CORETAN TERBARU NADH

Haram tetap haram

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Aku rela pegang anjing dari lelaki yang peluk aku hari tu!"

Tempat aku dulu pernah kena ceroboh. Masa mandi tak silap. Jadi orang yang kena tu agak traumalah. Aku tengok dia alim. Tak kan mandi tak pakai kain basahan kan. Kalau tak pakai apa-apa? Wah pengsan situ jugak.

Tapi adalah aku dengar-dengar. Orang kata akak tu siap marah-marah lagi kat orang lain. Dia kata macam tulah. Rela pegang Hanjing dan BAB1. Aku pun angguk. Ni masa agak jahil. Wakaka memang serius aku tak tahu halal haram bab ni. 

Yang aku tahu memang lelaki perempuan haram bersentuhan kalau bukan muhrim. Ya tu je aku tahu. Jadi timbullah cerita tak enak kata akak tu macam-macam. Buat hukum sendirilah apalah.

Lama lepas gosip liar tu baru aku tahu pegang Bab1 dengan Hanjing tak haram. Tapi kita kena samak. Kalau pegang manusia bukan muhrim tak payah samak tapi pergi taubat nasuha sana! Selalu orang salah konsep ni. Jap aku ambil ayat yang orang share kat facebook.

1. Pegang anjing dan babi TAK HARAM. (hanya kerna samak, yakni basuh dengan air tanah sekali, air mutlak enam kali)

2. Makan anjing dan babi adalah HARAM.

3. Pegang perempuan/lelaki bukan mahram adalah HARAM. (kena taubat nasuha)

Jangan sentuh bukan mahram, walau siapa pun mereka dan walau besar mana pun pangkat anda.. Tiada apa yang menghalalkan sentuhan antara bukan mahram kecuali nikah.. Kat dunia kalau tak nampak dosa sentuh bukan mahram besar mana, nanti tunggulah di akhirat, rasa seksanya bagaimana.. oleh itu taubatlah dengan taubat nasuha dan jangan buat lagi selepas ini.. Jika berdegil, maka redhalah seksaan Allah ke atas kamu.

Sebelum aku baca ayat ni aku memang dah tahulah pasal haram ni. Aku dengar ceramah Ustaz Azhar kalau tak silap. Saja nak kongsikan walaupun ramai dah tahu. Korang boleh cari sendiri kat internet buktinya. Okey?

10 comments:

Unknown said...

suke la babi..eheh..weh ko wat fanpage jugak le

Sunah Sakura said...

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Sebab tu nabi pesan macam tu... :)

Anonymous said...

walau pun ramai dah tau hukumnye haram tp org still buat gak :)

bagus cik ran up kan topik ni..jd reminder buat mereka yg dah terleka (termasuk aku la tu huhuhu)

Eera Shera said...

hehe..ustaz azhar ckp pegang babi tak haram..pegang ajnabi tu yg haram =)

fRaMe+LenSeS said...

;)

1 said...

tidak mengapa jika perkara ini diulang2 sbb ada yg lupa..:)

Solihin Zubir said...

rmai org x sedar, sbb diorg tgok anjing dan babi tu jijik.. awek atau pakwe diorg tu orang.. pdahal haram.. heheh..

Eta said...

renung-renungkan lah...

Shiema Sufian said...

perlu diingatkan untuk yg lupa :)

Unknown said...

hurm... rmi lupe psl ni

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers