CORETAN TERBARU NADH

Follower bertambah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Erk aku pelik kenapa tetiba jadi 412. Tadi masa aku taip entry cinta dalam hati ada 404. Dari pagi lagi. Mungkin sebab mamat ni kot. Terima kasihlah banyak-banyak. Seronok di review ni. Siapa nak review blog lagi? Nak join (angkat tangan muka tak malu).

Seronok tengok makin hari makin bertambah. Aku punya matlamat 1500. Kenapa sikit? Sebab aku suka nombor 15. Nanti 15000 menipu sangat kan? Yelah Bro Beng pun belum capai lagi. Apatah aku yang seperti kanak-kanak kerdil di hujung dunia. Mana orang sedar kan?

Hidup itu indah. Hargainya selagi ada. Mungkin orang tak suka kita tapi tetap akan ada yang suka kita. Bak kata Sifu Mat, jadilah lain dari yang lain. Aku sedang mencari kelainan itu. Korang rasa apa identiti aku ye? Minah bajet comel sebab blog pink? Hehe 
jiwa halus jari jemari kasar, 
mohon diri ditelus agar nampak dasar=)

Good Night! Doa sebelum tidur jangan lupa=P
Post by,
Miss Ran 


Sila kritik aku=)

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Macam-macamlah. Gila menaip kala ini. Asyik buat cerpen je kan? Dulu aku selalu buat. Tapi tak ada orang pun sudi baca. Sekarang bukan main lagi. Memanglah sikit je komen. Tapi aku tahu ramai baca. Ceh perasan.

Aku menulis suka-suka. Kalau aku ada menyinggung perasaan maaflah. Aku bukan sempurna. Nak menaip kena ada ilham. Pakai bantai je aku kena saman. Siapa susah? Oh ya, terima kasihlah kat seorang mamat ni. Dia telah mereview blog aku. Macam-macam ada katanya. 

Tulisan kecil sangat eh? Nanti aku besarkan. Tak ada hal pun. Tak marah. Senyum ni. Hehe aku tengah belajar menerima kritikan. Yelah tak semua kritikan tu buruk kan? Kritik bukan semua boleh buat. Kondem ramai yang boleh. Laju je. Anon tak rajin datang blog serba kekurangan ni. Dia nak yang gempak dan popular.

Kesimpulan, tulis dengan hati. Jangan ikut rasa. Biar beremosi jangan bia orang lain terasa. Amboi. Rindu nak pantun. Buat cerpen. Hehe kalau ada idea aku laju je tulis. Haha maaflah pada watak-watak yang ada. Bukan aku tak cuba. Tapi idea tak kembang. Sesiapa tak puas hati akanku padam nama beliau. Tak payah jadi pelakon. Hehe bajet ciput, otak kecil, tak boleh demand. Kecualilah anda memang pelakon berbakat. Hehe=P
Post by,
Miss Ran 

Kawan makan kawan?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kurang ajar. Aku ni kena tikam dari belakang. Sakit korang tahu!!! Punyalah aku baik dengan dia. Sampai bertahun lamanya tapi dia sanggup buat aku macam ni!

Kalau korang nak tahu apa yang dia buat klik sini. Sedih!

Post by,
Miss Ran 

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers