CORETAN TERBARU NADH

Dari Dapur Seri Iman 8

Kita bertemu lagi dalam sesi masak-memasak dari dapur yang terletak di teratak bahagia milik ibunda saya yang diberi nama Seri Iman. 

Kini Chef Amatur nak ajar satu lagi jenis roti.  Donat juga merupakan roti ye. (Betulkan kalau saya salah)

Pergi ke pasar membeli belah,
Singgah sebentar menjenguk midah,
Saya bukan nak bermegah-megah,
Cuma nak kongsi resepi mudah.

OK, kembali kepada topik resepi untuk entry kali ini.

Resepinya Pizza Mini suka hati akulah!

I main letak je title resepi. Bukan apa dah memang namanya Pizza yang kecil dan dibuat sesuka hati i. 

Ok! Serius ketika P&p berlangsung!

PIZZA MINI SUKA HATI AKULAH!

BAHAN:::

DOH~~~

500 GRAM TEPUNG GANDUM
11 GRAM MAURIPAN YIS SEGERA
1 1/4 CAWAN AIR (Macam biasa ikut kesesuaian)
2 SUDU TEH GARAM
2 SUDU TEH GULA
1 SUDU MAJERIN(Sengaja tambah. Ikut korang nak letak ke tak)

TOPPING~~~

SOS TOMATO
SOS CILI
HERBA ITALIANO~~~mixed herb, bay leaf, oregano(mixed herb tak sedap. Menyesal i letak. Padan muka tangan yang menggatal nak letak) 
KAT PASARAYA BANYAK!!!
KEJU MOZARELLA(Kalau tak ada letaklah cheese sekeping2 tu. Kalau tak guna je mayonis cam i buat)
AYAM KISAR/ DAGING KISAR
SARDIN
SOSEJ
BAWANG BOMBAY DIDADU

CARA-CARA:::

DOH~~~
1.LARUTKAN GULA DAN GARAM DALAM AIR.
2.CAMPURKAN YIS DAN TEPUNG GANDUM.
3.MASUKKAN AIR DALAM TEPUNG DAN ULI-ULI. 
4.BILA DAH JADI DOH, SAPUKAN MAJERIN DI BAHAGIAN LUAR. 
5.BIARKAN DOH MENGEMBANG. (Macam dalam gambar ni. GEBUUU gitu)
GEBU GEMUK DAN GEMPAL 3G
6.BILA DAH MENGEMBANG, BAHARULAH CANAI LEPER. TERAP MENJADI BULATAN KECIL. (Sedia untuk topping)

Catatan: Boleh panaskan oven 200-225C.
SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK LIHAT STEPNYA~~~

TOPPING~~~
1.SAPUKAN SOS. LETAK BAWANG.
2.JIKA ANDA MAHUKAN PIZZA SARDIN, LETAK SARDIN.(Begitu jua di sebaliknya oke)
TENGOK! ADA SOSEJ, ADA SARDIN, AYAM
3.LETAK KEJU DAN SIAP UNTUK DIBAKAR SELAMA 20 MINIT.

Ok siap dihidang. Nyummi. Memanglah tak sehebat pizza hut tapi percayalah sedap air tangan sendiri ni. Yang penting duit tak berjalan laju dari kita hehe~~~HAVE FUN!

SIAP!!!


Post by,
Miss Ran 


1 comment:

fRaMe+LenSeS said...

nampak sgt sedap la jiran
huu nt nadh nak cuba

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers