CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Review Novel. Show all posts
Showing posts with label Review Novel. Show all posts

Review: Zine Ex-Boifren

Muka depan comel kot!
Yang belakang ni bikin sentap je haha
Ohoii terpampang nama aku =p Siap ada penanda buku comel lagi
Muka depan comel. Isinya pun comel je. Haha. Semalam dapat terus baca dalam KTM. Okey ini zine memang sesuai untuk pembacaan santai. Seronok je baca. Oh ya, penulis zine ni Azreen Yusof yang juga penulis tetap dalam group Zine Satu Malam. Popular kot group tu.

Isi kandungan semuanya comel. Serius aku suka semua. Haha. Gila kentang nak baca semua ulang semula. Tak puas rasanya. Oleh itu, aku yakin betul nak suruh korang beli. Memang berbaloi-baloi.

Tengok gambarnya dah teruja kan? Memang teruja kot nak baca. Ada doodle comel lagi. Ah zine ni memang comel! Jom beli. Email Azreen ayinayusof@yahoo.com untuk mengorder. Tak ada jual kat kedai. Murah je harganya. Mampu milik! Serius aku suka. Ini bukan bodek ke apa. Ini zine memang kena dengan jiwa. Siap sengih sorang-sorang dalam KTM. Haha.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Review: Merpati Putih Bulan Mengambang

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Review dimulakan dengan Bismillah. Aku risau. Aku taip. Aku padam. Penerbit sedang memerhati. Aku bimbang salah taip, lain jadinya. Tanggapan kita berbeza. Terlalu jurang. Aku enggan ulas panjang. Tapi dipaksa juga. Inilah hasil reviewnya.
Lawa bukan?
Secara dasarnya; cover cun. Aku jatuh cinta berkali-kali. Selak muka satu. “Ah kertas dia lain macam. Kuning tapi berkualiti. Taklah macam buku novel English yang buruk-buruk tapi mahal nak mampus,” Aku bicara sendiri.

Baca satu ayat demi ayat. Aku nampak sesuatu. Kesalahan teknikal. Mata aku peka begini.
…Saying…
…Cuma…
…Berjaya…
…berfoya foya…
…ragah… (gagah sepatutnya bukan?)

Jarak dekat. Noktah. Koma. Semua aku perhati. Penat tengok teknikalnya. Aku kembali melihat isinya. Maaf aku manusia biasa, nampak saja kesilapan yang ada. Baca semula. Tamat sudah satu naskah merah hitam putih ini. Senyum* terus kepada penulis dan penulisannya boleh?

LINA JALIL
Aku paling suka “Waktu kita mula kenal” Muka surat 9 hingga 10. Aku senyum saja. Simple tapi kena dengan jiwa aku pastinya.

APAI
Si adik yang perlu belanja aku kepci seketul dua. Aku suka juga. Walaupun penulisannya dengan orang yang aku kenal tak sama. Tapi aku suka. Lain. Tapi masih bisa dihadam dan dicerna otak. Aku suka yang ini “Aku adalah hero” muka surat 56 hingga 58. Aku rasa ia bangang. Hero yang bangang. Bisa buat aku ketawa sendiri.

HAMDA ARAZI
Yang ini pun agak selamba penulisannya. Dalam berimaginasi. Aneh. Aku tak tahu gaya apa yang dia mahu terapkan tapi aku jatuh suka. “Poin” muka surat 118 hingga 123. Memang bernas poin yang diberikan. Aku dapat sesuatu dari situ. Tahniah!

SHAIKA NADWAH
“Ralat” mukas surat 127 hingga 129. Aku suka part ‘Aku lebih suka menyendiri dari biar hati dirobek rakus berkali. Aku lebih suka,” Aku sangat suka. Kena dengan aku sekarang.

AIDEED MOSLEY
Aku cari. Aku belek. Aku cuba fahamkan semula. Aku blur. Akhirnya aku mampu tersenyum saat aku jumpa satu cerita. “Mengharapkan nasib itu adalah malas” muka surat 174 hingga 176. Ayat yang paling memikat ialah ‘Merealisasikan semua mimpi pelik yang hebat itu adalah satu kebahagiaan.’

Kesimpulan, aku baca dari depan ke belakang. Dari kulit ke kulit. Patah balik, Ulang baca. Aku faham. Aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang. Terus terang aku katakan ia susah dihadam oleh minda aku. ia jauh lari dari tanggapan aku. Ia tak sama macam Zine Pilihan yang aku baca. Ia lain. Bukan genre aku. bukan makanan aku. Dan itulah kata akhir untuk buku ini. 

Review: Dah jodoh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ehem
Simple review;
Seronok baca. 
Ringan dan santai.
Cerita ni lain dari yang lain. Sebab jodoh bersilang.
Masih sama dengan konsep cinta lepas kahwin.
Hero yang sangat baik, sampaikan rasa ada ke lelaki macam ni?

Aku bagi 3.5 bintang daripada 5. Sebab? Konflik dia tak banyak. Tak sedih pun. Cuma rasa macam fantasi sebab gembira memanjang. Maybe, next time penulis boleh garapkan cerita realiti yang sedih dan berkonflik. Okey itu je. Boleh baca novel ni, tak rugi pun. Inipun aku pinjam dari Naniey. Malas nak beli sejak pokai ni kan heee~~~

Review: Bisikan Kata Hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lambat review nampaknya. Aku dah baca lama. Sampai lupa tajuknya. Penat menggoogle semula tajuk apakah itu. Akhirnya ketemu.

Novel
Cerita ni pasal adik kena kahwin dengan bakal abang ipar. Sebab akaknya mati dalam kemalangan. Tapi suaminya tak suka dia. Dia pun bawa diri ke luar negara. 4 tahun kembali dan sesuatu telah terjadi.

Bagi aku cerita ni biasa je. Jalan cerita dapat agak. Kalau perhati dalam-dalam. Lari luar negara 4 tahun sama dengan novel Adam Hawa yang heroinnya lari 7 tahun tapi ada ikatan sah lagi. Lepas tu adik ganti akak pun pernah baca. Mungkin sebab aku suka sangat baca novel. Bila asyik sama je, aku rasa bosan. 

Tapi aku tetap baca. Watak, perwatakan, jalan cerita dan konflik ada kelainannya. Aku beremosi masa baca. Sebab suaminya asyik menyalahkan isteri. Lepas tu membandingkan dengan yang dah tak ada. Serius rasa kesian sangat kat heroin. Apapun cerita ni berjaya buat perasaan aku bercampur baur. Kesimpulan, 3 bintang aku kasi.

To writer, jangan serik untuk menulis =)

Review: Projek memikat suami

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Novel terbaru aku baca setakat ni. Aku nak review pun serba salah. Tajuk pun dah macam gempak dan best. Dalam novel memang best. Siap gelak sorang-sorang. Sampai roommate aku sama-sama nak tahu apa jadi. Dia bukan suka pun baca novel.
Satu percubaan yang berani untuk menulis novel ni
Sedikit fakta ringkas untuk novel ni;
1.Kisah kahwin pilihan keluarga.
2. Hero yang sempurna serba serbi. Kaya, Kelulusan hebat, Bekerjaya, Anak orang kaya, Handsome tapi... (Agak melampau sempurnanya)
3. Heroin (Nakal dan gatal)
4. Tips-tips rumahtangga yang agak keterlaluan untuk dibaca 18 tahun ke bawah.
5. Ada jugak tips lain macam taat pada suami, jaga perut suami, sabar, jangan ikut emosi.
5. Berunsur lawak dan tak henti gelak.
6. Part sedih tak berjaya membuat hati aku turut sedih.

Kesimpulan, aku rasa kalau isteri-isteri bolehlah baca. Tapi kalau orang macam aku yang belum kahwin ni memang naik segan. Sebab macam keterlaluan pulak babak-babak suami isteri. Menggoda, digoda, cium dan sewaktu dengannya.

Lari dari review sebentar~~~
Lepas aku baca, aku rasa aku jadi seorang pemikir. Apa yang aku nak soalkan kepada orang yang dah berkahwin adakah kahwin perlukan seks semata-mata? 70% tips yang ada dalam novel ni tentang seks. Aku sendiri jadi keliru apa yang penulis nak sampaikan. Takkan semata-mata nak pujuk suami dengan godaan? Aku tak puas hati. Korang ada pandangan lain? Sebab aku bukannya ada pengalaman. Kalau nak tahu betul ke tak aku review, sila beli buku ini dan nilai sendiri. Aku cuma utarakan apa yang aku rasa. Maaf kepada penulis sebab aku budak muda yang tak kahwin lagi hehe =)

Terima kasih Kak Dang, dia membuka mata aku sedikit tentang novel ni di ruangan komen. Mungkin sebab aku belum kahwin kot kan? Pendapat orang lain-lain. Jadi aku terima je. Korang?

Review: Setitis Kasih Darmia by Naniey TJ

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Setitis Kasih Darmia
COVER
Untuk sinopsis klik sini.
Disebabkan ini novel sulung kawan baik aku. Aku beli sendiri tanda sokongan. Tak ada dapat percuma pun. Tak apa, kawan kan?

Mula kisah ni macam cindarella melayu kat TV3 yang Haliza Misbun berlakon tu. Tapi tak sama. Nampak macam klise tapi sebenarnya itulah yang berlaku dalam hidup kita. Yang menariknya, cerita ni kaitkan kisah kehidupan orang kampung. Ada negatif dan positifnya. Kadang kita lupa yang kisah kehidupan sebenarnya perlu. Bukan mahukan fantasi semata-mata dalam novel.

Olahan cerita sangat bagus. Aku hampir je nak nangis baca. Geram punya pasal terus tak jadi. Tapi aku cair dengan watak hero sebab dia baik sangat. Penyabar. Buang ego demi isteri. Aku tertanya-tanya adakah lelaki seperti itu lagi? Lepas tu, peleraian cerita agak meleret. Semua watak sampingan punya kesudahan dicerita satu-satu. Aku tak nak tahu pasal mereka. Mungkin lepas ni Nan kau boleh buat peleraian kisah watak sampingan dulu barulah hero dan heroin. Jadi orang akan berminat hingga ke endingnya.

Apapun 4 bintang aku kasi. Syabas Nan! Bangga aku. Lagi-lagi ada nama Dr. Afeefah dalam tu. Haha geli aku baca nama sendiri dalam novel kau. =P Korang apa tunggu lagi? Belilah. Tak rugi langsung. Sungguh memuaskan hatiku. Lalala~~~

Review: Zine Pilihan Warna Kaseh

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Banyak nak direview. Jadi harap baca dengan tenang. Jangan melompat teruja sangat okey? Bismillahirrahmanirrahim sebagai pembuka review. Aku nak review karya penulis-penulis dalam Zine Pilihan. Yang penulisnya Iffah Afeefah? Biarlah orang lain yang review. Siapa yang belum beli, nak beli? Masih ada stok. Limited. Jadi, meh order kat aku. Aku tolong poskan kat korang. Pos hari ni dijamin sampai esok. Zaitul pun aku baru pos kelmarin. Seronok dia baca semalam.

Okey mula review setiap cerpen dengan lajunya.
1.       Pencinta gila
Psiko dan benar-benar gila.
2.       Bumi Palestin
Sedih. Sayu.
3.       Ali dan Zuliana
Comel sangat. Auch!
4.       Curang
Psiko dan mengerikan!
5.       Gadis kopi
Manis macam gula dan santai.
6.       Hati
Stress sungguh dengan ending yang sedih.
7.       Aiskrim
Puas! Padan muka kau.
8.       Gambar
Sorang kahwin sorang lagi?
9.       Petunjuk
Menangis dalam hati lagi perit dari menangis berair mata.
10.   Pada syurga di wajahmu
Dendam dan sedih.
11    Kertas warna
Kejam dan sedih.
12.   Terlarang
Memang terlarang! Tapi tegas.
13.   Nakalnya kamu
Cerita budak sekolah yang sweet.
14.   Sahabat
Nilai persahabatan.
15.   Joanne
Cinta buat dia buta dan cerita ini agak nakal.
16.   Yang terakhir
Sweet dan simple je.
17.   Lukisan hati
Cinta itu unik katanya. Tak sangka!
18.   Aku tak ada bakat
Aku tertarik dengan quotes “Jangan kerana sebuah cerpen, kita akan hilang segalanya!”
19.   Sesejuk dingin Dravar
Tulisan sungguh menusuk ke hati! Sedih sangat.
20.   Don juan
Scary! Terbaik.
21.   Jangan lepaskan dia pergi
Ada pengajaran dan sedih.
22.   Selamat tinggal Kaseh
Sayu gila. Saja bikin aku nak nangis.
23.   Pengorek
Simple tapi sweet. Aku suka!
24.   Aku cinta kau
Gila dan psiko.
25.   Wan
Menyesal tak ada guna.
26.   Pemuda pemuja rahsia
Saspen sungguh. Dan memang gila.
27.   Bila bulan berwarna biru
Sweet dan romantik. Auww!
28.   Cinta, sayang, kasih
Aku pilih hati. Itu aku suka sangat. Memang sweet.

Kesimpulan, aku memang menyesal tak baca dari awal. Yalah, busy sangat. Sekarang kat aku ada banyak ZINE tak dituntut by hand. Korang mesti menyesal sebab tak ambil awal-awal. Serius aku suka!


Siapa nak order, pm je aku kat FB. RM15 sekali postage. Aku jual, korang beli. Tak rugi beli beb!

Review: SUAMI AKU USTAZ


Pertama sekali terima kasih banyak kat member aku, Reenapple sebab sanggup belikan buku ni dan pos. Kalau tunggu aku beli memang tak dapat-dapat. Sebab kat Melaka dan Alamanda stok habis. Tension pulak aku. Oh Ikan Kaloi, Reenapple kirim salam tau. Eh sambung cerita, bila baca mula-mula dah kata, tak sia-sia aku beli!

Permulaan cerita bagus. Olahan juga santai. Kata ganti diri aku untuk keseluruhan cerita aku tak gemar. Tapi apa yang aku suka ialah aku sendiri dapat rasa akulah watak utama. Sebab Alisa tu macam aku. Haha. Serius, rasa nakal-nakal macam Alisa. Tetiba kena suaikan diri dengan suami islamik. Aku faham perasaan Alisa sangat-sangat!

Bosan tahu? Tapi watak Hafiz buat aku jatuh cinta berkali-kali. Tapi still aku tak mahu suami ustaz, maybe islamik sangat. Belum kena dengan jiwa aku ni. Aku tahu mesti ada orang kata, ustaz tak semestinya dengan ustazah. Tapi entah. Ada perancangan lebih baik yang Allah dah aturkan untuk aku, untuk korang jugak. Siapa tahu kan?

Jadi wajib beli novel ni. 4* aku kasi. Sebab pengisian tentang Islam banyak. Banyak pengajaran. Sweet, romantik halal way. Dan yang pasti buat aku muhasabah diri yang makin alpa tentang agama sendiri. Itu yang utama. Aku kira novel ni novel Islamik yang pertama aku baca. Kalau tak malas memanjang. Aku suka novel ni sebab sambil berhibur sambil beri peringatan kepada pembaca tentang agama Islam.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Review Novel: Kahwin ganti

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Opss!
Minat aku kembali lagi. Review kali ni dibuat dalam keadaan senyum-senyum. Mood happy baru lepas baca novel ni. Semua gara-gara GKSB yang asyik sebut pasal novel ni. Hari tu dah terjah MPH Alamanda. Tak ada. Tapi hari ni setelah jumpa pasangan kuning yang sweet. Rujuk entry kak Miza #ehem. Aku pun terjah dan menerkam laju novel ini. Hah teruja bukan main.

Okey berbalik pada novel. Aku suka sebab kelainan cerita ini sebab novel ni bukan pasal kahwin paksa atau kahwin kontrak. Ini kahwin ganti! Pengantin lelaki pulak. Memang seronok baca. Konflik pun sikit. Ringan otak aku setelah berbelanja sakan sepetang di jalan TAR petang tadi. Dari awal aku asyik senyum je baca. Korang nak senyum? Silalah baca sendiri. Pasti tak rugi. Novel ni berjaya buat aku rasa nak kahwin setelah jiwa kacau dua tiga hari ni hehe~~~

Nota Iffah:  Ikan Kaloi, tak mampu nak belanja awak. Sebab semua pasal awak misteri=P

Review Novel: Isteri Separuh Masa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebelum mereview novel ni aku nak mengaku yang aku memang mudah terpengaruh. Semalam masa jalan-jalan kat Alamanda aku terbeli buku. Mula nak beli dua. Tamak. Tapi tak jadi, yang "Maaf jika ku tak sempurna"dengan novel "Cukup sekadar dirimu" pun tak baca lagi. Jadi apa yang aku beli? Aku beli novel Suri Ryana gara-gara entry akak blogger di SINI
IKLAN: Sudikah awak menjadi isteri sepenuh masa saya?
google
Nampak menarik tajuknya bukan? Haha jalan cerita pasal kahwin paksa. Macam biasa agak klise jalan ceritanya. Tapi itu yang orang nak baca. Memang trend sekarang. Walaupun agak klise. Cara olahan dan permainan kata lain sama sekali.

Sinopsis: Nazrin Shah dan Medina Izwani adik beradik angkat. Mereka tak sebulu sebab kenangan silam abang angkatnya. Cinta terhalang sebab Izwani. Tiba-tiba kena paksa kahwin. Lama diorang berlakon sampailah nenek diorang tahu. Apa jadi lepas tu? Baca sendiri =)

Pada pendapat aku, mula aku tak minat dah nak baca sebab penggunaan penceritaan sudut pertama iaitu guna aku. Jadi sepanjang cerita akan ada Medina Izwani semata-mata. Susah aku nak fahami watak yang lain terutama DR Nazrin Shah yang handsome tu.

Yang kedua, jalan cerita agak melompat sebab cepat sangat masa berlalu. Kalau cerita pasal memula kahwin lebih mendalam lebih syok. Nak juga tahu layanan suami yang benci isterinya pada mulanya kan?

Apapun cerita ini sweet. Aku kasi 4 bintang. Aku berjaya habiskan dalam masa 3 jam semalam. Sebab tak tebal sangat. Jalan cerita pun tak meleret. Apapun kahwin awal itu best! #ehhhh 

Review Novel: Sebenarnya, saya isteri dia!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Image Detail

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA - ZURA ASYFAR
HARGA JUAL : RM 30.00
Sebenarnya, saya isteri dia!
Mula aku tak berminat sebab ni novel online. Tapi disebabkan ramai sangat cakap best. Baru aku beli. Kesimpulan? Best untuk orang bosan macam aku. Memang satu hari melekat dengan novel. 

Nama watak, agak keliru sebab abang dengan adik lebih kurang sama namanya. Farish dan Firash. Tapi okeylah.

Watak Firash paling aku suka. Dalam nakal ada romantis, dalam lucu ada tegas, dalam garang ada sweetnya. Disebabkan itu aku terbuat satu cerpen watak yang sama hahaha.

Konflik cerita ni sikit je. Aku suka tu. Sebab aku tak suka novel berat, buat sakit kepala aku je. Kira okeylah ada sikit. Dari tak ada kan?

Kesudahan cerita pun sweet je. Jadi tak sia-sia beli. Sebab aku senyum masa tidur teringatkan ending dia. Tapi untuk budak sekolah aku tak galakkan. Sebab ada "kasih sayang" suami isteri. Tak elok budak-budak baca. Kang lain jadinya. Apapun selamat membaca novel di cuti yang bosan=P

Untuk baca klik je kat sini. Penulisan2u banyak cerpen dan novel best!


Review Awak Suka Saya Tak?


Setelah lama aku beli baru dapat aku habiskan pagi tadi. Tebal okey. Bukan apa, bila nak baca novel kena ada mood dulu. Mula aku baca minggu lepas tapi mood ke lain. Jadi semalam baru mula serius baca.

Permulaan cerita agak lambat. Maksud aku tak menarik minat untuk baca seterusnya. Mungkin pasal mood aku kot. Lepas bab seterusnya dan lagi dan lagi. Terus melekat. Semalam tertidur dengan buku sekali.

Punyalah semangat nak habiskan. Yang penting ceritanya memang best. Aku suka. Tersenyum, ketawa, muhasabah dan buat aku berfikir. Memang unsur islamik sungguh. Aku lebih suka Damien dari Hilman. Heh korang kena baca sendiri. Meh aku buat sinopsis sedikit.

Hilman suka Intan sejak muda lagi. Dia chinesse yang masuk Islam sejak 21 tahun. Tapi ilmu agama dia lebih dari Intan. Pertemuan semula membimbing Intan menjadi lebih baik. Diorang berpisah selama dua tahun atas sebab tertentu. Kembalinya Hilman buat Intan makin suka. Lepas tu ada insiden berlaku dan muncul Damien. Lepas tu Intan dengan Damien ke Hilman?

Kenalah baca sendiri. Puas aku membacanya. Aku bagi 4 bintang. Yeah minat gila pada Damien. Maaf Hilman! Haha apalagi dapatkan buku ni segera. Tak sia-sia baca. Lawak, islamik, kekeluargaan, percintaan, persahabatan dan perkahwinan dua budaya berlainan. Sangat menarik!

Ps: Dia tak baca kot.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Review CUCUR BAWANG DAN KOPI 'O'

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cucur Bawang & Kopi 'O'
25.90 berbaloi!
Sinopsis: 
Diana dan Iskandar bersatu atas kerelaan sendiri. Tapi mempunyai agenda tertentu. Namun, agenda itu terlerai saat anak-anak tiri lelaki itu dituntut semula oleh mak kandungnya. Apa jadi pada mereka? Siapa Amanina yang memburu cinta? Siapa pula Khairunizam yang menyimpan rasa cinta terhadap adik angkat sendiri? Bacalah sendiri=P

Jalan cerita mudah faham. Penuh dengan unsur kecindan. Kelakar. Menepati citarasa akulah. Serius tak rugi rasanya beli. Hahaha ada part bosan bak kata Amalina. Tapi aku memang kalau baca novel akan skip watak jahat. Tak suka.

Tiada unsur-unsur kekejaman rumah tangga. Lawak adalah. Kesimpulan aku marathon dua novel hari ni. Memang best. Tak sabar habiskan baca novel ini. Apapun penulis lelaki ni memang berbakat. Cuma agak kasar bila watak lelaki berbicara. Mungkin dia lagi tahu hati lelaki kan.

Aku sukalah cerita ni. Sampai petang tadi buat cucur bawang derhaka sebab letak lobak merah banyak dan kopi o ais. Mantap! Penulisan terbaik. Aku jatuh cinta. Rasa nak baca balik. Best!

Review BISIK-BISIK GELORA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
 harga 25.90
Sinopsis:
Jad terpaksa dinikahkan dengan Banin Azumi oleh orang kampung kerana malu. Namun selepas nikah Jad ditahan polis dan meringkuk di penjara 2 tahun. Isterinya menghilangkan diri 7 tahun. Apakah yang berlaku selepas 7 TAHUN? Bacalah sendiri. (Jahat kan aku?)

Buku ni karya novelis popular Fauziah Ashaari. Alah penulis Ombak Rindu tu. Haha saja nak beli buku orang lama. Orang lama menulis lain sikit gayanya. Jalan cerita best. Cerita pun best. Tapi tetap ada kekurangan. Emosi aku tak berubah. Mendatar je. Macam tak ada feeling. Mungkin aku yang salah.

Kawan aku punya emo. Dia asyik cakap hero dalam novel ni jahat. 10 kali sehari dia akan cakap Jad jahat. Tapi jahatlah jugak. Haha aku mesti kena compare dengan Andai itu takdirnya. Memang tak boleh lawan. Sebab ceritanya macam melompat-lompat plot. Kejap 7 tahun kemudian. Kejap 3 tahun. Aku tak feel bila macam tu.

Aku nak berterusan. Lama sikit nak feel. Lagipun rasa macam tak cukup kejam watak tu. Dan banyak sangat watak sampingan yang sumpah annoying. Rasa nak humban dalam tong. Aku nak baca hero dengan heroin je. Part diorang berbaik tu macam tak menyentuh perasaan.

Ada scene yang aku rasa tak logik. Permulaan cerita pun agak bosan. Kesimpulan aku bagi 3.5 bintang. Belum cukup tersentuh macam novel Ombak Rindu yang dulu. Kejam macam Hariz tapi tak boleh lawan Syed Aizril. Oh korang nak beli boleh beli. Cerita ni best jugak. Ikut citarasa memasing okey?

Review Penjara Rindu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mesti korang tertanya-tanya ni apa pulak. Ni novel. Keluaran KakiNovel.
Cilok kat blog orang
"Biarlah aku bebas mencintaimu kerana rinduku tidak sanggup terpenjara lagi..." Sedih ayatnya kan?

Farisya Hani yg sudah mempunyai kekasih (Aswad) terpaksa mengahwini sepupunya Haziq demi menyelamat maruah keluarga itu setelah bakal pengantin perempuan melarikan diri dgn lelaki lain. Klik sini untuk baca review seterusnya. Malas nak cerita panjang.

Sebelum tu aku nak kasi novel ni 4 bintang. Sebab walaupun klise tapi penulisan dia lain. Walaupun jalan cerita lebih kurang. Tapi nak hujung-hujung lain. Lagi satu pengolahan tak menyentuh jiwa. Sebab sekejap je dah tukar babak. Tak sempat rasa sedih tu=P

Okey, macam biasa mula kahwin paksa. Lepas tu suka. Lepas tu ada pergolakan rumahtangga. Yang menjadi kelainan isterinya dijatuhkan talak. Cemburu punya pasal. Cerita novel ni boleh dikembangkan lagi. Cuma penulis tak nak panjang sangat takut orang malas nak baca kot. Sebab tu ada babak macam tak menyempat nak habis. Tak sempat feellah=(

Jadi 4 bintang sebab ada kelainan bahagian nak akhir tu. But kalau kurangkan pengolahan bahagian censored tu lebih baik. Bukan apa. Ramai remaja baca. Lagi-lagi budak sekolah. Lain mereka fikir nanti. Aksi-aksi tak patut untuk orang yang belum kahwin. Takut dia teringin nak cuba pulak bila baca kan. Tu je. Cerita ni best jugaklah=) 

Review Novel - Aku yang kau tinggalkan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ni novel tu
Sebab ada orang tanya aku pasal novel ni. Aku buatlah review. Malam tadi dari 12.00 sampai 3.10 pagi aku baca. Sebab tak sabar nak habiskan. Ada skip jugaklah. Aku ada buat entry pasal novel ni. Yang aku tercari-cari bagai nak rak. Klik sini untuk baca apa yang aku merepek sebelum dapat novel ni. 

Klik sini untuk blognyaPerkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit. Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya. Klik sini untuk sambungan.

Bagi aku, markah 3.5/5. Sebab cerita dia dapat agak. Terlalu klise. Lepas tu banyak sangat selitkan pasal Itali. Jadi feeling lambat nak sampai. Cerita ni macam lebih kurang dengan Biarkan Ia Pergi. Sebab ada anak. Lari bawak anak. Jadi jiwa tak ngam sangat. Hehe tapi kalau korang nak beli jugak. Belilah. Dah cetakan keempat pun. Maknanya ramai suka. Sampai aku cari tak jumpa-jumpa. Dua bulan rasanya aku cari=( Tapi hasil tak membahagiakan=P

Pelukan cinta

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Korang ada?
Cinta. Indah didengar. Indah juga disebut. Tapi betul ke cinta ni indah semata-mata? Wah aku mula berjiwang. Nampak novel kat atas tu? Aku teringin nak baca. Nak beli hari tu tapi sebab tengah cari novel lain. Jadi ignore je. Sekali aku baca kat penulisan2u, best seller MPH dua minggu berturut-turut membuatkan aku yakin cerita ni best. Jadi jom korang. Kita beli novel ni.

Er ni ada review sikit. Aku copy paste jelah. Sebab aku pun tak baca lagi buku ni. Korang baca eh. Mana tahu korang pun terminat nak beli. Asyik-asyik NORA ELENA. Best sangat ke? Baca novel lagi best kot. Lama dah aku baca novel tu. Meen Zulaikha punya karya mantap! Ada lagi cerita menarik dari Nora Elena. Serius. Meen Zulaikha you deserve it! Tak sia-sia berkarya=)

NOVEL DI PASARAN : PELUKAN CINTA - Amisha Dania - Jalan Cerita Novel 90% adalah dari kisah benar

Armand menggenggam kedua-dua belah tangan Zulaika. Matanya merenung tajam wajah kesayangannya itu.

" Sayang, dengarlah cakap abang ni…sayang kena faham. Abang tak boleh hidup tanpa sayang, kita kahwin ye sayang?" Armand meminta persetujuan Zulaika.

" Abang, janganlah macam ni. Abang pun kena faham, kita ni hanya mampu merancang, yang menentukan jodoh kita ialah Allah. Mungkin kita tak ada jodoh abang. Ika tak marah pada abang. Percayalah." Zulaika cuba memujuk Armand.

" Ika, please Ika. Mati abang macam ni.." Airmata Armand mula bergenang.

" Abang ni kenapa?? Tak kan serapuh ni iman abang. Abang kena kuat. Kuat untuk Ika, kuat untuk abang sendiri. Ika memang sayang sangat pada abang, tapi Ika tak berdaya abang. Abang pun kena faham keadaan Ika." Sebak suara Zulaika. Sukarnya untuk memahamkan Armand.

"Papa…nikahkan kami papa. Man tak boleh tak ada Ika papa. Tolonglah Man papa." Armand merayu kepada Tan Seri Zainal.
Tan Seri Zainal bangun dari kerusi yang didudukinya. Dia menghampiri Armand dan Zulaika. Ditariknya Armand ke dalam pelukannya. Tangannya mengusap-usap bahu Armand.

--------------------------

Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mer...eka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.

Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta.

Novel ini menduduki no 1 dalam CARTA BESTSELLER MPH untuk 2 minggu Berturut-turut. TAHNIAH. Pada Minggu Lepas menduduki no 3 Carta Bestseller, Minggu Ini Pula Menduduki no 4 Carta Bestseller di MPH. Tahniah kepada penulis.

Judul : Pelukan Cinta
Penulis : Amisha Dania
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM17
Sabah / Sarawak : RM20

Anda ingin mencari novel ini? Sila bagitahu POPULAR Mana berhampiran anda. kami akan membantu memeriksa stok POPULAR di kawasan anda. Semoga kami dapat memudahkan pencarian. Sila bagitahu kami untuk kami membantu dan memudahkan anda mendapatkan 
novel ini. Novel ini menduduki no 5 Carta Bestseller di POPULAR

Review Novel - 7 Hari Mencintaiku

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku kembali setelah menyepi. Bukan apa. Dua hari menghabiskan novel tebal karya Siti Rosmizah. Penerbit buku ini juga dari syarikat novelis ini sendiri iaitu SR Production.

Oh ya, nak mereview lebih-lebih susah jugak. Ramai belum baca cerita ni. Aku buat sinopsis sikit ya. Supaya pakat ramai-ramai beli=P

Ceritanya mengisahkan seorang perempuan kaya yang bongkak, sombong dan suka merendahkan orang lain khususnya orang miskin. Permulaan cerita dimulakan dengan zaman sekolah. Si lelaki iaitu Khuzairi dikatakan memberi surat cinta kepada perempuan kaya iaitu Mia Adriana. Kecoh satu sekolah. Tapi bukan Khuzairi yang menulis surat itu. 

Jeng jeng jeng...

Khuzairi adalah lelaki kampung yang membantu ayahnya menggembala kambing. Jadi Mia tak terdetik pun untuk menyukai lelaki itu. Apatah lagi dia mempunyai tunang. Permintaan terakhir ayahnya membuatkan dia sangat serba salah dan benci untuk laksanakan. Tapi setelah melaksanakannya ayahnya meninggal dunia. Bermula kisah penderitaan, kesedihan, keangkuhan, kebiadapan Mia Adriana dengan lelaki yang baru dia kahwini=)

Sila beli kalau nak baca. Bagi aku cerita ni 4/5 bintang. Tak boleh kalahkan karya beliau yang pertama iaitu andai itu takdirnya. Jadi sesiapa nak baca bolehlah beli novel ni. Best layan lagi-lagi part tengah. Buku ni sangat tebal. 1000 lebih muka surat. Harga RM32.90 di semenanjung.

Review Novel - MAID

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey aku kembali. Ada yang rindu tak? Haha satu novel aku boleh habis dalam 4 jam. Tapi sebab tertidur tadi lambat sikit habis. By the way, cerita ni best. Karya suri ryana. Penggunaan aku dalam cerita ni tak menjejaskan. Sebab aku tak henti-henti ketawa baca.

Sesiapa peminat novel boleh beli sekarang. Baru keluar kot. Aku pun pinjam je ni. Cerita pasal orang gaji yang cun dan bosnya bujang dan SANGAT cerewet. Malas cerita panjang. Dapatkan ye. Erm aku bagi 4 bintang. Sebab konflik cerita ni tak kuat. Tak buat aku sedih. Hanya satu bab aku rasa sangat annoying bila terlalu banyak madah cinta.

Sesiapa yang tension sesuai baca. Sakit pipi asyik gelak. Serius!

Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers