CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Manusia dan hukuman

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Takut?
Lupakan sahaja. 
Manusia memang sangat gemar menghukum.
Buktinya?
Ada jelas di depan mata.
Kau tergolek dia kata kau jalan tak hati-hati.
Kan? Senang je.
Lagi satu, kau nak berubah dia kata kau dah nak mati ke? 
Apa bila dah mati baru nak ingat Tuhan?
Lupa.
Dia memang suka menghukum.
Hukumlah semua.
Hukumlah selagi ada daya.
Nanti di akhirat kau pula akan terima hukuman.
Bukan kau je. Kita semua.

Biarlah orang nak berubah jadi baik. Jangan kerana dia belum cukup baik kita nak hukum dia.
Biarlah orang nak belajar menjadi orang Islam daripada kita yang makna Islam pun masih samar.
Biarlah dia belajar menutup aurat walaupun bukan kewajipan dia daripada kita yang wajib ni pun masih bermalasan nak buat.
Biarlah dia bersuara pendapat dia yang memang benar-benar belaka daripada kita sibuk nak hukum salah orang tanpa melihat salah sendiri.

Ada benarnya manusia ini sememangnya suka menghukum. Suka menghentam. Suka mencari salah orang. Tapi sedarkah kita bahawa satu masa akan tiba kita pula yang akan dihisab amal ibadah. Yang kafir sudah tentulah neraka tempatnya. Sedangkan kita? Islam hanya tinggal nama. Kita sibuk dengan jaga tepi kain orang tapi kain kita? Di mana pula tempat kita? Syurga? Ataupun neraka?

Apa yang pasti mereka yang lalai akan terus terleka. Apa yang kita beri itulah yang kita dapat. Apa yang kita usahakan itulah Allah akan tunaikan. Jangan tergigit bibir sendiri bila mana kita yang dari lahir memang agama Islam lagi jahil daripada mereka yang baru berjinak dalam mengenal Islam... =)

Antara hujan dan pelangi

Hujan turun membasahi bumi. Adakala kita mahukan panas supaya kita mampu bergerak seperti biasa. Bekerja dan sebagainya. Tapi hujan juga diandaikan sebagai ujian. Ku sangkakan panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Ujian yang Allah turunkan semestinya bersebab.

Macam tu juga pelangi. Ada sebabnya Allah jadikan pelangi itu muncul selepas hujan. Allah beri sedikit dugaan dan Allah hadiahkan kehidupan yang indah seperti pelangi.

Macam kes samun kakak aku. Samsung galaxy S3 dan laptop di samun beberapa bulan lepas. Tapi sekarang dia menang lucky draw 6 barangan apple. Ipad, Ipod, Iphone 5 dan lain-lain. Banyak kan?
Tahniah kakakku! Tumpang gembira ;-)

Percayalah dan redha dengan ketentuan Allah. Pasti ada hikmah semua yang berlaku. Allah tarik sesuatu untuk berikan yang lebih baik dari itu. Jadi hadapi hujan dengan senyuman insyallah pelangi pula akan muncul mengindahkan harimu.

Hari kekasih? LOL

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Maaf atas ketawa yang terbahak-bahak. Hilang terus kesopanan dan kesusilaan. Aku akui aku hafal tarikh 14 Februari setiap tahun. Tapi aku tak pernah pun sambut. Tak ingin langsung. Sila percaya!

Nak kata aku tak pernah bercinta? Tak, pernah je. Bagi aku ia sesuatu yang tak perlu untuk kita sambut. Dulu pernah kecoh haram menyambut hari kekasih. Sebab Paderi yang namanya Valentine. Tapi cuba kita renungkan sejenak, itu sambutan orang barat. Yang tentunya bukan ISLAM. Jadi perlu ke kita terikutkan budaya mereka?

Lagi satu aku pelik, agama kita melarang bercouple. Tapi kita buat jugak. Couple dah tentunya haram, lepas tu nak sambut hari istimewa kononnya? Apakah? Islam tak ajar semua itu. Agama kita dah indah sangat aturannya. Kita tinggal nak patuh atau tak je. Kalaupun nak bercinta, biarlah secara Islam. Orang kata bertaaruf.

Kalau rindu biarlah ia disampaikan melalui doa-doa kita lepas solat. Kan lebih sweet? Aku bukan nak kata aku baik sangat, cuma aku cuba ubah gaya hidup aku yang kurang baik kepada yang lebih baik. Kalau dulu asyik couple je, sekarang aku lebih suka single. Aku cari kekasih yang halal je sekarang ni. Kalau jumpa, setiap hari aku nak sambut hari kekasih dengan dia. Itu lagi sweet tahu?

Cinta lepas kahwin bukan bermakna cinta yang terpaksa. Ramai je kahwin dulu dan bercinta kemudian. Bahagia je aku tengok. Macam jiran aku, Nadh dan isteri Kiera. Diorang berkawan dulu, tak adalah couple-couple. Sekarang tunggu baby membesar dalam perut je. Itu percintaan yang halal lagi sweet aku rasa. Jadi, baiklah fikir masak-masak bila teringatkan hari kekasih =)

#Pendapat aku semata-mata, nak marah terpulang... Sendiri boleh nilai mana baik dan buruknya =)

Penulis dan sahamnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Setiap penulis akan mati. Hanya karyanyalah yang abadi. Maka tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti. (Ali bin Abi Tolib)"

Kata-kata ini aku petik dari cover photo Like Page Encik H owner blog Capital H. Lama dah aku terfikir pasal ni. Yalah amalan di dunia tak adalah banyak sangat. Lepas tu jadi penulis blog. Ingat mudah jadi penulis? Sign up blogger.com. Tulis entri. Siap!

Banyak benda aku fikir. Sejak setahun lepas. Waktu mula-mula aku menulis memang sangat merapu. Sampai aku pun tak sanggup nak baca semula. Tapi bila muhasabah diri semula. Baru aku sedar blog bukan untuk suka suka. Blog bukan bertemakan blog aku, aku punya sukalah. Berat tanggungjawab si penulis blog.

Dosa mengalir laju je. Gambar mendedahkan aurat? Kita pun kena. Makian carutan? Kita terkena tempias. Kata-kata sindiran atau hinaan, juga kita kena. Semuanya akan dijadikan bekalan di akhirat. Sebab tu makin lama makin matang penulisan aku. Makin berilmiah dan islamik. Bukan nak tunjukkan aku alim. Tapi nak perbaiki diri dan awasi diri supaya tak tambah dosa lagi. Cukuplah yang ada sekarang tak tertanggung T.T

Padah terlalu teruja

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku jenis cepat teruja. Contohnya, nak jumpa blogger ke apa ke. Gila teruja. Tapi pasti ada benda yang tak sedap hati muncul di saat akhir. Aku dah alaminya dan yang peliknya aku ni degil. Tak makan saman. Haha aku teruja lepas tu sedih. 

Sebab tu orang kata jangan terlalu banyak ketawa nanti sedih terasa. Dan aku akuinya. Memang sebelum sesuatu yang dirancang jadi, berminggu aku teruja. Bila hari nak sampai hati sayu, sedih. Ada perkara yang tak baik muncul. Aku tak tahu apakah itu petanda atau sebenarnya kebetulan saja?

Yang aku dapat jadikan iktibar, jangan terlalu teruja. Sebab bila kita seronok sangat, kita lupa yang kita hanya merancang dan sebaik-baik perancang itu Allah. Allah takkan bagi apa yang kita nak, dia akan bagi apa yang kita perlu sahaja. Dan aku mengerti lalu keterujaan itu berkurang sedikit. Ingat janji Allah? Ingat, semua nikmat ini hak Allah. Bila-bila je boleh ditarik semula. Setelah kurangkan teruja, baru aku tahu yang aku terlampau seronok sampai lupa nak bersyukur T_T

*Aku akan offline dua hari ni. Perjumpaan dengan member di Ikea dan sekitar Damansara. Mohon rindu =P

Masalah gambar lagi?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
PERHATIAN !! satu nasihat untuk perempuan sahaja. Jangan approve akaun bernama Aida Arissa Bukhari.. dia dikenali sebagai Tauke Chun. dia didakwa mencuri gambar-gambar perempuan di facebook sebelum masukkan ke dalam blog ape cer. dia buat cerita Seks Melayu untuk jatuhkan maruah perempuan.Hati- hati , dia suka mencuri ...gambar cun , bertudung , seksi dan lesbian, bogel dan masukkan dalam blog di......a.... Kalau anda sedar gambar anda ada didalam blog dia , anda kena buat report polis sebelum pergi aduan kepada cybersecurity malaysia.. Sila sebar kan kepada teman2 , serta adik beradik , saudara mara , keluarga tersayang ! 
Bagi aku hal ni tak besar sangat pun. Maksud aku, jangan nak gabra tak tentu. Marah bukan kepalang. Kadang kita kena reflek diri sendiri. Kenapa benda ni jadi? Bukan sebab kita ke? Yang sakan upload gambar. Walau apapun alasannya, gambar perempuan memang mudah mendatangkan fitnah. Itu antara sebab aku dah tak post gambar nampak muka. Aku bukan nak bajet alim, aku cuma kawal diri aku dari terus lupa tentang bahayanya fitnah terhadap diri sendiri. 

Tentang bola

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lagi aku cerita pasal bola. Bukan nak cerita pasal Wan Zack Haikal. Bukan juga Shahrul Idlan. Farizal? Bukan. Ini bukan entry khusus untuk mereka. Ini entry khusus untuk mereka yang bermain bola dengan seluar pendek.

Seluar pendek nampak lututlah bang!

Mohon panjangkan seluar? Macam susah je. Bila dah namanya uniform, memang susah nak ubah kalau yang atas tak benarkan. Aku tahu tu. Pernah alami rasa terpaksa dedahkan aurat tanpa rela. Tapi kan boleh buat sesuatu kan?

Kita kan ada hak bersuara?

Tak boleh? Diam tutup mulut? Aku pernah nampak seorang pemain tutup aurat dia dengan pakai seluar dua lapis. Aku kagum. Tapi takkan sorang je nak berusaha ke arah kebaikan kan? Aku harap lepas ni ada lagi yang akan sedar yang lutut itu juga aurat. Bayangkan tergolek sana sini nampak sampai paha? Wow seksi sangat!

Jadi apa tindakan kita? Mereka?

Always pray for you

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dengan ini aku dengan rasa rendah dirinya nak umumkan aku dah tepek Banner untuk Gaza. Terima kasih kepada kawan baru, MK Syahir dari Group Masih Cinta sebab sanggup bagi aku banner tu. Aku minta dengan dia sebenarnya. *Muka tak malu*


Jangan sangka kita diam, kita tak membantu. Jangan kata benda ni bermusim kalau kita sendiri tak usahakan doa untuk mereka. Jangan asyik bertelagah sesama sendiri kalau hanya sebab nak boikot ke tak. Jangan jadi pengecut, kalau kita tak tahu sejauh mana tahap keberanian kita sebenar. Bantu Gaza, bantu saudara seislam kita!

Belajar cakap depan cermin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Belajar berbicara di depan cermin kerana setiap apa yang kita tuturkan terhadap orang merefleks untuk diri kita tanpa kita sedar~~~

Maksudnya apa?

Ya, kita selalu nampak salah orang. Kita selalu tengok salah orang. Kita selalu cari salah mereka. Tanpa kita sedar yang salah yang kita nampak tu sebenarnya ada pada diri kita. Ada dekat dengan kita. Kita buat salah tu. Tapi kenapa nak terus-terusan mengata mereka? Kenapa tak cermin diri dulu dan muhasabah diri.

Jangan lupa iman tak boleh diwarisi.

Jangan lupa yang iman bebila boleh datang dan pergi kalau kita tak jaga.

Jangan pelik bila pelacur jadi ustazah dan ustaz jadi gigolo.

Jangan sangka yang baik sekarang mesti masuk syurga.

Jangan sangka yang buat jahat memang tak dapat langsung bau syurga.

Jangan terlalu tenang dan senang dengan kehidupan anda kini.

Jangan terlalu mudah melempar kata nista hanya kerana dia berdosa seolah kau tiada dosa.

Jangan... jangan dan tolong jangan...

Nasib kita masih belum pasti lagi macam mana jadinya...

#Sesi muhasabah depan cermin

Sebab itu semua kerja Allah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jangan dipersoalkan kenapa pengantin lelaki handsome pengantin perempuan biasa-biasa je atau sebaliknya, sebab dah memang tertulis jodoh buat mereka. Tak salah pun kalau pengantin tu bukan bagai pinang dibelah dua. Asalkan bahagia hingga ke syurga... dan diringi restu ibu bapa dan diberkati yang Esa =) Siapa kita nak tentukan jodoh terbaik buat mereka? Sedangkan jodoh kita pun Allah yang tentukan =)

Hanya kerana saya bertudung

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Jangan awak kata saya baik hanya kerana saya bertudung, kerana menutup aurat itu wajib.

Jangan awak kata saya sopan hanya kerana saya bertudung, kerana ada masa saya terkurang sopan bila emosi mengawal minda.

Jangan kata saya kuno hanya kerana saya bertudung, kerana saya rela tak mengikut peredaran fesyen yang memakan diri kelak.

Jangan kata saya alim hanya kerana saya bertudung, kerana saya cuma sampaikan apa yang saya tahu dan ajak awak semua untuk tahu.

Jangan kata saya islamik hanya kerana saya bertudung, kerana sememangnya kita orang Islam yang seharusnya menjalani hidup dengan cara Islam.

Jangan kata saya arif tentang agama Islam hanya kerana saya bertudung, kerana saya pun masih tidak tahu banyak perkara tentang agama sendiri.

Yang saya tahu, bertudung itu adalah salah satu cara untuk melengkapkan penutupan aurat saya. Bukan dengan hanya bertudung, aurat tertutup. Tidak sama sekali. Kalau kita pakai tudung tapi aurat lain masih terdedah maknanya kita bukan baik mana. Malah yang bertudung labuh juga masih ada cacat celanya yang masih mereka perbaiki. Jadi jangan hanya kerana kami semua bertudung, awak dah anggap yang terlalu tinggi nilainya.

Manusia dibutakan dengan kemewahan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tahu mesti ada yang akan terasa, tersentap, terkecil hati, marah, geram, bengang dengan aku lepas baca entri ni.Takpun kata aku cemburukan dia. Tapi serius aku rasa aku perlu suarakan juga. Makin ramai. Sangat ramai yang telah dibutakan dengan kemewahan duniawi.

Siapa tak suka duit? Aku suka. Lagi-lagi kalau orang bagi. Ya, duit orang. Perempuan yang jadi perempuan simpanan, cinta sebab harta, materialistik, selesa dengan duit, tak boleh hidup susah biasa akan terjebak dengan kemewahan yang orang taburkan. Ada je isteri yang rela je suami dia cari lain, janji wang belanja bulan-bulan masuk. Lelaki pun tak kurangnya. Jadi anak ikan, gigolo mak-mak datin, makan duit isteri, harap duit makwe dan banyak lagi.

Seronoknya berduit kan? Tak payah usaha susah payah dan dapat. Senang! Kalau yang gadai body tu memang sengal aka bodoh. Murah betul maruah kau ye? Oh lupa, kau cantik sebab tu kau dapat pakwe yang sanggup beri duit. Pulangan? Kalau tak bagi body pun, kau kena setia dengan dia. Dengar cakap dia. Takpun kau memang lembu dicucuk hidung kan?

Kadang aku rasa kenapalah bodoh sangat? Kenapa seronok sangat dapat duit yang bukan dari hasil kita sendiri? Tak fikir ke dosa pahala? Halal haram? Aku risau aku juga jadi macam mereka. Jadi aku cepat-cepat muhasabah. Biarlah mintak kat akak, mak, ayah ke, kena perli berjuta kali sebab asyik tak ada duitpun daripada guna duit orang. Serius aku tak sanggup. Aku takut hukum dari Allah. *ingatan untuk kita bersama.
Biar miskin harta jangan miskin ilmu agama. 
Biar papa di mata manusia, jangan papa di mata yang Esa.

Paksa yang positif

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tak semestinya yang kita paksa jadi hasilnya negatif kan? Cuba renung balik. 

Ibu paksa kita solat.
Ayah paksa kita solat.
Cikgu paksa kita solat.
Kawan paksa kita solat.

"Tak guna puasa kalau tak solat. Pergi solat dulu..." Ibu bebel.
"Puasa je kalau tak solat tak guna tau!" Roommate aku pulak yang bebel.
"Awak dah solat?" Dalam hati serba salah nak jawab belum solat sebenarnya.

Tapi, kenapa ramai yang solat tapi sering lakukan kemungkaran? Solat 5 kali sehari pun boleh buka aurat masa keluar rumah? Dengan alasan:

"Aku tak sedia lagi..."
"Mak aku tak kisah, kau kisah kenapa?"
"Habis kau tu sama je kan dengan aku. Tak tutup aurat dengan sempurna jugakkan?"
"Kau jangan nak berlagak baik. Solat pun on off..."

Habis tu sampai bila persoalan benda yang terangan wajib buat, kalau tak buat dosa, masuk api neraka kena seksa? Sampai bila nak tunding jari salahkan orang lain? Cari salahnya orang? Ego itu lebih agungkah? Salah ke kita mengalah demi kebaikan kita bersama? Lepas ni ada yang kata aku berlagak baik. Aku tahu.

"Dia ni macamlah perfect sangat?"
"Konon dalam blog, bolehlah tulis. Cuba buat tengok?"
"Reti nasihatkan orang je, diri sendiri?"

Ya, aku sedang nasihatkan diri akulah ni. Siapa kata aku baik? Aku tak kata. Aku cuma nak paksakan diri aku dan ajak kawan-kawan yang baca ni untuk paksa diri buat yang wajib. Selepas wajib barulah sunat. Kalau wajib pun tak mula dari sekarang, tunggu bila? Aku cuba paksa diri ke arah positif. Supaya apa yang aku usahakan tak sia-sia. Paksa jadi baik bukan mudah, tapi kalau tak cuba takkan berjaya bukan? 

Solat? Paksa itu perlu, sampai masa diri sendiri buat dengan ikhlas. Dari tak buat langsung bukan? Lagipun ada tokoh mengatakan, lebih dari 40 kali kita buat sesuatu perkara akan menjadi tabiat. Jadi jangan henti doa supaya kita boleh jadikan yang wajib itu tabiat, yang berdosa itu tebiat. Musahabah di pagi subuh.

Ps: Aku cuba tak update tapi gagal. Tangan ni gatal je nak BW tapi sorry, hanya update je mampu. Inipun berjela. Catat rekod sehari tak buka FB. Tahniah!

La Tahzan: Bakat tiada

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang kita cemburu. Kita tengok orang berdiri gagah dengan bakat yang mereka ada. Bakat semula jadi? Entah. Sampaikan kita rasa kerdil je bila sebaris dengan manusia-manusia yang gah dengan kelebihan sendiri. Bakat apa kita ada? Kita serba kekurangan. Selalu sedih. 

Itu biasa jadi. Sedar atau tak, kita pasti akan terselit rasa tak puas hati. Kenapa kita tak berbakat macam pelukis komik terkenal tu? Kenapa kita tak boleh jadi penulis hebat seperti A. Samad Said? Kenapa kita tak lantang bersuara seperti seseorang yang terkenal. Kenapa kita tak jadi usahawan berjaya macam beliau yang berjuta-juta hartanya. Kenapa kita tak boleh bergelar angkasawan seperti doktor muda itu?

Tapi, persoalannya, kenapa kita tak cermin diri? Hebat mereka bukan kerana bakat semata. Usaha, doa dan tawakal ada juga. Sedangkan kita? Duduk mempersoalkan takdir. Sedih tapi tak bertindak. Tak usaha mencapai apa yang kita inginkan. Bakat itu perlu digali. Kalau bakat menyanyi tak ada, kita boleh belajar mengaji. Kalau kita melukis tak pandai, kita boleh cuba mewarna.

Ingat, hidup ini pilihan. Bakat apa? Pilihan di tangan anda. Fleksibelkan diri. Jangan terlalu jumud dan sentiasa salahkan takdir. Dan akhir sekali, la tahzan. Sesungguhnya bakat dan kelebihan dari Allah S.W.T, jika benar bakat itu milik kita dengan izinNya, pasti kita juga bisa berjaya seperti yang telah berjaya dengan bakat mereka tersendiri.

Jangan memilih bertudung kerana fesyen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ramai kan artis kat Malaysia ni bertudung? Semalam aku dengan roommate sibuk menggoogle wajah-wajah mereka sebelum dan selepas. Bila makin ramai bertudung aku jadi musykil. Adakah sengaja mencari publisiti kerana penampilan berbeza atau sebalik? Bukan niat aku nak tuduh. Apatah lagi menabur fitnah. Cuma aku nak sama-sama renungkan. Kenapa memilih untuk bertudung dan sebab bertudung? 

Lupakan pasal artis. Bukan artis je yang bertudung kan? Jadi, kita semak diri kita semula. Apa niat kita pakai tudung? Aku makin risau. Sebab bertudung itu bukanlah sekadar fesyen semata-mata. Kalau itu niatnya, betulkanlah niat itu semula. Paling sedih, bila memikirkan mereka yang bertudung masih melakukan dosa. Bukan sekadar berpegang tangan bukan muhrim. Banyak lagi. Tudung bukan fesyen yang perlu diikuti. 

Tudung hanyalah salah satu pakaian yang membolehkan kita menutup aurat sebahagian anggota badan kita. Jangan kata "Alah, bertudung ni dah menutup auratlah kan?" Habis lengan ditayang. Kain terbelah nampak betis. Kain melekat pada badan sampai lemak kelihatan. Imej bertudung makin lama makin terjejas sebab segelintir manusia yang bertudung hanya kerana ingin bertudung. Bukan kerana ingin menutup aurat. Pakai tudung tak semestinya tutup aurat! Ingatan untuk diri sendiri juga.

Tapi tak mengapa kalau nak bertudung dengan paksaan, fesyen dan sebagainya, kerana dari niat yang salah, insyallah lama kelamaan membuka mata, hati, minda dan iman untuk berubah kerana Allah S.W.T. Aku tahu  ramai yang kata orang bertudung bukannya baik sangatpun. Tapi sekurangnya rambutnya tak dibakar di akhirat kelak. Berubahlah sedikit demi sedikit. Lebih baik dari tak mula langsung kan? Jom berubah =)

La Tahzan: Bila sentap lagi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu sentap? Ya, mungkin anda hati tisu. Aku pun tak kurangnya. Aku cuba menidakkan rasa sentap itu. Kadang tak berjaya. Apa yang aku buat? Lemparkan kemarahan secara senyap. Bila aku marah mesti aku senyap. Bila senyap kita takkan maki orang, gunakan emosi lebih dahulu dari minda. Jadi aku control sakit hati dengan senyap.

Lepas tu aku marah balik kat tempat sunyi. Luahkan semua tak puas hati dan aku boleh senyum balik. Walaupun sentap, buat apa nak simpan dalam hati. Buat parah hati je. Maafkan seseorang itu adalah lebih baik. Tak adalah kita serabut je kan.

Jangan bersedih sebab sentap itu boleh dijadikan pendorong semangat. Percayalah! Kekecewaan dan sakit hati jika disalurkan kea rah yang betul ia menjadi kesan positif kepada diri kita. Ingat kistot Cheezy Wedges? Macam tulah lebih kurang! Maaf, minggu lepas tak ada la tahzan dan minggu ni agak brutal penulisannya. =P

La Tahzan: Kritikan hebat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang orang kata tak fikir hati kita. Main taram je. Kadang sedih kita menangis. Apa salahnya dia menegur dengan sopan santun? Apa salahnya dia menegur secara tertutup? Kenapa dia kena hina di khalayak? Banyak benda terfikir saat sedih. Emosi mengawal minda. Akhirnya? Menangis dalam hati. Kerana tak mampu terluah dari mulut sendiri.

La tahzan buat mereka yang mengalami situasi ini. Kritikan walaupun pahit, kalau ia betul kita harus belajar menerima. Kita tahu tak semua orang mempunyai pendekatan teguran yang sopan, tersirat, menegur dalam menjaga hati. Namun, sedarlah kaum itu hanya sedikit cuma. Jadi untuk apa harap benda yang sukar didapati? Kita tak dapat ubah cara orang, tapi cara kita boleh ubah.

Didik hati supaya tahan. Walaupun perit, perih, pedih kita rasai saat dikritik hebat. Apatah lagi kritikan yang berbaur negatif. Semoga hati kita terus kuat terima kritikan. Jangan manjakan hati sendiri. Kerna tak selamanya kita akan dapat memanjakan hati kita dengan kata-kata manis semata-mata. La tahzan! Kuatlah wahai hati!

La Tahzan: Hati tertipu

K

Hati yang mana mahu ditipu? La tahzan buat hati yang tertipu. Kadang hati cuba untuk terima sebab penipuan itu. Tapi yalah kan? Niat tak menghalalkan cara. Selalu sangat kita akan dengar ayat ni.

"Aku bukan nak tipu kau, tapi aku terpaksa!"

"Aku bukan tipu, aku cuma rahsiakan dari kau,"

"Aku tak berniatpun. Aku cuma fikirkan demi kebaikan kau,"

Siapa biasa dengar? Sampaikan kita muak dengan segala penipuan dan seribu alasan yang mereka berikan. Kadang rasa sangat terasa. Mudahnya hati kita ditipu bulat-bulat. Mudahnya hati kita mempercayai seseorang. Lebih-lebih lagi yang rapat dengan kita. Yang paling kita percaya.

Tapi percayalah, keadaan takkan sama. Takkan sama dengan sebelum kau tipu. Sekali kau tipu sekali itu akan ingat sampai bila-bila. Bukan dendam, cuma hati ni perlu pulih dari luka ditipu. Payah nak pulih. Mudahnya menipu, sukarnya memaafkan. Tipu umpama menusuk pisau belati ke dada sendiri. Kau tipu orang, umpama kau tipu diri sendiri. Itu hakikat.

Hati yang ditipu bukan mudah untuk dirawati semula. La tahzan buat mereka yang ditipu, semoga hati kau yang sedang berduka lara, akan pulih. Akan sembuh bila tiba masanya. Namun, memaafkan itu perlu. Ikhlas kan diri. Semoga hati kita akan lebih bahagia dari sebelumnya. Amin!
Published with Blogger-droid v1.7.4

La Tahzan: Bukan rezeki kita

Ya, semua milik Allah. Bukan kita punya semua tu. Juga bukan hak kita. Bila-bila masa rezeki yang Allah kurniakan bisa ditarik balik. Mungkin sekarang kita masih selesa dengan kelebihan yang ada. Nikmat kekayaan, kesihatan, dan sebagainya. Tapi bila sampai masanya, ia tetap akan hilang dengan cara apa sekalipun.

La tahzan buat sahabat aku yang baru kehilangan sesuatu yang dia sayang. Yang setia dia guna. Namun, hilang di tangan si pencuri. Yalah, kita tak tahu apa akan jadi selepas tika ini. Kadang Allah sengaja menciptakan situasi begitu untuk beri peringatan kepada kita. Dalam sedih kita juga perlu bermuhasabah diri.

Itu baru satu contoh. Nikmat yang Allah beri sangat banyak. Cuma kita, kita sedar atau tak tentang itu. Adakah kita sedikitpun tak mengucap rasa syukur? Bila Allah kata bukan kita punya, maknanya bukan. Redhalah ia. Pengalaman mematangkan. Pengajaran kita ambil. Hikmah tetap akan ada. Everything happen for a reason right? La tahzan buat mereka yang rasa kehilangan dan terimalah hakikat yang ia bukan rezeki kita.

NOTA IFFAH: Menanti Azhar untuk memberikan alamat rumah, nak pos ni hah. Pergi mana jelah sahabat aku sorang ni. Dia sorang je belum pos. GRRRR!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Mangsa fesyen di hari bahagia

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak tahu kenapa. Orang sangat mementingkan hari bahagia mereka. Hingga lupa apa itu dosa pahala. Apa itu wajib dan sunat serta harus dan makruh? Apa itu adat dan agama? Semua nak sempurna hari bahagianya. Semua nak kelihatan cantik dan kacak. Tapi perlu ke jadi mangsa fesyen? 

Apabila hati berpaksikan fesyen semata-mata. Semua jadi tak kena. Badan macam balut nangka pun tak kisah. Susuk tubuh yang tak berapa nak lawa pun ditayangkan. Kadang yang dalam pun nampak sekali. Sebab nak melawa punya pasal. Masalahnya cantik ke? Cantik ke baju yang seksa itu di mata Allah?

Fikirkan sama ada bahagia sekejap cuma atau bahagia selamanya. Jangan jadi mangsa fesyen. Bukan saja buruk di mata manusia, malah buruk di mata Allah. Itu yang lebih utama sebenarnya. Kahwin satu ibadah. Bukan kahwin untuk suka-suka dan melaram bagai raja. Serius aku tak berkenan dengan pakaian yang mendatangkan dosa berlipat ganda kepada pemerhatinya!
Nota Iffah: Ikan Kaloi, pm address cepat. Kang tak dapat pos hari ni pulak.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers