CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Masak memasak...masaklah kau. Show all posts
Showing posts with label Masak memasak...masaklah kau. Show all posts

Light Raspberry Cheesecake

Assalamualaikum para pembaca.
Hari ni aku nak berkongsi resepi. Maklumlah lama dah tak share resepi kat sini. Semakin malas nak update blog sebenarnya. Tapi sebab sahabat blogger tegur mana resepi-resepi masakan? Lama tak letak.
Ini hasil setelah dihias oleh adik aku
Ni yang buat aku nak kongsi ni. Resepi asal dari Sunah Sakura.

Light Raspberry Cheesecake

Bahan A:
90gram gula kastor (aku guna gula pasir sebab gula kastor tak ada. Tapi aku kisar dulu bagi halus)
3biji putih telur gred B

Bahan B:
300ml susu segar (dutch lady full cream)
6 keping cheddar cheese (guna cheesedale) tapi aku tambah sekeping lebih.
110gram mentega

Bahan C:
3biji telur kuning gred B
110gram tepung gandum (ayak tepung)
1camca kecil esen vanilla (aku lupa letak)

Bahan D:
250gram Filling raspberry

Cara membuatnya:
1.Panaskan ketuhar 180 C. Lenserkan loyang dengan mentega.
2.Panaskan susu dengan api sederhana. Masukkan kepingan keju. Kacau rata. Setelah keju cair barulah masukkan mentega.
3.Pukul putih telur dengan gula hingga kembang. (Uji tahap kembang: Pusingkan bekas dan pastikan adunan tidak jatuh)
4.Pukul telur kuning, tepung dan bahan B.
5.Kacau perlahan semasa memasukkan bahan A. (Penting nanti bantat pulak kek tu)
6.Masukkan 4 senduk adunan selang seli dengan filling raspberry yang di letak menggunakan pipping bag. (kalau tak ada ambil plastik jernih. Potong bucunya sedikit saja)
7.Ulang langkah 6 hingga habis adunan kek tadi.
8.Bakar selama 50 minit menggunakan teknik 'Bain Marie' atau double boiler. (letak loyang lebih besar bersama air. Loyang kek diletak di atasnya. Suhu untuk bakar kek 175C.

Okey dah boleh cuba. Senang sangat. Aku bahagikan bahan A,B,C,D sebab mudah nak faham. Oh ya, aku dah buat tiga jenis kek keju.
1. Cheescake Blueberry menggunakan cream cheese.
2. Unbake Cheescake Strawberry juga menggunakan cream cheese.
3. Light Raspberry Cheesecake menggunakan cheddar cheese.

Bagi aku guna creamcheese banyak guna kos. Mahal kot. Jadi baik guna resepi ni. Sebab rasa sedap jugak. Ikut koranglah nak cuba ke tak. Yang penting sedappppp!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Dari Dapur Seri Iman 55

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Resepi asal dari sini

Malas nak salin balik resepi. Klik je kat sini. Hehe memang sedap. Lembut. Dua kali percubaan buat jadi. Satu lagi rupanya cantik dari yang ni. Malam kelmarin masak terus ngap. Sedap okey. Nak try muffin apa pulak lepas ni?

Aku kini blogger dengan internet. Terima kasih ayah=)

Ps: Dia tak percaya aku masak ni agaknya.

Dari Dapur Seri Iman 54

Ohoi aku kembali memasak sejak berkurun tak turun dapur. Bukan sengaja. Nampaknya skill tangan aku makin hebat. Lama tinggal pun jadi jugak masakannya. Kali ni aku masak Cupcake hujan pelangi.

Nama nak gempak. Gedik gila. Aku sejujurnya tak ingat resepi. Kalau ada aku kasilah eh. Sekarang nak tayang gambar je. Biasa resepinya basic je. Yang isi, perisa terpulang kat korang.

Disebabkan tak ada bahan. Aku guna je colourful chocolate rice. Ye ke namanya macam ni? Gasaklah hehe. Memang rupa buruk sebab aku tak berseni macam Pcm! Dengan tangan kiri je aku mampu buat kek macam ni. Korang ada bran?

Yang penting Ecah suka makan. Hehe

Ps: Dia suka tak makan?

Published with Blogger-droid v1.7.4

Dari Dapur Seri Iman 53

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku kembali berasapkan dapur. Haha kali ni tak ada gambar. Malas nak tayang dan tangkap. Hari ni aku buat kali pertama masak udang harimau. Eh ye ke udang harimau? Tapi dia besar gila. Makan sekali puas weh.

Aku cuak sebab takut tak sedap. Sekali rasa? Wah inikah yang aku masak? Macam Puan Latifah masaklah. Mesti ibu bangga petang nanti. Haha SANGAT GEMBIRA. Okey mari kita tengok resepi. Aku main letak je. Korang kalau tak sedap jangan marah aku.

Udang harimau 8 ekor
Santan setengah biji kelapa
Serbuk kunyit setengah sudu kecil- Kalau nak kuning lagi tambahlah sendiri
Kacang panjang 4-dipotong 
Serai 3 dititik
Secawan air paip(Kalau nak pekat kurangkan air)

Untuk dikisar:
Bawang besar 1/4
10 cili api-bagi aku dah pedas dah ni. Korang tambah lagi okey
Air sedikit

Cara membuatnya:
  1. Kisar bahan di atas.
  2. Masukkan serai air sedikit dan didihkan.
  3. Masukkan santan. Didihkan sebentar.
  4. Masukkan kunyit dan garam ikut suka.
  5. Masukkan udang yang gemuk dan segar ke dalam.
  6. Masak sehingga udang bertukar warna.
  7. Masukkan sayur kacang panjang dan tunggu sayur masak.
  8. Siap dan hidang. Memang terbaik dari ladang!
PS: Ada sesiapa nak serang rumah aku? Haha

Dari Dapur Seri Iman 52

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hai selamat datang ke dapur aku. Setelah lama tak berasap. Akhirnya, aku buang tebiat masuk dapur buat lodeh. Korang tahu ke nak masak? Aku first time cuba. Jadi kot. Ikut resepi Papa MG. Tapi entah, sayur main letak je. Sebab sayur tak cukup. Tapi bila dah masuk periuk penuh jugak.

Resepi PCM kat sana. Aku tengok kejap terus lari ke dapur. Malas sungguh nak salin-salin. Penat je. Haha

Yang aku ubah hanyalah sayur dan kuantiti.

Yang lain aku main campak je. Nak makan dengan nasi impit. Wah sila jeles. Kamera tak ada jadi gambar pun tak ada.

Haha=P jemput makan roti canai kawan-kawan!

Dari Dapur Seri Iman 51

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mini Pizza

Saja letak pic besar. Bagi semua jeles. Okey. Resepi ulang tayang je ni. Klik sini untuk resepinya. Yang aku ubah hanyalah yang atasnya.


Bahan: 
Daging kisar
Oregano
Sos tomato
Sos cili
Keju mozarella
Bawang

Otak tepu. Tak dapat nak mengarang. Dua minggu lagi praktikum. Duit segera surut. Minyak mahal. Protes!

Dari Dapur Seri Iman 50

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pengsan. Sekejap je dah yang ke 50. Aku nak share sarapan pagi aku yang dimakan pada waktu tengahari. Bangun lewat sangat. Anak dara apakah? Kepala masih sakit. Tapi masih bisa menaip.

Kalau korang nak tahu akulah gadis serba boleh. Perasan. Taklah. Maksud aku pasal makanan. Aku kadang-kadang sangat cerewet. Kadang-kadang main telan je. Haha yang main telan tu masakan sendiri. Yang cerewet tu makanan berbayar yang tak sedap.

Tempoyak? Sedap. Budu? Mabeles. Cencalok? Nyummi. Belacan? Wajib ada. Kicap? Makanan rutin. Apa yang aku tak makan? Oh ya ikan pekasam pun aku makan kalau termimpi nak makanlah. Jadi tak pelik badan aku macam tong. Semua boleh telan.

Tapi hari ni aku nak kongsikan kat korang pasal sambal tempoyak ikan bilis. Orang negeri sembilan selalu buat tapi dia taruk sayur kat dalam. Macam ulam. Aku letak ikan bilis je. Senang sangat buatnya.
Jiji punya pasal!
Aku malas letak gambar. Tapi ada cikgu nak gambar aku letaklah jugak. Ini macam cair sikit sebab aku nak berkuah. Kalau nak lagi pekat. Masak sampai kuah kering. Okey?
Bahan:
Tempoyak 2 sudu besar
Serai dititik -1
Ikan bilis 2 genggam
Cili padi 6 biji (Tak pedas. Kalau nak pedas tambahlah sendiri)
Garam secubit.
Kunyit sebagai pewarna.
Air sedikit.

Cara:
Korang kisarkan cili padi dengan air. Masukkan dalam kuali.
Masakkan sekejap. Masukkan serai.
Masukkan tempoyak apabila dah mendidih.
Kacau. Letak garam dan kunyit.
Masukkan ikan bilis. Kacau.
Bila dah pekat boleh tutup apinya.

Makan dengan ulam pun boleh. Makan dengan nasi goreng macam aku pun boleh. Selamat makan. Nyummi! 

Dari Dapur Seri Iman 49

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pengsan. Sesiapa yang panas mari dekat-dekat. Aku ada buat aiskrim baik punya. Aiskrim milo koko crunch berkacang.

Pengsan. Tajuk nak panjang kan? Ni nak tunjuk gambar je. Resepi telah diderhakakan perisanya dari PCM. PCM punya lagi sedap kot. Sebab seksi. Putih comel. Ni coklat comot. Resepi tiru sana. Malas taip.

Share gambar je eh.
Nyummi
Aku derhaka sebab letak milo, pistachio, coco crunch
KREDIT TO PCM. KLIK SINI UNTUK RESEPI =)

Dari Dapur Seri Iman 48

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pagi ni aku lewat masak. Bukan apa. Ada sorang pakcik tu saja nak kasi panas entry. Terus dapat idea entry kedua. Terus ketiga. Pengsan. Siap ada blogger kat FB tegur. Rajin awak update. Berdebik kena kat muka. Mana tak nya asyik aku je ping.

Okey hari ni aku terajin pulak masak. Kesian orang kat rumah asyik makan lempeng, meggi. Aku pun gorenglah mihun. Semalam ade goreng. Guna mihun segera. Sedap pulak. Tu aku goreng lagi. Aku tak suka sangat mihun ni. Tapi layankan je.

Inilah mihun goreng tu. Rupa tak menawan sebab aku yang buat. Kalau PCM buat mantoplah. Rupa tak janjikan apa-apa. Makan, kenyang. Alhamdulillah=)

Resepinya? Mudah je.Korang mesti lagi terer kan? Mihun goreng bodoh bak kata ibu. Sebab tak ada udang ke ayam ke sebagai perencah.

Bahan:
Mihun setengah paket
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
8 biji fish ball
Kicap kalau nak
Sayur mayur
Minyak
Bawang besar dan bawang putih

Cara:
Tumis bawang, masukkan cili boh.
Tumis lagi sampai naik minyak.
Masukkan sos dan fish ball
Masukkan sayur dan mihun yang telah direndam.
Gaul-gaul.
Masukkan air paip kalau mihun masih keras.
Masukkan kicap.
Garam tak perlu kalau dah masin. Agak-agaklah ye.
Goreng sampai sayur dan mihun masak.
Siap!

Dari Dapur Seri Iman 47

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hai semua. Haha mood aku terganggu sebentar tadi. Geram tak terkata. Ada ayam bagi kat kucing. Ingat tak pepatah tu? Kalau korang ingat bagus. Geram! Ni ikan gapi mati pulak. Ada ikan dibunuhnya. Dulu ikan koi. Tertekan aku.

Okey, bukak blog nampak komen. Memang nak kena sorang pakcik ni grrr. Lupakan pasal dia. Aku kira baik panggil pakcik=P

Okey masuk bab memasak. Pagi ni aku makan roti sandwich telur. Nak resepi ke?

Bahan:
Roti 5 keping
Sardin dalam 3 ekor
Bawang didadu
Perahan limau kasturi
Garam
Telur sebiji
Lada sulah

Korang tahukan nak buat macam mana. Pukul telur letak lada sulah dengan garam. Lepas tu ambil roti letak sardin lenyek. Gulung. Tekan-tekan. Celup telur dan goreng minyak sedikit. Siap.
Erk sedap. Alhamdulillah=)

Dari Dapur Seri Iman 46

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pengsan. Sejak bila aku rajin memasak ni? Sebenarnya macam ni. Kami teringin nak makan sotong sumbat. Tu dah telan. Kenyang =). Lepas tu beras pulut banyak lebih. Membazir pulak sebab dah rendam. Tiba-tiba adik kata seri muka nak? Aku? Pengsan. Mana pernah buat sebelum ni. Dalam hati MAT GEBU!

Terjah blog beliau mencari label kuih muih. Jumpa terus. Memang cantik sangat. Mampukah gambar aku punya kuih secantik itu? Buat dengan semangat. Ikut resepi betul-betul sekali teringat pewarna hijau tak ada. Nanti tak cantik. Terus ajak adik beli. Tinggalkan lapisan atas tu macam tu je. Dah beli. Warna cantik. Setengah jam tunggu tak keras-keras.

Dah cuak. Aku pun bancuh tepung campur dengan adunan yang memang dah tuang atas pulut dengan selamba. Aku belek balik resepi. Rupanya salah baca resepi. Patut 4 sudu bukan 1. Lain kali nak buat macam Adylah. Laptop sebelah dapur!

Okey aku kongsikan PCM punya resepi jelah. Tak ada beza pun. Cuma aku main letak je tepung jagung tadi. Tak kira berapa sudu pulak.


BAHAN LAPISAN BAWAH
300 gram beras pulut 

200 ml santan cair 
1 camca teh garam


BAHAN LAPISAN ATAS
300 ml santan
3 biji telur
6 helai daun pandan
185 gram gula pasir (Manis pulak)
3 camca teh tepung jagung (Patut 4)
3 camca teh tepung gandum (Patut 2 camca besar dan 1 camca kecil)
Pewarna hijau

1.Pulut tu terendam 3 jam je kot. Tu pun sekali santan. Ikut resepi mat gebu tak pun. Tapi pulut masih okey. Guna kelapa parut kurun ke berapa entah.
2. Loyang non stick dan boleh dibuka bahagian digunakan supaya tak melekat. Letak plastik kat bawah loyang. Sapu minyak atas plastik dan tepi loyang.
3. Toskan pulut yang terendam. Letak dalam loyang. Masukkan santan yang dah dicampur garam. Kalau guna loyang jenis ni memang santan akan terkeluar. Tapi sikit je, tak jejas pun sebab ada plastik=)
4. Kukus. Aku kukus 20 minit je dah masak. Terpulang pada koranglah. Tengok masak okeylah. Lepas tu gemburkan macam gembur tanah. Balik-balikkan. Masukkan santan sikit kalau nampak keras.
5. Tekan-tekan pulut sampai mampas. Aku guna pelecek buat cekodok pisang tu. Lapik plastik.
6. Kukus lagi 5 minit. Buat adunan yang warna hijau pulak.
7. Masukkan semua bahan. Kacau atas api yang perlahan.
8. Nampak kuah pekat sikit terus masukkan dalam loyang tadi. Tutup dengan aluminium foil supaya wap tak jejas permukaan kuih. Kukus 25 minit lagi.
9. Kalau nampak dah keras tu siaplah tu.
10.Tunggu betul-betulo sejuk baru potong. Tapi aku sejukkan dengan aluminium foil. Habis wap jatuh. Nampak tompok-tompok. Tak cantik dah!
ps: Tak sangka aku buat jadi. Cuma manis sikit. Terlebih gula tadi=P
Lembik sikit. Jadi ikut resepi PCM okey. Jangan ikut resepi aku.
Bukan sengaja nak bagi lembik. Salah tengok resepi. Tapi sedap jugak=) Jemput makan semua. Resepi dari blog DTS dan diubah suai. Malas nak taip bahan sebenarnya=P 

Dari Dapur Seri Iman 45

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kembali memeriahkan suasana blog. Korang jangan tanya berapa entry aku sehari. Sejak cuti banyak benda aku nak kongsikan. Ni aku nak kongsi masakan tengahari tadi.

Telur sambal tapi telur ni bukan kenduri punya. Aku rebus tadi. Sebab malas nak makan lauk lain selain ayam. Jadi telur dan ayamlah muka kami 3 beradik.
Seperti biasa jangan pandang rupa
Bahan:
Bawang besar sebiji
Cili boh dua sudu
Bawang putih 4 ulas
Cili merah hiris
Lobak merah potong memanjang
Daun bawang daun sup
Belacan dua cubit
Garam
Minyak
Air asam jawa sedikit
Telur rebus 3 biji. 

Cara: Tumis bawang macam biasa. Macam buat sambal biasalah. Lepas tu goreng telur rebus. Bagi garing. Kemudian gaulkan dalam sambal. Dan siap untuk makan=)

Dari Dapur Seri Iman 44

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Yeah akhirnya kami makan nasi. Sejak ayahku yang cerewet tak ada. Makan buburlah, roti dengan sup cendawanlah. Roti dan peanut butter. Sangat sadis kan? Padahal lauk banyak. Ibu dah prepare siap-siap. Bagi anak-anaknya tak lapar.

Sayang ibu!

Oh ya hari ni aku masak simple. Tapi not badlah. Ayam goreng kunyit bersayur. Saja letak sayur. Adik aku tak suka. Jadi aku nak menggalakkan sayur hijau dalam hidupnya. Hehe sembelit baru tahu!
Ayam goreng kunyit bersayur

Bahan:
Ayam dipotong kecil 5 ketul cukup
Kunyit
Garam
Sawi
Cili Merah
Lobak merah
Halia
Minyak

Apa yang korang kena buat? Goreng ayam dengan minyak sedikit. Separa garing je. Masukkan halia dan bawang. Tumis bersama ayam. Masuk sayur-sayur dan goreng-goreng. Siap. Tu je.

Dari Dapur Seri Iman 43

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni aku masak tengahari tapi sebenarnya untuk makan pagi. Biasalah bangun lewat. Semalam punya kerja. Selamat pagi tadi ada yang kejut subuh. Thanks mum. Oh ya aku nak share resepi senang. Nasi goreng. Tak ada gambar.

Biasanya korang masak letak garam bila? Ni aku nak share ni. Pak ngah aku kata kalau nak letak garam dan lada sulah letak masa nasi tu masih putih. Mula ramas nasi tu dengan tangan. Bagi berderai. Mana ada orang makan nasi goreng macam nasi kepal kan? Lepas tu baru letak garam dan lada sulah. Gaul-gaul. Barulah start nak tumis apa kat kuali tu.

Lagi satu tips. Nasi tu janganlah dipotong-potong guna sudip tu. Habislah nasi tu hancur. Sebab tu kena ramas nasi tu bagi berderai dulu. Pesanan ini dari aku sendiri. Tak suka nasi goreng hancur!

Tips dari ibu pulak. Nasi yang digoreng tu pastikan berasap. Jadi dia tahan lama dari nasi yang digoreng separa. Sebab dah cukup masak.

Bahan;
Nasi semalam tak habis=P
Setengah biji bawang
3 ulas bawang putih
Cili boh dua sudu
Belacan sepotong kecil
Telur sebiji
Ikan bilis kalau nak
Kacang panjang potong halus
Lobak merah hiris memanjang
Garam
Minyak
Lada sulah

Tumis bawang. Letak cili boh. Tumis lagi.
Masukkan ikan bilis, belacan.
Masukkan nasi. Kacau.
Masukkan telur di tengah nasi. Kacau perlahan.
Masukkan sayur mayur.
Kacau-kacau. Nak letak kicap pun boleh. Aku tak letak tadi. Biar nampak merah je. Hehe
Kacau sampai nasi berasap. Siap.

Dari Dapur Seri Iman 42

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Alhamdullillah kenyang. Korang makan apa tadi? Aku makan tomyam ayam. Tapi ada sedikit kekurangan bahan. Jadi rasa tak sesedap selalu. Eh riak pulak. Hehe

Okey tengok resepi simple aku ni. Tak boleh lawan sifu masakan. Ye tak? MaGe walaupun dia busy jadi paparazzi. Dia tetap juara chef blogger.
Set hhidangan tengahari aku

Bahan:
Ayam 8 ketul (kecil)
Bawang besar setengah (hiris)
Bawang putih 4 ulas
Cili boh 2 sudu
Sayur suka hati
Serai dua
Halia 3 hiris
Daun limau purut tak ada jadi gantikan dengan limau kasturi 6 biji.
Minyak
Tomato sebiji (Didadu)

Cara:
Tumis bawang, halia dan serai dengan minyak.
Masukkan cili boh dan tumis lagi.
Masukkan air, lobak merah, ayam.
Masukkan perahan limau.
Masukkan garam secukup rasa.
Didihkan. Siap.

Dari Dapur Seri Iman 41

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Uih banyak dah ni. Tukar belog masak-masak aci tak? Hehe tak adalah. Sekarang aku nak share resepi simple untuk makan pagi. Laparlah pulak. Tadi sempat masak Tom Yam. Tengah tunggu ayam masak.
Jangan pandang pada rupa

Jom tengok resepi kue tiaw goreng untuk 3 orang makan.

Bahan:
Kue tiaw setengah paket rasanya
Satu sudu cili boh
Satu sudu sos tiram
Dua sudu sos cili
Dua sudu sos tomato
Bawang bawang setengah biji
3 ulas bawang putih
Sayur ikut suka. Aku letak lobak merah. Hiris memanjang.
Minyak.
Udang 6 ekor dipotong kecil.(Motif orang tak boleh curi udang)
Kicap ikut suka

Cara:
Tumis bawang dengan minyak.
Letak cili boh tumis lagi.
Masukkan semua jenis sos. Kacau sebentar.
Masukkan kuetiaw. Gaulkan.
Masukkan sayur.
Masukkan kicap kacau nak.
Kacau-kacau. Tambah air jika perlu.
Masukkan udang.
Siap!

Dari Dapur Seri Iman 40

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku kembali. Setelah mencuba resepi merepek. Jadi tau. Huhu aku buat strawberry milk pudding. Nak rasa? Sedap tau.
Rupa buruk tapi rasa sedap tau
Resepinya di bawah. Simple sangat.
800 ML Air
200 ML Susu Cair
Agar-agar separuh paket
Gula 5 sudu besar
Satu sudu besar emulco strawberry
Contoh agar-agar. Sumber gugel
Cara:
Cairkan agar-agar bersama air.
Masukkan gula dan susu.
Masukkan emulco.
Kacau-kacau dan siap.
Masukkan dalam acuan mengikut kreativiti.
Sejukkan dan boleh dimakan bersama kuah kastard.
Ps: Buah strawberry tak ada. Main bantai je. Tapi sedap=) Cubalah sendiri.

Dari Dapur Seri Iman 39 Jiji tengok sini

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cikgu Jiji tanya aku macam mana nak buat puding roti. Masa sekolah aku ada belajar buat. Senang. Tapi Ji ada oven tak kat rumah tu?

Aku dengan bangga bagi resepi yang aku ingat-ingat lupa ni. Haha sabar jela.

Bahan:
6 keping roti buang kulit tepi tu.
setengah tin susu cair.
telur sebiji
Gula perang 6 sudu besar
Kismis sekotak kecil tu

Cara:
Memula bancuh susu cair dengan telur.
Susun roti lapisan pertama.
Taburkan gula sesudu.
Taburkan kismis
Susun roti lapisan kedua.
Tabur bahan macam tadi jugak.
Akhir sekali baru tuang susu dan telur tadi.
Tabur kismis dan gula untuk penghabisan.
Oh ya air susu jangan banyak sangat. Melimpah pulak.
Cukup sampai lapisan akhir tu separa tenggelam.
Bakar dalam oven. 15 minit kot. Yang ni agak-agak je.
sumber: Mokcik gugel
Ginilah rupanya. Agak lembik ditengah tapi rangup diatas. Selamat mencuba ji. Ops semua sekali=)

Dari Dapur Seri Iman 38

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Agak seksi kan?
Haha tengok puding aku? Agak manis. Wakaka menu petang patutnya tapi dihidang sebelum solat maghrib. Kira macam mana eh? Teruskan dengan resepinyalah ye kawan-kawan.

Bahan:
1 biji mangga masak besar punya. Separuh kisar separuh dadu
Setengah tin susu
Satu paket serbuk agar-agar jenama BITES
Air 1 liter
Gula 125gram
Pewarna kuning kalau nak pekat warna pudingnya

Cara:
Masak semua sekali. Tunggu mendidih. Letak mangga dadu kemudian sekali.

Kuah kastard  pulak aku tetiba buat. Tengok cam togel je. Lagipun warna puding pucat. Resepinya sangat mudah.

Bahan:
Susu setengah cawan
2 sudu kecil tepung kastard dikacau dengan sedikit air.
2 sudu besar gula
Pewarna kuning

Cara:
Masak semua sekali.
Jangan lupa kacau nanti berketul.
Kalau tak pekat tambah lagi tepung kastard.

Maka inilah puding mangga hari ibu. Ibu aku bising sebab anak-anak menyepi dalam bilik. Jadi aku senyapkan dia dengan memberi makan puding manis ni. Erk aku lupa. Tadi tambah gula last minutes tu manis lebih tu.

Dari Dapur Seri Iman 37

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Yuhuuuuu im back. Ada yang rindu? Kenapa akhir-akhir ni malas je nak update. Siap ada budak call suruh update. Dia tu bukan nak update. Suruh orang pulak. Nanti dia busy, tak ada siapa nak baca blog ni. Terima kasih adik kecik=)

Oh ya tujuan aku ni nak kongsi resepi aku bantai semalam. Nasi Ayam. Lama dah tak buat. Since tingkatan 3 kot. Belajar kemahiran hidup. Haha kelakar bila ingat balik. Selalu tolong ibu masak jadi tahulah apa yang nak dipakai.

Nasi Ayam ala MR (4 orang makan)

NASI:
Beras 1 1/2 pot
halia 2 hiris
satu serai
Air rebusan ayam+halia+serai

Cara:
Basuh beras.
Letak bahan.
Masukkan air sehingga beras tenggelam.(Ikut kualiti beras ye. Kalau beras tu kena air banyak lebihkanlah)
Masak=)

SAMBAL KICAP:
Cili padi 10 biji
Seulas bawang putih
Garam secubit
Kicap

Cara:
Kisar semua.
Masukkan kicap mengikut citarasa. Kalau nak pekat letak sikit je.

SAMBAL CILI:
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 camca besar sos tomato
1 camca besar gula
1/4 camca garam
Air sedikit

Cara:
Kisar cili, bawang dan air.
Masukkan dalam periuk. Didihkan.
Masukkan sos. Kacau.
Masukkan gula dan garam.
Masak hingga pekat.
Siap =)

AYAM GORENG KICAP:
4 Ketul ayam direbus hingga masak.
Air rebusan tadi digunakan untuk sup sayur dan nasi.
Toskan ayam tersebut.
Letak kicap dan gaul rata.
Goreng api sederhana.
Dah garing. Toskan dan ketuk ayam.
Kemudian potong mengikut selera.

SUP SAYUR:
Kobis bunga.
Kobis
Lobak merah.
Air rebusan ayam tadi.

Cara: 
Masukkan semua bahan dalam air rebusan.
Biar hingga sayur masak.

Boleh dihidangkan dengan timun dan salad. Simple sangat. Aku tambah 2 kali. Tapi ada yang pelik. Kenapa masak nasi ayam semalam? Jawapan aku simple. Senang nak buat. Tak payah fikir lauk-lauk lain. Dia kata jarang orang masak nasi ayam tengahari. Aku jawablah kat sekolah dulu pun setiap jumaat ada nasi ayam. Apa yang peliknya?

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers