CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Belajar untuk kecewa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya, kecewa memang payah nak diterima. Siapa yang suka kecewa lagipun? Aku jenis suka fikir negatif dulu baru positif. Aku tak suka berharap. Sebab aku takut untuk kecewa. Jadi bila ada apa-apa yang terjadi memang aku akan cakap yang negatif.

Situasi:
Seorang sahabat sedang bergaduh dengan sahabatnya kerana sesuatu. Aku sebagai pihak ketiga akan terasa akulah puncanya.

A: Kau rasa dia tak suka kau kawan dengan aku kot? Yalah cemburu kau rapat dengan aku. Kau kan BFF dia...
B: Kau jangan nak merepek boleh tak? Kau tak ada kaitan dalam masalah kitorang. Asyik fikir negatif je dia ni.
A: Aku risaulah. Kalau sebab aku, kau tak payahlah rapat dengan aku lagi. Kau jaga hati dia okey?
B: Jangan nak fikir bukan-bukan boleh tak? Bukan pasal kau lah grrr. Inilah perempuan suka buat andaian negatif sendiri... Blah blah blah...
A: @#$%^*&


Aku lagi suka untuk fikir yang buruk. Sebab kalau aku sentiasa fikir positif, hati aku akan ditipu. Akan selesa dengan cerita palsu. Aku tak nak bila dah seronok-seronok, sekali pap! Hancur hatiku mengenang dikau menjadi keping-keping...

Jadi, aku dah didik hati aku siap-siap untuk belajar untuk kecewa. Atau ayat mudah prepare for the worst. Kita tak boleh terlalu mengharap kebahagiaan kalau kita tak mampu nak hadapi kekecewaan yang mungkin akan jadi. Sakit sangat kalau kecewa. Umpama kau toreh pisau kat tangan tapi itu pun tak sesakit hati yang sedang kecewa. Marilah sama-sama mendidik hati untuk belajar untuk kecewa. Belajar untuk ditinggalkan. Belajar untuk diabaikan. Belajar untuk hidup. =)

#lama tak berblogging. Rasa bukan blogger pun ada T______T

Jom kahwin!

Taip padam. Taip dan padam. Akhirnya aku pilih tajuk. Jom kahwin! Rasa gatal je tajuk tu. Tapi bukan itu niat aku. Aku cuma nak ajak korang berfikir bersama-sama aku. Aku bagi soal jawab bagi korang mudah faham apa yang aku nak sampaikan.

A: Jom kahwin.
B: Kenapa tiba-tiba?
A: Ala umur kita dah sesuai untuk kahwin kan. Lagipun awak single saya single. Awak tak jealous ke tengok kawan-kawan awak dah kahwin?
B: Perlu ke kahwin hanya sebab saya cemburu dan saya single? Awak tahu tak kahwin ni bukan setakat suka-suka, sayang, sweet?
A: Bukanlah. Maksud saya kan elok kalau kita kahwin. Saya suka awak. Jangan risau saya akan bahagiakan awak...
B: Awak mungkin dah sedia. Tapi saya tak. Kahwin bukan semata-mata nak bahagiakan pasangan. Kahwin tu bukan untuk menghalalkan hubungan semata-mata. Kahwin bukan sebab awak nakkan saya. Kahwin bukan semata-mata awak nak lari daripada bebelan mak ayah awak tiap hari suruh kahwin. Saya tak rela dijadikan alasan atau alat untuk awak lepaskan diri awak dari masalah.
A: Awak, janganlah serius sangat. Cool okay?
B: Soal nikah kahwin tak boleh dibuat main. Kalau awak fikir kahwin itu cara untuk selesaikan masalah bermakna awak silap, sebab lepas kahwin banyak lagi masalah yang akan timbul dengan pemikiran sebegitu. Faham?
A: Okey, okey. Saya diam. Lupakan je okey?
B: Ubah gaya pemikiran awak dan saya akan pertimbangkan lamaran awak tu. Assalamualaikum...

Kesimpulannya, kahwin bukan perkara mudah. Fikir semasaknya. Jangan sebab orang suruh kahwin, kita ikutkan juga. Teguhkan iman terlebih dahulu sebelum menjalankan misi mencari imam mahupun makmum.

Ps: Belum masanya untuk korang tanya aku bila aku nak kahwin. LOL kbai.

Behave!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang aku nak taip hari ni berkaitan dengan personaliti, gaya hidup dan cara kita membawa diri untuk masuk sesuatu kelompok. Bukan kita, mungkin lebih menjurus kepada aku.

Sebenarnya aku dah perasan lama perangai aku memang agak kebudak-budakan sikit. Biasalah orang kata itu yang memeriahkan suasana. Kalau semua nak jadi serius, siapa nak jadi sengal? Iya tak? Tapi tak semua orang boleh terima cara kita. Lagi-lagi perempuan. Cuba kalau tak sopan sikit mesti kena sound baik punya. BEHAVE!

Aku selalu kena dengan adik angkat aku. Walaupun budak tu baru 16 tapi dia pulak lagi matang dari aku. Nak tak nak kenalah dengar cakap dia. Tapi kejap jelah behave lepas tu menggila balik. Aku tahu aku kena kurangkan kegiatan ketidakmatangan aku ni. Kang orang cop aku gedik, gila dan sebagainya.

Apapun aku nak berubah menjadi lebih matang. Gila-gila bila perlu. Jangan terlalu teruja sehingga lupa daratan. Jangan gila gamba. Eh apa kaitan? Nanti ada orang cop aku gila gambar. Ramai rupanya tak suka kat aku ni. Tak sangka. Yang penting aku ada moto baru, Kurangkan kesengalan tingkatkan kematangan. Amboi!

Berhenti! Jangan bergerak!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bismillah pembuka bicara. Aku sedar aku lama tak menulis. Maafkan aku. Aku bukan tak mahu tapi hati tak membenarkan diri mencoret aksara tanpa rasa yang sepatutnya. Jadi aku terhenti niat menulis sehari dua.

Aku mahu berkongsi satu nasihat yang berguna untuk aku dan korang juga. Aku sedang bersedih. Mereka juga sedang bersedih. Cumanya sebab untuk bersedih itu tak semestinya sama. Adakala kita takut menghadapi rasa sedih itu kerana kita takut kita tak mampu lawan rasa itu.

Sedangkan kita seharusnya kuat. Kita sepatutnya menghadapinya walaupun perit jerih kita lalu. Hakikat yang mengecewakan memang pahit untuk ditelan. Tapi sampai bila kita mahu larikan diri?

Hadapinya walau sakit. Sekurangnya kita sudah rasa sakit dan akhirnya lega. Rasa sedih akan beransur pergi. Ini tak. Kita masih main kejar-kejar dengan bayang sendiri. Masih takut untuk rasa kecewa. Masih kecut untuk hadapi risiko untuk dipunahkan harapan.

Percayalah sakit itu sementara. Walaupun ia sangat sakit, sekurangnya rasa itu akan berkurangan. Dari kita terus dibelenggu rasa takut dengan kenyataan.

Kau jatuh cinta. Kau takut akui sebab risau cinta ditolak. Tapi sampai bila-bila kau akan hidup dalam tertanya-tanya dan takut serta sedih. Sedangkan kau punya pilihan yang lebih baik.

Hadapinya walau payah. Itu risiko yang kau kena lalui walau apapun. Aku juga sedang belajar terima kekecewaan. Tak semestinya yang kita harap jadi kenyataan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita semua. Percaya janji Allah pasti! ;-)

Hobi yang menguntungkan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tabung aku, jangan curi!
Ini antara tabung yang aku ada. Semua hadiah orang bagi. Sejak umur 21 aku suka simpan duit syiling dalam tabung. 
*Tabung lembu tu ada duit paling besar. 50 sen. Dah berat!
*Tabung rumah tu masa birthday bila entah, mak ayah aku kasi. Ada nama EFA kat tabung. Yang tu aku letak 20 sen. Hampir penuh rumah aku dengan syiling.
*Tabung kek baru dapat tahun ni aku letak duit syiling 10 sen. Berat jugak weh!
*Tabung teddy bear Naniey kasi tahun bila entah, letak 5 sen dan duit syiling negara luar.

Kenapa menguntungkan?
Sebab korang boleh menabung. Macam aku, aku lagi suka simpan duit syiling. Lepas tu dah berat sangat, aku bawak pergi bank. Bank inkan! Tahun lepas aku dah buat. Dapat RM200++. Siapa nak kasi duit free macam tu masa tak ada kerja? Inilah masa menguntungkan. Bila kau menabung, walaupun syiling ia tetap akan membantu kau bila susah. Macam aku.

Jadi marilah menjadikan menabung ini hobi anda. Serius tak rugi. Bukan payah pun nak menabung. Kalau tak nak pergi bank, korang tukarlah dengan pekedai-pekedai. Diorang mesti nak guna duit syiling. Wah untung! Tapi jangan niat nak menabung sebab nak berboros, agak-agaklah. Masa kritikal baru guna. =)

Hargai, hilang dan belajar...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hargai...
Kadang kita menghargai orang yang tak menghargai kita... Itu lumrah...

Hilang...
Bila hilang dari pandangan mata barulah kita rasai kekosongan... Masa itulah kita mula menyesali yang dahulunya kita tak pernah belajar menghargai...

Belajar...
Semuanya hilang membuatkan kita belajar sesuatu. Belajar menghargai orang yang ada di sisi kita. Belajar menghargai orang yang sayang akan kita...

Akhir sebuah cerita, manusia mula menghargai hanya bila rasa kehilangan yang amat besar impaknya kepada dirinya. Mula belajar menghargai orang yang tak pernah dia sedari kewujudannya sebelum kehilangan. Mula memenuhkan rasa kekosongan dengan mencari kenangan silam. Tapi tak semua manusia mampu mencari sesuatu yang hilang dengan hanya belajar menghargai. Oleh itu, sebelum hilang, belajarlah untuk menghargai semua orang yang ada di sisi. Tak terkecuali. >_< eh salah smiley =)

Senjata paling merbahaya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Senjata manusia paling merbahaya ialah alat berkomunikasi...  

Kerana mulut kita bisa menyebarkan fitnah serta mengaibkan manusia lain...

Mulut itu mudah mengeluarkan kata-kata...

Tetapi kesannya sangat parah kepada yang mendengar...

Tajamnya seperti pisau yang bisa melukakan hati manusia...

Adakala perkataan yang kita ungkapkan mampu membunuh jiwanya...

Memang mudah untuk berkata namun sangat sukar untuk membetulkan setiap salah kita...

Kita takkan sedar sehinggalah manusia yang pernah ada bersama kita... meninggalkan kita... satu persatu... dengan hanya satu sebab... hati mereka telah terluka dengan hanya kata-kata berbisa yang keluar daripada mulut kita sendiri... 

Renungkan~~~~ Berapa banyak jiwa yang telah mati dengan hanya berbekalkan senjata yang bernama kata-kata?
Sumber gambar: Google

Apa gunanya sahabat?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa ertinya sahabat kalau senang sama-sama susah nak sorang-sorang? Apa gunanya sahabat kalau kita ada masalah kita tak meluahkan kepada dia? Apa perlunya sahabat kalau masalah dia masalah kita, masalah kita masalah kita? Apa kes bersahabat kalau macam tu cara kita bersahabat?

Pap!

Bunyi macam manggis jatuh atas kepala sendiri. Okey-okey macam aku tengah mengata diri aku sendiri je gayanya. Lupakan. Ini kes parok orang kata. Kes berat! Kita bersahabat mestilah niat nak hidup susah dan senang. Give and take. Berkasih sayang. Ambil berat. Tapi ada masanya kita perlu sendiri bukan?

Apatah lagi orang tu tengah ditimpa musibah, tak kiralah sakit ke sedih ke. Kita mestilah nak mendampingi dia kan. Nak kasi kasih sayang supaya dia terus kuat menghadapi ujian yang didatangkan kapadanya. Sahabat yang baik takkan pernah tinggalkan sahabatnya keseorangan. Kesepian. Kebuntuan. Dia akan sama-sama susah dan senang.

Apa guna ada sahabat kalau kita tak perlukan dia langsung? Kau kata aku sahabat tapi bila kau susah, kau nak susah sorang diri. Kau tak nak orang lain fikir masalah kau. Kau tak nak orang lain simpati. Risau pasal kau. Dan kau sedar tak yang kau dah buat sahabat kau terasa sangat tak diperlukan? Kata sahabat? Ada masa kita sendiri, aku akui. Tapi ada masa kita perlukan seseorang untuk bantu kita. Bukan berlagak kuat depan orang, dan akhirnya sendiri tumbang sampaikan tak ada orang sedar?

Selalu orang fikir, hidup jangan menyusahkan orang. Lagi-lagi sahabat. Tapi pernahkah dia terfikir yang dengan mendiamkan diri, mengasingkan diri, menjauhkan diri, menyepikan diri, membuat seolah tiada apa yang jadi benar-benar menyusahkan hati orang lain? Pernah? Tak pernah kot sebab dia fikir hidup dia menyusahkan. Dia bagitau orang nanti orang risau. Dia fikir begitu. Sedangkan sahabatnya lagi risau kalau dia memilih untuk sendiri. Diam diri. Sahabat makin susah hati. Apa guna ada sahabat kalau kita nak hidup sendiri? Apa guna???

*Terbawa-bawa emosi status bertema hari ini iaitu BFF. Boleh stalk FB aku untuk tengok status bertema berkenaan =)

Harapan, harapan menjadi layu...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak bercerita pasal harapan. Ya, teringat lagu harapan masa nak menaip. Bukan apa, manusia dan harapan tak dapat dipisahkan. Macam nyawa, kalau tiada harapan. Maknanya tiadalah nyawa. Apa yang aku nak luahkan yang aku tak suka perkara iaitu harapan dihancurkan. Serius siapa suka bila beria mengharap akhir sekali punah begitu saja.

Macam ingat dia suka kita, kita suka dia. Rupanya dia dah ada isteri. Contoh Beto Khusyairi. Eh, kecewa bila dapat tahu dia sudah berpunya. Sedangkan kita punyalah berharap dialah yang akan jadi kekasih halal kita. Tapi dah tahu sakit bila dikecewakan, kenapa masih perlu berharap?

Harapan musnah kita sengsara. Harapan tak semestinya akan menjanjikan kebahagiaan. Jadi kenapa manusia ni degil dan teruskan juga untuk berharap. Lebih-lebih lagi mengharap sesuatu yang tak pasti akhirnya merana sendiri. Tapi ada juga yang pandai memberi harapan. Ayat manis bak madu. Rupanya pahit rasanya bak hempedu.

Sakit! Ditipu. Dikhianati. Dikecewakan! Lepaskan segala harapan yang tak pasti. Jangan terlalu mengharap bimbang sendiri yang terluka. Jangan juga memberi harapan palsu jika tak mahu menunaikan harapan itu. Jangan buat begitu. Hati wanita lembut, sekali dia berharap, selamanya dia akan kekal berharap hingga satu masa dia dikecewa. Harapan akan pudar, tapi takkan pernah hilang. Kerana susah untuk memadam rasa berharap yang amat sangat. T.T

Apa yang anda boleh buat dalam kereta sepanjang memandu?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang anda boleh buat dalam kereta sepanjang memandu? Ikut pengalaman dan pemerhatian aku, aku rasa banyak perkara kita boleh buat atau memang menjadi tabiat orang.

Karaoke: Menyanyi untuk hilangkan mengantuk. PPP biasa buat haha.
Makan dan minum: Ini aku. Perjalanan jauh dan tak mencabar memang mengantuk, jadi aku mesti makan masa memandu. Favorite aku lollipop. Sumbat je. Nampak macam tak matang kan? =='
Sms, chatting, calling: Ini pun selalu orang buat. Tangan mesti busy menaip mesej, buang rasa bosan masa drive. Contoh terdekat, adik lelaki aku sorang tu. *Bahaya la weh.
Korek hidung, picit jerawat dan kentut: Siapa tak pernah buat? Baik mengaku. Haha
Make up: Ini perempuan. Betulkan rambut, pakai lips stick, betulkan tudung, pakai perfume dalam kereta masa traffic light =)
Beramas mesra dalam kereta: Ini biasa. Malu tengok tapi itulah hakikat. Dalam kereta pun ada projek 18sx. Tak tahu nak kata apa dah. T.T

Apapun yang korang buat dalam kereta, pastikan mata tak lalai. Sekali terleka, selamat jalanlah kau. Aku cakap berdasarkan pengalaman =) Jangan minta pisang berbuah dua kali. Oh ya, aku dah pandai pergi Damansara, Gombak sendiri. Lepas ni tak perlu driver, aku pun mampu sebenarnya. =)

Copy paste pun ada gayanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kali ni aku nak luahkan rasa hati tentang penggemar COPY and PASTE. Tak dinafikan benda ni selalu jadi. Aku tak tahulah ada orang pernah plagiat aku punya entry ke apa. Yang aku tahu, aku dah cuba prevent dari dicuri. Share boleh. Tak ada masalah.

Sebenarnya, aku pun suka ambil ayat orang, gambar orang, kata-kata hikmah atau apa-apa yang menarik hatiku. Tapi aku selalu akan kreditkan kepada empunya. Misalnya aku kata pasal cinta, aku copy ayat Zaitul. Aku tulis kat hujung tu nama dia, tahun bila. Macam buat penulisan ilmiah jugak.

Tapi ini tak. Dengan tak bagi signal, main copy lepas tu paste tak lama aku post. Yang penting tiada dikata pun aku yang tulis. Agak sentap di situ. Aku bukan berkira sangat. Aku memang kongsi status, kata-kata, entry untuk orang baca. Tapi bila aku post benda sama dengan diam selang beberapa minit tanpa kreditkan kat aku. Aku rasa hiba.

Pulak dia lagi ramai peminat kan. Memang kecewa. Salah ke sebut, kawan I kata blah, blah, blah kalau tak nak mention nama aku sangat. Kalau minta izin copy aku tak kisah sangat. Cuma, copy pun agak-agaklah. Jaga hati kawan ni sikit. Sikit punya susah aku fikir ayat, dia senang-senang ambil. Dia tahu tu idea aku, orang lain?

Haish baru aku faham macam mana perasaan orang diplagiat. Mohon, korang kalau suka ke apa sekalipun, kalau malu minta izin kasilah kredit sikit. Idea ni bukan sesenang nak dapat. Paksa otak jugak. Kalau main senang ambil, tak ke macam kau pencuri ke? Ish bawak-bawaklah bertaubat. Kali ni aku halalkan. Esok lusa pandai-pandailah nak hidup. Nak cilok pun post la seminggu lepas tu. Masa tu mungkin aku dah lupa. Weh tacing kot!

Peragut, perempuan dan beg

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jagalah diri. Jagalah beg. Jagalah harta sendiri.

Peragut tak kenal mangsa. 
Pantang lepa dia tala. 
Lagi-lagi kalau disua. 
Hati-hati semua. 
Bimbang kita nangis merana.

Perempuan selalu leka.
Barang banyak bawak merata. 
Bagai ingin kasi derma. 
Buat peragut di luar sana.

Beg besar nampak kaya. 
Penuh isi entah apa-apa. 
Jalan sana sini alpa. 
Terus kena ragut tak terkata.

Ketiga-tiga sangat berkait rapat. Kakak aku dua kali kena ragut. Satu kat pasar malam sebab sibuk dukung anak. Satu lagi kat perumahan sendiri. Sibuk hantar anak nursery, tapi tak kunci pintu kereta. Semua barang habis. Mujur kereta tak angkat sekali. Mohon jangan cuai wahai manusia. Peragut ada di mana-mana.

Impak komen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ingat komen ni main suka-suka je tinggalkan jejak lepas tu dia balas. Serius, aku akan buat bila aku tak menghayati apa yang aku baca. Misalnya, aku letih dan perlu habiskan BW dan memang akan ku komen merapu. Tapi aku sedar aku khilaf.

Sebenarnya komen ni beri impak negatif mahupun positif kat empunya blog. Kadang kita memerlukan pendapat dan akhirnya orang tu komen entah apa-apa. Kadang lari dari tajuk. Tak ke pelik tu? Kita jadi makin buntu adalah. Tugas mereka memberi pencerahan. Supaya mudah empunya blog buat keputusan.

Ada juga yang terus menghentam bertubi-tubi. Itu salah. Ini rugi. Kau jangan buat tu. Kau jangan buat ni. Dosa. Apalah. Banyak sangat komen negatif sampaikan empunya blog punya moral down sebab ada komen-komen yang tak membina malah reti mengkritik je. Susah kan jadi peninggal komen?

Jadi, pengajarannya jangan komen sebarang. Makan boleh sebarang makan, kata jangan sebarang kata. Kelak badan kita yang binasa. Ingatan bersama =)

#Thanks leeza atas review yang memuji blog aku melambung ke langit. Kembang kuncup sekejap =P

Hidup tak susah sebenarnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bagi aku hidup tak susah. Kita yang menyusahkan hidup kita sendiri. Hidup ni kan pilihan. Kita pilih. Bukan orang yang pandai-pandai tentukan. Kita pilih dan bertanggungjawab atas keputusan yang kita pilih.

You are what you think.

You are what you are.

You are what you eat.

So don't blame others.

Aku harap bila kau dah tetapkan hati dengan pilihan. Kau kena kuatkan hati, terima apapun yang mendatang. Risiko pasti ada. Hidup seakan perjudian. Kita pilih jalan ni apa akan jadi? Kalau kita pilih jalan tu apa jadi? Awal-awal dah buat senarai kemungkinan  yang akan berlaku. Baik buruk. Positif negatif.

Senang cerita macam kisah si penjamin dan penghutang. A berhutang B jadi penjamin. A lari dari bayar hutang. B tolong bayarkan. Sebab itulah tugas penjamin. Kita yang pilih untuk jadi penjamin. Kita yang pilih jalan tu. Ikhlaskan hati. Terima impak keputusan yang kita buat seadanya dan jangan salahkan orang lain. Sekian ingatan dari aku untuk aku dan korang juga.

Rajin ada makna tu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu aku dengar orang kata;
"Baik ada makna tu..."

Dalam cerita P Ramlee kalau tak silap. Tapi aku ubah sikit. Rajin! Bila sentuh topik rajin semua mesti fikir aku malas. Aku malas. Aku malas. Tapi sebenarnya aku nak mengaku yang aku memang malas membaca. Malas baca bahan ilmiah. Rajin pun bersebab. Yang thesis melambak dalam entry sebelum ni rajin baca bersebab. Bukan suka sangat baca pun. Naik pitam baca bahan ilmiah macam tu.

Lain situasi yang aku nampak pasal rajin ialah rajin sebab nak tunjuk dia buat kerja. Itu memang menjengkelkan. Orang lain bersusah payah di belakang tabir, kau pula nak menayangkan kerajinan kau kat seseorang. Konon kaulah yang paling rajin, kaulah yang buat semua itu. Itu salah. Rajin yang salah sama sekali!

Sikap rajin ni terpulang kepada diri kita sendiri. Macam mana kita nak pupuk kerajinan tu. Kalau asyik-asyik sebut MALAS memang MALAS sampai bila-bila. Ingat, jangan nak kata macam ni;

"Kau kan rajin, kaulah buat..." 

Habis, bila diri kau tu nak rajin. Asyik suruh orang je? Membuli tanpa sedar. Ya, mungkin orang yang disuruh tu buat. Tapi kau tak tahu ke di lubuk hati dia paling dalam dia benci dibuli. Mungkin dia tak nak tunjukkan sebab dia fikir atas dasar sahabat. Tapi orang kata kalau dah pendam lama-lama bila-bila je boleh meletup kawan kau tu. Jadi sendiri mesti ingat dan untuk diri aku jugak.
Nasihat hari ini: Tanamkan kerajinan, cantaskan kemalasan.

Cakap tak nak kalah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pernah jumpa tak dengan orang yang dia cakap mesti tak nak kalah. Mesti nak menang sokmo. Aku memang menyampah gila dengan mereka dari golongan ini. Annoying people! Kalau ada recycle bin lama dah aku campak mereka dalam itu tong.

Serius menjengkelkan. Ingat dia je hebat. Dia je tahu semua. Dia je up to date. Dia je bagus serba serbi. Dan aku memang akan buat tak endah je. Macam dia tak wujud. Sebab aku malas nak sakitkan hati. Kalau dia tak nak kalah, bagi dia menang. Jangan kita sekali terikut perangai dia sudah. Emosi aku. Kalau layan kompem lagi sakit hati. Huh!

Kesimpulannya, jangan nak ingat orang suka dengan perangai kita macam tu. Ingat, semakin bangga dengan kelebihan diri kita, makin banyak kekurangan yang orang terlihat.

Urut batin satu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gila sungguh iklan sekarang. Memang tak agak-agak iklannya. Bukan iklan kat TV. Iklan kat tepi jalan tu. Terpampang kat Kelantan. Kat negeri lain aku tak tahulah sebab yang aku nampak masa OTW balik kampung. Urut dada sambil mata terbeliak. Terkejut. Apa itu urut batin? Sekali baca dah tahu. Memang berani gila yang buat tawaran khidmat urutan tu dan buat iklan tu.Yang tak tahu urut batin tu tak payah gatal nak tahu. Baik tak tahu. 

Kalau aku ada kuasa undurkan masa macam Running Man tu, aku nak undurkan masa bila aku benar-benar innocent. Orang cerita tak faham apa-apa. Otak suci gitu. Jadi adik-adik, jangan kotorkan minda dengan ambil tahu benda yang tak perlu tahu ni. Sebab ia banyak negatif dari positif. Biarlah orang kata kita kuno, skema atau bengap. Janji kita tak menyesal di kemudian hari.

Akhir kata, katakan tidak pada urut batin dan seangkatan dengannya. Allah nampak apa yang kita lakukan =)

Trauma boleh melanda sesiapa saja!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
TRAUMA!
Itu perkataan yang tak perlu aku terangkan maksudnya. Aku nak kongsi kisah seseorang yang aku pun tak kenal. Tapi dia adalah perempuan yang mengalami trauma yang teruk dan sekarang dia perlukan ‘ubat’ untuk merawat traumanya itu. Dia juga adalah pesakit masalah 'jiwa' berikutan trauma yang dia alami. Aku dengar cerita ni pun dari orang.

“Ya, dia mangsa rogol. Cikgu permulaan. Umur baru 24 tahun. Hari tu dia diculik dan dirogol. Yang tak boleh terima tu, dia dirogol oleh teman lelaki kakaknya. Trauma sampai kena masuk wad. Berubat semua. Tapi kakak dia tetap nak dekat lelaki tu walaupun tahu kisah adiknya.”

Korang rasa? Mohon semua perempuan kat luar sana jaga diri. Jangan terlalu selesa dengan hidup anda. Tak semestinya semua di sekeliling anda boleh dipercayai. Jadikan kisah ini teladan. Aku harap kakaknya akan sedar diri. Cinta membutakan dirinya. Mohon sama-sama doakan dia pulih dari trauma yang teruk itu dan kakaknya pulih dari penyakit cinta gila. Mohon sangat-sangat!

Cantik dipandang tapi...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya, kadang nafsu kita ni suka tengok benda cantik. Benda mahal. Tapi percayalah yang cantik dan mahal itu hanya sekadar cantik di mata tapi untuk guna? Lupakan je niat membeli benda cantik itu kalau mendatangkan kejengkelan diri di hari kelak.

Contoh?
  • Beg cantik, mahal. Limited Edition
Tapi tak tahu nak pakai kat mana. Sebab beg tu untuk orang bekerjaya dan kaya. Kita pelajar. Kang pakai kat kolej mahunya pensyarah kata kita loaded. Padahal itulah satu-satunya harta kita ada.
  • Gadjet paling latest
Ini satu hal. Akulah tu. Nak gajet yang mahal je. Bila nak beli tak reti guna. Tak sesuai dengan gaya hidup yang biasa-biasa. Ipad kawan aku tu sampai sekarang aku tak reti guna. Ada hati nak beli macbook air pulak. Kirim salam jelah Ipah oi. Pakai jelah jenama I-pah. Haha.

Jadi?
Ukur baju di badan sendiri. Memang benda tu cantik dan mahal. Tapi apa guna pada kita? Sesuai ke tak? Kadang benda cantik dan mahal ini sesuai untuk tayangan semata-mata. Jangan kerana nafsu yang membuak-buak kita lupa daratan. Jangan terlalu mengejar dunia wahai kawan!

Asyik tunggu datang dari langit

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Janganlah jadi manusia yang asyik tunggu dari langit. Usaha. Usaha. Usaha. Nak semua benda kena usaha. Kalau asyik nak tunggu dari langit sampai bila-bilapun takkan berjaya. Lagi menjengkelkan hati orang lain adalah. Doa tanpa usaha pun tak cukup!

Mood: Nak mengurangkan berkata-kata. Kang ada yang kena fire =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers