CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

GA Pertama 2014 PariPariPutih

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik klik klik
Blog paripariputih best sebab dia rangup dimakan begitu sahaja. Umpama tengok wayang tak payah nak beli popcorn, soft drink, hotdog dan jajan. Hah macam tulah rasa enaknya. Sekian!

Hadiah-hadiah: 
Kemeja T Ekslusif PPP untuk 3 pemenang utama
Top up RM10.00 x 5
Top up RM5.00 x 12

Tarikh Tamat Pada 7hb Februari 2014, jam 12.00 pm.

#Akhirnya, sempat join juga =='

GIVEAWAY : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari PHUKET

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry? Hurm jap nak terjah. Banyak sebenarnya. Lagi-lagi yang puisi. Sungguh menyentuh hati.
Ady Budika
klik gambar Ady sini
Aku penat cari. Kejap ye. Nak berapa entry ni?

Entry ni sebab jarang ada lelaki yang semangat waja untuk sesuatu. Lagi-lagi memang tak ada pengalaman. Dari dulu salute hasil yang dia tunjukkan. Bertuah empunya badan nanti. Haha

Entry ni sebab ada orang kesayangan. Er bukan. Sebab tak sangka Sunah popular sangat sampai masuk tv haha. Jeles okeh.

Entry puisi semua suka. Tapi tak dapat jejak dengan internet siput sedut ni.
ps: Sambung buat RPH PJ yang amat pening T_T

Giveaway Dari Korea @fasihah.com

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
KLIK GAMBAR
SOKONG Blogger tempatan erk.

1st Giveaway Sifu & Ila

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
KLIK GAMBAR
Sifu yang sengal dan selamba penulisannya. Lama sudah follownya=P

Ila? Baru nak follow. Jadi tiada penerangan blognya.

ps:Meh join reramai. Support bloggers!

31-7 Birthday Giveaway!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik gambar 
Si gadis melayu aku kenal masa Survivor Sakura Budika. Serius aku banyak kenal orang dari situ. Terima kasih kat dua jiran ni. Semoga hari bahagia tu akan merubah hidup ke arah kebaikan.

Cik Pulau, tak tahu nak wish apa. Kalau suruh cepat kahwin aci tak? Serius Cik Pulau memang suka gelak. Siapa kahwin dengan dia seronok memanjang. Selamat Hari lahir semoga makin tua makin matang lah ye=P

Cikali. Cik Ali Cik Mat dalam cerita Aku Dia dan Paparazzi. Hebat tu. Pelakon aku ni. Kahwin pulak dengan Cik Epal. Memang merepek sungguh. Aku kenal dia pun sebab dia nak jadi pelakon hari tu. Jadi untuk CIKALI SELAMAT HARI JADI YANG KE TEEETTTTT...

Sunah, erm tak tahu nak wish apa. Kehadiran mu memberi seribu erti untuk meneruskan langkah di dunia realiti mahupun maya. Segala kritikan, nasihat dan pujian sangat berharga. Tiada tandingan bak kata orang. Apa yang aku nak wish? Semoga hari lahir yang akan datang dapat memberi seribu erti yang menjanjikan kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup dan aku harap inilah birthday terakhir untuk dia sambut dengan gelaran Cik dan tahun depan Puan. Amin=)

Sedih pulak buat entry pasal birthday ni=(

GA cerpen Si oh! Umar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Berminat. Haha asah minda sat!
Klik untuk join
Dia mengetap bibir geram. Pandangannya tak lepas memandang gadis berbaju kurung. Sungguh menarik walau hanya baju kurung kapas yang agak lusuh.
"Mar, kau kenapa senyap tetiba?" Nadzri menegur. Pelik pula dengan sikap rakannya.

"Tu awek," Umar menjuihkan bibirnya.

"Awek? Dah tu kau nak aku buat apa?" Umar mendengus.

"Kau kena tolong aku. Aku nak dia," Terus Nadzri dan Shah tertawa.

"Serius ke ni Mar?" Shah menepuk belakang kawannya.

"Seriuslah. Aku nak ngorat dia. Korang ada idea tak?" Mereka dah ketawa terbahak-bahak. Perempuan itu bukan sahaja berbaju kurung malahan bertudung litup. Pelik sekali melihat Umar bertukar selera.

"Korang kenapa? Aku seriuslah beb. Tak nak tolong sudah," Umar masuk ke perut keretanya dan memecut laju.

"Eh apahal kawan kau tu? Baran semacam?" Shah memandang gadis itu semula.

"Jom, kita pergi tanyakan minah tu. Kot single. Boleh aku masuk jalan," Kepalanya diketuk Shah. Nadzri mengaduh.

"Kita tanya untuk Umar. Bukan untuk kau. Dah jom!' Shah laju meninggalkan Nadzri ke belakang.

xxxxx

"Ira, kenapa tak nak terima abang dalam hidup Ira?" Umar duduk bersandar. Puas dia mencuba. Sejak pinangannya diterima keluarga Sheera. Kini hanya beberapa hari mereka akan bergelar pasangan suami isteri yang sah.

"Saya tak nak kahwin dengan awak. Awak faham tak?" Sheera mengeluh. Dia letih.

"Ira, beritahulah kenapa? Abang tak tahu pun Ira tak nak kat abang. Sekarang persiapan semua dah buat," Umar pula mengeluh.

"Saya tak mampu bahagiakan awak. Carilah orang yang lebih layak. Assalamualaikum," Sheera naik ke atas. Ditinggalkan Umar sendirian. Emak mula menggeleng.

"Mar, tak apalah. Ira memang macam tu. Nanti makcik pujuk dia. Nak makan?" Mak Pah pelawa bakal menantunya makan. Umar hanya menggeleng. Dia meminta diri untuk pulang.

xxxxx

"Mak, Ira tak boleh kahwin dengan dia. Tolonglah mak," Mak Pah menggeleng. Sayu pula hatinya melihat anaknya teresak begitu.

"Kenduri nak dekat dah. Tolong jangan malukan mak. Ira nak mak mati sakit jantung ke nak?"
Ira mengangkat muka dan meluru ke arah maknya. Dia tak suka apabila kematian diungkit. Trauma rasa. Keduanya menangis di situ.

xxxxx
"Umar, bolehlah salam pengantin perempuan," Shah selaku pengapit memberi isyarat. Umar berpaling. Isterinya tertunduk. Ada sesuatu yang mengganggu rasanya.

"Sheera Adilla," Kawan-kawan mengusik. Sheera masih tertunduk. Nampak suaminya benar-benar dekat dengannya. Debar hatinya.

"Salamlah Ira," Alia singgung lengannya. Dalam keterpaksaan dia menghulurkan tangan dan bersalaman. Kaku rasa. Pantas tangan itu diraih dan dicium. Syahdu saat ini. Air mata menitis saat dahinya dicium Umar. Dia redha ketentuan Illahi. Yang lain sudah bergosip di belakang. Ada yang ketawa. Ada pula yang sebak melihat saat bersejarah ini.

xxxxx

"Saya tak boleh terima awak buat masa ni. Tolong bagi saya ruang peribadi sendiri. Tentang family, jangan risau saya akan cover," Kata-kata itu sungguh tak terduga.

"Ira, abang tak rasa abang boleh penuhi impian Ira. Abang lelaki. Suami Ira pulak," Umar meraup wajahnya.

"Ira, takkan sedikit pun tak ada ruang untuk abang?" Sebak.

"Tak ada. Saya dah kata. Saya memang tak boleh terima awak. Semua awak punya pasal. Kalau awak tak masuk meminang. Takkan saya tersepit macam ni. Sekarang please. Saya penat. Tak larat nak cakap apa-apa dengan awak. Kalau nak ceraikan saya pun. Ceraikan 6 bulan dari sekarang,"

Umar memejam mata. Begitu tegar isteri yang baru dinikahi melemparkan kata-kata tanpa rasa. Dia sikit pun tak menyesal. Walau apapun terjadi dia tetap akan jaga Sheera Adilla sebagai isterinya sehingga takdir memisahkan mereka. Itu janjinya.

xxxxx

"Awak, tolong belikan barang untuk saya," Muka Sheera berkerut.

"Beli apa pulak?" Umar masih asyik menonton drama Nora Elena.

"Beli tu," Suara semacam. Umar memandang ke arah isterinya. Iklan di televisyen tak diendahkan.

"Yang tu," Sheera tunjuk ke arah televisyen. Umar pelik.

"Ira nak beli tv baru ke? Kita berdua je kat rumah ni. Buat apa nak beli tv banyak-banyak," Umar ketawa.

"Bukan, yang tulah," Sheera bangun dari sofa. Umar masih terpinga-pinga. Dia renung iklan itu lama.

"Ooh tuala wanita?" Umar ketawa berdekah-dekah. Sheera membuat muka dan terus berura hendak ke atas. Sakit perutnya tak tertanggung lagi. Dia perlu berehat. Tangannya ditarik.

"Abang tak faham. Sorrylah sayang," Dipeluknya kejap. Sheera tak menolak seperti selalu. Terkejut barangkali.

"Abang belikan ya. Tapi lepas drama ni boleh?" Sengaja disakat isterinya. Sheera menolak tubuh sasa suaminya kuat, tanda protes.

"Tak apalah. Saya pergi beli sendiri," Kelibat isterinya diperhatikan saja.

"Sayang, abang belikan. Sama macam kat iklan ye?" Umar jerit. Sheera senyap.

xxxxx

"Sakit lagi?" Umar mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Tak, awak kenapa datang sini?" Terkejut.

"Abang risau," Tersentuh hatinya.

"Saya dah okey. Dah beli benda tu?" Sheera tetap malu.

"Dah, nah," Umar meletakkan tuala wanita di sisinya. Sheera tak segera mengambilnya. Dibiarkan seketika.

"Ira, ambillah. Tadi nak kan? Ke nak abang pakaikan?" Usik Umar. Ketawa Umar membingitkan telinga Sheera. Dia segera ambil dan bergerak untuk bangun dari pembaringannya.

"Sayang, Meh abang pimpinkan nak?" Tangan Umar segera memegang lengan isterinya. Ditolak keras. 

"Saya bukan sakit apapun. Awak tak payah nak tunjuk romantik kat sini," Sinis. Umar hanya memandang isterinya ke bilik air.

xxxxx

Bunyi loceng memaksa Sheera Adilla bangun dari duduknya. Terlalu asyik dengan komputernya. Hari ini dia mengambil cuti kerana pening kepala pagi tadi.

"Mak, abah bila sampai?" Mak Pah tersenyum. Hanya anaknya yang ada di rumah.

"Baru je. Tekan loceng terus masa sampai tadi," Abah pula menyampuk.

"Hah, jemputlah masuk. Panas ni," Sheera mengangkat beg besarnya. Tiba di ruang tamu Sheera meletakkan beg perlahan.

"Mak abah duduk dula. Ira buat air. Kejap lagi abang Umar baliklah tu," Sheera meninggalkan mak abahnya sebentar.

Tangannya segera menelefon Umar.

"Hello awak, mak abah datang. Nampak macam nak tinggal sini. Macam mana?" Umar ketawa. 

"Gelak pulak. Saya serius ni. Macam mana kalau kantoi?" 

"Ira tak payah runsing. Kunci bilik Ira. Ambil barang penting masuk bilik abang. Berapa hari je pun kan?" Umar membuat keputusan. Saat inilah yang dinantikan.

"Okeylah kalau macam tu. Saya ikut je," Letak. Umar tersenyum panjang.

xxxxx

"Umar,"

"Ya abah," Umar berjalan mendekati bapa mertuanya yang berdiri di luar rumah.

"Umar, abah ni dah tua. Lama makan asam garam," Mukadimahnya membuatkan Umar sedikit gentar.

"Ya abah. Umar tahu. Banyak lagi saya kena belajar dari abah," Umar sengaja menyembunyikan rasa yang berbaur.

"Abah tengok kamu dengan si Ira tu macam tak bahagia. Abah ni risau anak menantu abah. Kalau bahagia alhamdulillah. Boleh cepat-cepat jadi atuk. Ye tak?" Abah berseloroh dalam masa serius.

"Abah jangan risau. Kami okey. Biasalah proses perkenalan. Ai bah, awal sangat nak cerita pasal anak. Baru sebulan kami menikah," Giliran Umar pula berseloroh. Keduanya ketawa.

xxxxx

"Ira, janganlah duduk kat karpet tu. Tak selesa. Meh tidur sini," Umar memanggil.

"Saya okey. Awak jangan ingat mak abah saya ada awak boleh ambil kesempatan kat saya. Ingat saya suka ke awak peluk-peluk saya tadi?" Panas hatinya.

"Ira, sampai hati tuduh abang macam tu? Ira tahu tak abah dah syak. Ira suka mak abah tahu kita sememangnya tak bahagia? Tak macam suami isteri lain?" Suaranya agak keras. Umar sudah pun duduk di depan Sheera.

"Hah? Abah tahu? Abah kata apa?" Sheera sudah mula cuak. Dalam hatinya hanya memikirkan kebahagiaan mak dan abahnya. Dia cuba keraskan hati untuk terima Umar. Bukan dia tak suka tapi ada sesuatu yang membuatkan dia dingin sebegini.

"Abah cuma kata kita nampak tak bahagia. Abah nak cucu cepat kalau boleh," Umar senyap seketika. Dia menantikan reaksi isterinya. Malang sekali Sheera buat selamba. Seperti tak dengar soal anak dibangkitkan.

"Ira dengar tak?" Umar tak puas hati. 'Mustahil tak dengar' Getus hati lelakinya.

"Dengar, dah tu nak saya buat apa?" Ira mendengus.

"Tak ada apalah. Abang nak tidur. Kalau Ira tak selesa kat sini. Tidur je kat atas ni. Abang tak kisah, Memang tempat Ira pun," Umar naik ke katil. Sheera bungkam.

xxxxx

Angin menderu masuk. Langsir sudah melayang-layang. Sheera terjaga dari lena. Memandang tepat pada tingkap. Hatinya mula merasakan sesuatu. Perlahan dia menutup semula matanya. Ketakutan mula menyelubungi.

Prakkk. Bunyi itu. Sheera tak putus berdoa dalam hati. Pantas tarik selimut tutup mukanya sekali. Sheera sudah berpeluh dingin. Hujan turun lebat selebatnya. Petir mula berlawan antara satu sama lain. Sheera bangun dan terus mendapatkan Umar di atas katil.

"Awak....awak..bangun!" Bisiknya. Umar tak juga terjaga. Cahaya petir menerjah masuk membuatkan dia makin takut. Sheera segera memeluk Umar erat.

"Ira kenapa?" Umar terjaga mendengar tangisan bersungguh Sheera.

"Sayang, kenapa ni?" Umar mengesat air mata isterinya. Dia meraih Sheera ke pelukannya. Erat sekali. Mereka lupa segala sengketa. Senyap. Hanya hujan menemani suami isteri itu hingga ke dinihari.

xxxxx

"Maknya, mana anak kamu ni? Dah pagi takkan tak bangun lagi?" Abah membebel.

"Biarlah bang. Diorang kan pengantin baru. Biarlah tidur lama sikit," Mak Pah dah ketawa. 

"Baguslah. Abang memang tak sabar nak bercucu. Asyik tengok kamu je Pah. Bosan," Tergelak besar. Suka menyakat isterinya.

"Bosan dengan saya ke bang? Abang mujur teringin cucu. Kalau teringin anak sendiri memang saya luku abang," Mak Pah serius. 

"Hai, abang dah tua. Tunggu kubur panggil je ni," Mak Pah juga menginsafi diri. Keduanya masih menanti anak menantu turun makan sarapan pagi.

xxxxx

"Ira, bangun sayang," Umar mengejutkan isterinya. Nyenyak sungguh dia tidur. Kalau tak mengenangkan mak dan abah ada di rumah. Memang dia tak mahu melepaskan saat-saat indah bersama isteri tercinta.

"Eh, dah pagi," Sheera mamai. Dia bangun terus ke bilik air. Umar memandang sambil tersenyum.

"Awak turun dulu. Nanti saya turun," Padahal dia sudah malu dengan Umar. Sungguh. Kelemahannya terlihat. Pastilah malu nak berdepan dengan suaminya kelak.

"Abang nak tunggu Ira. Kita turun sama-sama," Umar ketawa. Sheera geram.

"Awak...awak..." Sheera memanggil dari dalam. Dia lupa membawa baju baru untuk ditukar. Umar tak segera menjawab. Sengaja dia membiarkan.

"Ah, awak dah turun ke?" Sheera menjerit dari dalam. Namun tiada suara sahutan. Dia tekad untuk keluar kerana yakin Umar sudah turun.

"Arghhhhhhh!" Terasa erat pelukan dari belakang.

"Syhhh abanglah ni," Umar ketawa.

"Awak buat apa ni?" Sheera lemas.

"Peluk isteri sendiri," Umar menjawab.

"Lepaskan saya. Saya panggil tak menyahut kenapa?" Sheera berusaha melepaskan diri. Namun, tualanya hampir terlucut.

"Awak lepaslah. Tuala saya," Rayuan isterinya meruntun jiwa. Dia melepaskan perlahan.

"Benci!" Umar ketawa. Duduk di birai katil sambil memandang isterinya mencari baju.

"Jangan pandang sayalah," Sheera sungguh malu.

"Abang pandang isteri abang. Tak salah kan?" Umar mendekati isterinya. 

"Jangan mengada Umar. Saya nak tukar baju. Baik awak turun dulu. Kang mak abah kata apa pulak," Umar membatalkan niatnya. Meskipun naluri lelakinya bergelodak hebat ketika ini.

"Abang turun dulu. Cepat sikit," Flying kiss dihadiahkan. Sheera menjegilkan mata.

xxxxx

"Sayang, dah dekat dua bulan kita kahwin. Takkan sedikit pun tak ada rasa cinta untuk abang?"  Sheera terdiam.

"Abang macam tunggul kat rumah ni. Kalau betul Ira tak boleh terima abang juga, abang rela lepaskan Ira," Umar berat hati.

Keduanya diam. Sheera tiba-tiba sebak. Air mata bergenang. Sungguh berat beban yang dia tanggung kerana tak sanggup memberitahu suaminya perkara sebenar. Umar memandang sayu. 

"Kenapa Ira nangis? Abang salah cakap ke?" Umar risau. Segera dia duduk di sebelah isterinya. Peluk rapat.

"Ira berdosa dengan abang. Ampunkan Ira. Ira tak sanggup lukakan hati abang. Lelaki yang pertama berada di hati Ira," Tangisan memenuhi segenap ruang. Umar terkejut dengan pengakuan isterinya itu.

"Sayang, kata-kata itulah abang nantikan selama ni. Sebelum kita kahwin lagi," Umar mencium ubun-ubun isterinya penuh kasih.

"Tapi..." Sheera memandang suaminya dengan renungan sukar ditafsirkan. Umar berkerut.

"Ada satu benda yang Ira rahsiakan dari abang selama ini. Mak abah pun tak tahu," 

"Apa dia?"

"Ira ada penyakit,"

"Apa? Ira sakit apa sayang?" Umar benar-benar terkejut.

"Ira ada lemah jantung. Sebab tu malam tu Ira..." Umar tersengih memikirkan.

"Sayang, mati itu pasti. Takkan sebab penyakit Ira nak korbankan sisa hidup Ira dengan bersedih dan meratapi nasib? Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya," Umar menasihati isterinya.

"Jadi, abang tak kisah kalau Ira mati sebelum abang? Sebelum anak-anak kita lahir?"  Sheera berhenti menangis.

"Anak? Abang suka tu," Segera Sheera mencubit lengan suaminya. Malu menerpa. Lupa tentang penyakitnya yang baru dia ketahui tak lama dulu.

"Abang serius. Kalaupun ditakdirkan Ira pergi dulu sebelum abang. Abang redha. Siapa kita nak melawan takdir Ira? Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya, Jadilah! Lalu jadilah ia. Dalam surah Al Baqarah, ayat 117,"

"Abang, maafkan Ira. Maafkan Ira kerana mengabaikan tanggungjawab seorang isteri selama ini," Sheera memeluk suaminya.

Tamat!
Ps: Aku dah rangkumkan semua yang korang nak. Misteri, sedih, kecindan, lempeng tak sempat selit. Sweet? Ada kot. Jadi jangan lupa undi bila aku suruh undi okey. Umar, harap sukalah=P

Aesya Zealous 2nd Giveaway

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik
Aku join GA ketiga hari ni. Tak tahulah hari GA sedunia ke apa. Tapi sebab Cikgu Lini dah paksa kan. Kena join jugak=P

Tag:

GA PERTAMA PUTERI KATEK

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Klik terus tercampak ke Disneyland
Cerita meletup abad ni=P
Cerpen first guna nama Blogger
Yang ni rasa macam ustazah pulak

Tu jelah yang ada. Nak banyak lagi tengok kat widget MEKAR MEWANGI.

LIFE IS TOO SHORT TO BE UNHAPPY!!

GIVEAWAY KAK ES & NESLOO

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tetiba aku raji masuk GA ni. Tak tahu kenapa. Sebab aku tahu aku memang tak bertuah. Tapi aku tetap nak support Kak Es. Jiji? Tak naklah. Kecuali dia pos pinggan free. Nak lah jugak. Haha

KLIK NANTI OTOMETIK TERCAMPAK KAT BLOG JIJI
FB: IFFAH AFEEFAH=)

CsP nak bagi hadiah!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cerita Si Padlie
Klik untuk join
Blog dia memang best. Selalu jadi silent reader je. Dia pun selalu tinggal komen kat sini. Terima kasih Padlie. Kalau dia tak invite pun memang nak join giveaway ni. Sebab siapa lagi nak support blogger kalau bukan blogger. Blog dia bagi aku istimewa. Kalau korang tak percaya baca setiap entry-entry dia. Bagi aku Padlie memang bersemangat waja. Jiwa kental okey. Kenapa? Sebab..errr tengok sendiri kat blog dia tu.

Aku nak domain tu. Eh novel pun nak jugak. Walaupun tak pasti akan menang. Tak apa. Anggap jela penyertaan ni untuk eratkan silaturrahim kita ya Encik Padlie. Dia support aku. Aku support dia. Eh penambahbaikan? Tak ada rasanya. Perfect dah. Header. Simple. Cantik. Suka.

Tak ada apa nak komenlah Padlie. Hope teruskan berblogging. Penulisan adalah bidang anda. Sokong Padlie! Eh lama tak bukak blog dia. Dah tukar domain. Tahniah! Sejak blogger masalah ni. Susah nak tengok orang lain update. Hurmmm

Tag:
Ustazah gebu. Join tau!

Giveaway from Moscow by Miszlullaby

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik okey
Setelah berkurun lama tak join GA. Aku akur kehendak alam. Eceh. Ni Ustazah Sunah tag. Satu penghargaanlah. Jadi kena join!

TAG:

aku dapat hadiah dari tauke carrot

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku suka blog dia ni sebab dia puji blog aku. Haha memang sempoi. Suka bila orang suka. Dan aku akan bagi dia suka pulak. Along cayok. Anda mungkin akan berjaya. Malah lebih berjaya dari saya!

Sayalah follower ke 100! Wah suka jadi follower rupanya!

Post by,
Miss Ran 

GA Pertama & Teka Jumlah Novel My Shaizhar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik banner untuk join
Ayam dibeli di pasaraya
makan dengan buah nenas
mambaca novel hobi saya
siang malam tak lepas-lepas

Pergi memancing di tepi sungai
tangkap ikan besar di sana
Alaf 21 sangatlah digilai
minatku pada Damya Hana

Saya teka? 118 buah buku
tagged:
anis
 Post by,
Miss Ran 

1st Combined Giveaway

ini post melekat! Sila ke bawah untuk entry yang baru~~~
klik untuk join

Syarat2 penyertaan:
1. Terbuka kepada semua blogger yg mempunyai alamat di Malaysia
2. Perlu follow 4 blog yg berikut; Ceritera Erin , Elia: Short & Sweet , My Worth Buying Shoppe (penaja), dan Closets of AmyAmy(penaja) .
3. Buat "sticky post" entry dengan tajuk;Erin & Elia : 1st Combined Giveaway (FCG) hingga 4 Feb 2011
4. Ltak banner di atas serta link kan ke entry ini.







5. Sila komen di entry ini dgn maklumat anda;

-Nama
- ID Follower
- link entry

tarikh tutup: 4 Feb 2011
masa: 1159pm


tenkiu nuffnang

Post by,
Miss Ran 

Nina's 1st GA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Mai klik sini no...
Saya layak memiliki Nina's 1st GA kerana...


Saya anak orang kampung,
duduk dekat tepi land,
keluar bandar tak langsung,
inikan pula N.Zealand.


tagged:luncai...jue


Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers