Malam itu aku sibuk tak seperti biasa. Sedang asyik meniup belon dengan semangat yang lain macam. Wajah berkerut seribu. Sungguh ada perasaan lain yang menular dalam hati. Lagakku seakan kanak-kanak riang yang ingin bermain di taman permainan. Sungguh aku suka dengan warna warni yang ada di segenap ruang utama rumah ibuku.
"Tak payahlah beria. Majlis ini kita je yang ada," Pesan bapa. Aku senyum sahaja.
"Ala apa salahnya sekali sekala nak kembali zaman kanak-kanak kan?" Ibu pula kembali menyokong aku. Lagilah lebar senyumanku.
"Tingtong! Assalamualaikum..." kedengaran suara dari luar. Bingkas aku mendapatkan pintu. Lupa seketika yang aku sedang meniup belon yang besar.
"Hai Fara. Aku bawak kawan yang aku selalu sebut tu..." Mata aku tak berkelip memandang gerangannya. Sungguh seperti ada cahaya yang terang di raut wajahnya. Dan belon itu terlepas dari mulut mungilku. Angin di dalamnya terkeluar. Belon berterbangan seperti hatiku kala ini. Lantas anganku terhenti bila belon itu dengan laju menampar mukaku sendiri. Mati terus senyuman di wajahku. Malu menyinggah di lubuk hati. Ya, tup tup aku jatuh suka pada dia untuk kali pertama.
Namun, itu hanya rasa suka. Aku senyum dan padamkan rasa kerana aku cuma insan biasa sedangkan dia malaikat cinta yang cuma ada di dalam anganku bukannya alamku.
Tamat!
CORETAN TERBARU NADH
Showing posts with label Karyaku yang tak seberapa.... Show all posts
Showing posts with label Karyaku yang tak seberapa.... Show all posts
Kistot: Tuptup aku jatuh suka
Keywords
Karyaku yang tak seberapa...
Cerpen: Sayangnya...
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Aik baru habis mengajar ke ustaz?” Suara rakan sekerja
sayup kedengaran. Aku menggagah diri untuk mendengar tiap butir bicara mereka. Sambil
mata masih ralit dengan gajet di tangan.
“Yelah kak. Macam mana kerja tadi? Beres?” Suara dia
benar-benar aku kenali.
“Tak mungkin!” perlahan saja suara aku terbit sendiri.
“Beres dah. Patutlah bagi salam kat akak tadi. Dalam diam
ada makna. Kau tengok ni Zah. Bertuah punya budak…” Kak Lai membebel. Ustaz itu
hanya ketawa.
“Alah kak. Macam tak biasa… akak tak jawab lagi soalan
saya ni…” Lelaki itu menggesa tentang isu sama. Aku mengagahkan diri
memandangnya.
“Dahlah. Zul kalau mintak tolong kemain lembut suara. Cair
akak mendengar. Mujur akak dah tua…” Tawa lepas. Aku telan air liur. Zul! Siapa
tak kenal Zul. Guru ganti yang pernah mengajar aku satu ketika dulu. Kini menjadi
rakan setugasku. Umur kami pula tak jauh beza. Aku sebenarnya pernah ada rasa
suka. Crush!
“Zul, ni cikgu baru. Dia baru lapor diri hari ni. Kau
bagi dia buku sekolah. Biar dia baca sementara tunggu Pengetua datang. Lambat
pulak ‘mem besar’ ni datang.” Aku mula gabra. Peluh dingin mula menyapa. Sungguh
aku tak senang duduk. Mungkin Cikgu Zul tak kenal aku, tapi aku ingat dia. Sangat
ingat!
“Cikgu baru ke?” Aku tunduk semata. Angguk tidak. Geleng pun
tak.
“Nah buku ni. Dari mana?” Dia mengambil tempat di salah
satu kusyen yang ada. Lagilah aku gugup. Perlahan aku menjawab pertanyaan.
“Aah cikgu baru. Saya asal Gombak…”
“Oh Gombak, rumah mak saya kat situ…” Gembira suaranya
mendengar nama tempat itu.
“Cikgu…” Aku mula memberanikan diri memandangnya.
“Ya saya?” Aku jadi kelu.
“Awak…saya macam kenallah. Kita pernah jumpa kat maktab
ke sebelum ni? Saya pun sambung belajar sekarang ni…” Ceritanya tanpa dipinta.
“Cikgu Zulfitri. Takkan saya tak kenal kan?” Aku mula
berani.
“Kita kenal ke? Maaflah saya memang pelupa sikit. Maktab Raja
Melewar ke?” Cikgu Zul masih kekal ramah sama seperti dulu. Yang berbeza
hanyalah gelaran. Dulu cikgu kini ustaz. Janggal aku!
“Kat sini orang panggil saya ustaz. Oh ya, siapa nama
awak?”
“Zakiah Hanis…” Itu saja mampu aku ucapkan. Siapa tak
berdebar jumpa orang yang pernah disukai satu ketika dulu. Tingkatan 4 adalah
tahun honeymoon. Jadi, guru-guru banyak fokus untuk SPM tahun itu. akhirnya,
kami dapat guru ganti baru. Guru Bahasa Melayu yang bernama Zulfitri. Lepasan
SPM. Best student lagi.
“Hanis? Awak belajar kat Gombaklah kan? No wonder awal
panggil saya cikgu. Dulu saya memang ada jadi cikgu ganti. 3 bulan,” Dia
mengangguk sendiri. Aku tersenyum.
‘Sekurangnya dia ingat!’ hatiku berbisik gembira.
“Betullah tu. Cikgu masa tu muda lagi. Jasa cikgu saya
kenang sampai bila-bila…thank you!” Aku pula yang mula rancak berbual.
“Amboi ayat novel sungguh. By the way, lepas kerja jadi
cikgu tulah saya tergerak hati nak sambung belajar. Tapi bidangnya tak sama. Awak
pula ajar apa nanti?”
“Bahasa Melayu… seronok jumpa cikgu balik…” Aku
menzahirkan rasa. Bukan setakat seronok, sangat seronok. Rasa ingin melompat
bintang je ketika ini. Jantung mula berdetak deras.
“Okeylah Hanis. Saya ada meeting kejap lagi. Selamat bertugas
ye. Bangga saya anak murid saya sebaris dengan saya pangkatnya…” Aku turut
tersenyum. Terus terlupa gajet di tangan terlepas dari genggaman.
Xxxxx
Seminggu yang sibuk. Macam-macam hal aku perlu uruskan di
tempat baru. Ada saja kerja menanti. Biasalah graduan panas-panas dari oven
katanya.
“Hanis, nanti pergi pejabat. Nak isi data online. Benda tu
penting tau…” Senior memberi pesanan. Aku hanya mengangguk. Adat di tempat
orang. Masuk kandang kambing mengembek. Begitulah sebaliknya. Langkah aku laju
ke pejabat. Bimbang orang ternanti-nanti.
“Ha, datang pun. Kenapa lambat cikgu Hanis?” Sekali lagi
dia aku temui. Jangan kata dia yang nak isikan data aku? getus hatiku sendiri.
“Cikgu, kelas saya habis lambat tadi. Murid lambat hantar
kerja…” Aku memberi alasan kukuh. Memang begitulah hakikatnya.
“Awak ni. ada-ada je. Meh nak isi. Masukkan kod sekolah
dengan kata laluan. Macam ni…” Aku ralit mendengar setiap patah perkataan yang
keluar dari mulutnya. Aku benar-benar gila.
“Hanis, awak ni faham ke tak? Saya tanya terkebil-kebil
je…”
“Faham cikgu. Sorry, benda ni baru bagi saya…” Aku cuba
cover kesalahanku. Padahal aku punya fikiran sudah jauh terbang ke langit yang
membiru.
“Okey macam nilah. Tengok saya punya profil. Klik nama
saya, tengok macam mana saya isi…” Aku terus memerhati setiap data dengan
tekun.
‘Status perkahwinan…sudah berkahwin…’
“Cikgu kahwin tak ajak!” Aku cuba memurnikan rasa hati. Walaupun
perit terasa kini.
“Nak ajak macam mana. Saya kahwin dua tahun lepas. Awak pun
lost contact kan?” Cikgu Zulfitri cuba menangkan dirinya sendiri. Aku tersenyum
tawar.
“Tahu. Saja je usik cikgu. Dah ada anak?” Laju aku
bertanya.
“Belum ada rezeki…” Suaranya pula hambar.
“Sayangnya…”
“Tak apalah Hanis. Rezeki tu insyallah akan ada. Saya dengan
isteri saya tak pernah putus asa. Tapi biasalah mulut orang, selalu je ada
suara sumbang. Awak belum kahwin kan?” Dia tukar topik.
“Aaa belum. Saya tak terfikir pun lagi cikgu. Kerja lagi
utama…” Dalam hati aku sudahpun berlagu pilu. ‘Sebenarnya saya tunggu cikgu…’
“Awak ni… kahwin tu kan sunnah. Jangan tak nak kahwin
pulak bila jodoh sampai. Rugi tau jadi orang single. Saya ni, jumpa yang
berkenan terus nikah. Buat apa nak pening kepala. Bercinta bagai nak rak. Janji
sehidup semati akhirnya putus tengah jalan. Betul tak?” Cikgu Zul masih ramah. Masih
banyak cakap sama seperti dulu. Masih tak pernah faham isi hati aku. Sama juga
seperti dulu.
“Betul…”
“Awak kalau tak ada calon, saya boleh kenalkan
kawan-kawan saya yang bujang. Trust me, kahwin ni seronok. Rugi lambat-lambat
kahwin tau…” Gelak sakan Cikgu Zul. Aku masih tersenyum. Itu je mampu aku
balas. Akhirnya, cinta aku tetap tak kesampaian. Kecewa sangat. Seperti luka
ditabur garam. Begitulah sakitnya rasa ini. Tapi aku tetap doakan Cikgu
Zulfitri berkekalan jodohnya dan dikurniakan cahaya mata dengan segera.
“Selamat tinggal cintaku…” Air mata mengalir saat aku
melihatnya berpelukan dengan isterinya. Sungguh aku tak betah untuk melihat
kemesraan mereka. Akhirnya, aku buat keputusan pindah sekolah setelah sah
jawatan. Kini tiada lagi berita darinya. Entah apa khabar cikgu itu. Betullah
kata orang, crush always remain crush.
TAMAT…
*Adakala reality amat payah untuk diterima tapi itulah
hakikat sebuah kehidupan. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk
hamba-hambaNya.
Cerpen: Pergi saja....
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Pergi!!!” Dentuman pintu kuat kedengaran. Di dalamnya
ada suara perempuan sedang menangis kelukaan. Sakitnya bila ditinggalkan.
Sakitnya bila dikhianati insan tersayang. Dan lebih sakit bila kebenaran
terungkai setelah dia sah menjadi isteri kepada suami yang dia benci kini.
Maira menangis kesedihan. Teresak-esak di balik pintu kamar utama. Bagaikan
tiada penghujung tangisan itu. Sungguh beban yang tergalas di hati kecilnya
sangat menyesakkan dada. Sesekali dia menarik nafas kasar. Tangisan tetap setia
menemani si isteri.
Xxxxxx
“Maira…” Suara lembut menyapa gegendang telinganya. Yang
pasti bukan suara si suami pendusta. Bukan suara serak lelaki itu. Matanya yang
bengkak dibuka. Perlahan kelopak dinaikkan. Silau menebus pancainderanya.
“Maira… bangun nak,” Mak Lah menghulurkan tangan yang
kudrat tak seberapa untuk membangunkan semula Maira dari pembaringan di lantai
marmar yang sejuk tanpa alas.
“Mak Lah, jangan risau. Saya bangun sendiri… lagipun Mak
Lah bukan kuat sangat… saya ni gemuk tau…” Perlahan Mak Lah berundur memberikan
laluan kepada Maira. Puan muda dalam rumah besar ini. Dia sudah lama menantikan
orang baru yang menyerikan rumah ini. Sejak kematian Datin Suhana, rumah ini
menjadi sunyi. Redzwan sibuk dengan kerja. Datuk Reza sibuk dengan outstation.
Tak pernah lekat di rumah. Katanya rumah lagi mengingatkan dia kepada arwah
isteri. Pernah juga Redzwan bersuara untuk mengantikan tempat papanya keluar
negara, tapi tidak dibenarkan sama sekali.
“Maira apa pulak cakap macam tu. Ni tuan muda panggil sarapan.
Beria dia suruh Mak Lah… dengan isteri pun nak malu. Tahulah baru kahwin…” Mak
Lah gelak sendiri. Maira hanya mampu diam.
‘Mak Lah, tak tahu apa-apa…’ Bisik hatinya.
“Mak Lah turunlah dulu. Nanti saya turun. Cakap kat
abang, jangan tunggu. Nanti lewat pergi kerja…” Maira melemparkan senyuman dan
berlalu ke tandas. Lama dia duduk dalam bilik kecil itu. Dingin pagi masih
terasa. Tiada air mata lagi yang ingin dikeluarkan pagi ini. Beribu sesalan
bermain di mindanya.
Xxxxxx
Ketukan pintu dari luar mengejutkan Maira Aqila dari
lamunan panjangnya. Dia panik tiba-tiba.
“Ya…” Perlahan saja suaranya.
“Maira, jom bincang!” Tegas sahaja getar suara Redzwan.
Maira termangu. Untuk apa mereka berbincang. Sekali lagi air matanya begitu
murah untuk mengalir terus.
“Maira… please. Bagi abang tengok muka isteri abang. Dari
semalam Maira berkurung…” Lembut saja kata-katanya. Maira tak juga berganjak.
Dia tak mahu termakan kata-kata manis si suami. Walaupun mereka cuma berkenalan
selama enam bulan. Lelaki itu terus memutuskan ingin mengikat perhubungan
secara halal. Maira gembira sekali. Redzwan sweet orangnya. Walaupun rupa
tidaklah setampan Aaron Aziz tapi sikapnya yang lembut dan pandai berkata-kata
membuatkan Maira Aqila jatuh cinta.
“Sayang… sorry… apa yang sayang dengar semalam bukan 100%
betul… abang… abang…” Maira merengus dari dalam.
“Awak tak payah nak sedapkan hati saya dengan cerita
rekaan awak tu. Cukuplah saya dah termakan kata-kata manis awak selama ni. Saya
ingat awak ikhlas terima apa adanya saya… saya ingat…awak betul sayangkan saya
macam arwah mak ayah sayangkan saya…tapi…” Tangisan hiba jelas kedengaran.
Sekali lagi Redzwan terduduk. Dia tak mampu melawan kata-kata isterinya. Ada
betulnya.
Masa perkenalan memang dia hanya mahu menyakat Maira
Aqila. Perempuan chubby yang bekerja yang sama bangunan dengan syarikat
papanya. Tapi dia tak bermaksud untuk bermain-main soal nikah kahwin. Dia tahu
perhubungan itu pada mulanya hanyalah drama. Dia ingin buktikan kepada Hakim
dan Aizat yang dia sememangnya mampu mengorat sesiapa sahaja dengan
kelebihannya. Bukan pada rupa tapi pada kata-kata manis yang sememangnya buat
mana-mana perempuan bisa cair.
“Maira, abang nak pergi kerja dulu. Maira boleh pergi
mana-mana buat masa ni. Abang izinkan… tenangkan diri… nanti bila Maira dah
okey, datanglah semula ke sisi abang. Tempat isteri semestinya di sisi
suaminya… Assalamualaikum…” Derapan langkah terakhir suaminya jelas kedengaran.
Namun, Maira masih berdegil dalam bilik air itu. Dia masih dipenuhi dengan
kuasa amarah.
Xxxxxx
Seminggu telah berlalu. Suasana di kampong memang terasa
lainnya. Lagu judika sedang bermain di corong radio.
Berulang kali kau
menyakiti…
Berulang kali kau
khianati…
Sakit ini… cuba
fahami…
Ku punya hati bukan
untuk di sakiti…
Air mata sekali lagi menitis. Maira Aqila terasa rindu
sekali dengan suaminya. Walau benci macam manapun dia dengan penipuan lelaki
itu, tetap rindu terbit di hati. Kasihnya masih utuh. Cintanya masih hangat
membara. Namun antara benci dan rindu dia masih dilema.
“Buat apa menangis sorang? Kan baik ada orang sudi
hadiahkan bahunya…” Belum sempat Redzwan menghabiskan kata-kata Maira meluru
masuk ke rumah semula. Dia belum sedia menerima lelaki itu semula. Setelah
segala tipu daya terbongkar lebih seminggu lepas. Masih segar kata lelaki itu
di ingatannya.
“Hai Maira… makin comel pulak lepas kahwin aku tengok
kau…” Tawa lelaki itu sungguh sinis. Maira hanya melemparkan senyuman.
“Hakim, saya banyak kerja…” Segera dia meminta diri.
Malas mahu melayan kawan suaminya Redzwan. Dia sememangnya tidak berkenan sejak
mula dikenalkan. Namun, tak pernah dia menunjukkan rasa itu di depan Redzwan
bimbang suaminya kecil hati. Hati suami perlu dijaga. Itu yang dia pegang.
Walaupun cuma beberapa hari dia bergelar isteri seorang lelaki namun dia perlu
berusaha menjadi isteri yang baik. Itu prinsipnya.
“Please Maira… dengar dulu apa abang nak cakap…” Maira
duduk berteleku. Hati kata mahu tapi minda kata jangan. Sudahnya dia setia di
balik pintu sahaja. Kalau arwah emaknya ada, pasti telinganya ditarik. Lawan
cakap suami!
“Maira Aqila… abang mengaku abang memang salah. Hakim
dengan Aizat cabar abang untuk mengorat Maira. Satu hari tu dia mengadu kat
abang yang Maira sombong sangat. Padahal diorang cuma nak berborak. Tapi Maira
selalu mengelak. Jadi diorang sangka yang Maira ni jenis sombong. Abang
bermatian cakap Maira tak sombong. Sebab kita pernah berbual dan Maira mesra
sangat masa tu…” Maira masih diam.
“Abang punya kereta tak ada bateri. Abang terpaksa naik
bas dengan Maira. Lepas tu kan abang tak bawak duit kecil. Kelam kabut abang
nak turun balik dari bas. Mujur ada Maira Aqila, tolong bayarkan. Sampai
sekarang tiket bas tu abang simpan kalau Maira nak tahu… abang tak pernah
cerita sebab abang malu…” Maira tersentak.
‘Maknanya dia memang sayangkan aku sejak mula?’ Hatinya
berbisik.
“Ya, dari situ abang dah sedar kewujudan Maira Aqila…
lepas tu Aizat dengan Hakim cabar abang. Mungkin diorang tak percaya yang Maira
bukanlah jenis yang sombong. Abang pun sahut cabaran diorang. Tapi bukan sebab
nak buktikan apa-apa… Cuma abang nak beranikan diri mendekati Maira… lama
kelamaan hati abang jatuh sayang dengan Maira. Rindu tu sentiasa ada…
sekarangpun masih ada…” Air matanya jatuh. Maira ingin sekali mendakap tubuh
suaminya sekarang. Tapi kakinya tak mampu bergerak. Kaku di situ.
“Maira, demi Allah abang sayangkan Maira sepenuh hati.
Tiada pelangi seindah dan secantik isteri abang. Pelangi yang mewarnai
kehidupan abang yang makin kelam dihujani tiap masa. Sejak mama pergi, abang
seperti anak yatim piatu. Walaupun sudah dua tahun pemergian mama, kekosongan
itu sangat terasa hinggalah abang jumpa Maira…” Maira menghentakkan kepala di
daun pintu. Tergopoh-gopoh Redzwan mendapatkan Maira di dalam.
“Maira… kenapa ni sayang…” Cemas sungguh wajahnya.
“Abang… ka…ki… sakit…” Muka isterinya berkerut menahan
sakit.
“Kenapa kaki?” Laju je dia memegang kaki Maira. Maira
mengaduh sakit lagi.
“Kenapa? Rasa macam mana? Abang panggil ambulans ye?”
Hatinya tak keruan. Tiba-tiba Maira Aqila ketawa. Kuat!
“Abang ni… Maira sesemut je. Siap nak panggil ambulans…”
Redzwan terduduk. Dia mula kembali tenang. Dan akhirnya dia juga ketawa.
“Kenapa lambat sangat datang? Penat tunggu!” Adu si
isteri manja.
“Abang bagi masa kat sayang je. Lagipun abang sengaja nak
bagi Maira rindu,” Maira menjeling suaminya geram.
“Eh tak baik tau jeling suami macam tu…” Maira ditarik ke
dalam pelukannya. Rindunya sungguh tak tertahan. Seminggu dia kembali bujang.
Seminggu dia terasa kehilangan. Namun, dia tahu dia perlu beri masa kepada
isterinya. Dia juga tahu sakitnya dikhianati, dikecewakan. Sudah banyak kali
dia rasa itu. Semuanya sebelum mengenal insan bernama Maira Aqila.
“Abang…”
“Ya…”
“Thanks… thanks for everything…” Air mata Maira bertakung
lagi.
“Hai, kenapa makin cengeng isteri abang ni? Ada isi dah
ke?” Tawanya meletus. Wajah Maira merah.
“Abang ni kan… mana adalah…” Dicubit lengan si suami
manja. Terus air matanya kering sendiri. Dia tahu kenapa Allah takdirkan dia
dengan Redzwan. Dan semua ini bersebab. Dia bersyukur sekali kerana jodohnya
begitu serasi dengannya. Selalu ada saat dia sedih dan sweet yang pastinya.
Lelaki idaman hatinya.
“Sayang abang!” Luahnya kemudian muka dibenamkan ke dada
suaminya. Malu!
“Sayang sayang juga…” Senyuman sepasang suami isteri
meleret. Tiada derita yang berpanjangan. Tiada kecewa yang tiada kesudahan. Dan
tiada hujan yang berkekalan. Pergi saja segala kedukaan yang singgah di hati. Biarlah
semuanya terkubur di situ. Semua pasti akan berakhir dengan kebahagiaan cuma
corak kisahnya berbeza.
^_^ Dini, thanks kau buat aku rasa nak menulis lagi =)
Kistot: Ke mana hilangnya Beto?
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Disebabkan ramai yang tanya dalam entry sebelum ini tentang kehilangan Beto. Aku cuba sampaikan melalui kistot. Baca dan jangan tanya lagi kerana aku sendiri tiada jawapan khusus untuk soalan itu. Harap semua berpuas hati dengan kesudahan persoalan tentang Beto.
"Wawa, kau sebenarnya nak apa dari aku?" Jaja menyingkap isi hatinya secara telus. Dia tahu niat Wawa dan Lala mendekatinya cuma hanya kerana Beto. Bukan ikhlas untuk bersahabat dengannya.
"Aku nak kawan dengan kaulah. Kita macam sekepala. Sama-sama senget," Wawa ketawa. Tapi tidak Jaja.
"Wa, aku tau kau mahu tahu pasal Beto kan? Kan aku sudah cakap yang Beto bukan boyfriend aku..." Wawa terdiam. Lama.
"Aku tak tahu kenapa semua orang cari aku pasal Beto. Handsome sangat ke dia tu? Aku naik rimas..." Luah Jaja lagi.
"Apa kau fikir aku macam orang lain ke? Ada aku tanya pasal Beto lagi dengan kau? Tak ada kan? Aku memang ikhlas nak berkawan dengan kau. Memang mula-mula sebab Beto tapi kau jugak cakap yang kau lama tak contact dia. Jadi aku malas tanya lagi. Biarlah Beto dengan keputusan dia..." Wawa tersentap. Keikhlasannya diragui. Giliran Jaja pula terdiam.
"Kau jangan marah Wa... sejak aku kenal Beto, girls sms, inbox aku tanya pasal Beto. Aku naik rimas... ini kau pulak... Beto dengan aku cuma kawan. Aku tak kenal sangat dengan dia..." Wawa diam. Dia tak salahkan Jaja kerana dia juga mengalami situasi sama. Semua bertanya tentang Beto tapi dia sendiri tiada jawapan untuk itu. Beto tiba-tiba menghilangkan diri.
"Jaja, biarlah Beto dengan keputusannya. Aku pun malas fikir mana hilangnya dia. Mungkin kembali ke pangkuan keluarganya. Dia di sini untuk urusan kerja kan? Lagipun memang dia pernah cakap dia akan pergi satu hari nanti kan?" Jaja mengangguk lesu. Dia tahu hakikat itu.
Memang sejak dulu Beto pernah kata semua ini hanya sementara. Dia akan pergi menghilangkan diri saat waktunya tiba. Yang pasti Jaja, Wawa dan Lala telah merelakan pemergian Beto. Walaupun berat hati, mereka anggap Beto satu kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan. Doa sentiasa diiring supaya sahabat mereka bahagia selamanya.
Tamat~~~
Disebabkan ramai yang tanya dalam entry sebelum ini tentang kehilangan Beto. Aku cuba sampaikan melalui kistot. Baca dan jangan tanya lagi kerana aku sendiri tiada jawapan khusus untuk soalan itu. Harap semua berpuas hati dengan kesudahan persoalan tentang Beto.
"Wawa, kau sebenarnya nak apa dari aku?" Jaja menyingkap isi hatinya secara telus. Dia tahu niat Wawa dan Lala mendekatinya cuma hanya kerana Beto. Bukan ikhlas untuk bersahabat dengannya.
"Aku nak kawan dengan kaulah. Kita macam sekepala. Sama-sama senget," Wawa ketawa. Tapi tidak Jaja.
"Wa, aku tau kau mahu tahu pasal Beto kan? Kan aku sudah cakap yang Beto bukan boyfriend aku..." Wawa terdiam. Lama.
"Aku tak tahu kenapa semua orang cari aku pasal Beto. Handsome sangat ke dia tu? Aku naik rimas..." Luah Jaja lagi.
"Apa kau fikir aku macam orang lain ke? Ada aku tanya pasal Beto lagi dengan kau? Tak ada kan? Aku memang ikhlas nak berkawan dengan kau. Memang mula-mula sebab Beto tapi kau jugak cakap yang kau lama tak contact dia. Jadi aku malas tanya lagi. Biarlah Beto dengan keputusan dia..." Wawa tersentap. Keikhlasannya diragui. Giliran Jaja pula terdiam.
"Kau jangan marah Wa... sejak aku kenal Beto, girls sms, inbox aku tanya pasal Beto. Aku naik rimas... ini kau pulak... Beto dengan aku cuma kawan. Aku tak kenal sangat dengan dia..." Wawa diam. Dia tak salahkan Jaja kerana dia juga mengalami situasi sama. Semua bertanya tentang Beto tapi dia sendiri tiada jawapan untuk itu. Beto tiba-tiba menghilangkan diri.
"Jaja, biarlah Beto dengan keputusannya. Aku pun malas fikir mana hilangnya dia. Mungkin kembali ke pangkuan keluarganya. Dia di sini untuk urusan kerja kan? Lagipun memang dia pernah cakap dia akan pergi satu hari nanti kan?" Jaja mengangguk lesu. Dia tahu hakikat itu.
Memang sejak dulu Beto pernah kata semua ini hanya sementara. Dia akan pergi menghilangkan diri saat waktunya tiba. Yang pasti Jaja, Wawa dan Lala telah merelakan pemergian Beto. Walaupun berat hati, mereka anggap Beto satu kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan. Doa sentiasa diiring supaya sahabat mereka bahagia selamanya.
Tamat~~~
Kistot: Drama Jemah dan Jimat
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry penuh kasih sayang ini ditaja oleh Iffah Betoffah aka Bini James Bond 007 LOL~~~ Berikut adalah para pelakon drama swasta.
Jemah bersiap-siap. Make up dikenakan di wajahnya. Walaupun usia sudah menjangkau 42 tahun, namun rasa ingin bergaya tetap ada. Sedang dia memakai eyeliner di mata, tiba-tiba suaminya Jimat masuk ke bilik.
Entry penuh kasih sayang ini ditaja oleh Iffah Betoffah aka Bini James Bond 007 LOL~~~ Berikut adalah para pelakon drama swasta.
![]() |
Cik Mat aka Jimat |
![]() |
Zaimah aka Jemah |
"Bila nak pergi makan ni?" Jemah berpaling. Dia buat muka tak puas hati kerana kosentrasinya terganggu.
"Kejaplah. Jemah nak make up sikit... awak dah siap ke" Jemah memandang pelik. Kain pelikat masih dipakai suaminya.
"La kata je orang lambat. Dia pun tak siap..." Mulutnya mula membebel. Sungguh dia geram.
"Dah siaplah ni... nak siap macam mana lagi yang oi?" Jemah terus mencebik.
"Kata nak pergi candle light dinner. Jemah dah make up. Pakai dress segala ni. Takkan awak nak pakai kain pelekat je?" Jemah memasamkan mukanya. Benar moodnya berubah kini.
"Awak ni, tu kat luar tu. Kita candle light dinner kat rumah je. Buat apa nak pakai lawa-lawa. Kita berdua je ada..." Suaminya ketawa dan terus berlalu. Lagi remuk hati Jemah. Dia sangkakan sambutan ke 17 tahun ini di hotel 5 bintang. Namun semuanya sia-sia. Dia dengan berat hati melangkah keluar. Alangkah terkejutnya melihat ruang makannya malap dan yang ada cuma cahaya lilin. Jimat juga telah bersedia di meja. Semuanya bagai mimpi. Indah sekali suasana yang suaminya sediakan.
"Awak..." Air mata berlinangan. Dia sungguh terharu. Hilang terus rajuknya tadi. Tangisan menjadi-jadi. Dia terasa basah di wajah.
"Jemah... oh Jemah..." Jemah terus tersenyum.
"Jemah bangunlah. Subuh!" Air direnjis-renjis lagi ke arah muka isterinya. Risau Jimat melihat Jemah mengingau sambil tersenyum dalam tidur.
"Ah apa awak ni? Kenapa awak pakai baju kerja?" Jemah terpinga-pinga. Jimat hanya mentertawakan isterinya yang sedang mamai. Sebentar cuma, Jemah kembali ke realiti. Itu semua mimpi! Mustahil suaminya romantik sebegitu.
"Jemah...jemah..." Dia mengeluh dan berniat untuk ke kamar mandi. Namun dia bersyukur masih punya suami yang menyayanginya. Yang menjaganya dengan baik. Yang paling penting sentiasa mengingatkan tentang amal ibadah.
"Terima kasih Allah kerana memberikan jodoh terbaik untukku..." Senyuman masih terukir di wajahnya.
![]() |
Sweet couple =) |
*Mohon Zaimah dengan Cik Mat muntah dengan Kistot ini =P
Keywords
Karyaku yang tak seberapa...
Kistot: Jetol dan Jemah
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pintu aku buka. Jetol dan Jemah terus berlari mendapatkan satu sama lain. Aku menutup pintu semula. Dikbi sedia menanti bahan basah yang aku beli di Mybin. Segera aku beri kepadanya.
"Jemah, aku rindu kat kau..." Jetol peluk erat. Air mata menitis.
"Jetol... aku pun... lama tak jumpa kan?" Tangisan makin kuat. Pelukan makin erat. Lama mereka berpelukan. Umpama kekasih yang bertahun tak jumpa.
"Eh, korang ni buat drama sebabak kenapa? Jom kita ke dapur..." Aku pula bersuara. Naik rimas apabila melihat mereka berpelukan.
"Alah kejaplah. Bagi kami melepas rindu yang membara. Lama dah tak jumpa kan Jetol?" Jetol menangguk laju. Belum sempat Jetol menyampuk. Aku terlebih dulu pegang kepala mereka tarik ke dapur.
"Hish ayam-ayam ni kalau dilayan makin menjadi-jadi drama swastanya. Aku dahlah busy nak perap ayam lagi, nak buat salad lagi. Esok dah nak pergi barbeque kat Segamat. Tak sempat aku nak masak kang" Aku membebel sendiri dan meletakkan ayam tersebut ke dalam sinki. Ain sudah siap sedia untuk sembelih keduanya.
"Ain nah, kau sembelih Jetol... aku kerjakan si Jemah. Eloklah kita sembelih awal-awal, sebelum kawan dia si Omar datang cari. Memang takkan jumpa weh..." Aku dan Ain sama-sama gelak jahat. Demikianlah kesudahan cerita tragis ayam bernama Jetol dan Jemah. Aku dan Ain berjaya membakar mereka di Segamat Johor.
Tamat. Nak gelak jahat boleh? Maaf Dikbi, Umar, Ain, Zaitul dan Zaimah ini hanya gurauan semata-mata. Rindu kat korang. LOL
Keywords
Karyaku yang tak seberapa...
Cerpen: Kau pergi jua...
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Malam itu sungguh dingin. Aku menarik gebar menutupi kaki
aku yang makin kurus. Entah mengapa hati aku dipagut sayu. Bimbangkan seseorang
yang jauh di mata dan pastinya sentiasa dekat di hati. Dia yang bernama
sahabat. Telah aku himpunkan rasa kasih dan sayang hanya untuk dia. Mungkin pada
orang, aku dan dia bukanlah seperti keluarga. Tapi pada aku tidak sama sekali.
Aku sayang dia. Aku harap dia juga begitu. Bukan sebagai
kekasih hati. Cuma sebagai teman yang setia menemani susah dan senang. Aku nampak
dia online. Aku ingin sekali menyapanya. Namun, egoku menghalang. Aku perempuan
dan dia lelaki. Harus dia yang memulakan kata. Aku masih punya rasa malu.
Beep…
Bunyi notification Facebook masih lincah bersuara. Aku melihat
dia sakan membalas komen. Dalam hati aku teruja ingin menyapanya. Lupa seketika
malu yang kononnya melanda diri.
“Hai kau busy tak? Aku
call?” Aku tegur lalu tersenyum sendiri.
“Okay… cepat sebelum terlambat!” Laju saja dia membalas. Aku
terus mencari nombornya dan mendialnya. Dia terus menyapa aku terlebih dahulu.
“Hai… buat apa? Tak tidur lagi?” Aku tahu dia senang dengan
aku. Sama seperti aku. Kami serasi.
“Aku tengah dating. Kau pulak? Esok bukan kelas ke?” Aku
sengaja. Aku tahu dia tak mungkin percaya. Antara kami tiada rahsia.
“Siapa yang nak kat kau? Buta ke dia tu?” Aku gelak
berdekah-dekah. Mulut dia memang tiada insurans. Kalau aku ada sepit baju, mahu
saja aku sepit mulutnya.
“Amboi, see the leglah. Kau tak tahu setakat ni ada dua
orang mamat mengorat aku. Tapi aku yang reject…”
“Serius?” Dia ketawa lagi.
“Lantaklah kau nak percaya ke tak. Kang aku tak cerita kau
sentap kan…” Aku gelak lagi.
Entah mengapa malam itu aku dan dia gelak. Setiap
perbualan pasti selang selinya gelak. Dan aku jadi selesa dengan suaranya. Amat
mendamaikan hati. Hingga melupakan masalah yang membelenggu diri aku sebelum
ini.
Akhirnya talian terputus setelah berjam lamanya kami
berbual. Bagaikan melepaskan rindu antara satu sama lain. Pernah dulu aku tanya
diri aku, adakah aku suka dia atau aku cuma senang bersamanya. Kini aku
mengerti yang ada cumalah sayang seorang kawan. Mungkin sahabat. Aku tahu,
ramai sangkal lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik. Mesti akan
hadirnya rasa cinta. Tapi tidak pada aku. mungkin juga dia. Dia tak pernah kata
dia sayangkan aku. Lelaki, biasalah. Malam itu aku tertidur. Lena yang panjang.
Xxxxx
Deringan telefon tidak aku endahkan. Sungguh aku tak mahu
bercakap dengan sesiapa pun. Aku menangis sendiri. Aku tak mahu orang melihat
aku dari sisi gelap. Sisi aku adalah insan yang lemah. Aku perlu kuat. Aku perlu
tabah. Berita yang baru aku terima memang benar-benar membuatkan aku
tersungkur.
“Qila… you can do it!” Aku terus menuju ke bilik air. Pancuran
air begitu menenangkan. Aku tersedu-sedu sendiri. Aku melampiaskan segala rasa.
Aku tahu aku perlu terus tersenyum demi dia yang aku sayang. Usai aku membasahkan seluruh tubuhku. Aku bersiap ala kadar.
Rasa sedih, hampa, kecewa, terluka semuanya telah aku biarkan berlalu dengan
air yang mengalir. Aku perlu tunjukkan diri aku yang tabah di hadapan semua. Radzi
menanti aku. Dia ada di Hospital Kuala Lumpur sejak semalam. Aku sahaja yang
baru dapat tahu. Penyakitnya sudah kronik. Hanya membilang masa. Mungkin hari. Mungkin
jam dan mungkin juga minit untuk dia pergi selamanya.
“Radzi tunggu aku. Aku nak jumpa kau untuk kali terakhir…”
Enjin dihidupkan dan aku terus menuju ke destinasi.
Xxxxx
Suasana suram. Aku tak nampak sesiapapun di koridor wad
lelaki. Itu membuatkan aku lagi berdebar. Perlahan aku mengatur langkah. Kaki terasa
seperti tak jejak tanah. Aku pergi ke arah kaunter. Ada seorang jururawat manis
sekali di sana.
“Nurse, bilik pesakit yang namanya Syahrul Radzi di mana ya?”
Sepatah-sepatah aku lontarkan. Lidah terasa beku. Sukar menyebut setiap kata. Lagi-lagi
nama sahabat aku. Sahabat mayaku yang tak pernah aku temui.
“Oh, di depan ni. Tapi, cik tunggu kejap. Sebab dia ramai
pelawat. Bimbang pesakit terganggu…” Tersentak aku. Tiba-tiba terasa kecil diri
ini. Di depannya. Aku cuma sahabat maya. Entah Radzi mampu mengenali aku atau
tidak. Atau kehadiran aku tak diperlukan di sini. Air mata aku hampir menitis. Aku
tahu, aku bukanlah orang yang terpenting yang perlu ada bersama dia.
“Cik…” Satu suara kedengaran. Aku tak lekas berpaling. Aku sayu.
“Ya?” Nurse tadi menghampiri aku. Bahuku disentuh.
“Pesakit dah kritikal…” Belum habis jururawat muda
berkata-kata, aku terus mengorak langkah laju ke bilik Radzi. Aku tekad.
“Radzi…” Itu saja yang mampu keluar dari mulut aku. Dia
tersenyum dalam kepayahan. Aku nampak usahanya.
“Ya… aku datang… kau apasal terbaring macam ni? Ini ke Radzi
yang aku kenal hah?” Aku cuba bergurau. Aku tahu situasinya tak sewajarnya aku
begitu. Tapi aku tak mampu menahan sebak jika melayan rasa simpati. Aku lebih
geram dengannya. Radzi menyembunyikan setiap penderitaan daripada aku. Aku
terhiris bagai sembilu.
Tangan Radzi tergerak. Aku pandang penuh tanda tanya.
“A..a..ku…” Aku terdiam. Mataku membahang. Aku tahu aku tak
bisa pura-pura kuat depannya lagi.
“Radzi kau diam boleh tak? Sakit-sakit macam ni pun kau nak
cakap kan?” Aku duduk di sisinya. Memerhati seluruh tubuhnya yang berselimut. Cengkung.
Tak seperti dalam gambar di laman sosialnya. Lain sekali.
“Min..ta..ma..af…” Segera aku geleng.
“Kau tak payah nak poyo. Aku dah maafkan kau. Selamat kau
sakit Zi, kalau tak memang kau kena penyekeh aku… sengal!” Aku ketawa. Walaupun
tak ikhlas, aku cuba membuatkan Radzi selesa dengan adanya aku. Kalau aku
tenungnya dengan riak simpati, aku takut aku dan Radzi menangis. Saat genting
sebegini ego juga paling utama.
“Radzi, kau diam je. Aku nak cakap. Nanti tak tahu bila lagi
kau dapat dengar aku membebel kan? Aku serius nak marah sebab kau tak bagitau
pun yang kau sakit. Aku rasa loser, sebab aku ingat kita kawan. Walaupun alam
maya, tapi aku sayang kau. Okey aku malu…” Aku diam seketika. Aku nampak Radzi
tersenyum nipis.
“Radzi… aku tak tahu kenapa kau sorokkan dari aku. Memang
aku terkilan. Tapi aku terima, itu hak kau. Apapun yang jadi lepas ni aku akan
kenang kau sampai bila-bila… Doakan kesejahteraan kau… Kau pun jangan simpan
dendam kat aku… Aku nak kau tenang je di sana… Aku…” Aku diam. Radzi sudah
berlinangan air mata. Tidak aku sapu air matanya. Kami bukan mahram.
Aku senyum dalam kebasahan. Dia juga. Dan itulah saat
terakhir aku melihat tangisan Radzi. Aku mengundurkan diri untuk sahabat handai
yang lain. Keluarga dan sanak saudaranya memenuhi ruang bilik. Suasana kelam
dan sayu. Bagaikan tahu yang Radzi akan pergi tak berapa lama lagi. Aku melambaikan
tangan kepada Radzi dan tidak toleh lagi.
Jam 12.45 malam, aku dikejutkan dengan berita pemergian
Radzi untuk selamanya. Akhirnya, dia pergi jua. Lantas aku menadah tangan mendoakan
urusan Radzi di alam lain dipermudahkan. Dari Allah kita datang, kepadanNya
juga kita dikembalikan. Kini aku masih bisa menadah tangan menyedekahkan
Al-Fatihah buat arwah walaupun dua tahun kejadian itu berlalu. Al Fatihah…
*Orang kata melalui cerita kita mampu memahami isi hati seseorang, dan aku dedikasi cerpen ini buat semua. Tiada kaitan yang hidup atau telah meninggal dunia.
Keywords
Karyaku yang tak seberapa...
Kistot: Mengorat
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Kau gila ke apa?” Hampir tersembur minuman yang dia sedang
sedut. Dipandang wajah gadis di hadapannya. Aneh! Mukanya tenang sekali. Tak seperti
dirinya yang sedang mengatakan perkara serius.
“Rileks okey. Nah tisu…” Amanda menghulurkan tisu. Wana pastinya
terkejut. Dia senyum.
“Okey sekarang kau cerita dengan aku, kenapa kau nak
mengorat dia? Bukan kau kata kau benci dia ke? Dia tak pernah hargai kaulah,
apalah…” Bising mulut Wana membebel tentang lelaki itu. Lelaki yang langsung
tak dapat diteka apa yang ada dalam isi hatinya.
“Ya, aku penat main tarik tali. Sekarang aku nak follow with
the flow…” Senyuman terukir. Kali ini lebih lebar dan penuh makna.
“Tapi kau reti ke nak mengorat dia?” Tiba-tiba Amanda menepuk
kuat kedua tangannya. Terperanjat Wana dibuatnya.
“Itulah masalah terbesar aku sekarang. Aku tak tahu nak
mengorat orang sebenarnya…” Tergaru-garu tangannya di kepala sendiri. Wana
ketawa lepas. Pengunjung lain memerhatikan kedua gelagat gadis itu. Namun tak
pula mereka pedulikan.
“Kau tolong aku… please?” Wana terdiam. Segera dia berbisik
di telinga Amanda. Dan sekali lagi ketawa mereka pecah. Hilai tawa mereka jelas
kedengaran. Yang pasti mereka berlagak tiada orang di sekeliling. Rupanya, Wana
juga tidak tahu mengorat. Akhirnya, perbualan mereka mati di situ. Niat Amanda
ingin mengorat juga gagal. Tetapi, dia tahu, mengorat tak perlukan ayat manis,
cukup jadi dirinya sendiri. Dia tahu dia mampu.
#Okey, tak ada kerja. Tetiba tertaip kisah kontot. Harap korang tak muak dengan penulisan aku lalalala =P
Keywords
Karyaku yang tak seberapa...
Cerpen: Semuanya kerana jodoh
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Qalisya diam seribu bahasa. Sakit hati terpendam sekian lama ingin saja dia luahkan kini. Dia penat diperkotak-katikkan perasaannya. Cukup dia dipermainkan oleh lelaki yang tak tahu menghargai perasaan sayang yang tercipta hanya untuk dia.
Adakah ini pilihan? Adakah ini pengakhiran kasih sayang dan persahabatan? Dia tahu dia tidak sesuai untuk Qalisya dan dia juga bukanlah lelaki yang kejam untuk membawa Qalisya ke lembah cinta yang belum mampu menjanjikan apa-apa kebahagiaan dan kesenangan. Tapi ini sungguh kejam.
Qalisya diam seribu bahasa. Sakit hati terpendam sekian lama ingin saja dia luahkan kini. Dia penat diperkotak-katikkan perasaannya. Cukup dia dipermainkan oleh lelaki yang tak tahu menghargai perasaan sayang yang tercipta hanya untuk dia.
“Awak, kenapa diam?” Fitri memecah sunyi.
“Nothing, okeylah nak pergi tidur dah. Mengantuk…” Moodnya
benar-benar merudum. Jiwanya seperti mahu lari jauh dari kenyataan yang
menyakitkan. Kenyataan yang dia cintakan orang yang salah. Dia cintakan orang
yang tak patut dicintai. Dia lupa cinta itu memang benar-benar bukan untuknya.
Fitri tak pernah cuba berusaha untuk memahami isi hati yang dia cuba tunjukkan.
“Aik cepatnya. Tadi bukan main kata free. Saya rindu nak
borak dengan Isya…” Suaranya begitu menggoda. Sekali lagi dengusan kedengaran.
Dia letih. Letih bermain teka-teki tentang cinta dan perasaan.
“Fitri… kita borak lain kali je. Saya betul-betul letih ni…”
Qalisya sedih.
“Isya… hurm takpelah. Lain kita borak lagi. Promise!” Fitri
sengaja melunakkan suaranya. Qalisya makin lemas dengan permainan cinta yang
Fitri mainkan. Seperti dia tercampak dalam lautan bunga mawar. Wangi tapi
durinya bisa melukakan.
“Fitri, jangan lebih-lebih. Dahlah, nite…” Dia terus
mematikan talian. Tak betah lagi dipermainkan begitu. Jiwanya tergoda, tergoda
dan tergoda. Makin lama, makin dalam perasaan yang tertanam di hatinya. Hanya
Fitri yang tak tahu hakikat sebenarnya.
Qalisya tahu dia tak patut jatuh cinta dengan sahabat
sendiri. Tapi, cinta dan perasaan tak mampu dia kawal. Semuanya luar kawalan.
Dia terbiasa dengan kehadiran Fitri. Dia rasa Fitri pelengkap hidupnya yang
seringkali sunyi. Kehidupan sebagai anak tunggal sememangnya tak indah seperti
yang dikhabarkan. Dia menangis dalam sendu lagi malam itu. Hanya bulan dan
bintang menyaksi hati yang sudah dipatri tapi sedang meratapi kelukaan yang
terdalam.
Xxxxx
“Mak ada benda nak cakap ni…” Qalisya berpaling. Dia malas
sebenarnya untuk memikirkan apa yang maknya sampaikan minggu lepas. Pasal kahwin.
Hal itu sentiasa menghantuinya. Malah menghantui semua gadis yang sudah
melepasi waktu umur sesuai berkahwin.
“Pasal kahwin ke mak? Kan orang kata tak mahu lagi…” Awal
lagi dia menolak.
“Bukanlah… mak tahu kamu tak mahu kahwin lagi, mak tak nak
paksa. Tapi ini pasal kawan kamu tu…” Suara Puan Fatimah agak serius. Qalisya
seakan berminat.
“Kenapa? Kawan yang mana mak?” Puan Fatimah mengeluh. Seketika
dia berpaling ke arah lain. Air mata mengalir. Qalisya kaget.
“Mak kenapa ni? Ish..” Segera dia memeluk tubuh tua itu. Ditenangkan
hati wanita itu. Walaupun hatinya memberontak ingin tahu tentang hal yang
membuatkan emaknya sedih. Puan Fatimah melampiaskan rasa. Dia perlu menyakinkan
anaknya dengan hal yang akan anaknya tahu. Dia tahu, Qalisya akan mencari Fitri
selepas ini. Rencananya harus berjalan lancar. Dia tak mahu gagal kali ini.
“Mak… okey?” Tanya Qalisya prihatin.
“Mak tak tahu nak mula macam mana. Tapi, mak nak Isya tahu,
Fitri bukan orang yang baik. mak tak mahu anak mak berkawan dengan lelaki macam
tu!” Tegas bunyinya.
“Tapi kenapa?”
“Isya kalau sayang mak. Dengar cakap mak… titik!” Qalisya
terdiam. Dia makin tidak faham tentang perkara yang baru terjadi. Emaknya sedih
kemudian marah. Apa yang Fitri telah lakukan? Dia pening memikirkan. Segera tudung
dicapai. Beg disangkut. Dia mesti cari tahu apa masalahnya. Dia perlu!
“Mak, orang keluar dulu…” Jeritan Puan Fatimah menghalangnya
keluar tak lagi dia mampu dengar. Dia menghidupkan enjin segera. Fitri harus
ditemui.
Xxxxx
Jauh disudut hatinya ingin sekali menjemput Fitri ke
rumahnya. Ke majlisnya. Tetapi hati emak perlu dijaga. Majlis perkahwinan masih
meriah. Dia sudah penat. Penat dengan topeng yang dipakai. Make up. Baju cantik.
Berlian dikepala. Semuanya bukan dia. Semuanya palsu. Termasuklah senyuman yang
terpalit di wajahnya. Wajah suami dipandang kosong. Kaya. Muka boleh tahan. Tapi
sayang, hati dia dan Qalisya tak ada cinta. Yang ada cuma kepura-puraan.
“Buat apa kat sini, kawan I datang tu…” Lengan Qalisya
ditarik kuat. Dia tahu kalau tak berkeras, Qalisya takkan berganjak. Tegak macam
patung cendana.
“Jangan tarik-tarik boleh? Sakitlah!!” Protes Qalisya
perlahan. Bimbang para tamu mendengar omelannya.
“Diamlah. Senyum…” Itu saja yang dia dengar. Tiada kelembutan
bila berbicara. Sekali lagi Qalisya merindukan Fitri. Mulutnya manis. Selalu bercakap
lembut. Adakala suaranya benar-benar menggoda. Dia tahu dai tak patut
merindukan lelaki lain. Dia punya suami. Kini dia sudah menjadi isteri orang
yang tak dia cintai. Berdosanya dia!
“Hai Melinda, this is my beautiful wife, Qalisya…” Senyuman
itu nampak benar-benar ikhlas. Qalisya terpana. Akhirnya, lelaki itu senyum.
“Hai, Qalisya… tak sangka, tangkap muat pun cantik orangnya.
Pandai you pilih Ezad…” Suaranya sungguh menjengkelkan. Qalisya bengang. Salam dihulur,
tetap dia sambut. Tapi cengkamannya sengaja dikuatkan. Terjerit Melinda.
“Are you okay Mel?” Ezad senyum dan pandang ke arah Qalisya.
“Okay, I nak nak jamah nasi minyak you all. Bila lagi nak
merasa kan? Ezad, kahwin hanya sekali kan?” Melinda berlalu dengan gelak
gediknya.
“Thanks…” Ezad memandang Qalisya penuh rasa. Entah kenapa
dadanya berombak mendengar kata-kata lelaki bergelar suami itu.
“What for?” Keningnya terangkat.
“Buat Melinda macam tu. Serius, I ingat you ni kayu. Ternyata
you ni menarik juga orangnya…” Hidung Qalisya dicuit selamba dan lelaki itu
bergerak ke meja tamu yang lain. Ditinggalkan Qalisya yang sedang menahan malu.
Senyuman terukir di wajah pengantin lelaki. Dan drama sebabak bukan saja
diperhatikan oleh Melinda, malah Fitri juga. Dari kejauhan dia memandang dan
mendoakan kebahagiaan Qalisya, sahabat baiknya.
“Isya, maaf saya terpaksa buat begini. Mak awak sangat
berkuasa. Saya tak boleh terus di sisi awak. Awak lebih bahagia dengan Ezad.
Dia lagi berkuasa dan mampu melawan sikap mak awak…”
Air matanya menitis. Fitri berlalu. Kenangan berjumpa dengan
Puan Fatimah jelas tergambar di ingatannya kini. Keras amaran wanita tua itu.
“Nama kau Fitri?” Puan Fatimah terus duduk di kerusi apabila
lelaki itu mengangguk.
“Macam nilah Fitri, aku terus terang cakap aku tak berkenan
dengan kau. Kau miskin. Harap rupa je, memang anak aku takkan bahagia. Aku bagi
dua jalan untuk kau. Satu tinggalkan Qalisya dengan rela hati dan satu lagi
tinggalkan Qalisya dengan bantuan aku… mana kau pilih?” Fitri terasa dijerut.
Adakah ini pilihan? Adakah ini pengakhiran kasih sayang dan persahabatan? Dia tahu dia tidak sesuai untuk Qalisya dan dia juga bukanlah lelaki yang kejam untuk membawa Qalisya ke lembah cinta yang belum mampu menjanjikan apa-apa kebahagiaan dan kesenangan. Tapi ini sungguh kejam.
“Puan, kenapa puan menentukan hidup anak puan? Tak boleh ke
biarkan Qalisya memilih jalan hidup sendiri? Saya mengaku saya kawan dengan
Isya, tapi tak bermakna saya nak kahwin dengan dia. Saya sedar taraf saya di
tahap mana… tapi tindakan puan ni…”
“Kau siapa nak komen pasal aku punya tindakan? Dengar sini,
kau tak layak untuk anak aku. ingat, aku akan buat sesuatu yang kau tak mampu bantah.
Kau ingat, Isya takkan sesekali berpaling ke arah kau selepas ini. Bersedialah!”
Kata-kata itu sudahpun membunuh hati Fitri. Dia terdiam. Kelibat wanita itu
dia perhatikan. Air mata jatuh. Sakitnya penghinaan yang dilemparkan ke
arahnya. Sungguh!
Xxxxx
“Sayang, jalan baik-baik. sakit anak kita nanti…” Suara
lelaki itu benar-benar risau. Fitri tersenyum. Dia hanya memerhatikan gelagat bakal ibu bapa itu. Dia mungkin takkan berpeluang merasai kegembiraan seperti
pasangan itu. Tiada siapa mahukannya. Dia pun telah menutup pintu hati untuk
perempuan. Cukuplah cinta dan sayangnya pada Qalisya seorang.
“Isya, kan abang dah cakap jangan lompat…” Si isteri ketawa.
Dan sekali lagi Fitri berpaling. Qalisya!
“Alah, abang risau sangat… baby pun nak mamanya aktif. Baru
sihat…” Manja sungguh bunyinya. Fitri segera bangun dari duduknya. Dia tak mahu
dengar perbualan mereka. Sakitnya hati. Dia tak mahu terluka dengan melihat
Qalisya bahagia.
“Fitri…” Dia tergamam. Tak mampu dia mengelak lagi.
“Hai,” Itu saja yang mampu dia luahkan. Serba salah.
“Awak buat apa kat sini?” Qalisya menegur macam biasa. Dia rindu
dengan sahabatnya. Setahun sudah dia tak bertemu Fitri.
“Hai sayang. Tak nak kenalkan dia kat abang?” Ezad cemburu.
“Oh, ini BFF saya. Tapi itulah, masing-masing busy. Tak sangka
jumpa kat sini kan Fitri?” Qalisya cuba menyembunyikan rahsia. Dia tahu kenapa
Fitri jauhkan diri. Dia juga tahu Fitri terpaksa demi emaknya. Dan dia rasa
bersalah dengan lelaki itu. Dia bahagia dengan Ezad. Tak mungkin dia kembali
kepada Fitri setelah tahu hakikat drama yang maknya rencanakan.
“Oh, bro. rasanya tak pernah jumpa pun. Tak datang eh masa
kitorang punya kenduri?” Ezad cuba beramah. Dia tak perlu cemburu. Dia sudah
punya benih yang sedang membesar dalam perut isteri kesayangannya. Dia cukup
bahagia dan yakin hati Qalisya hanya untuknya.
“Sorry, saya fly ke sabah masa tu. Isya, sorry. Nanti baby
lahir, saya janji akan kasi hadiah… besar punya…” Fitri cuba menunjukkan betapa
besar hadiah yang akan dia beri. Ketiganya ketawa. Fitri bahagia melihat Qalisya bahagia.
Ternyata itu bukan
jodohnya. Walaupun cinta yang tertanam dalam hati keduanya sebelum ini kuat,
jodoh tetap penentunya. Fitri redha. Qalisya juga. Dalam hatinya mendoakan
kebahagiaan sahabat baiknya. Tangannya terasa disentuh. Ezad dipandang dan
diukirkan senyuman paling manis untuk suaminya. Dia bahagia. Itu saja yang dia
tahu. Kenangan lalu telah dipadamkan. Dia harus padam. Yang penting hanyalah
kenangan yang akan dicipta di masa akan datang.
Tamat. Apakah? Entah. Aku sepatutnya study untuk interview. Tapi kenapa aku layan perasaan sambil menulis? Entah. Jangan tanya kenapa. Layankan je T.T
Keywords
Karyaku yang tak seberapa...
Cerpen: Rantai itu...
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Rantai itu sekali lagi Airissa menyentuhnya. Loketnya benar-benar
unik dan menarik perhatiannya. Bentuk pari-pari. Beribu persoalan hadir di
benaknya. Semuanya tinggal tanda tanya. Rantai itu diberikan sebagai hadiah
hari jadi. Tiada nama. Cumalah sekeping kad yang tertulis kata-kata penuh
makna.
“Airissa, kau yang pertama yang membuatku bahagia, kau yang
terakhir inginku bersama… kau yang ku cinta…” Debaran di hatinya makin rancak. Pembacaanya
terhenti tatkala officematenya masuk
ke dalam setelah ketukan pintu kedengaran.
“Beb, tak nak balik lagi ke?” Ardilla tersenyum depan pintu.
Lagaknya seperti ada sesuatu.
“Kau kenapa? Jangan buat pasal weh… aku letih dah ni… nak
balik mandi lepas tu tidur…” Rantai dimasukkan dalam kotak semula. Tangannya lincah
mengemas beg kerja. Ardilla hanya memandang lalu tersenyum penuh makna.
“Okey, jom balik saing. Aku tumpangkan kau. Takkan kau nak
naik LRT lagi kan? Kau kan birthday girl…” Ardilla mengenyitkan mata.
“Kau kenapa? Peliklah aku tengok. Tak payah, aku dah biasa
naik LRT…” Airissa menolaknya. Segera dia menutup pintu bilik pejabat dan
menuruni anak tangga. Langkahnya tak terlalu lambat tak terlalu cepat. Petikan
gitar jelas kedengaran. Airissa berpaling ke arah Ardilla.
“Kau dengar?” Ardilla tersenyum dan mengangguk.
“Kau yang pertama… membuatku bahagia…” Hampir pitam Airissa
memandang lelaki pujaannya sedang menyanyi di depan pintu utama bangunan. Sungguh
dia tak sangka, artis sanggup turun padang demi menyanyikan lagu untuknya. Tangan
Ardilla digenggam erat. Dia benar-benar takut rebah. Dia benar-benar terpaku
dengan persembahan itu. Yang pastinya, dialah watak utama dalam adegan itu.
“Airissaaaaaaaaaaaaa!!!!” Jeritan itu benar-benar
membingitkan telinganya. Airissa terjaga.
“Ya, kenapa?” Terpisat-pisat dia menggosok mata. Dalam benaknya
lantas berfikir semula kejadian malam itu. Semuanya bagai mimpi.
“Dila, Jamiel mana? Dia dah balik ke?” Ardilla mengerutkan
dahi.
“Kau ni angau sangat dengan Jamiel ke weh? Mana ada artis
nak datang ofis kita ni. Itulah kau, orang kerja kau mengulor. Tidur kat pantry…
Dah bangun cuci muka…” Airissa mengeluh. Dia mimpi? Usai membasuh muka dia
kembali ke mejanya. Berselerak. Kepalanya menggeleng lemah.
“Eh rantai ni?” Airissa memandang pelik. Rantai yang sama
dalam mimpinya. Perlahan dia menepuk pipi sendiri.
“Ardilla sini… sini kau…” Ardilla mengerling.
“Apa dia?”
“Jamiel betul-betul datang. Ini rantai. Dia kasi kat aku..
dia nyanyi live untuk aku… Ah romantiknya!!!” Airissa tersenyum sendiri.
“Kau jangan nak buat gila. Ni hadiah aku kasi. Nampak loket
ni, bentuk pari-pari kan?” Airissa mengangguk lesu. Kecewa.
“Aku kan pemilik paripariputih.com. Haruslah aku kasi hadiah
ni simbolik tanda persahabatan kita… Rissa, Rissa… Kau memang dah angaukan si
Jamiel tu… Ish-ish…” Airissa memandang rantai itu semula. Dia kecewa. Rupanya
semua itu hanya mimpi. Hari jadi tahun ini juga seakan hambar dia rasa. Tiada teman
lelaki. Tiada Jamiel di sisi. Namun, dia tetap akan ada pari-pari yang sentiasa
menemani. Rantai itu simbolik Ardilla yang setia menjadi sahabatnya. Rantai itu
juga akan dia pakai, tanda menghargai kasihnya sahabat. Walaupun dia masih
sendiri, dia tahu pari-pari akan sentiasa dekat di hatinya dan menemaninya.
Selain itu, Allah kan ada? Airissa tersenyum sendiri.
“Terima kasih Dilla… Sarang ae!!!” Jeritnya kuat. Ardilla sudahpun
menggelengkan kepalanya. Pening dengan keletah sahabatnya sendiri. Namun, dia
tahu Airissa memaksudkannya.
“Semoga bahagia wahai sahabat, aku akan doakan jodoh kau…
Percayalah!” Perlahan dia menuturkan kata-kata itu. Dia meneruskan kerja yang
tertangguh. Tanggungjawab lain perlu juga diutamakan. Dibiarkan saja Airissa
yang sedang berbunga-bunga bahagia. Dia hanya mahu Airissa bahagia. Rantai itu,
dia harap akan sentiasa menemani sahabatnya walaupun dia tak lagi ada dalam
dunia. Itu harapannya.
![]() |
Pitam! |
#Tenkiu Puan Zaimah aka pari pari putih aka Mama sebab kasi aku hadiah hari jadi paling awal =) Sangat-sangat sukakannya.
#Selamat hari jadi jugak kepada kembar setarikh lahir Bie... Rindu nak tidur sebilik dengan kau T.T
#Selamat hari lahir juga untuk MissShila senget yang sangat senget. Kita kembar yeah! Kita je menanti 15 FEB dan bukan 14 FEB ehh?
#Selamat hari jadi jugak kepada kembar setarikh lahir Bie... Rindu nak tidur sebilik dengan kau T.T
#Selamat hari lahir juga untuk MissShila senget yang sangat senget. Kita kembar yeah! Kita je menanti 15 FEB dan bukan 14 FEB ehh?
Keywords
Karyaku yang tak seberapa...
Cerpen: Kerana Zulaikha
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sepi. Itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan isi hatinya saat ini. Iqram gelisah. Keluh kesah hanya dia yang rasa kini. Cintanya pada seseorang membuatkan dia gila bayang. Ingin saja dia memetik si bunga lantas menyeri taman hatinya yang makin kemarau. Namun, dia tak mampu. Malu!
Okey feeling-feeling petang hari. Sambil dengar lagu TUHAN JAGAKAN DIA... Memang cair sangat dengan lagu ni T.T
Sepi. Itulah perkataan yang tepat untuk menggambarkan isi hatinya saat ini. Iqram gelisah. Keluh kesah hanya dia yang rasa kini. Cintanya pada seseorang membuatkan dia gila bayang. Ingin saja dia memetik si bunga lantas menyeri taman hatinya yang makin kemarau. Namun, dia tak mampu. Malu!
“Oit bro.
Pehal?” Nizam mengambil tempat. Rokok ditangan cuba dinyalakan. Seakan punya
banyak masalah yang boleh dia lepaskan melalui sedutan nikotin itu.
“Aku baru nak
sedut udara segar di malam hari. Kau ni spoillah,” Luahnya tanpa rasa. Dia tahu
Nizam tak pernah terasa. Tak pernah berubah dengan tabiat yang satu itu.
“Alah, kau ni.
Kita bukan cerita pasal aku. Ni aku tengok kau macam baru mati bini. Monyok
semacam…” Tepukan dibahu terasa. Ayat itu dibiar bersama angin lalu. Dia malas
berbicara tentang hati dan perasaan. Nizam playboy. Mana dia tahu erti cinta
dan kesetiaan.
“Beb, aku rasa
aku nak menikahlah…” Sejurus selepas kata-kata yang meluncur, ledakan tawa dari
Nizam kedengaran. Dia hanya memandang. Lama.
“Kau apasal
pandang aku macam tu? Aku cakap terus terang, aku suka perempuan je…aku…” Nizam
terus menepuk Iqram berulang kali. Tawanya mati.
“Zam, aku serius
kau gelak. Aku pandang pun tak luak apapun kat hang. Tok sah merepek boleh
dak?” Sengaja dia menggunakan dialek kedah. Nizam orang kedah namun tak pula
dia fasih. Entah kenapa jadi begitu. Nizam kembali serius.
“Okey cop. Iq
kenapa? Kau tiba-tiba kata nak kahwin? Bukan kau jugak kata dulu, kau nak
kahwin umur 30. Tunggu ada harta sendiri. Ini tak, 25 pun tak masuk lagi bro.
Kau biar betul?” Iqram tersenyum. Dalam hati dia mengiyakan. Bukan dia lupa
kata-kata sendiri. Cuma sejak terpandangkan Zulaikha hatinya terpaut. Entah
kenapa ada semangat yang memburu hatinya. Yang memaksa dia segerakan
pernikahan. Semuanya itu menghantuinya sejak seminggu selepas perkenalan dengan
si cantik Zulaikha. Gadis muslimah tapi sombong.
“Aku tanya ni
bro! Kau boleh menggelamun lagi?” Nizam sekali lagi menepuk bahu sahabatnya.
“Okey, macam ni.
kau ingat tak dua perempuan yang kita jumpa seminggu lepas? Perempuan tulah
yang buat aku rasa nak kahwin sekarang. Aku tak tahu nak terangkan bro.
Tiba-tiba je perasaan ni wujud dan aku tak sanggup langsung nak jauh dengan
dia….” Nizam terdiam. Berat juga masalah sahabatnya ni. Lantas tangan
diletakkan di bahu Iqram.
“Okey Iq, aku
rasa eloklah kau merisik dia dulu. Lepas tu, tanya dah ada yang punya belum. Kalau
kosong, kita sama-sama hantar rombongan. Beritahu mak ayah kau, aku rasa tak
ada masalah sebab kau dah kerja. Cuma rumah je belum ada. Tapi aku rasa, mak
ayah kau setuju punya. Benda baik, buat apa nak lengahkan?” Akhirnya Nizam
bersuara. Dan kali ini Iqram pula yang terdiam.
“Kau ke yang
cakap tadi Zam? Serius?” Iqram memecahkan sepi dengan tawa lepasnya. Selama ini
dia tahu Nizam bukanlah seorang yang sukakan komitmen. Lebih-lebih lagi soal
kahwin. Jarang dia dengar pendapat bernas lantas setuju dengan cadangannya.
Biasanya Nizamlah akan bantah sekerasnya kalau melibatkan komitmen. Bagi
sahabatnya, perempuan itu leceh. Mengada. Pelik sekali.
“Kau jangan
pelik Iq. Aku cuma tolong bagi pendapat aku je. Tapi kalau kau suruh aku kahwin
sekali dengan kau, memang taklah. Aku belum ada nafsu nak berumah tangga. Leceh
beb!” Tawanya lagi. Dia kembali menghidupkan rokok kedua. Tak puas rasanya
sebatang cuma. Malam itu dibiarkan berlalu dengan sepi seribu bahasa. Keduanya
melayan perasaan sendiri.
Xxxxx
Zulaikha hanya
menunduk di satu sudut. Hanya perbualan orang-orang tua kedengaran. Serius
sahaja bunyinya.
“Zu… oh zu…”
Suara si emak mendayu memanggil anak daranya. Zulaikha mengangkat muka. Air
mata menitik perlahan.
“Hai, kenapa
anak mak sedih?” Mak Mah menarik tangan anaknya lembut ke kamar berdekatan.
Bimbang para tamu melihat air mata yang jatuh dari empangan mata anaknya.
“Mak…” Zulaikha
membuka mulut.
“Ya, Zu tak suka
dengan orang yang meminang Zu? Kalau tak suka, mak boleh tolak…” Mak Mah seakan
mengerti maksud anaknya.
“Bu…bukan macam
tu mak. Cuma…” Air mata berderai tak mampu dilindung lagi. Pelukan kemas si
emak dan si anak. Diam.
“Aik kenapa senyap
je kat dalam? Orang luar dah tunggu jawapan. Zu sudi tak jadi isteri Iqram?”
Tenang sahaja si ayah menutur kata. Zulaikha melepaskan pelukan perlahan-lahan.
“Zu ikut je ayah
tapi dengan syarat…” Ayah dan Emaknya memandang. Seminit kemudian, barulah Zulaikha
mengatakan syarat tersebut. Lama Pak Abu dan Mak Mah terdiam. Akhirnya, mereka
setuju dengan syarat yang dikemukakan oleh si anak. Lantas hasrat itu
disampaikan pula kepada bakal suami Zulaikha.
“Iqram, Zulaikha
nak bercakap dengan kamu…” Iqram yang sedari tadi menundukkan wajah segera
memandang. Pelik.
“Mari sini.
Pakcik tunjukkan bilik…” Para tetamu sudah berbunyi. Masakan elok si dara dan
teruna bercakap sendiri. Dalam bilik. Lantas Pak Abu menerangkan situasi
sebenar. Barulah reda sedikit kegundahan mereka.
“Iqram ke mari
nak. Zulaikha, Iqram dah sampai. Mak tak tutup pintu bilik. Mak ada kat luar
ni, kau orang bincanglah dari hati ke hati…” Pesan Mak Mah perlahan. Dia tak
gusar akan fitnah. Dia tahu anaknya pandai menjaga diri dan auratnya. Pak Abu
dan Mak Mah hanya berbalas pandangan. Mereka diam sahaja.
“Okey, Zulaikha.
Boleh cakap apa syaratnya? Awak tak sudi nak terima saya ke awak dah ada
pilihan hati?” Laju sahaja Iqram menanyakan hal sebenar. Dia tak betah berlama
dalam bilik dengan bukan mahram walaupun ibu bapa si gadis di luar.
“Sebenarnya saya
ada masalah. Saya bukan tak nak terima awak, tapi saya tak boleh. Saya terpaksa
menolak pinangan awak. Awak boleh bahagia dengan perempuan lain. Tapi bukan
saya…” Usai sahaja Zulaikha menolak pinangannya, Iqram pula terdiam.
“Kalau tak ada
bantahan, saya keluar dulu,”
“Kejap!” Iqram
bersuara saat si gadis ingin melangkah pergi.
“Ya ada apa?”
Zulaikha tak mampu berpaling. Dia bimbang rahsia hatinya terbongkar jua.
“Saya tak kisah
siapa awak sebelum ni, yang saya tahu saya nak menikah dengan orang di depan
mata sekarang. Kalau awak risau pasal masa lalu lupakan je. Saya terima awak
seadanya. Saya tahu pilihan saya tepat kerana Allah sudah menunjukkan jalan
untuk kita berdua. Kenapa awak perlu menolak takdir?” Muka Zulaikha sudahpun
basah dengan air matanya.
“Walaupun…walaupun
ajal saya sudah dekat?” Kata-kata Zulaikha berjaya mendiamkan Iqram. Lama tiada
respon daripada lelaki itu. Lantas Zulaikha keluar dari bilik tersebut sambil
mengesat air mata. Adik beradiknya yang lain hanya mampu memandang hiba. Bukan mereka
tak tahu, Zulaikha sedang berperang dengan sakit yang dia hidapi. Entah kapan
dia akan menemui Ilahi. Atas desakan fakta itulah dia harus menolak pinangan
lelaki yang berjaya menambat hatinya. Entah mengapa, sakit sangat hatinya kala
ini. Makin gelap dunia terasa dan dia rebah ke atas lantai dapur. Suasana jadi
kelam. Gelap!
Xxxxx
“Hai anak abah,
tengok apa tu?” Iqram menggeletek anak kecilnya. Baru setahun usianya. Qaireena
Zulaikha ketawa kegelian. Iqram juga turut sama ketawa melihat telatah si anak.
Comel!
“Ba…ba…” Iqram
terdiam.
“Apa sayang?”
Matanya tertumpu pada seorang wanita. Ah cantik sekali wajah isterinya. Rindu sungguh
pada Zulaikha.
“Ba…” Sekali lagi
Iqram tersedar dari lamunan. Dirangkul erat si anak. Seakan melepas rindu yang
lama tersimpan. Derap kaki dari dalam rumah jelas kedengaran. Iqram mengalih
pandangan.
“Sudahlah bang. Kesian
budak tu, lemas nanti…” Si isteri mengambil tempat di sebelah. Iqram hanya
melepaskan tawa.
“Alah, geram kat
budak comel ni. siapa suruh comel sangat…” Mengomelnya sendiri. Zulaikha tersenyum.
“Ayin elok-elok
tengok gambar, abang kacau. Kang dia nangis bukan abang nak pujuk kan? Zu jugak yang kena…” Pipi Qaireena dicubit
lembut.
“Kerana Zulaikha
yang abang sayangi, abang berjaya berubah menjadi yang lebih baik. Thanks
sayang. Dan kerana Zulaikha si kecil yang abang kasihi, memberi cahaya
kebahagiaan dalam hidup abang. Thanks both of you…” Bibir melekap di dahi
isteri yang sangat dia cintai. Iqram bertuah dengan adanya kedua-dua Zulaikha,
lengkap hidupnya sebagai insan di bumi Allah ini.
“Walaupun Zu
entah hidup entah tak di kemudian hari?” Pertanyaan itu sungguh menyeksakan. Sakit
Zulaikha tak dapat disembuhkan. Tapi boleh ditangguhkan dengan makan ubat.
“Ajal maut di
tangan Tuhan. Jangan fikirkan sangat, kalau ditakdirkan Zu tak ada esok, abang
terima dengan redha. Allah dah beri abang kebahagiaan dua tahun lamanya. Insyallah,
abang akan kuat. Anak kita kan ada?” Iqram melontarkan kata-kata setenang air
di kolam. Dia cuba untuk kuat. Sebelum bernikah pun dia tahu hakikat itu.
“Abang, Zu yang
tak kuat…” Pelukan dieratkan.
“Allah kan ada sayang…”
Iqram dan Zulaikha membiarkan diri dengan tangisan hiba. Entah bila ajal akan
memisahkan mereka. Namun, mereka tahu yang hidup cuma sekali. Hargai yang
tersayang selagi ia ada di sisi. Itulah yang mereka sedang lakukan. Menghargai dan
menyayangi satu sama lain.
Tamat~~~
Okey feeling-feeling petang hari. Sambil dengar lagu TUHAN JAGAKAN DIA... Memang cair sangat dengan lagu ni T.T
Keywords
Karyaku yang tak seberapa...
Cerpen: Saiful Zamani
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Maaf saya tak dapat terima awak…” Saiful Zamani mengeluh.
Bukan ini jawapan yang dia perlukan. Dia belum bersedia untuk terima penolakan.
Wajah gadis itu dipandang dengan penuh pengharapan. Berharap agar hati si gadis
berubah serta merta.
“Awak jangan buat muka macam tu. Saya takkan ubah jawapan
saya, nah ambil balik bunga awak ni…” Angkuh sahaja Zara Aqilah berkata.
Sedikit pun tiada belas di hatinya.
“Zara wait!” Saiful laju mengejar. Ditahan gadis itu dari
terus mara ke depan. Bunga di tangan diberi semula kepada Zara Aqilah.
“Awak ni tak faham bahasa ke? Saya tak sudi… saya tak ingin
nak berkawan dengan awak apatah lagi berkasih dengan awak. Sekarang, get lost!”
Zara mencampakkan bunga ros tiga kuntum itu ke tanah.
Dengan pantas dia meloloskan diri dari drama sebabak.
Bimbang teman lelakinya nampak kejadian itu. Bukan dia tak tahu Aqil Asyraf
sanggup buat apa saja dengan berpaksikan rasa cemburunya. Zara Aqilah menutup
pintu kereta deras dan enjin dihidupkan. Dibiarkan sahaja Saiful Zamani berdiri
di tengah bangunan. Dalam hatinya terasa sesuatu yang aneh. Rasa bingung. Rasa
menyesal dan yang pasti ingin berpatah balik ke arah Saiful. Namun, pantas saja
perasaan aneh itu ditepis.
“Are you insane, Zara? Stupid!” Jeritnya sendiri.
Xxxxx
Saiful Zamani masih terpaku. Berdiri tegak tanpa kata.
Matanya hanya tekun memandang bunga ros yang kian layu dimamah teriknya
mentari. Mendung tiba. Namun, dia tetap tegak di situ. Guruh kedengaran
sedikitpun tak menggentarkan hatinya. Lantas dia terduduk. Air mata yang jatuh
sama lebatnya dengan hujan yang membasahi bumi gersang. Dan dia menangis lesu
sendiri. Tiada siapa di situ. Cuma yang ada Saiful Zamani yang kecewa.
Kalah sebelum bertanding. Perih rasanya ditolak
mentah-mentah. Zara Aqilah igauan setiap mata yang memandang. Rambut beralun
berwarna sedikit keperangan. Tiada solekan tebal menghiasi wajahnya. Cuma gaya
anak orang kaya jelas kelihatan. Setiap kali Zara melalui di depannya, pasti
pandangannya kabur. Yang jelas cumalah si dia. Acap kali Zara berjaya
mengganggu lenanya. Kini semuanya punah. Zara tergamak meninggalkannya dengan
kejam.
Dia yang bodoh. Terlalu asyik dibuai angau sampai lupa di
mana dia patut berada. Dia dan Zara jauh berbeza. Bukan hanya kaya dan miskin
malah cara hidup sangat berbeza. Walaupun kad pengenalan mereka sama tertulis
agama dan bangsa yang sama tapi ternyata itu bukan itu menjadi kayu pengukur
peribadi seseorang. Saiful menggigil kesejukan. Tak berpayung dan dia sendiri
dibasahi nikmat Allah yang tiada kuasa mampu melawannya.
“Encik, are you okay?” Suara halus menyapa dia. Tak mampu
dia bersuara. Bibir seakan beku untuk digerakkan. Lantas matanya terpejam.
Xxxxx
Matanya terbuka. Asing sekali tempat yang dia berbaring.
Mewah. Tak seperti hostel dia dan Faizal huni.
“Ada sesiapa? Hello…” Saiful cuba mencari kelibat seseorang.
Dia buntu. Dimanakah dia berada, dan siapa pula yang mampu menjawab segala
persoalan di minda.
“Hai Saiful. Awak dah bangun? Oh ya, bik tolong bawakan sup
untuk tetamu ni… demam dia belum surut…” Saiful hanya memandang pelik.
“Siapa kau? Mana kau tahu nama aku?” Kepalanya terasa sakit.
“Aku Melinda. Ini rumah aku. Lupa ke yang kau pengsan
semalam? Sengaja aku bawa kau ke rumah aku…” Belum sempat Melinda menyudahkan
kata-katanya Saiful sudah mencelah.
“Kenapa kau bawa aku ke sini? Kita bukan muhrim. Kau pun aku
tak kenal. Aku nak balik… aku nak…” Kepalanya sakit. Tangan menggengggam erat
sebahagian kepala. Sakit teramat. Hujan itu nikmat tapi adakala memberi kesan
negative kepada yang terkena tempiasnya. Saiful sedar hakikat itu.
“Maaf, aku masih belum mengenali agamaku sendiri. Tapi
niatku baik. menolong orang kesusahan… tak boleh ke? Aku tahu nama kau sebab
kad pengenalan kau ada aku lihat. Ingin sahaja aku hantar kau pulang tapi
alamat yang tertulis tidak aku cam. Kedah bukan jauh dari sini? Jadi inilah
pilihan tepat. Aku bukan sendiri di rumah ini. Ramai, jadi kau tak perlu
khuatir dengan fitnah…” Melinda tersenyum melihat reaksi Saiful.
“Maafkan saya. Melinda, saya hargai. Tapi saya perlu pulang.
Mesti housemate saya tengah risau…” Saiful menarik gebar yang menutup seluruh
badannya.
“Jangan risau. Saya dah beritahu dia dan dia pun sudah dalam
perjalanan pun…” Melinda mengukirkan senyuman lagi. Bibik datang membawa sup.
Segera Melinda menghidangkannya di depan Saiful. Dia tahu Saiful tidak larat
untuk bangun dari tempat dia beradu.
“Saya boleh makan sendiri…” Saiful menolak tatkala Melinda
ingin menyuapnya. Dia makan perlahan-lahan. Dalam tak sedar sup telahpun habis.
Lapar teramat.
“Cik Melinda, tamunya sudah sampai…” Bibik sekali lagi
muncul. Dengan Faizal kali ini.
“Pul, kau ni kenapa? Buat aku risau jelah…” Faizal meluru
mendapatkan dahi sahabatnya. Semalaman dia tak lena. Dia tahu Saiful bukan
jenis tak pulang hostel. Walau lewat malam sekalipun, Saiful tetap pulang.
“Aku okeylah. Cik Melinda ni jaga aku. Jangan risaulah…”
Melinda tersenyum melihat keduanya. Dia bahagia. Tak pernah dia lihat adegan
kasih sayang sebegini. Apatah lagi merasainya. Jauh sekali.
Xxxxxx
Melinda makin rapat dengan Saiful Zamani dan Faizal. Namun,
serapat manapun mereka, masih menjaga batas-batas agama. Saiful senang dengan
kehadiran Melinda. Namun, cintanya untuk Zara masih mekar. Malah tak pernah
terpadam walau sesaatpun nama Zara Aqilah di hatinya.
“Zal, aku nak tidur kejap…” Saiful berkata perlahan. Faizal
terpinga-pinga.
“Weh kita kan janji nak jumpa Mel petang ni? Bangunlah…”
Saiful tak mampu membuka mata. Matanya mengantuk sekali.
“Pul… oit bangunlah…” Faizal mengeluh. Lelaki itu
benar-benar letih. Tangannya mencapai smart phone dan terpaksa membatalkan
pertemuan itu.
Xxxxxx
Matanya meliar memerhatikan sekitar taman. Kelihatan bunga
memenuhi segenap ruang dan berwarna warni di depannya. Indah di pandangan mata.
Terasa ringan sekali tangan ingin memetik sekuntum bunga yang bersinar
kilauannya. Sungguh memikat hati si teruna. Tatkala jari mendekati bunga, pedih
menusuk luka. Sakit. Cecair merah likat mengalir lesu. Dan matanya terbuka.
Badannya tegak duduk di katil.
“Hoi, kau kenapa tiba-tiba bangun macam ni?” Sergah Faizal
kuat. Bukan apa, dia terkejut dengan pergerakan drastik kawannya yang sedang
lena tidur di katil bujangnya.
“Hah…erm aku…ah tak ada apa…” Dalam mamai dia meraup
wajahnya. Peluh yang memenuhi segenap mukanya disapu sekali. Keluh kesah kedengaran.
“Beb, kau mimpi ke apa? Dah, dah pergi mandi. Siapa suruh
tidur petang?” Tawa dihujung kata kedengaran dari nada suara Faizal.
“Zal, aku rasa aku demamlah…” Faizal hanya mengangkat
kening. Enggan percaya kata Saiful Zamani.
“Pul, kau jangan nak manja macam perempuan boleh tak? Tak
kena hujan tetiba demam segala. Ke kau demam C.I.N.T.A…” Sekali lagi tawa
memenuhi ruang. Saiful mengeluh. Perlahan dia cuba untuk berdiri. Berat sangat
kepala terasa.
“Pul!!!!!!!!!” Itu saja yang telinganya dapat tangkap.
Selebihnya hanya terasa tamparan halus di wajahnya. Saiful kelam. Mata
terpejam.
Xxxxxx
“Saiful…” Matanya dibuka perlahan. Kepalanya masih berat.
“Mel, kenapa awak ada kat sini?” Laju saja dia bertanya.
Mata Melinda sembab. Seakan baru lepas menangis.
“Pul, kau okey?” Suara Faizal pula mencelah.
“Aku okey je. Kenapa korang ni?” Saiful buat-buat ketawa.
Dia sempat memerhati sekeliling. Tahulah dia kini berada di hospital.
“Pul, rehatlah ye. Kau kena banyak rehat…” Kata-kata Faizal
kedengaran pelik di gegendang telinganya.
“Zal, jangan nak merepek boleh tak? Kenapa kau bawak aku ke
hospital? Aku kan demam je?” Melinda bingkas bangun. Dia palingkan muka serta
merta. Bimbang air matanya kelihatan.
“Mel, Zal kenapa ni?” Pertanyaan Saiful Zamani dibiarkan sahaja.
Melinda mengesat air matanya.
“Mel nak balik dululah Saiful. Awak rehat je kat hospital
ni…” Saiful bertambah pelik. Tiba-tiba Zara Aqilah pula muncul di depannya.
“Zara, awak pun ada?” Kepalanya sakit. Terasa mencengkam
sakitnya.
“Yup, saya datang nak melawat awak. Mel yang beritahu…
jangan salahkan dia…” Melinda menunduk. Dia tahu dia bersalah kerana masuk
campur dalam urusan cinta sahabatnya. Tapi dia tak boleh diam diri melihat
Saiful terseksa jiwa hanya kerana cinta tak kesampaian. Jadi, dia rela menjadi
jambatan supaya sepupunya Zara dan sahabatnya Saiful boleh bahagia walaupun
hatinya menderita.
“Cop apa semua ni Mel? Awak kenal Zara? Zara saya okey. Awak
tak perlu datang melawat. Kita bukan ada hubungan apa-apa. Remember?” Saiful
masih lagi dengan amarahnya. Kecewa yang tak berkesudahan.
“Mel minta maaf. Zal, jom balik. Saya hantar awak sekali…”
Saiful terpinga-pinga. Dia perlukan penjelasan. Keduanya meninggalkan dia dan
pilihan yang dia ada cumalah mendengar kata yang keluar dari mulut Zara.
“Okey, sorry pasal hari tu. Saya dapat tahu awak demam lepas
tu. Saya tak berniat nak…”
“Cukup. Itu cerita lama. Bukan bermakna apapun pada saya
sekarang…” Zara terdiam. Saiful perlu kuat menyatakan yang sebaliknya. Dia
tahu, cintanya pada Zara bagai bahang mentari dengan dinginnya ais yang tak
mampu bersama. Pasti salah satu akan kalah akhirnya.
“Lagi satu, Zara awak tak payah nak datang melawat saya
macam ni. Saya okey. Lagipun saya dan awak tak ada kaitan kan? Saya tak pasti
apa yang Mel sampaikan kat awak, tapi percayalah benda tu dah lama berlalu.
Jangan sebab tu awak nak rasa bersalah…” Saiful Zamani sendiri kelam. Entah
mengapa hatinya pedih menuturkan kata sedemikian.
“Maaf, saya tak patut datang. Saya cuma nak cakap, Melinda
tu sepupu saya. Dia nak sangat saya jumpa awak. Dia kata saya perlu minta maaf
dengan awak. Saya pun tak faham. Sebab dia dah beria-ia saya ikutkan je. By the
way, Mr Saiful Zamani, awak jangan ingat saya suka kat awak hanya kerana awak
tengah sakit. Saya cuma bersimpati… that’s all…” Zara Aqilah kecewa dengan
dirinya sendiri.
Saiful pula yang terdiam. Sekali lagi dia ditolak. Kali ini
benar-benar menyakitkan. Dia terlalu ego mengakui rasa sayang yang mulai tumbuh
di sanubarinya untuk insan bernama Zara Aqilah. Dia tak mahu akui. Dia tak
ingin kalah sekali lagi. Perit.
Akhirnya dia sendiri. Masih kekal sendiri. Bukan dengan
Melinda dan juga dengan Zara. Cintanya pada Zara telah dia semadikan bersama.
Kini tubuhnya kaku tak bergerak. Hanya menanti roh dicabut Ilahi. Sakit yang
dia tanggung kini sampai kemuncaknya. Allah telah memanggilnya pulang ke tempat
asalnya.
Saiful Zamani menghembuskan nafas terakhirnya di hospital itu.
Akhirnya, jasadnya beku. Kedengaran tangisan si ibu, Melinda dan kaum keluarga
yang lain memenuhi ruangan bilik. Semua yang hidup pasti akan mati. Dan hari
ini, Saiful Zamani meninggalkan dunia dan cinta kepada manusia yang bernama
Zara Aqilah.
Tamat. Aku tak tahu kenapa aku mengarang panjang lebar. Tapi, korang baca jelah. Nadh, ai mampu menulis macam ni je. Mood ke lain. Syah, Nong ini je mampu aku taip. Dalam tak sedar panjang beb! Yana, tiga hari akak usaha. Ini hasilnya. =)
Keywords
Karyaku yang tak seberapa...
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERINGATAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.
1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.
2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.