlah mana yang baik untuk korang. Kalau pendapat aku bercanggah maaflah. Korang ada apa nak tambah? Komen penting bagi aku. Weeeweeet=P

Orang Melayu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya aku orang melayu. Aku bangga dengan kaum aku yang dulu. Erk yang mana bukan berbangsa Melayu jangan terasa. Cuma aku nak cerita pasal bangsa aku ni. Yalah kita ni melayu. Adakah hanya dalam kad pengenalan saja?

Oh macam Islam pada nama. Tapi aku nak cerita pasal orang Melayu. Kita Melayu, membesar dengan budaya melayu, mendengar sejak dalam perut lagi. Tapi kenapa masih ramai orang Melayu yang gagal dalam peperiksaan. Aku tak tipu.

Memang wujud. Sampai adik aku pun kata bahasa Melayu susah. Selalu dapat B je. Aku senyum. Bukan nak berlagak ke apa. Tapi inilah kenyataan. Bahasa Melayu susah sebenarnya. Kalau kamu semua belajar ke peringkat tinggi dan ada subjek pengajian Melayu.

Mesti masa tu baru kamu tahu sebenarnya bahasa Melayu susah. Tapi orang kita pun guna bahasa Melayu tak betul. Bukan nak mengajar cuma nak tunjukkan kesalahan yang biasa orang buat semasa menaip. Sampai cikgu aku berbangsa Cina membetulkan kesalahan tu.

Er kalau aku, serius aku malu. Yalah orang yang fasih berbahasa kantonis dan english boleh membetulkan kesalahan tatabahasa, ejaan dalam bahasa Melayu. Kita terlalu memandang rendah terhadap bahasa kita sendiri. Sibuk kejar bahasa antarabangsa kononnya.

Dulu bahasa Melayu pernah jadi LINGUA FRANCA tapi kenapa tidak sekarang? Sedangkan Jepun boleh maju dengan bahasa sendiri. Tak payah guna bahasa antarabangsa pun. Tenung hati kamu dalam-dalam adakah kamu layak digelar bangsa Melayu? Cuba cari di internet. Dan kamu akan jumpa maksud bangsa Melayu sebenar. 

Contoh kesalahan penggunaan bahasa Melayu dari segi tatabahasa, maksud, imbuhan.

Sini salah                      Sini betul
KEBAIKKAN             KEBAIKAN
GORENG PISANG     PISANG GORENG
DI GELAR                   DIGELAR

Okey perkataan baik adalah adjektif iaitu kata sifat. Jadi imbuhan KE - AN digunakan bukan KE - KAN. Pisang tu kamu semua tahu kan. Goreng pisang adalah perbuatan apabila kita sedang menggoreng. Kalau pisang goreng ialah kata nama =). Di gelar adalah salah kerana penggunaan DI untuk tempat barulah jauh. Contohnya di rumah, di depan, di tepi, di sisi, di dalam, di negara. Kalau untuk selain tempat barulah digelar, disepit, ditelan, dilabur.

Okey, kalau tak puas hati carilah dalam internet. Banyak lagi kesalahan bahasa kita. Kalau kita tak guna bahasa kita dengan baik siapa lagi nak gunakan? Kita perlu bangga dengan bahasa kita=)

Ada apa dengan Jodoh?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cuti ni mesti ramai kahwin. Kenduri kendara melambak. Tapi aku masih di rumah. Penunggu setia. Rasa bersalah mencengkam jiwa. Tak boleh lari dari tanggungjawab. Jadi aku pegang tanggungjawab tu.

Aku membuka lama saifuislam tentang jodoh. Eh bukan aku nak kahwin. Cuma saja nak menambah ilmu tentang jodoh. Seperti yang korang nampak kat sidebar tu. Cerpen dan novel yang tersedia di situ adalah hasil karya aku. Bila nak berkata tentang jodoh. Kenalah tahu serba sedikit tentang jodoh kan?

Dia bercerita tentang jodoh. Dia kata jodoh tak datang bergolek. Jadi kita kena usaha dan tawakal. Seeloknya carilah orang tengah. Supaya tak timbul fitnah. Kalau bercinta secara Islam, berkahwin secara Islam, hidup berpegang agama Islam pasti tak timbul isu keruntuhan akhlak dan moral.

Jadi dalamilah agama kita. Setiap agama menyuruh kepada perbuatan baik. Cuma hukum dan syaratnya berbeza. Jadi hormat agama lain. Hormat agama sendiri. Jadikan diri anda muslim, muslimah sejati. Ikut rasa badan binasa kalau ikut hati kita mati. Jom cari jodoh kepada sesiapa yang masih menemui Mr or Mrs Right!

Emulco

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku kan ada mention emulco strawberry kat blog. Ni ada seorang tanya. Emulco tu apa. Aku tak tahu sangat. Tapi dah beli. Dia tulis perisa dan pewarna. So itu adalah perisa strawberry yang memang da ada warna. Faham tak? Kalau tak faham boleh rujuk di sini. Dia pakar. Takpun google ye=)

SELAMAT MEMASAK!

Tugas seorang guru bukan hanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

SEORANG GURU BIASA

1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45 orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
 5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran
7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan

* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita.
Aku share dari FB ini!

Isu telur tiruan dah lapuk

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ingat di China je. Yelah dah beberapa bulan lepas aku baca entry Borak Kosong. Korang sure kenal dengan blog ni kan? Jadi aku tak ambil kisah pun.

Tapi sekali betul-betul wujud di negara kita. Masalahnya kalau masak telur rebus bolehlah tahu tiruan ke tak. Kalau tak rebus macam mana nak kenal pasti? Tak kuasa akak nak makan telur rebus tiap hari. Kentut busuk! Jadi berwaspada. Kalau nak tahu original ke tak klik sini. Tanya empunya ayam=P

 Post by,
Miss Ran 

Sedapnya coklat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sejak azali aku memang suka makan coklat. Bebudak pun aku rasuah makan coklat. Tapi tak jalanlah. Kanak-kanaklah katakan. Naik lemak lepas makan. Geram grrr. Tapi apa kebaikan coklat? Aku main makan je. Ni nak share kat korang semua.

Coklat tu sebenarnya sejenis makanan yang berasal daripada buah koko yang telah dijalankan proses pengeringan. Coklat mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko. Jangan tanya aku likur tu apa. Haha aku tak tahu. Kebaikan?


Ni kelebihannya membantu meningkatkan memori dan hafalan:
b)         Membantu menguatkan hafalan
c)         Membantu menajamkan mata dan minda
d)         Membantu memulihkan keletihan saraf
e)         Membantu menguatkan daya ingatan
f)          Mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular
g)         Kurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit jantung
h)        Meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan
i)          Melambatkan proses penuaan
Jadi jangan risau gemuk ke apa? Sihat apa makan coklat.
 Post by,
Miss Ran 

Ciri-ciri yang perlu diawasi untuk elak perogol

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Fidofilia merupakan sejenis gangguan psikologikal yang mana seksualnya lebih menyukai kanak-kanak yang belum mencapai usia baligh.


Bagaimanapun sebagai panduan, mungkin ciri-ciri manusia seperti berikut mesti diawasi walaupun ia tidak boleh dianggap perwatakan khas perogol.


- Pendiam dan selalu mengasingkan diri

- Perilaku yang tidak stabil, cara hidupnya tidak dapat dibaca dan tidak mempunyai satu cara hidup yang rutin 

- Tidak aktif berpersatuan, bergaul mahupun bersosial. Masanya banyak dihabiskan dengan diri sendiri dan mungkin melayan fantasinya. 

- Dia tidak mempunyai aktiviti umum yang khusus atau hobi seperti memancing, bermain golf, bertemu rakan-rakan di kedai mamak dan sebagainya.

- Melakukan kerja yang tidak melibatkan aktiviti fizikal kecuali petugas yang sememangnya bekerja di dalam bidang pengurusan, penyeliaan dan akademik yang banyak menggunakan mental. 

- Kerja `relaks-relaks' dan suka memerhatikan orang. Mereka seperti ini banyak melayan perasaan. 


Aktiviti yang dilakukan selalunya tidak berapa positif seperti merokok, termenung, mendengar radio dan menonton televisyen. Melainkan jika mereka rajin membaca bahan-bahan yang serius dan berat.


Mereka yang tidak mempunyai nilai-nilai kemanusiaan agama dan moral. Dia tidak jahat tetapi kepalanya ligat mencari peluang dan ruang. 


Biasanya, orang ini tidak mempunyai aktiviti tetap yang boleh menyibukkan dirinya dengan sesuatu perkara untuk diberikan tumpuan.


dari. Khalib berkata, manusia yang lebih banyak dipengaruhi nilai binatang, keadaannya menjadi sudah tidak waras dan terkawal, tidak mengenal siapa dan tidak ingat apa-apa lagi yang dilakukan.


Baginya, nafsu yang sedang bergelodak mesti dipuaskan dengan apa cara sekalipun manakala ejakulasi mesti berlaku secara sempurna.


Fantasi seks
Nilai mangsa sudah tidak ada lagi di dalam dirinya dan jika mangsa meronta, menjerit atau melawan, usaha akan dilakukan agar si mangsa tidak sedarkan diri,'' katanya.



Beliau berpendapat, dalam kebanyakan kes yang sukar, mangsa akan dijerut, pukul, cekik atau diberikan tumbukan kuat sebelum keinginan nafsunya dipenuhi.


Tindakan ini perlu dilakukan dalam keadaan yang seselesa mungkin, ertinya si mangsa perlu berada di dalam keadaan menyerah walaupun sudah tidak bernafas lagi.


Selain itu, ia perlu diselesaikan dengan kadar segera semasa kelakuan seksualnya masih memuncak.


dari. Khalib berkata, kewarasan akan timbul sejurus selepas ejakulasinya selesai sebelum disusuli rasa berdosa, bersalah, takut, menyesal dan sebagainya.


Akibatnya, perogol berusaha untuk menyembunyikan kesalahannya itu sama ada mangsa dibuang atau pemangsa cabut lari.


Masalah timbul jika pemangsa masih hidup dan dengan desakan kewarasan yang mula pulih, pemangsa yang bingung akan bertambah keliru manakala yang `cerdik' akan melarikan diri.


Rogol beramai-ramai juga berlaku tanpa kewarasan disebabkan oleh nafsu yang memuncak dan suasana yang sangat `mengajak' akibat terangsang dengan rakan-rakan yang sedang melakukannya atau terlihat bahagian tubuh mangsa yang terdedah,'' katanya.


Mengulas lanjut amal perbuatan manusia, seseorang itu juga boleh mempamerkan nilai binatang meskipun mempunyai nilai moral yang kuat.


Ini berlaku apabila adanya keinginan untuk membalas dendam, kecewa, marah dan lain-lain sebab yang menyebabkannya berasa tiada siapa lagi yang boleh menyelesaikan masalahnya.


Setelah melakukannya, dia akan puas dan perbuatannya adalah khusus, memilih dan masih ada pertimbangan.


Mereka yang tiada pertimbangan adalah yang telah nekad melakukan jenayah dan dikategorikan sebagai maniac seperti perogol dan pembunuh bersiri, pencuri serta perompak,'' katanya.


Walaupun bilangan jenis ini umumnya tidak ramai namun padah yang dibawa olehnya adalah sangat serius.


Kesan lembut (jangkitan saluran kencing, kecederaan kemaluan dan hilang dara), kesan pertengahan (jangkitan HIV, Hepatitis B, kecederaan fizikal) dan teruk (kehamilan, trauma mental dan sosial, kematian).


Terdapat juga jenis manusia abnormal yang sedia mempunyai hormon seks berlebihan yang akan memandunya ke arah keinginan seks yang tidak puas-puas.


Ini berlaku kepada kalangan manusia yang secara psikiatriknya terbukti memiliki penyakit keinginan dan fantasi seks yang sangat melampau.

Mereka ini mempunyai kawalan yang baik dan tidak melakukan tanpa kewarasan fikiran sehingga mencetuskan jenayah.


Tetapi, mereka mungkin menceburkan diri di dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengannya,'' katanya.


Ditanya saranannya bagi menangani permasalahan jenayah terlalu serius dan melampau sehingga mengakibatkan kematian, kesengsaraan biologi dan mental, dari. Khalib berkata, langkah terbaik adalah dengan cara membendungnya.


Jenayah seksual hanya boleh dibendung dengan dua cara sahaja iaitu:


1 - Memantapkan ilmu dan nilai agama, moral dan budi pekerti yang terancang, multidisiplin, bersepadu di peringkat pusat, berpanjangan dan sentiasa terpantau. 


Pelaksanaan di peringkat komuniti mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya bagi membina manusia yang nafsunya `terbungkus' dengan nilai-nilai murni. Lebih penting, ia dikawal sendiri oleh hati dan perasaannya. 


2 - Menyediakan persekitaran fizikal, media, sosial, politik, ekonomi, teknologi, budaya, adat dan lain-lain yang kondusif untuk membina kehidupan positif dan terbimbing ke arah kemakmuran keluarga, negara, agama, budaya dan bangsa.


Menurutnya, jika dua pendekatan ini dilakukan dengan betul, dalam jangka panjang, akan lahir satu generasi masyarakat yang kuat bekerja, bermoral dan patuh kepada ajaran agama. 

Post by,
Miss Ran 

Wanita sahaja! Bra stik

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apakah? Aku ada baca satu blog ni. Tak tahulah blog apa. Lupa nak save linknya. Dia kongsi pasal bra terbaru. Eh layak ke panggil bra? Entah. Aku bukan pakar pun. Tapi rahsia orang putih terbongkar. Patutla aku tengok diorang seksi tak pakai bra tapi nampak macam di push up je.

Rupanya mereka memakai bra yang bukan bra. Apakah? Saja bagi korang cuak. Eh lelaki ada? Apasal sibuk nak baca. Aiyo terlebih prihatin ni. Macamlah ada yang nak baca. Sangat poyo. Ada produk baru bagi wanita masa kini. Kalau diorang pakai baju tali halus tapi tak nampak tali kita boleh cakap dia pakai bra tak ada tali. Tapi kalau baju melekat ke badan. Tapi nampak tak ada alas langsung. Apa yang diorang buat?

Saja buat korang tertanya-tanya lagi. Haha kejam. Aku malu nak taip sebenarnya. Er kalau nak tutup tuuuuuttt kat dada pun ada. Untuk wanita je eh. Yang lelaki kena ke tutup? Tak seksi. Haha bra ni sangat advanced. Aku je lambat tahu. Ampun memang tak pakai seksi bila keluar rumah. Jadi memang tak perasan kewujudan bra yang membolehkan ramai orang menyeksi di luar. Hehe

Aku ttak teringin nak pakai. Tapi dah kahwin nanti akanku fikirkan. Erkkk larikkk. Jangan nak cakap mengarut! Okey, okey aku bagitau sekarang. Korang tengok sendirilah kat website ni. Malas buat korang berdebar. Lagi-lagi yang lelaki. Nah klik pada lelaki tak boleh klik. Amaran keras dari MissRan.

Post by,
Miss Ran 

Tanda wanita kuat seks dari lelaki

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ada 6 sebab yang aku jumpa kat dalam satu website ni. Ni bukan entry lucah. Hanya kongsi informasi. Jangan sentap-sentap okey?

Fakta 1:
Wanita yang ketandusan perhatian akan menarik perhatian lelaki yang ada bagi memuaskan keinginannya. Biasanya perempuan tak cukup dengan seorang. Apatah lagi orang itu tak berikan perhatian sepenuhnya.

Pendapat MR:
Bagi aku, wanita memang nak perhatian. Tapi tak semestinya perempuan kuat seks berdasarkan fakta tersebut.

Fakta 2:
Wanita biasanya akan mencari orang lain kerana tak mampu bersendirian. Mereka memang tak suka bersendirian.

Pendapat MR:
Mungkin, sebab itu kita dengar banyak kes curang. Lelaki tak beri apa yang dia nak. Kena tolak ansurlah. Memahami satu sama lain.

Fakta 3:
Wanita boleh melakukan seks di mana-mana sahaja kerana dia sangat menginginkannya. Bila nafsunya bergelora terus ia lakukannya.

Pendapat MR:
Aku rasa betul. Kalau tengok dalam movie yang lebih-lebih wanita. Tu aku tak tahulah. Macam desperate je kan?

Fakta 4:
Apabila tertekan, sakit, penat dan segala masalah timbul semua akan diubati dengan cara seks.

Pendapat MR:
Betul ke? Tanya orang yang dah berkahwinlah. Aku tak tahu.

Fakta 5:
Wanita terlalu sering dan terlalu cepat inginkan seks. Dengan hanya berpeluk dan berciuman mampu menarik mereka ke perhubungan seks.

Pendapat MR:
No comment! Haha

Fakta 6: Sewaktu berhubungan, wanita gagal mencapai kepuasan dan dia akan menyalahkan pasangannya. Pasangan dikatakan mempunyai masalah ketika itu.

Pendapat MR:
Betul. Siapapun akan rasa macam tu kalau permintaan tak dipenuhi kan? Bukan seks je. Jangan fikir lain ye.

Kesimpulan, semua ni tanda-tanda penyakit nymphomania. Bagi pesakit ini, nafsu seks mereka tiba-tiba meningkat dan tingkahlakunya berubah. Penyakit ini berkemungkinan disebabkan pengambilan ubat-ubatan. Jadi elakkan diri dari mendapat penyakit macam ni. Bahaya. Boleh membawa kepada kecurangan tau. Isu curang lagi=P
Sumber: ini
Post by,
Miss Ran 

10 Solat tak diterima

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

ambil dari notes FB...
 Post by,
Miss Ran 

Terkucil

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Soalan umum untuk lelaki dan wanita dewasa. Adakah anda mengalami:

* rasa seperti selalu ingin membuang air kencing atau tiba-tiba terkencing (kebocoran)

* kesukaran membuang air kecil

* kencing tak lawas

* sakit di kawasan pelvik

* kerap bangun malam untuk membuang air kecil (nokturia)

* sukar mengawal air kencing atau

* hematuria (kehadiran sel darah merah pada air kencing)

Jika jawapannya ya, anda perlu bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan dan rundingan segera kerana berkemungkinan mengalami gangguan kencing yang disebabkan beberapa perkara.

Terkencing atau juga disebut terkucil mungkin masalah biasa bagi mereka yang berusia. Bagaimana pula jika orang muda atau pertengahan umur yang mengalaminya?

Punca

Pakar Urologi, Dr. Cyril Natarajan berkata, satu kajian yang dibuat pada 2005 menunjukkan hampir 46 peratus lelaki dan wanita Asia berumur antara 40 hingga 50 tahun mempunyai simptom-simptom seperti di atas.

Di Malaysia katanya, keadaan ini merupakan masalah kesihatan yang sering dialami tidak kira jantina.

"Sebenarnya ia boleh menyerang tidak kira usia, namun peningkatan umur mempunyai kaitan dengan masalah ini," kata Dr. Natarajan dalam satu sidang media yang dianjurkan oleh Sanaxeen.

Menurut beliau, kesedaran mengenai gangguan buang air kecil masih rendah di kalangan rakyat Malaysia, walaupun data menunjukkan 30 peratus wanita negara ini menderita masalah ini.

Mereka yang mengalami masalah ini juga katanya jarang mendapatkan pandangan dan nasihat pakar yang berkaitan dan membiarkan sahaja ia sehingga terlewat.

Menurut beliau, fungsi urinari yang sihat bergantung kepada rangkaian neuro otot kompleks yang terdapat pada saluran urinari bawah.

Kelemahan di bahagian pundi kencing dan uretra akan menyumbang kepada LUTS (Simptom Gangguan Salur Bawah Perkumuhan).

Masalah kawalan air kencing

* sukar mengawal pengeluaran air kencing dan berlaku 'kebocoran' melibatkan masalah sosial dan kebersihan

* terpaksa bergegas membuang air kecil

* disebabkan batuk, bersin atau ketawa kuat.

Ia berlaku disebabkan aliran darah yang tidak betul di kawasan berkaitan, jangkitan kuman atau keradangan dan juga pengecutan otot secara umum.

* Ia juga disebabkan masalah pundi kencing terlalu aktif (OAB).

Bagaimana ia berlaku?

Bagi wanita, masalah di bahagian organ pelvik (pengecutan) atau juga disebut rahim jatuh menyumbang kepada gangguan kawalan kencing.

"Ia disebabkan salah satu simptom sama ada di bahagian dinding vagina dalam atau luar atau hujung vagina dan juga boleh berlaku selepas pembedahan membuang rahim (histerektomi)," kata beliau.

Namun di kalangan lelaki pula, 20 hingga 30 peratus daripada mereka yang mengalami masalah ini berkaitan dengan masalah prostat seperti hyperplasia prostatik benigna (BPH).

Kata Dr. Natarajan, pembesaran kelenjar prostat akan menekan salur kencing menyebabkan lelaki tersebut sukar untuk mengosongkan pundi kencing dengan sepenuhnya.

Ini menyebabkan saki-baki air kencing kekal di dalam pundi dan pesakit terpaksa berulang alik ke tandas dengan kerap.

Rawatan tanpa pembedahan

Selain pembedahan, masalah kawalan pundi kencing kata Dr. Natarajan boleh dirawat secara perlahan melalui gaya hidup yang sihat.

"Hentikan merokok atau mengambil minuman keras (bagi mereka yang berbuat demikian). Amalkan diet yang seimbang, elakkan atau kurangkan minuman berkafein dan bersenam mampu membantu mengatasi masalah ini," kata beliau.

Menurutnya, rawatan awal lebih baik kerana pesakit boleh mengawalnya dengan lebih mudah. Pesakit juga katanya boleh mengamalkan jadual membuang air kecil mengikut tempoh tertentu bagi melaraskan kembali keadaan tersebut.

Terdapat juga rawatan perubatan yang mampu membantu seperti ubat yang mengandungi antikolinergik, antikemurungan trisilik, serotonin, hormon antidiuritik dan terapi estrogen setempat. Selain itu perubatan alternatif seperti ekstrak debunga juga boleh membantu.

Mengenai Sanaxeen

Mengandungi komponen biologikal seperti mineral, unsur surih, asid amino, asid nukleik dan enzim yang membantu menyeimbang nutrien sel pertumbuhan semula. Ia membantu mengekalkan kesihatan prostat dan pundi kencing. Jenama ini diyakini secara klinikal melebihi 50 tahun dalam membantu mengurangkan simptom pesakit LUTS.

Post by,
Miss Ran 

Apendiks bukan sekadar sakit perut biasa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

JANGAN makan pedas lagi ya." Itu pesan rakan-rakan kepada Arif (bukan nama sebenar) setelah dia kembali ke pejabat selepas pulih daripada pembedahan membuang apendiks baru-baru ini.


Seperti kebanyakan pembaca, Arif juga pada mulanya tidak mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai sakit yang dialaminya.



Sakit perut seakan senak dan kembung pada tanggapannya disebabkan tersalah makan.



Kesakitan itu bermula ketika dia bangun tidur. Perutnya seperti menegang dan rasa kembung di bahagian tengah. Lama kelamaan melarat ke bahagian kanan abdomen dan berlarutan untuk tempoh yang lama. Ketika itu juga dia berasa seperti mual dan tidak berselera menjamah makanan.



Disebabkan kesakitan yang tidak mampu ditahan, dia menggagahkan diri bersendirian ke klinik berdekatan. Selepas diperiksa, doktor mengesahkan dia mengalami radang apendiks (apendisitis) dan terus merujuk kes tersebut ke hospital berdekatan.



Tanpa berlengah, pembedahan dilakukan bagi membuang apendiks yang telah pun bernanah. Arif bernasib baik kerana masalahnya cepat dikenalpasti dan pembedahan dilakukan dengan segera.



Radang apendiks atau disebut juga sakit apendiks merupakan masalah kesihatan biasa yang dialami ramai individu. Pengetahuan yang cetek mengenai masalah ini menyebabkan ramai memandang remeh mengenainya.



Walaupun tidak terlalu serius, apendisitis sebenarnya boleh mengancam nyawa andai dibiar berlarutan.



Dua kali dibedah



Pengalaman seorang lagi bekas pesakit, Mohd (juga bukan nama sebenar)menjalani dua pembedahan akibat apendiks mungkin boleh menjadi panduan.



Seperti pesakit lain, dia juga pada mulanya tidak mengesyaki diri mengalami apendisitis. Pada peringkat awal, dia menahan sakit dengan mengambil ubat herba yang biasa untuk mengatasi sakit perut.



Disebabkan ia langsung tidak menunjukkan kesan malah semakin lama sakit semakin dirasakan, Mohd terus merujuk perkara tersebut ke klinik berdekatan.



Dia yang didiagnos mengalami apendisitis ringan disyorkan menjalani pembedahan laparaskopi apendektomi di hospital berdekatan. Tiga lubang kecil dibuat dan port dimasukkan bagi mengesan serta membuang apendiks. Malangnya kaedah tersebut gagal menemui struktur tersebut. Puas dicuba dan akhirnya dia terpaksa menjalani pembedahan terbuka pula bagi memudahkan apendiks dibuang.



Menurut Dr. Nazri, kes seperti itu bukan satu perkara yang ganjil untuk berlaku.



Keadaan tersebut berlaku disebabkan usus manusia yang tidak tetap dan berlipat-lipat sehingga menyebabkan kedudukan apendiks mungkin dilindungi atau terkebelakang.




PS: JANGAN AMBIL MUDAH! Contoh gigi aku sakit berbulan baru jumpa doc. Dah makan urat baru duduk menangis meraung kesakitan. Lepas tu salahkan doktor. Wakaka tu macam aku je tu =P

 Post by,
Miss Ran 

Untuk Februari...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

ps: Aku penat. Tapi nak update jugak!

Post by,
Miss Ran 

Perkataan wajib bagi wanita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Okey aku mengaku. Ada yang aku setuju. Haha


FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa anda berdua bergaduh.

LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.

OKAY LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang Terangkat'.

BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.

TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.


Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers