CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Jiwang ke tidak anda tentukan.... Show all posts
Showing posts with label Jiwang ke tidak anda tentukan.... Show all posts

Pelari

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sungguh aku mahu jadi pelari,
aku mahu lari laju-laju...

Hilang dibalik kesibukan kota,
enggan memikir masalah jiwa...

Lari sekuat hati,
tangisan turun sendiri...

Aku mahu ghaib,
lepaskan semua rasa di benak...

Lari tanpa toleh,
itulah yang aku tak mampu...

Teruskan berlari biarpun penat,
selagi hati rasa sakit...

Laju angin menderu,
selaju memori bertandang lalu...

Sungguh aku bosan,
larian tak pernah ku henti...

Aku terus berlari...
Tapi dia tetap mengejar...

Jadi sampai kapan,
Aku jadi seorang pelari...

Tatkala aku berlari...
Memori itu turut berlari...

#aku penat dengan semua ini

Adakala aku mahu...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Adakala aku mahu hingar...
Tak seperti selalu yang diam...

Adakala aku mahu berlari...
Tak seperti selalu aku jalan...

Adakala aku mahu menangis...
Tak seperti selalu aku ketawa...

Adakala aku mahu bahagia...
Tak seperti selalu aku menderita...

Adakala aku mahu tersenyum ikhlas...
Tak seperti selalu aku senyum plastik...

Adakala aku mahu riuh...
Tak seperti selalu aku sunyi...

Adakala aku mahu sendiri...
Tak seperti selalu aku di khalayak...

Adakala aku mahu luar biasa...
Tak seperti selalu aku jadi biasa...

Ps: Inikalilah ke Lainkalilah Ehhh~~~

Awak...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Google
Awak,
Nampak gambar atas ni?
Ini bunga kegemaran awak.
Bukan saya, saya suka calla lily.

Awak,
Saya tahu awak baca entri ni.
Saya tak tahu nak cakap apa dah.
Saya terkejut masa awak tiba-tiba pergi.

Awak,
Saya tak nak berharap.
Saya cuba untuk tak berharap.
Tapi saya gagal dan saya harap awak kembali.

Awak,
Saya pernah cakap masa tu.
Yang belum masanya untuk pergi.
Jadi mohon awak duduk muhasabah diri.

Awak,
Saya tunggu awak setiap hari.
Kalau betul awak ikhlas selama ni.
Mohon muncul semula untuk tenangkan hati.

Awak! Saya sentiasa menanti. Walaupun pahit dan letih akan saya jalani, demi awak insyallah saya sabar menanti. Kembalilah dan pergi bila masanya nanti. Tolonglah saya merayu... belum masanya... belum!
*Siapa jumpa dia, mohon pulangkan pada saya semula T.T

Oh Tuhan, sungguh aku rindu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rindu adakala melemahkan diri. Rindu adakala memakan diri. Rindu adakala menyesakkan hati dan sanubari. Ada apa dengan rindu? Salahkah bila hati terdetik dan ah aku sedang merindu seseorang. Ego menghalang aku. Rindu hanya mampu ku simpan rapi dalam diri. Perit!

Rindu pada yang tak sudi. Ibaratnya kau main layang-layang tanpa angin. Sungguh layang-layang takkan mampu terbang tinggi. Layang-layang masih kekal di tanah walaupun berkali-kali ia berusaha. Itulah takrifan rindu yang tak berbalas. Rindu yang kau saja rasa. Rindu yang akhirnya menanam rasa derita dalam diri. Akhirnya, bila kau tekadkan hati, rindu itu pergi. Jauh-jauh. Kini kau bisa tersenyum dan berkata "Pergilah kau dari hidup aku... rindu sudah mati untukmu..."

Rindu pada yang merindukan kita. Manisnya terasa. Bahagia hingga tersenyum sendirian.Hinggakan kita mahu menjerit kat seluruh alam yang kita sedang merindukan seseorang. Bukan cinta kalau tak rindu dan rindu pula hadir tak semestinya untuk orang yang bercinta. Siapa kata kalau rindu itu untuk pasangan bercinta? Kita mampu rindukan keluarga. Kita mampu rindukan kawan yang rapat. Kita mampu rindukan seseorang yang istimewa walaupun kita dan dia tak ada istilah cinta.

Jadi rindu ini untuk semua. Ayuh katakan pada semua yang kamu sedang rindukan seseorang. Ayuh bilang... "Oh Tuhan... sungguh aku rindu!"

*Aku takkan on9 beberapa hari ni. Kalau on9 jugak itu akulah tu. Bukan hantu ehh!
*Balik kampung jenguk mek sedang nazak.
*Entry ni jiwang, aku tahu. Gian nak menjiwang. Kbai

Andai...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Andai kata-kataku pernah mengguris luka,
jangan pernah menyimpan ia di dalam hati...

Andai kata-kataku mengundang seribu kegundahan,
usirkanlah ia segera...

Andai kata-kataku bisa menyenangkan hatimu,
senyumlah padaku...

Dan andai aku tak bisa lagi berkata-kata untukmu,
lepaskan aku kerana aku tak pantas sama sekali untuk berada di sampingmu...

Mesej ini dibawakan oleh Iffah Afeefah kepada 4 orang yang istimewa dalam hidup. Siapa yang pernah dapat mesej macam ni? Angkat kaki =P

Cinta hingga ke syurga...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cinta hadir tak kenal rupa...
Dia datang tak kenal siapa...
Kita terpaut walau berbeza...
Yang ada cuma kita berdua...

Cinta terpatri membuah rasa...
Buat aku tersenyum bahagia...
Dan kau pula berjanji setia...
Gembira kita saja yang rasa...

Ah indah sungguh perasaan kita...
Terbuai dek asyiknya rindu asmara...
Sakit dirasa makin hilang gamaknya...
Hanya kerana hangatnya cinta membara...

Cinta membuatkan aku terlena...
Panjang mengintai di tepi jendela...
Ingin bersatu di alam fana...
Supaya kita kekal hingga ke syurga...

Inilah cinta yang selalu didamba...
Bukan hanya cinta manusia...
Aku dan kau punya Dia...
Masih setia menagih cinta yang Esa....

Dedikasi buat kakak kesayangan saya yang dah jadi pengantin basi, juga jiran terbaik saya yang sudah menjadi lebih manly eh? Moga kalian dapat bercinta hingga ke syurga. Iffah doakan akak supaya kurang mengada dan Nadh, kurang menyakat akak yang manja tu. Heee...

Selamat bersuami isteri buat keduanya,
http://kierasakura.blogspot.com/ DAN http://www.nadzrie.com/ 
Ikhlas dari http://www.iffahafeefah.com/

Buat aku tersenyum

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang bila gundah, kau datang...
Jelas buat aku tersenyum...

Kadang bila sedih, kau kesat air mata...
Dan buat aku tersenyum...

Kadang aku termenung tak bersebab...
Sekali lagi buat aku tersenyum...

Kadang aku sakit kepala teramat...
Lawak kau buat aku tersenyum...

Kadang jiwa aku kacau...
Kau menari gangnam buat aku tersenyum...

Kadang aku kecewa...
Nasihat kau macam bangang dan buat aku tersenyum...

Kadang aku marah...
Kau marah aku balik dan itu buat aku tersenyum...

Kadang aku teringat ex aku...
Kau kata kau suka aku dan ia buat aku tersenyum...

Kadang aku menyanyi lagu muse...
Kau kata sumbang tapi tetap buat aku tersenyum...

Kadang aku menangis...kerana kau...
Kau minta maaf dan buat aku tersenyum...

Kadang aku cuba lari dari kau...
Kau tanya dan aku jawab sebab kau buat aku tersenyum...

Kadang aku tersenyum sendiri...
Kau kata aku gila dan itu buat aku tersenyum...

Kadang aku kata aku sukakan kau...
Kau kata aku tipu tapi kau tetap buat aku tersenyum...

Kini kau kata ingin meminangku..
Dan kata-kata itulah yang buat aku tersenyum... Lama!

#Entry ni rekaan semata-mata. Tak ada kena mengena pun dengan aku. Nak buat cerpen malas, inilah hasilnya...

Izinkan aku pergi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Izinkan aku pergi...
Untuk sekali ini...
Sudah puas ditangisi...
Pergiku mungkin tak kembali...

#Tak ada mood nak buat apa-apa. 

Aku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Riuh unggas tidak kuhirau
Letih badan jiwa kacau
Aku terdampar di satu kemarau
Menjerit umpama orang sasau

Kain dipakai ku carik-carik
Jiwa kacau bagai ditarik
Beku hati di panas terik
Tinggal hanya bunyi cengkerik

Kilau mentari bahang terasa
Titisan air berderai merata
Kini aku makin tak daya
Menanti ajal pasti kan tiba...

Ps: Faham apa maksud tersirat?

Untuk kamu, kamu dan kamu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kad raya buat classmate selama 5 tahun
Apa itu seni?
Sungguh aku tak tahu...
Yang aku tahu lakarkan perkataan...
Yang aku tahu cumalah menaip patah kata...
Itupun menggunakan teknologi...
Aku tak reti melukis seperti mereka...
Aku tak reti menulis seperti kamu semua...
Aku tak mampu coretkan kata-kata tanpa batasan...
Aku tak kuat nak luah segala biarpun cuma dalam tulisan...
Yang aku mampu cumalah sekeping kad...
Yang aku mampu taipkan kata-kata biasa...
Tak puitis seperti kau, dia dan kamu...
Terimalah... hargailah...kerana...
Ini saja yang aku mampu...
Kerana aku tak reti apapun...
Maaf...hadiah ni tak seberapa untuk kamu, kamu dan kamu...
Semoga persahabatan 5 tahun 2 bulan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya...

Kalau dah namanya lelaki

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kalau dah namanya lelaki, 
Bola juga yang dicari, 
Yang perempuan dibiar sendiri,
Merajuk dan memujuk sendiri.

Bola bagai ombak ganas,
Sekali datang sekali gila,
Buat hati perempuan panas,
Sibuk menagih kasih pula.

Bola buat jiwanya gembira,
Ada pula sendu sentiasa,
Lelaki senyum sampai telinga,
Perempuan gigit jari saja.

Lelaki tidur tak kira masa,
Demam bola sudah menggila,
Perempuan cemburu tak terkira,
Berkongsi kasih dengan bola.

Nota Iffah: Sempena musim makan bola, tidur bola, segalanya pasal bola. Maka terhasillah entri suka-suka  ni. Korang tahukan betapa aku tak suka bola? Oh bilalah aku akan menghakis rasa tak suka akan bola?
Nota Iffah 2: Ikan Kaloi, tahu nama, tapi nak hantar ZINE ke alamat mana?

Pantun Rasa Hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tanah merah jauh sekali
Ingin hati jejak ke sana
Sedih rasa ikut emosi
Akal ada jangan lupai

Kata orang kita takuti
Kata Allah kita patuhi
Jangan ikut rasa hati
Buat diri binasa sendiri

Padang bola luas saiznya
Pergi berlari hingga lelah
Jangan ikutkan hati sahaja
Kelak diri juga yang kalah

Orang ramai pergi pekan
Pergi pekan membeli ikan
Rasa hati jangan ikutkan
Buat lelah emosi dan badan
Nota Iffah: Azhar ni macam ikan kaloi, kalau seru baru muncul hehe

Pantun Ilmu

Anak ayah keluar berjalan,
Naik motor bersama kawan,
Apa guna ilmu sebeban,
Kalau tidak dikongsikan?

Ingin mandi di sungai lama,
Pergi mandi dengan keluarga,
Jangan ilmu tersimpan lama,
Kelak tiada yang guna juga.

Kain pasang berwarna biru,
Beli pula langsir jingga,
Marilah kongsi sedikit ilmu,
Barulah hidup sentiasa ceria.

Pagi-pagi sudah bertukang,
Sibuk bertukang tidak berbaju,
Apa guna belajar memanjang,
Kalau tidak diamal selalu.

Paku payung tajam hujungnya,
Silap letak bahana mangsa,
Ilmu itu tinggi martabatnya,
Jangan kita persiakan saja.

Nota Iffah:
Tunjuklah bakat pantun anda,
tidak lupa buat Azhar juga ;-)
Published with Blogger-droid v1.7.4

Buat si Anon

Aku sering melihatmu
Ya, lihat Anonymous itu
Sering berlegar di blogku
Lantas memberi impak kepadaku

Aku ingin menegurmu
Menanyakan namamu
Bertanyakan siapa kamu
Apakah jantinamu

Kau Anon yang ku tunggu
Tiap kali kau biarkanku
Dengan sedikit cetusanmu
Makin aku kepingin tahu

Aku mahu kau beritahu
Siapa kamu disebalik anon itu
Sungguh bernas katamu
Aku ingin menjadi sahabatmu

Nota Iffah: Kurang kesabaran apabila menjadi babysitter, tak layak jadi mak ni aigooo!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saat ini

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Saat ini
kau dan dia
aku melihat saja
sakit, sakit, sakit

Saat ini
kau tersenyum
sangat-sangat bahagia
aku derita yang amat

Saat ini
kau gembira
dengan dirinya
tetap aku yang merana

Saat ini
kau berdua
aku sendiri
aku terseksa

Cubaan membuat puisi macam dulu. Tapi macam gagal je. Tiada kaitan dengan penulis. Sekian.

Pantun diam

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kuala Lumpur bandarnya maju
Tempat orang muda dan mudi
Sungguh sedih rasa hatiku
Melihat kau gembira kini

Indahnya negeri Serambi Mekah
Sawah padi ada di sana
Rasa hati nak lepaskan marah
Diam buat hati merana

Lama sudah tidak ke muara
Menangkap ikan buat pekasam
Kenapa hati enggan bersuara
Jari digigit perasaan dipendam

Pergi Melaka beli belacan
Beli pulut dan nasi kepal
Rasa hati perlu diluahkan
Jika tidak akan menyesal

Cinta dari jauh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Awak...
Saya nampak awak dari jauh
Hati mula rindukan awak
Nak tegur saya jadi takut
Sebab awak mana kenal saya...

Awak...
Sebenarnya lama dah saya pendam
Nak beritahu pun segan
Awakkan ramai peminat
Mesti awak anggap saya peminat semata...

Awak...
Sejak pertama kali saya jumpa awak
Saya dah mula suka
Tak pernah salahkan awak
Sebab tak balas rasa saya ni... 

Awak...
Saya betul-betul suka awak
Lama dah saya simpan
Cuma nak awak tahu lambat
Sebab saya takut dikecewakan...

Hati saya mudah hancur
Awak...
Saya dapat rasakannya
Yang awak takkan suka saya
Sebab tu saya cinta awak
Cuma dari kejauhan
Maafkan saya awak...

Nota Iffah: Tiada kaitan dengan penulis.
Ps: Dia lawak. Penat aku gelak =)

Pantun cinta nak mengorat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pagi-pagi keluar ke pekan
Beli barangan emak pesan
Rasa hati sudah terkenan
Kalau nak kenal boleh kan?

Perigi batu airnya sejuk
Buat basuh periuk belanga
Ada makwe kena dipujuk
Baru bahagia hati berbunga

Malam-malam pergi mengaji
Mengaji dengan Atok Seman
Kalau dah suka jumpalah wali
Tunang dulu nikah kemudian

Pagi-pagi menjiwang. Biarkan korang nak fikir apa. Aku syok sendiri je ni. Dia? Dia bertukar menjadi si Anon. Buat "Dia" silalah muncul lagi. Orang nak tahu sangat siapa kamu =) Sesiapa nak guna quote ke pantun ke silakan. Tak marah punya. Bangga adalah kan?

Ps: Tujukan untuk dia! Haha

Pantun pendam hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Keluar berjalan pergi ke pekan
Diri berasa ingin membeli
Rasa hati sudah tertekan
Diam-diam terpaut hati

Pohon rendang berbuah lebat
Rendah dari si layang-layang
Hatiku mula rasa terpikat
Sekali pandang terus terbayang

Hijau sungguh bumi Tuhan
Laut biru sungguh luas
Hati kian rasa tak keruan
Menanti rasa cinta berbalas

Menanti jodoh jadi sebutan
Beza cuma cepat dan lambat
Usah pendam usah simpan
Luah segera sebelum lambat

Nota Iffah: Jika hati sudah berkenan luahkan agar tak kecewa dikemudian hari. Kalau takut ambil risiko sampai bila-bila merana diri. Sekian.

Ps: Dia faham sangat.

Pantun Sakit Hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini pantun basi. Aku dapat idea masa katek berpantun kat FB. Baru sekarang nak publish. Duduk hospital jenuh menanti hari. Malam ni tidur wad sorang. Tak sampai hati tengok orang jaga tidur kat kerusi. Sakit badan kot. Jom layan pantun tak seberapa ni.

Jiwa meroyan tak tentu hala
Sibuk fikir masalah dunia
Hati yang sakit ada ubatnya
Lapangkan dada kosongkan minda

Dunia ini penuh pancaroba
Kuatkan hati bersama-sama
Jangan hendak memendam rasa
Baiklah berkongsi suka duka

Hati perit sendiri merasa
Cakap banyak nanti terasa
Sejukkan hati yang binasa
Dengan Quran penuh kuasa

Ps: Hati dia kuat.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers