CORETAN TERBARU NADH

Tips Nikah Kahwin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Tips yang menarik untuk dikongsi bagi mereka yang sedang mempunyai niat untuk berkahwin dalam masa terdekat dan bagi mereka yang telah berkahwin :

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Post by,
Miss Ran 

Sopan sikit boleh?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Sebenarnya aku bukan nak mengata. Tapi aku mengingatkan diri aku sebagai kaum hawa. Ramai aku tengok makin hilang kesopanannya. Sampai masuk bilik orang buat dunno je kat tuan bilik. Hei anda siapa? Main ceroboh je. Ada pulak yang orang bagi salam dia boleh buat dek je. Hei ingat nak ngurat ke? I bukan lesbian oke.

Susahlah kalau kesopanan itu hilang. Contoh, duduk kaki naik meja. Lepas tu berbaju kurung. What the fish? Ingat lorong gelap ke nak buat macam tu? Sedar sikit bangsa awak. Agama awak. Main ikut sedap je. Sopan tak penting ke? Aku tahu aku tak sopan mana. Tapi tolonglah. Malu kat orang lelaki tengok. 

Jangan sampai orang kata kita ni" Ko perempuan ke? Aku tak perasan pulak" Sindiran berbisa tu. Sedarlah diri dan ruang. Kita perempuan. Melayu penuh adat. Malu tu penting. Bila rasa malu dah menipis. Sopan? Jangan harap. Selalu dengar ayat begini. "Bukan ada orang nak kat aku pun" Macam mana orang nak kalau perangai...???

Okey tu je bebelan petang hari. Mahu outing dengan kembar. Ada je kerjanya. Aku baik hati. Oh nak pergi mana? Adalah. Kang ada orang ikut pulak. Zaman sekarang bahaya wooo!!!

Post by,
Miss Ran 

Jikalau aku doremon...Contest

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
klik gambar doremon untuk join
Ahaks aku dan contest sangat sinonim. Bukan apa. Sebab dia memerlukan kreativiti. Jadi aku nak asah otak berkarat. Haha

Ini kartun zaman berzaman
orang tengok tak bosan-bosan
kartun ini penuh pengajaran
buat kita di masa hadapan

Kalau aku doraemon
aku mesti tak nak tolong
sebab nobita malas bangun
nanti jadi macam sotong

dua tiga kucing berlari
mana nak sama kucing biru
dua tiga aku mencari
doraemon tetap diburu

Kalau aku jadi dia
Si kucing bijak bistari
Akan aku ajar nobita
supaya dia rajin lagi

Doraaemon biru warnanya
aku pula berwarna coklat
aku nak jadi sepertinya
supaya aku jadi hebat

Buah berangan keras sekali
sekali makan tak nak lagi
aku berangan berkali-kali
misi jadi doraemon lagi

Okeh berhenti mengarut!!!
Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers