ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Teringat entry encik Nakal. Maaflah. Curi tajuk. Hehe cerpen ni khas untuk si Dia.
Pagi subuh lagi Hanan keluar dari rumah. Perjalanan pagi yang menyesakkan membuatkan dia keluar rumah awal dan pulang lewat. Kerja adalah hidupnya. Dia tak pernah sekalipun bercinta. Baginya cinta tak wujud. Pernah rasa ingin bercinta tapi tak kesampaian. Kini dia sudah berjaya. Dia sudah membuktikan yang dia boleh berjaya.
Ringtone Qasidah berbunyi memanggil-manggil Hanan. Hanan tak segera mengakatnya. Dia memarkir tepi jalan raya dan menjawab panggilan itu. "Oh emak,"
"Ya waalaikumsalam," Hanan menjawab salam. Riang hatinya.
"Mak kenapa? Oh balik? Minggu ni busylah mak," Hanan berkira-kira. Dia sudah lama tak balik kampung halamannya di Terengganu. Kesibukan di kota ibu negara membuatkan dia lupa tentang kampungnya yang permai itu.
"Ala, mak nak buat kenduri doa selamat? Untuk adik?" Hanan mengangguk-angguk.
"Yelah mak, Hanan balik," Mak gembira mendengar jawapan anak perempuan sulungnya.
xxxxxx
"Kak, bos nak luluskan ke cuti saya ni? Saya bukan tak nak balik kejap. Tapi jauh perjalanan tu. Penat," Hanan mengeluh.
"Hanan bodeklah bos. Dia kan sekampung dengan awak. Takkan tak boleh kot," Kak Masz menjawab.
"Okey kak Masz. Doakan ya!" Senyuman Hanan mati tatkala bosnya Adli Hairuddin terpacak di depan mata. Selaku akauntan syarikat, dia masih tertakluk pada Pengarah urusan iaitu anak CEO Syarikat Teras Gemilang.
"Awak nak apa?" Tegas bunyi.
"Sa..ya...sa...em," Hanan gerun.
"Saya apa?" Muka serius dipamerkan.
"Saya nak cuti bos,"
"Berapa lama?"
"5 hari," Hanan takut. Risau permohonannya ditolak. Sudah berjanji dengan orang tuanya pula.
"Oh balik kampung ya?" Bos tersenyum. Hanan pelik.
"Mana bos tahu?" Hanan tanya soalan tak berapa pandai.
"Kampung kita kan sama," Adli Hairuddin senyum makin lebar.
"Jadi?" Hanan tanya lagi.
"Jadi cuti awak lulus. Oh Masz tolong uruskan cuti saya. 5 hari jugak," Adli berpesan pada Masz dan dia berlalu.
"Hanan, kenapa bos tu?" Kak Masz merenung Hanan yang masih terkejut.
"Hanan tak tahulah kak. Dia sewel kot. Yang penting orang dapat cuti!" Separa jerit.
Masz atau Mastura menggeleng-geleng sahaja.
xxxxx
"Masz, kalau nampak Hanan tolong beritahu dia saya nak jumpa ya," Adli beritahu setiausahanya.
"Eh bos, Hanan kan dah cuti bos," Mastura pelik. Takkan hal semalam boleh lupa kot.
"La siapa luluskan?" Bos blur.
"Boslah. Semalam tu apa? Dia dah pergi cari tiket pun hari ni," Terang Mastura tanpa diminta. Adli menggaru-garu kepala.
"Bos pun tak patut masuk office. Sebab bos pun start cuti hari ni," Mastura makin pelik. Bos macam sakit je.
"Eh yelah. Okey Masz, jaga office. Saya nak balik bersiap sekarang," Adli tergesa-gesa ambil beg dan kotnya.
"Bersiap?" Mastura pening.
xxxxx
Bersambung...
Post by,
Miss Ran
4 comments:
i loike ur story..... tp nme bos nme adli...kihkihkih....
baiklah.....akan ku tunggu sambungannya. tapi sila sertakan link entry untu setiap episod yer
mesti bos dia tu ada somethg kan...
mesti dia nk ajak hanan balik sama dia..lalala~
tapi suka la.. tahniah Miss ran. moga nanti berjaya hasilkan novel..lalala~
(even tu pun impian cik pulau jugak.. lalala~)
dear, makin banyak cerita u...i doakan u dapat jadi penulis hebat satu hari nanti..nak novel!
Post a Comment