CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Tips berguna. Show all posts
Showing posts with label Tips berguna. Show all posts

Travel| Tips dan Tawau destinasi pelancongan yang jimat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Baru-baru ini aku dan rakan blogger lain berjaya menawan bumi Tawau, Sabah. Dengan memilih Air Asia sebagai pilihan utama memang tidak sia-sia kerana aku sudah jatuh cinta sama itu Flight Attendant. Eh bukan-bukan,  jatuh cinta dengan Nasi Lemak Rendang yang memang sedap.
Sumber: google
Bayangkan tengah awan biru makan nasi lemak perisa asli yang panas lagi. Memang feeling habis. Bukan setakat feeling, makan habis licin. Gambar bukan setakat ilustrasi. Memang ada daun pandan sebagai hiasan. Berbaloi-baloi. Bahkan sampai sekarang aku rindukan rasa nasi lemak itu. T.T

Tips membeli tiket murah, kenalah rajin-rajinkan diri tengok website airasia. Lepas tu jangan lupa booking makanan siap-siap sebab banyak tak perlu menunggu dan makanan memang tersedia untuk kita. Macam kami, berebut nakkan Nasi Lemak. Terpaksalah kawan sebelah aku mengalah. Pilih menu lain iaitu mee goreng mamak yang sangat pedas bagi aku. Thanks Mk. Jasamu dikenang!

Tips yang kedua ialah google terlebih dahulu tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar daerah Tawau. Macam kami, kami memilih mencari kenalan di Tawau. Alhamdulillah dia sendiri membawa kami ke sekitar Tawau. Kami takjub dengan keindahan alam di sana. Siapa kata Tawau tak ada apa-apa? Lautnya subhanallah amat cantik. Indah!

Yang pakai cap tu pemandu pelancong kami
Kat sini banyak pantai tapi tak ada pasir. Mana taknya memang tepi tebing air dah dalam. Bagi yang suka mengambil gambar, memang Tawau adalah tempat yang indah. Model yang tak lawa jadi lawa je bila tengok latar belakang yang sangat indah.

Tips ketiga, pilih perkhidmatan pengangkutan sebelum sampai ke destinasi. Kenderaan adalah perkara penting bila kita berjalan. Umpama patah kaki tak ada kenderaan. Jadi, bijaklah memilih kenderaan untuk disewa. Kadang salah faham boleh membuatkan kita jadi gaduh. Tapi itulah jadi masa kami di Tawau. Anggap itu pengajaran dan ingat semua orang ada tanggungjawab. Jangan main lepas tangan lepas tu buat muka tak bersalah. 

Naik bahagian belakang navara memang osem!
Tips keempat,
Masa membeli belah memang sangatlah digemari. Bukan setakat perempuan. Lelakipun sama. Nak-nak beli souvenier untuk dibawa pulang. Aku cadangkan korang membuat bandingan harga terlebih dahulu. Memang bila tengok rasa semua lawa. Semua nak beli. Tapi dalam banyak-banyak tentu ada kedai yang lebih murah harganya. Lagi satu belajar tawar menawar. Memang tak semua orang berbakat, tapi percayalah kepuasan membeli itu akan lebih terasa. Cayok!
Antara kedai cenderamata di Semporna
Apapun bila kita melabur duit, kita mesti mahukan yang terbaik. Bukan senang untuk mendapatkan wang. Hanya orang yang mengeluarkan keringat untuk sesuap nasi je tahu betapa pentingnya cara membelanjakan duit. Bila dah kerja baru faham, sukarnya. Jadi hargai wang anda sebaiknya. Jangan terlalu boros. Pesanan ini buat diriku juga ekeke =P
Kredit gambar kepada semua rakan yang terlibat.

Antara kebaikan berblog walking

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Abaikan muka mamat itu
Sebenarnya aku nak kongsikan kebaikan blog walking. Lama dah tak buat kerja gila macam ni. Sejak jadi student sem akhir. Lagilah tak ada kesempatan. Apa aku buat? Aku bukak bloglist aku dan blogwalking je. Dengan balas jejak si pengomen. Tapi hari ni aku nak blogwalking guna orang lain punya bloglist pulak. Macam kat atas. Encik Boni, harap anda tak kisah eh? Wakaka eh blog dia bertukar wajah pulak. Baru perasan ni. Hee...

Okey, sambung entry ikut tajuk.

Antara kebaikan berblog walking;

1. Kenalan baru.
Ini sangat penting. Aku suka berkawan. Semakin luas perjalanan kawan aku, makin mesra alam aku rasa. Tak salah bukan kawan ramai-ramai?

2. Cuci mata.
Tengok blog orang comel-comel. Cuci mata sikit. Kot-kot ada mamat ensem kan. Haha. *tipu

3. Ilmu baru.
Lain orang lain ragam. Lain blog lain isinya. Bukan ada ilmu je, isu semasa, nasihat dan sebagainya jugak memberi kebaikan untuk kita secara tak sedar.

Oleh itu, marilah berblog walking. Dari kau pergi window shopping lepas tu nangis sebab terbeli sesuatu yang tak diperlukan. Baik dediam depan laptop. Takpun tolong mak basuh kain. Oh aku kat hostel, jadi istilah tolong ibu tak ada untuk minggu ni heeee...



Tips: Hiasan dulang hantaran

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tak tahu panggil apa. Dulang ke pahar. Suka-suka je aku tulis ni. Sebenarnya, aku memang suka menyibuk bila orang beli barang kahwin. Macamlah aku punya kan? Tapi sejak aku umur 17 tahun lagi aku dah melibatkan diri dengan kegiatan seperti ini. Jadi jangan hairan ye. Setelah aku tenung, perhati dan teliti aku dapat beberapa tips yang menjimatkan perbelanjaan. Buat hantaran sendiri lebih menjimatkan sebenarnya.

1. Pahar
Tahu ke apa itu pahar?
Ini pahar
Kalau beli sekali banyak murah. Tapi ikutkan aku, tak payah beli. Beli je bekas yang berkaki. Ala-ala pahar. Jadi hiasan tu cuma terhad pada bekas besi tu je. Tak payah ada kain lapik, polisterin untuk lapik. Semua akan menjimatkan anda. 
Yang guna pahar

Guna bekas berkaki
Nampak tak beza hiasannya? Bahan digunakan lebih kurang sama. Cuma yang pink tu ada pahar, polisterin, kain lapik pahar dua helai (kain pink dan kain net), kain net pembalut polisterin. Bandingkan harga? Betapa banyak pembaziran jika guna pahar.

2. Barang hantaran
Sekarang manusia makin menggilai gajet. Hampir setiap kenduri pasti ada gajet sebagai hantaran dalam dulang. Tapi diingatkan janganlah syok sangat dengan gajet sampai lupa tradisi. Kalau 9 dulang penuh gajet je mahu orang lain pitam tengok. Lagi satu, kalau boleh tunjukkan kotak je. Tengah kenduri mahunya orang panjang tangan ambil benda berharga kan?

3. Bunga atau barang hiasan
Selalu orang suka main beli je. Lepas tu try and error. Akhirnya, bunga dan hiasan tu terbiar sebab berlebihan. Cara Ibu aku, cari contoh hantaran yang kita nak buat. Ambil gambar siap-siap. Beli barang cukup untuk hiasan dulang. Masa beli dah set, nak beli reben saiz apa, warna, berapa kuntum bunga, rama-rama berapa ekor, buah nak letak dalam bekas apa, bekas kek. Supaya bila dah buat, tak kelam kabut bahan tak cukup dan hiasan terlalu meriah sampai tak nampak BARANG HANTARAN. 
Akhir kata dari aku, berbelanjalah mengikut kemampuan. Mana yang patut dijimatkan eloklah jimat. Jangan nak mewah sangat, sebab kehidupan lepas kahwin lebih penting. Barangan ni semua hanyalah adat. Tak menjanjikan kebahagiaan pun. Jangan dah bermewah dan megah pasal hantaran tapi lepas kahwin terus jatuh miskin. Biarlah bersederhana dalam segala segi. Siapa nak kahwin jemputlah aku hehe~~~
Nota Iffah: Tak ada kecewa pun Ikan Kaloi. Saya hormati keputusan awak tu =)

Tips elak dirogol

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku dapat ilham dari cerpen ini. Biasa wanita dan seks tak dapat dipisahkan. Kononnya kami simbol seks. Tapi kenapa masih ada wanita yang memakai pakaian menjolok mata untuk dapat kepuasan. Kepuasan mengikut fesyen atau kepuasan rasa diri itu cantik? Bahananya terkena kepada orang lain. 

Lelaki gial seks memang ada. Tak dinafikan. Jadi tolong para wanita. Tolonglah jaga diri. Jangan terlalu rasa diri senang dan selesa. Sebab bahaya tak kenal masa. Perogol tak kenal siapa. Seks paling utama. Jangan sebab anda rasa anda tak cantik, mustahil mereka nak rogol. Bila nafsu tingkat teratas, tak ada apa yang pelik.

Tipsnya;
1. Belajar seni mempertahankan diri. Aku tak ada dan tak tahu. Errr.
2. Penyembur lada, pemedih mata, perfume. Dalam beg sentiasa ada. Nampak semacam je, sembur je kat muka die tu.
3. Kasut wedges atau heel. Ketuk je kepala laki yang cuba mengganggu korang.
4. Benda tajam. Macam pisau lipat, gunting. Letak je. Memang nampak macam kelakar tapi itu penting. Biar nampak psiko yang penting kita selamat.

Korang nak tambah? Silakan. Aku nak nasihatkan korang dan aku juga. Tolong jangan bertegur dengan orang asing yang kelihatan mencurigakan, jangan ikut orang itu pergi mana-mana. Biar je mati tapi jangan menyesal nanti. Jangan jumpa orang yang tak dikenali tanpa teman. Errr terasa* Jangan mudah percaya dengan lelaki yang baru kita kenal. Banyak kan kes kena rogol dengan kenalan sendiri? Akhir kata dari aku, doa banyak-banyak dan jagalah aurat anda=)

Tips 2: Menulis cerpen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Okey, seperti yang aku janjikan. Aku tulis tips seterusnya. Bersedia ye semua? Ceh bajet ada orang nak baca kan? Untuk tips 1,2,3 tengok kat sini.

4. Penerangan latar tempat dan masa.
Ini ala-ala masa sekolah dulu kan? Sastera BM yang ramai orang menyampah nak belajar. Jangan, semua ni ilmu. Okey sambung, latar tempat kena terangkan. Contoh watak tengah duduk di dapur. Terangkan sedikit ruang dapur ke, saiz dapur ke, ada apa kat dapur tu. Lepas tu, masa pukul berapa. Pagi ke siang ke malam. Sikit je penerangannya. Sebab cerpen ni cerita pendek. Jadi ruang terhad nak terangkan semua kan?

5. Dialog dan monolog
Kalau nak lebih menarik, letaklah dialog atau monolog. Ada yang tak letak. Terpulang gaya individu. Tapi kalau aku pembaca aku lebih suka baca dialog. Kadang penerangan aku tak baca. Haha. Apa beza dialog dan monolog? Dialog perbualan yang keluar suara. Yang boleh orang lain dengar. Mononlog dalam hati je. Simple?

6. Perasaan, emosi
Ini paling penting. Aku suka beremosi masa baca. Taklah sampai menangis macam sorang tu kan. Tapi penulisan kita akan lebih hidup kalau kita pandai bermain emosi. Ikutlah emosi apapun. Gembira, sedih, marah. Wujudkan sampai orang pun terkesan dengan emosi itu.

Seperti biasa, ada penambahan, cadangan dan bantahan boleh letak kat komen. Sampai sini je kot tips dari aku. Korang? Kalau tak faham mesej via FB aku tu. IFFAH AFEEFAH II. Chow chin chow!

Tips 1: Menulis cerpen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Lama aku tak tulis tips dalam blog ni. Semalam ada blogger lain minta tips ini dari aku. Aku ni bukan reti sangat. Tapi dah orang mintak tolong. Aku bagitaulah apa yang patut. Aku nak kongsikan kat korang pulak. Ilmu buat apa nak simpan. Kalau ada penambahan ke cadangan atau bantahan korang bolehlah tinggalkan komen. Aku amatur. Belajar buat cerpen pun 2009 dulu. Itupun kelas BM asas. Okey teruskan dengan tips.

1.      1. Plot atau jalan cerita.
Plot, kita kena ada aliran cerita. Mula kita nak buat apa. Lepas tu ada perkembangan cerita, klimaks cerita. Ada saspen maksud, makin buat orang teruja nak tahu seterusnya. Lepas tu penutup. Jangan buat ending tergantung sebab pembaca marah dan suruh buat sambungan. *itu akulah tu.

2.      2. Watak dan perwatakan.
Watak kenalah ada. Watak “aku” juga watak. Jadi kalau tak ada nama watak lain. Hanya aku je yang korang nampak, maknanya itu wataklah tu. Cerpen tertumpu pada cerita si “Aku” semata-mata. Tak salah. Perwatakan boleh juga diterangkan melalui rupa, perangai, emosinya. Faham?

3.     3.  Sudut pandangan orang yang menulis.
Sudut pandangan terbahagi kepada dua.
-Satu sudut pandangan pertama iaitu hanya “Aku” yang bercerita. “Aku” akan menceritakan selok belok cerita kita tu. Maknanya, penulisan kita akan tertutup dari pandangan seorang “aku” semata-mata. “Aku” pergi mana. “Aku” buat apa. Dan sebagainya.
-Sudut pandangan ketiga pula sebaliknya. Penulis kena ceritakan setiap watak. Setiap watak ada cerita dan emosi sendiri. Misalnya; "Dia tersenyum memandang puteranya. Si puteri duduk bersimpuh. Putera datang dekat. Lantas tangan puteri dipegang erat. Putera bahagia. Puteri juga." Jadi dua-dua watak kena kita ceritakan pada masa yang sama. Cara ni susah sikit sebab kita kadang tak adil. Asyik lebihkan satu watak je. Agak sukar sebenarnya tulis sudut pandangan ketiga ni.

Okeylah, aku ajar tiga je dulu. Banyak sangat nanti korang pening. Harap dapat membantu korang yang minat nak menulis cerpen. Kalau ada yang tak faham, mesej je kat FB aku tu ye. Aku kongsikan apa yang aku tahu. Tak berniat pun nak berlagak sifu ke apa. Jadi kalau rasa salah, tegurlah. Aku amatur. Cerpen pun cikai je. Nanti tips lain akan menyusul=)

Tips berdepan dengan ujian

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tak kisahlah ujian apapun. Yang penting korang kena ikut tips aku kasi ni. Paksa pulak kan? Sesuai dengan sahabat aku yang sedang takut nak menghadapi ujian.
1.  
Yakin
Kena yakin pada diri. Katakan yang kita mampu buat. Jangan sebab hilang yakin, maka kita terfikir tentang kegagalan. Belum cuba belum tahu. Dah asyik fikir gagal, nanti gagal baru tahu. YAKIN!

2.      Jangan panik bila buat salah
Ya, kalau orang dah buat salah selalunya akan panik. Macam mana ni? Ala apa aku dah buat? Blah blah blah. Jangan panik. Buat slamber je. Kalau salah padamlah jawapan tu. Mula balik. Kalau test kereta, salah betulkan dan buat macam biasa.

3.      Doa banyak-banyak
Yang ni wajib. Mintak tolong dari Allah. Supaya dipermudahkan segala urusan. Tapi biasalah dah gagal baru nak doa biasanya. Dah silap baru nak sedar. Apa salahnya rendahkan ego tu doa mintak tolong Allah. Bukan susah sangat kan?

Semoga tips ni berhasil untuk korang. Ia berhasil untuk aku. Aku bercakap ikut pengalaman. Gagal sekali bukan selamanya kita gagal. Serius! #taktipu

Ps: Dia tak gagal rasanya.

Macam mana nak pikat perempuan kasar?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hai blog ni tak sudah-sudah dengan pertanyaan yang pelik-pelik. Sabar jelah aku. Kadang lawak je bila baca balik. Mula macam mana nak pikat wanita idaman. Dah bagi jawapan. Tanya pulak pendapat lelaki pasal perempuan kasar. Ini lain pulak. Macam berkesinambungan pulak kan?

Tak apa memandangkan aku tak rajin nak buat research sekarang, aku jawab ikut pandangan aku. Aku bukan lelaki ye. Aku terasa jugaklah. Sebab aku tak lemah lembut. Aku kasar. Jalan tunggang langgang tu biasa. Terus kena reject kejap lagi ni kang. =P

Bagi aku tak sukar pun nak memikat hati perempuan. Asal kena dengan gayanya. Lagi-lagi perempuan perwatakan kasar. Sebenarnya dalam hatinya ada taman. Er bukan merujuk kepada penulis ye=P. Tapi kan korang percaya je jodoh. Kalau korang dah usaha tapi tak berhasil maknanya dia bukan untuk korang okey?

Ps: Tanyalah dia si Anon macam mana nak memikat ni? Dia hebat bab ni=P

View blog via mobile

Zaman sekarang dah ramai sangat yang guna smartphone, segala jenis tab yang boleh digunakan untuk online 24 jam. Ya makin moden dan canggih. Aku tak terkecuali. Bila pakai tabby aku jadi lebih gila blog. Tapi tak adalah canggih manapun bila pakai ni.

Mungkin senang nak jenguk blog selalu. Tapi tak semestinya aku asyik guna dia je. Cuma masa berjalan sangat membantu bila ada gadjet ni. Nak blogwalking pun senang. Nak taip entry on the spot apatah lagi. Seronok!

Yang tak seronoknya, bila blogwalking kena loading blog orang yang sangat berat. Lama tunggu. Penyelesaian? Senang, korang yang mana tak ada view blog via mobile boleh tengok kat tutorial. Google je. Ramai blogger yang masih belum ada mobile web. Jadi mudahkan kerja kami dan kami mudah nak jenguk blog anda hehe.

Ps: Dia ada buat tutorial rasanya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tips 1: Menulis di blog

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku tiba-tiba terasa nak kongsi tips yang tak seberapa. Sebab ramai tegur aku. Banyak sangat idea menulis. Datang dari mana. Ada pula yang kata idea mengalir macam air paip. Kelakar okey! Jadi aku nak kongsi sikit apa yang aku amalkan selama ni.

1.      Idea dari mana?
Idea sebenarnya boleh didapati di mana saja. Kita pandang situasi terus boleh jadi entri. Tapi pastikan otak sentiasa ligat. Contoh aku suka ambil idea dari blogwalking, situasi sekeliling, keyword dalam blog, pengalaman kawan. Atau kalau tak ada idea sangat tulis je pasal diri sendiri dan selitkan nasihat.

2.      Bila nak taip?
Kalau aku, aku taip on the spot. Memang takkan simpan. Sebab aku akan lupa apa yang aku nak kongsi. Jadi ada idea je terus taip. Jangan tangguh. Sebab kadang olahan kita takkan sama walaupun idea tetap ingat. Lagi satu aku menaip dalam keadaan privasi. Kalau orang tengok memang aku terganggu.

3.      Bahasa yang digunakan?
Ini penting. Ramai orang pandang remeh pasal ni. Ada yang terlalu serius sampai orang malas nak baca. Ada yang terlalu lucah. Ada yang menggunakan shortform yang kadangkala orang lain susah nak faham. Seeloknya gunalah bahasa yang standard. Tapi sesuaikan dengan penceritaan. Ingat, bahasa berbunga-bunga pun buat orang berselirat otak nak baca.

Itu je aku nak kongsikan dengan korang. Kalau ada idea lagi aku kongsikan. Tapi ingat semua orang tak sama. Ada pendapat lain boleh kongsi kat komen atau entri masing-masing. Sekian.

Ps: Penulisan dia best! Maaf siapa suruh baca tak komen?

Tips: Nak bagi wanita idaman terpikat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sebenarnya tak adalah tips sangat. Kenapalah aku punya blog makin lama makin semacam je. Rasa macam kaunter pertanyaan pun ada. Sana sini mintak tips. Nak tergelak pun ada. Tak apa aku layankan je.

Soalan dia:

"Macam mana nak bagi wanita idaman hati terpikat dengan saya?"

Jawapan aku:

"Senang je. Just be yourself,"

Kan dah kena. Kalau nak sangat orang suka kat kita jangan hipokrit. Buat macam biasa. Takkan bila dia dah terpikat sampai ke gerbang perkahwinan kau nak kelentong dia. Nak jadi MR PERFECT dia? Kononlah sebulan dua boleh tahan. Lama-lama? 

Jadilah diri sendiri. Kita istimewa sebenarnya. Kalau dia tak terpikat jugak. Maknanya memang dah tak ada jodoh okey?

Ps: Dia dah lain.

Tips muhasabah diri

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mulakan pagi dengan muhasabah okey kan?

Biasalah kan manusia. Memang sokmo buat kesilapan. Kadang kita tak sedar. Kita rasa dah betul. Dah baik sangat. Tup tup mengundang kejengkelan hati orang lain. Jadi apa yang kita kena buat? Ya MUHASABAH DIRI. Kita bukan sempurna kan. Jadi eloklah bermuhasabah selalu.

Cara yang paling senang nak muhasabah diri ialah senaraikan keburukan dan kebaikan kita. Ops bukan kita yang senaraikan. Orang lain. Macam aku buat kat blog. One word to describe me. Jadi secara tak langsung kita nampak yang selama ni orang lain nampak kat diri kita.

Kalau tak nak macam tu pun, panggil seorang kawan. Yang rapat satu. Yang biasa satu. Suruh dedua buat senarai keburukan. Yang penting diorang kena jujur. Jangan sebab nak jaga hati. Kita pun kenalah berfikiran terbuka. Terima segala kritikan. Jadi apa tunggu lagi? Selamat mencuba=)

Ps: Dia baik.

Teknik memulakan perbualan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku biasa dengar orang selalu nak ajak borak guna teknik ni. Aku bagi contoh diri aku jelah.

Situasi:

A: Tangan kenapa?
B: Accident kereta.
A: Bila kena?
B: Sebelum raya.
A: Orang mana?
B: Kajang.
A: Jauh merantau.
B: Belajar kat sini.
A: Tiap hari berulang ke?
B: Taklah. Kan cuti sekolah.

Aku malas layan dia. Terus dia tak nak borak dengan aku. Teknik ni biasa orang guna. Nampak tangan berbalut terus tanya. Selalu orang mulakan perbualan akan tanya pergi mana? Orang mana?

Cubalah tukar ayat tu. Jadi kreatif sikit. Asyik tanya benda sama buat orang yang ditanya malas nak melayan. Haha aku dah bosan dan tak ada mood nak berborak. Dengan asap okok berkepul.

Contoh pertanyaan yang lain sikit:

Ada pakwe?
Suka makan aiskrim tak?
Balik naik bas ke?
Ni apa? (Konon masa tu tengah pegang buku ke tab ke)

Haha ada ke berani tanya lain dari biasa? Aku tau mesti tak ada orang nak buat taktik macam ni. Soalan merepek :-P

Ps: Dia nak menang jugak tu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Apa nak buat dengan hadiah pemberian bekas kekasih hati?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Entry ni terhasil apabila aku memandang semula gambar hadiah dari anak murid. Ya, hadiah tu dah terbakar bersama Maria. Takziah kepada mereka. Mujur sempat ambil gambar kan? Begitu juga hadiah ex aku bagi. Terbakar juga. Ada hikmahnya juga.

Korang pernah dapat hadiah dari ex? Apa yang korang buat? Simpan? Pakai? Bagi orang? Atau buangkan semua hadiah dan kenangan itu?

1. Simpan.
Selalu orang akan simpan buat kenangan. Lagi-lagi hadiah bermakna untuk dia. Walaupun dari ex, orang tetap sayang sebab ada sentimental value. Contoh, lukisan potret keluarga korang. Takkan nak buang pulak? Gambar family tu.

2. Pakai.
Ada juga benda berharga pemberian ex yang patut di simpan serta pakai. Contoh, hard disk. Sayang kan nak buang? Lagi-lagi benda tu berguna untuk kita. Takkan nak buang? Tak sayang ke? Jadinya ini kena simpan. Haha.

3. Bagi orang.
Hadiah tu kita tak suka. Kita akan terkenangkan ex kalau kita nampak. Contohnya teddybear. Apa kata korang bagi je kat orang yang suka. Macam anak buah ke. Taklah membazirkan? Orang tu beli pakai duit. Eloklah sedekah je kat sesiapa. Macam kawan aku. Sedekah teddy bear kat aku sebab skandal dia ramai kasi hadiah tu. Dia tak suka teddy bear haha. Untung aku. Tapi teddy bear tu pun lesap ke tangan orang lain dah.

4. Buang.
Ini adalah cara kejam dan alternatif terakhir. Korang dah benci orang tu, semua pemberian dia korang akan benci kan? Apa yang perlu buat ialah buang je. Itupun lepas dah lelong kat semua orang. Hadiah seperti puisi cinta, potret gambar korang berdua, gelas ada gambar korang berdua, cincin atau gelang ukiran nama korang. Semua bolehlah buang demi menjaga hati sendiri.

Tapi ex kita akan terperasan kalau kita terus menyimpan hadiah darinya. Ingat kita syok kat dia lagi. Jadi pandai-pandailah pilih cara sesuai. Bagi aku baiklah buang kenangan itu, sebab tak ada gunanya nak simpan. Apatah lagi kalau dah berkahwin. Merajuk si suami atau isteri tu kang. Tak pasal bergoncang rumahtangga. Sekian=)

Tips untuk blogger baru

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Dah nama blogger baru. Mestilah banyak dia tak tahu dalam dunia blogger ni. Jadi kita yang dah kertu kenalah bagi tunjuk ajar. Jangan reti maki je. Aku rajin BW sekarang. Sila percaya* Bila aku terjah satu-satu. Hampir 90% masih belum tahu selok belok dunia blogger.

Apa yang membuatkan aku malas tinggalkan komen? Malas berjalan di maya? Ini antara puncanya;

1. Blog berat
Berat sampai bukak dua tiga blog. Siap komen dan verify segala. Entrynya aku tak boleh baca. Nak kata slow internet tak adalah sangat. Kenapalah berat sangat tu? Widget? Aku pun tak reti sangat. Nasihat aku pergi timbang. Blog aku pun berat kan?

2. Welcome note
Oh ada lagi mahluk guna ni? Sungguh terganggu ye. Sebab bila refresh keluar benda tu. Dah bukak keluar sekali, nak komen keluar lagi, verify keluar lagi, nak tengok komen berjaya hantar sekali lagi. Sungguh tak perlu benda tu. Amat mengganggu okey?

3. Comment box
Masih ramai tak guna popup windows atau open new windows. Aku tak kisah janji blog tak berat nak loading. Kalau berat eloklah buat popup, jadi makin ramai suka komen blog anda. Sebab memudahkan. Kita mudahkan kerja orang, insyaallah kerja kita akan mudah jugak.

4. Verification word
Amat tak perlu. Ulang lagi sebagai penegasan. AMAT TIDAK PERLU. Ya, aku sangat malas nak taip benda ni. Tapi inilah yang aku jumpa dalam 20 blog aku terjah. Penat sangat nak tunggu loading segala. Orang lain takkan sabar kalau asyik buat benda sama. Jadi minta jasa baik tolonglah buang VERIFICATION WORD tu. Kalau tak reti, search tutorial. Berlambak ye ^_^

5. Widget PELIK
Widget pelik termasuklah falling object, float widget, video gambar korang, cursor yang terlalu gembira, lagu autoplay dan lain-lain. Ini kerana ia tak wajib ada pun. Buat berat adalah. Lainlah blog tu awak nak baca sorang-sorang. Then go on dengan cara "Blog aku bukan blog kau. Suka hati akulah"

Sekian tinjauan Iffah Afeefah, pemberita khas untuk sekalian blogger yang baca blog ni. Pesanan ikhlas ini dibawa oleh penaja iaitu Iffah Afeefah II dalam slot tips berguna untuk para blogger baru khususnya. Selamat berblogging ye.

Ps: Blog dia hebat sangat dah.

Macam mana nak buat orang happy?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bagi aku ada satu cara je buat orang lain happy.


HAPPYKAN DIRI DULU DAN ORANG LAIN AKAN HAPPY TENGOK KITA.


Korang rasa macam mana?
Ps: Dia happy go lucky.

PART 3: Cara hilangkan sedih

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Bila sedih aku menangis. Bila menangis berlebihan akan sakit kepala. Bila sakit kepala apapun tak boleh buat. Bila semuanya terjadi aku akan cari panadol. Bila telan panadol mesti sekali air. Bila dah makan panadol kena tidur. Bila tidur barulah kepala ringan balik.

Jadi untuk mengelakkan aku jadi pengguna panadol yang tegar ialah makan benda manis. Seperti coklat, gula-gula. Minum air sejuk yang manis. Makan dodol? Erk tak. Haha

Abaikan segalanya kecuali coklat
Oh sedap sungguh coklat black forest. Kalau dulu aku asyik makan hazelnut je. Tapi sebab sekarang keadaan tak mengizinkan makan kacang dan kacang dan kacang. Takut kulit gatal. Aku tak sanggup. Korang bayangkanlag kita gatal kat bahagian luka. Macam mana nak garu? Habak mai sat?

Apapun korang rasa. Coklat mungkin penawar. Sebab bila hati tengah kucar-kacir memacam kita fikir. Bila makan kita dapat fokuskan kenikmatan sesuatu. Jadi hati tak fikir ke arah kesedihan tu lagi. Yang penting ikut koranglah. Aku bagi cadangan je. Opahnya cadangan sebenarnya. Haha =p

Ps: Dia aku tak tahu.

Tips memujuk wanita

Assalamualaikum semua
Aiyo tetiba nak jadi pakar wanita aku ni. Tak apalah. Kongsi tak salahkan. Aku seorang wanita. Aku juga kuat merajuk. Ye mengaku. Tapi malangnya tak ada yang nak pujuk. Tapi tak apa, aku tunggu yang halal nanti pujuk. *gedik.

Disebabkan orang merajuk meminta dipujuk. Jadi aku kerah otak untuk berfikir. Bagi sesiapa suami, abang, adik, anak yang nak pujuk wanita. Tak kisahlah siapa. Tapi harus diingat tak semua wanita sama. Aku ambil secara rambang je.

1. Pujuk segera.
Segerakan tindakan memujuk anda. Ada wanita yang sangat inginkan perhatian. Dia merajuk bererti ada sesuatu yang kamu buat salah. Wanita jenis begini berkehendakan pemujuk segera memujuk. Tak nak bagi masa sendiri ke apa. Dia tak suka tunggu lama. Lagi lama lagi makin panjang rajuknya.

2. Kata-kata manis.
Kata-kata manis mampu mencairkan hati wanita khususnya yang merajuk. Yang inginkan perhatian. Wanita biasanya akan mudah terpujuk jika si pemujuk pandai bermain kata. Jangan guna bahasa kasar dan berlembut dengannya. Sebab hati wanita rapuh. Kalau pujuk dalam nada marah lagilah dia muncung.

3. Rendahkan ego.
Biasanya orang yang memujuk akan pujuk secara tak ikhlas sebab egonya tinggi. Tak mahu kalah. Tapi dalam masa yang sama tak nak buat wanita itu merajuk lama. Kalau salah, mintalah maaf dengan baik. Yang penting tahu salah kamu apa. Biasa lelaki memujuk dengan kata maaf tapi tak tahu salah dia apa. Itu lagi buat wanita bengang.

Nota Iffah: Wanita inginkan perhatian. Harta benda kadangkala tak perlu. Tapi bagi wanita materialistik memang wajiblah kan. Tips ni untuk sesiapa yang bernama lelaki untuk sesiapa yang bergelar wanita. Tak ada khusus untuk orang bercinta, berpasangan ke apa. Macam suami isteri boleh. How sweet <3 Ps: Dia konon pandai pujuk.

Published with Blogger-droid v1.7.4

PART 2: Cara hilangkan sedih

Kembali lagi dalam sesi tips bersama aku. Sekarang tengok dulu Ecah dan gelas besar. Sibuk nak minum. Sebab tiru kami-kami yang minum gelas besar tu. Mujur plastik.

Seperti part 1, aku menggunakan Ecah. Semalam aku guna Ecah jugak. Semalam sedih ke? Entah. Haha tapi cara ni pun berkesan buat aku ketawa terbahak-bahak. Mana taknya Ecah memang lawak.

Aku berborak dengan dia. Lepas tu aku kata aku mengantuk. Jadi pura-pura tidur. Intai dia tengok buat sesuatu. Aku sergah dia. Terperanjat dia. Serius muka cuak. Aku kan garang sokmo dengan dia.

Beberapa saat lepas tu aku gelakkan dia. Dia pun gelak jugak tengok aku gelak. Lepas tu terus tak berani nak pegang-pegang barang dah. Kesian dia kan. Mangsa aku yang sejati. Korang boleh guna anak jiran, anak mak, anak sesiapa untuk hilangkan sedih tu.

Jangan ikutkan sangat rasa sedih tu. Nanti sakit kepala. Sendiri jugak susah. Fikirkan ye.

Ps: Dia ada masalah kot.
Published with Blogger-droid v1.7.4

PART 1: Cara hilangkan sedih

Malam terasa panjang bila hati berduka. Semua ditolak tepi hanya kerana jiwa lara. Hilang malu alpa dengan rasa. Semua jadi bila emosi mendahului akal kita.

Aku sedih. Kawan-kawan terima kasih membantu hilangkan rasa. Sebentar cuma tapi tetap berguna. Terima kasih berganda-ganda.

Okey aku nak kasi satu tips nak hilangkan kesedihan. Tahu? Cara ni kejam sikit. Cuma perlukan seorang kanak-kanak dua tahun.

Culik anak saudara atau adik atau anak masuk bilik. Bergurau dengannya. Tutup lampu dan suruh dia tidur sorang dalam bilik. Tutup pintu rapat dan biar seketika.

Tunggu dia nangis. Kalau tak nangis anda gagal. Kemudian bukak lampu dan gelakkan dia sekuat hati. Cakaplah anda gurau.

Aku test kat Ecah tadi. Sangat berkesan. Dia menangis dan ketawa serentak. Rugi tak rakam tadi. Akhirnya, dia takut nak naik ke bilik kami lagi. Terus dapatkan Abinya. Maaf Aisyah. Anda mangsa kami haha!

Serius cara ni berkesan hilangkan sedih. Ketawa ikhlas dari hati. Bak kata Sunah sibukkan diri dari fikir perkara sedih terbaik.

Ps: Lemah bila dia macam tu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers