CORETAN TERBARU NADH
Bila nak kahwin????
Manusia dan hukuman
Perihal dakwat yang belum kering
Apa itu? Perumpamaan seperti orang baru masuk dalam suatu kelompok. Yalah pen dakwat basah tu kalau belum kering jangan diusik. Nanti comot.
Macam tulah situasi orang baru. Kenalah hati-hati takut orang mengata. Salah sikit besar-besarkan isunya. Aku tahu tu. Selama aku kerja nak dekat 3 bulan ni. Dah penuh hati-hati.
Tapi lecehlah kalau nak bergurau pun tak boleh. Lemaklah kan? Manusia ni bila rasa dah senior kepala makin besar. Padahal pangkat kita sama. Gaji kita sama. Kita kerja di bawah naungan sama. Jangan sebab rasa diri senior dia nak berlagak bagus.
Tegur tu biarlah beradab. Kalau kita nak orang hormat kita, belajarlah hormat orang lain. Senior junior kaya miskin kalau dah meninggal dunia masuk kubur juga. Jangan bongkak sangat. Dunia ni sementara. Pesanan dari junior untuk senior yang berperangai sebegitu. Tak semua, segelintir je.
Ada orang... edit gambar...
Pelbagai ragam. Pelbagai gaya. Pelbagai cara. Yang penting pasang niat yang positif. Jangan ada yang dengki. Jangan pula yang busuk hati. Ada sebab mengapa mereka memilih untuk edit sebegitu. Siapa kita nak menentukan dosa pahala mereka? Yang mana negatif, kita doakan dia berubah. Yang positif kita boleh jadikan dia teladan.
Tutup muka bukan saja mengelak dari dikenali, ia juga mengurangkan risiko bahaya bila di luar. Misalnya, ada orang benci sangat dengan aku, tup tup dia nampak aku tengah berjalan sendiri di KL Sentral. Bahaya zaman sekarang. Buatnya dia psiko. Nak culik aku ke kan? Buat tebusan? Tak ke naya? Hati-hati! Macam-macam boleh jadi =)
Situasi-situasi seperti 'Sarang tebuan jangan dijolok'
Matang dan usia tidak seiring
Dua tiga hari ni memang menyirap darah je. Habis pahala puasa. Apabila matang tidak hadir bersama usia, maka perangai sangat tidak matang akan muncul. Walaupun anak dah berderet, umur dah lanjut.
Ini soal kematangan berfikir. Macam mana kita memahami apa yang orang lain sampaikan tanpa perlu ada rasa sentap. Ini tidak. Baru ditegur yang lebih muda, dah mula meradang. Emosi mengawal minda. Bak kata lecturer aku, orang yang berjaya akan mendahulukan akal barulah emosi.
Dalam Islam pun ada menyatakan bahawa jangan buat keputusan ketika marah. Inilah hikmah yang dia patut lihat. Melenting tak kena masa. Mata nampak sudut yang negatif. Itulah orang tua-tua kata, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Kalau betul kita buat kerja kita, orang takkan menegur. Kalau orang tegur, terima dengan hati terbuka. Jangan cari salah orang dan menutup salah sendiri. Grow up!
Usia separuh dari aku tuanya, tapi aku rasa aku lagi matang dan bertanggungjawab. Sedarlah what you give you get back. Tak percaya? Allah dah aturkan jalan sebaiknya untuk kita. Contoh mudah, kau tak jaga orang tua kau, insyallah kau dah tua nanti anak-anak kau takkan jaga kau dengan alasan komitmen kerja. Tolonglah ingat, dunia ni bukan untuk kejar duit semata-mata. Renungkan dan selamat berpuasa.
Gejala copy and paste
Boleh tak aku nak gelak je? Dulu aku sangat anti. Marah. Sakit hati. Geram. Tapi sekarang gelak pun mampu. Sebab apa? Biar aku senaraikan sebab musababnya. Bagi korang tak cop aku gila sebab gelak sorang-sorang.
1. Nikmat Allah beri.
Yalah, idea itu Allah beri. Allah bagi izin untuk aku tulis ayat sebegitu untuk dikongsikan kepada orang lain. Nasihat yang dia copy paste, lepas tu kawan dia baca pun pahala dapat kat aku jugakkan?
2. Penghargaan
Tak kiralah bagi kredit atau tak aku kenal ayat aku. Jadi bangga jugak orang ambil. Sekurangnya dia menghargai kelebihan aku buat status atau entry. Ya tak?
3. Semangat.
Makin bersemangat aku nak memberi idea, nasihat yang berguna kepada yang baca. Aku tak nak sia-siakan semua kelebihan yang ada. Apa yang baik aku kongsi. Bukan nak kejar populariti atau like. Yang penting orang baca dan faham apa yang aku sampaikan. Kadang status atau entry terkena batang hidung sendiri. Tapi bagus jugak, tak adalah aku lalai dan ulang lagi perkara yang salah tu kan?
Kesimpulannya, bila kita pandang sesuatu perkara dari semua sudut baru kita nampak positif dan negatifnya. Adakala memilih menjafi positif lebih baik. Kalau orang tu tak kreditkan nama aku pun tak apa. Aku kenal ayat aku, kawan-kawan aku kenal dan yang paling utama Allah tahu ;-)
Kesungguhan
Percaya dan perhubungan
Percaya dan perhubungan itu dua perkara yang berlainan sama sekali. Tapi dua perkara ini saling berkait rapat. Dalam perhubungan perlu ada nilai percaya. Bila rasa percaya terhapus, tiada serilah perhubungan. Dan bila perhubungan dimulakan dengan rasa percaya dan bertukar menjadi tidak percaya, maka punah sebuah perhubungan yang ikhlas.
Setiap perhubungan perlu ada nilai percaya.
Setiap rasa percaya perlu dipupuk dalam perhubungan.
Tapi rasa percaya yang hilang sukar disemai dalam sesuatu perhubungan.
Perhubungan akan rosak apabila hilangnya rasa percaya antara dua manusia.
*Kalaulah nilai percaya itu mampu dibeli dengan wang...hurm
Expect the unexpected!
![]() |
Unexpected Friendship |
Kematian
Semua orang akan mati. Tiada yang akan terlepas. Entah giliran aku pula esok hari. Tapi bersediakah kita? Jangan lari dari kenyataan yang kau akan mati, hadapilah walau pahit. Lambat laun, kita pula yang akan menyusul. Sama je keadaannya, kan?
Hidup kena berani macam bawak kereta
Tak nak berpurdah?
*Entry ni dah lama aku peram, sebab status Miko, aku terpublish.. heee
Tiada manusia tiada masalah
Aku berubah?
#Mungkin akan menghilangkan diri...hurm hurm
Menangislah bila perlu
Baik untuk semua
Kerana terpaksa
Sahabat boleh berubah-ubah
Aku tak fahamlah!
Klik...klik...
Snap time!
Klik...klik...
Choose the best photo...
Klik...klik...
Uploading...
DONE!
Klik...klik...
Liking... 1 LIKE, 2 LIKES, 21 LIKES, 89 LIKES....
Commenting...
1: Comelnya awak.
4: Cantik sungguh ciptaan tuhan.
10: You look very beautiful babe!
23: Gojes! Anak siapalah ni...
38: Geram tengok bibir tu rasa nak gigit je...