CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Cerita MR. Show all posts
Showing posts with label Cerita MR. Show all posts

BLACKSUIT PHOTOG memang terbaik dari ladang gandum!



ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kami dah kahwin! Macam poyo jek. Macam bajet jek. BTW aku lupa nak umumkan nama suami aku. Inilah orangnya. Blogger jugak. Almaklumlah, kalau dah namanya jodoh. Takkan ke mana, pusing-pusing dia jugak akhirnya jadi Mr. Perfect 10 aku. *pitam sesaat. Dialah Mr Tarmizi aka MIZI SEMPOI :p *sempoi sangatlah tu haha.

Itulah hakikatnya yang penulis blog ni memang poyo pun. Sajalah nak update setelah sebulan lebihpun jadi bini orang. Tak ada apa yang berbeza melainkan aku ada orang baru, keluarga baru, rumah baru dan hobi baru. Ehemmmm. Apa hobi tu? Rahsia! Haha :-)

Oh ya, tujuannya nak tunjukkan gambar kahwin. Mana-mana yang nak kahwin tapi masih belum ada tukang mengambil gambar poyo acah-acah sweet korang tu bolehlah layari FB :BLACKSUITPHOTOG. Memang ohsem! Tak payah pening pasal harga dan jauh ke apa. Memang diorang sendiri akan datang. Cas prop ke minyak ke apa ke memang tak ada. Siap diorang belanja kitorang sewa basikal fefeeling korea gitu. Kau hado?

Cakap banyak pun tak guna. Nah gambar sweet owner blog yang tak pernah korang skodeng selama ni. K chow! HAHA *Lari sebelum ada yang muntah pelangi :p
Auch tunjuk cincin tunangpun bolehhhh...
Kan aku dah kata. Korea baq hang!
Ps: Ada orang suruh update, updatelah daripada berhabuk kan. *sapu sawang kejap. kbai!


Cerpen: Kisah Kami Berdua

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Group Masih Cinta aku pandang tanpa berkelip. Rasa berpinar kepala ini memikirkan Big Boss Masih Cinta yang tak jemu menjodohkan aku. Setiap kali ada lelaki baru dia kenal mesti dia sibuk nak ‘kenen’. Kadang rasa nak lepuk je kepala dia. Aku bukan marah. Tapi setiap kali dia jadi ejen cari jodoh mesti tak berjodoh. Apa punya badi dia bawa aku tak tahu.

“Hoi menung apa tu beb?” Zaitul datang menepuk bahuku. Terus rasa nak gugur jantung.
“Amboi, dah siap buat Teh Tarik Masih Cinta ke?” Aku segera menutup skrin smartphone yang berada di tangan.
“Aku masak air je okey. Kau yang kena buat. Kau kan anak didik PPP… aku try dari tahun lepas tak jadi macam PPP ajar…” Merungut pula dia. Aku mengeluh. Malas betul buat air. Sampaikan Umar kawan kitorang cakap aku tukang buat air. Entah apa yang diorang rasa sedap entah. Dengan malasnya aku bangun dan ke dapur.
“Kau kenapa muka lain macam ni? Kang PPP dengan anak dia balik muka macam ni. Apa pulak kata dia?” Mukanya aku pandang kejap.
“Nampak sangat ke weh?” Aku cuak.
“Yup. Aku kenal ko dah lama. Ceritalah kenapa?” Zaitul selalu berada di sisi aku saat aku menangis. Saat aku ketawa. Dia umpama penasihat kanan aku yang setia bersama aku susah senang. Penasihat kiri aku mash di dalam bilik. Entah apa dibuatnya.
“Aku tanya ni. Kau ni… berangan je kerja…” Bebel Zaitul. Ain muncul. Panjang umurnya.
“Amboi Ain. Lamanya mandi. Mengelat ke?” Aku sengaja ubah topic.
“Ebu aku telefon. Tanya bila nak balik Ganu. Aku cakap tak tahu. Malas betul nak balik…” Aku dan Zaitul serentak ketawa. Macam rumah ini kami punya. Tuan rumah lesap beli nasi lemak.
“Ain, ko duduk dengan PP je. Temankan dia. Aku dengan Iffah esok kerja…” Zaitul berkata dengan gelak bersisa.
“Kejam korang!” Ketawa bersambung lagi.

Xxxxxx

Malam itu aku tak senang. Jam hampir ke pukul 12 tengah malam. Aku masih belum bisa lelap. Skrin smartphone ku buka semula. Notification from Facebook Messenger.

“Salam” Si dia memberi salam. Macam tahu-tahu je aku belum lena.
“Ye ada apa?” Salamnya aku jawab dalam hati.
“Tak jawab pun salam saya. Awak buat apa?”
“Salam tu bukan wajib ditaip. Saya dah jawab dalam hati…”
“Garangnya… hari tu saya minta nombor awak… awak tak bagi pun?”
“Ooo serius ke nak nombor saya? Buat apa?”
“Saja. Saya nak kawan dengan awak…” Jujurnya dia ni. Aku mulai hilang sangsi. Dari hari pertama dia menegur aku di Group Masih Cinta. Aku ingat dia Antara lelaki miang yang sibuk nak menggatal. Facebook ni bukanlah 100% betul. Banyak fake account. Aku risau suami orang je ni. Memang pantang aku kalau suami tak setia.
“Awak…” Dia menegur lagi.
“Ya apa dia? Saya sebenarnya tak suka kawan dengan lelaki sebarangan. Awak ni suami orang ke? Ada makwe? Kalau ada hentikan jelah saya nasihatkan awal-awal. Saya tak suka lelaki tak setia ni.” Panjang aku taip. Geram rasa bila fikirkan. Walaupun aku tahu dari post dia di group dia baru putus cinta. Tapi aku masih lagi ragu.
“Saya single dan saya serius nak kawan dengan awak. Saya suka kat awak. Saya tak suka tengok awak bergurau dengan lelaki lain kat group tu…”
Terpegun aku.
“Jangan risau kalau tak percaya kita boleh jumpa sekali dengan PP…” Aku terus membulatkan mata.
Lagi sekali kepalaku terasa berpinar.
“Saya tak suka lelaki yang pandai cakap je. Kalau awak suka saya buktikan…” Titik! Aku tak mahu lagi bermain kata dan cinta.
“Okey. Apa buktinya?”
“Kita jumpa dulu…”
“Boleh. Lepas tu apa?” Aku cabarnya.
“Lepas tu kita couplelah kalau awak suka saya jugak…” Senangnya dia cakap. Aku pening.
“Saya tak suka couple. Kalau awak serius nakkan saya… buat cara elok.” Aku offline. Malas aku fikir. Dia mungkin bukan serius. Couple? Zaman dulu mungkin aku akan terima. Tapi sekarang bukan lagi begitu caranya. Aku tak mahu bercinta lagi. Serik!

Xxxxxx

Aku meneruskan hari seperti biasa. Enggan melayan perasaan yang tak berkesudahan.
“Pop!” Segera ku capai smartphoneku. Mesej dari dia.
“Salam, saya tak tahu macam mana nak cakap…” Aku geram.
“Cakap jelah. Apa dia?” Lambat betul dia bertindak. Bisik hatiku.
“Apa kata saya masuk meminang awak je?”
“Betul ke aku cakap ni…” Dia bebel sendiri dalam private message di Facebook. Aku tergamam. Terkejut sungguh dengan kenyataan dia sebentar tadi. Cepatnya! Terus nak masuk meminang? Aku menampar pipi sekali.
“Awak biar betul? Agak-agaklah meminang. Jumpa pun belum…” Balas aku selamba. Sedang hati bagai nak gila debarnya.
“Jomlah jumpa. Kita jumpa ramai-ramai kalau awak takut…” Aku terdiam lagi. Debaran makin jelas terasa.
Akhirnya, kami berjanji untuk berjumpa. Alhamdulillah. Hati aku makin yakin untuk memilih dia sebagai teman hidupku. Setiap soalan Zaitul dan PPP aka Pari Pari Putih dijawab dengan tenang. Aku lebih banyak berdiam. Walaupun, malu masih menebal. Aku makin yakin dengan keputusan aku.
“Dialah calon paling sesuai!” Itulah tekadku. Malam itu juga aku ceritakan kepada ibuku. Pelbagai soalan diajukan. Ibu kelihatan masih ragu dengan keputusanku. Mungkin terlalu awal sesi perkenalan kami.
“Suruh dia datang rumah. Kita kenal dulu orangnya macam mana…” Itulah kata akhir ibu. Aku terasa ingin sujud syukur. Allah telah mudahkan jalanku. Syukur sekali lagi.

Xxxxx

“Kalau semua setuju, bolehlah sarung cincin. Panggillah Iffah keluar…” Suara ibuku jelas dari ruang tamu. Debaran sungguh tak terkawal. Ku jenguk perlahan. Ramai di luar menanti aku.
“Cepatlah, bakal mak mertua dah tunggu tu…” Cikgu Mim merangkap kawan ibu menggesa aku. Sekilas aku pandang Zaitul.
‘Begini agaknya debaran Jai masa bertunang dulu…’ Bisikku sambil berjalan perlahan dan duduk di kusyen empuk. Betul-betul di hadapan emaknya.
Dua cincin disarung di jari manisku. Cincin pemberiannya aku pandang lama. Kini aku bergelar tunangan orang. Bagaikan sebuah mimpi panjang. Cerita aku dan dia tidaklah semanis rekaan yang pernah aku karang sebelum ini. Tapi aku tetap terasa manisnya. Sungguh jodoh itu benar-benar rahsia. Siapa sangka perkenalan singkat ini bakal di ikat dengan lafaz ijab dan kabul beberapa bulan lagi.
Walaupun semuanya tidak dirancang, malah aku pun tak sangka secepat dan semudah ini jodoh sampai namun aku tetap bersyukur. Jodoh setiap hambaNya pasti ada. Cepat atau lambat. Serahkan segalanya kepada Dia yang berkuasa menentukan segalanya.

Xxxxx

“Kenapa tunang tak beritahu?” Tanya seseorang. Sugul wajahnya.
“Sebolehnya aku memang nak rahsiakan kerana aku percaya sebaik-baik pertunangan adalah elok dirahsiakan tetapi demi menjaga hati semua pihak. Aku cuma beritahu orang terdekat. Cukuplah sekadar beritahu. Insyallah walimah nanti aku jemput semua. Biarlah satu dunia tahu aku isteri dia. Doakan ye!”
“Baiklah… aku doakan…” Dia berlalu pergi. Aku tahu dia kecewa. Tapi kalau dia percaya pada jodoh, dia akan terima berita ini dengan gembira. Aku terima tunangku bukan untuk sesiapa tetapi untuk aku. Aku yakin dialah jodoh yang dinantikan selama ini. Alhamdulillah.
Tamat!

Ps: Cerita ini berdasarkan kisah benar si penulis blog. Namun ada sesetengah rekaan semata-mata. Cukuplah cerita sebenar aku, dia dan yang terdekat sahaja tau. Kisah kami mungkin tak romantik. Kisah kami mungkin tak menyentuh tapi percayalah aku paling suka kisah kami berdua. Doakan kami cinta sampai jannah ye!

Cerpen: Cinta, kasih, sayang dan setia selamanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Laju kakinya melangkah pergi. Tak betah lagi dia menyaksikan kedua-dua mempelai di singgahsana yang indah. Cahaya silau dari lensa bukan sahaja menembusi anak matanya tetapi menerobos masuk ke tangkai hatinya. Remuk redam tidak terkata. Lelaki itu sedang tersenyum. Itulah hukuman yang paling berat dia rasakan ketika ini. Janji itu tidak semua boleh dipercayai. Apatah lagi hanya janji di bibir cuma.

“Semoga kebahagiaan kau berkekalan hendaknya. Walaupun kau bahagia atas kedukaan yang kau hadiahkan kepada aku…” Dania senyum dalam tangis.
Dia memandu laju tanpa tujuan. Matanya masih terbayang wajah gembira lelaki yang pernah berjanji setia. Bukan hatinya saja dipermainkan. Malahan hati keluarganya. Dania kecewa. Entah bagaimana dia boleh terjumpa lalu jatuh cinta dengan lelaki yang hanya pandai menanam tebu di bibir.

“I janji dengan you. I akan sayang you sampai bila-bila. Tapi sebelum tu, I nak kita bertunang. I takut you jatuh ke tangan orang lain. I tak sanggup. I love you so much, Nia!” bait lelaki durjana itu kekal di ingatan. Demi kasih Dania sanggup memujuk ibu bapanya dan keluarganya. Sebulan selepas itu, mereka diikat. Perjanjian sudah dibuat. Dua tahun akan dating mereka akan disatukan dengan ikatan suci berteraskan agama. Namun, segalanya berubah. Tak sampai satu tahun. Dania menangis. Sesal tiada guna.

“I busy kat sini. I kan buat master. You mana tau, you tak tak belajar macam I. Serius I tak boleh contact you selalu…”
Alasan demi alasan dia terima. Masih Dania bertahan demi ikatan tali pertunangan mereka. Walaupun ramai sudah memberitahu tentang kelakuan lelaki itu di luar negara sana. Sungguh dia masih percaya pada kata lelaki tak guna itu.

“You lebih percaya kata diorang daripada i? You tahukan I buat semua ni untuk kesenangan kita. Family you tak bangga ke bakal menantu dia belajar tinggi-tinggi. Serius, I setia hanya dengan you sorang. Jangan percaya diorang. Please, I tak ada masa selain study. Makan pun terkejar-kejar. You tak tahu I macam bukan orang tau kat sini. Sakit rindukan you. Rindukan family. Masakan melayu…” meruntun pula hatinya mendengar luahan hati lelaki keparat. Sungguh dia cinta. Maka dia telan sahaja semua omongon lelaki itu.

xxxxx

Deringan telefon menyedarkannya. Tetapi, lambat dia menyambutnya. Emosinya kacau.

“Hello...assalamualaikum… kau ok tak? Kau kat mana?” tiada balasan.
“Kau jangan diam je, tolonglah jawab Nia. Aku risau dari tadi. Kau kat mana? Aku pickup kau ye?”
“Nia, please say something. Aku risau. Mak ayah kau risau. Hariz datang tadi…”
“Hariz…” Jijik rasanya menyebut nama lelaki itu. Untuk apa dia muncul di hari bahagianya? Bukankah dia sedang sibuk layan tetamu.

“Aah dia datang. Dia dari KLIA tadi, terus cari kau. Perghhh sayang gila dia dengan kau kan?” Dania mengeluh. Penipuan apa lagi yang dia perlu dengar? Lelaki itu patut dapat anugerah pelakon lelaki yang terbaik. Banyak sungguh sandiwara yang diciptanya.
“Serius Nia, aku jealous dengan kau. Tunang kau setia orangnya. Betul-betul dia risau. Sebab aku tak tahu kau ke mana. Kau keluar tak bagitau aku. Sekarang maybe dia nak ke rumah family kau pulak. Muka dia Nampak sangat tak sabar nak jumpa kau.” Dania ketawa.

“Kau kenapa Nia?” Yusmira pelik.
“Jangan kata…” Dia tergamam.
“Nia… Nia… please cakap kat aku kau ke mana?” Dia cuba lagi. Dia makin risau. Peluh dingin membasahi dahinya.
“Kau nak bagitau mamat tak guna tu kan? Aku takkan beritahu kau…” Talian dimatikan. Yusmira menggigit bibir. Sah! Perkara yang sama berulang kembali. Dia perlu memberitahu Hariz.

Xxxxx

“Sayang… buat apa tu?” Dania berpaling.
“Tak ada apa. Tengah tengok gambar kita ni. Kenapa muka saya macam ni eh? Macam kena paksa kahwin dengan B…”
Hariz tersenyum. Dia tahu isterinya masih bingung. Bukan Dania saja. Dia juga bingung. Tidak dia sangka begitu teruk kesannya terhadap Dania.
“Masa ni Nia tak puas hati dengan B. Sebab B cuit pinggang Nia…” Gelak kecil. Tipu itu berdosa. Tapi dia sanggup demi Dania.

“Serius? Nakalnya B ni. Tengok tak cantik muka Nia masa ni. Kenapalah orang tu ambil juga. Siap dia…” Hariz sendu tiba-tiba. Adakah ini pengorbanan yang dia perlu buat demi cintanya terhadap isterinya. Dania mengalami masalah serius. Adakala dia berhalusinasi. Adakala dia lupa apa yang dia alami kerana dia berada di alam sendiri.

“Hariz…” Tiba-tiba Dania menangis teresak. Hariz memandang saja. Dia dah biasa. Dia dah terbiasa dengan perubahan laku isterinya. Dua tahun dia sudah menjadi kekasih halal. Namun, Dania adakalanya lupa siapa dirinya. Kadang dia cuma ingat Hariz curang. Gambar kahwin mereka pun dia nampak pengantin perempuannya lain. Doktor pun tidak dapat membantunya. Psikologi isterinya memang terganggu. Namun tidak memudaratkan. Cuma adakala Hariz sendiri pening untuk menangani masalah bila isterinya berkhayal.

“Sampai hati awak tinggalkan saya. Awak janji nak jaga saya. Awak janji awak takkan curang… sekarang awak senyum bahagia dengan perempuan hodoh ni…” Hariz senyum. Sudah masak dengan drama sebabak itu.

‘Perempuan hodoh itu awaklah sayangku…’ Hariz mampu bisik dalam hati cuma.
“Harizz… saya rindu… sayang awak…” Gambar perkahwinan itu dipeluk erat hingga dia sendiri tertidur.
“B sayangkan Nia sangat-sangat. B doakan agar penyakit saying sembuh sepenuhnya. Walau apapun terjadi kasih saying B tak pernah pudar. Biarlah B menunggu berapa puluh tahun pun. Janji Nia di sisi B selamanya. Sayang isteri B…” Jatuh air mata lelaki di dahi si isteri tatkala bibirnya jatuh mencium dahi Dania Erisya. 

Cintanya bukan hanya kata-kata semata. Dia akan setia. Setia hingga syurga. Itu janjinya pada diri sendiri. Hariz senyum memandang wajah polos isterinya. Sayangnya tidak berubah. Walaupun Dania menuduhnya pelbagai tohmahan. Dia tahu hati Dania hanya untuk dia walaupun ketika dalam dunianya sendiri. Sekali lagi air matanya jatuh.

“Terima kasih Allah… Dania Erisya adalah hadiah terbaik dalam hidupku ini. Aku akan jaga amanahmu sebaiknya. Terima kasih atas jodoh yang kau berikan…” Air matanya begitu murah. Lantas dia kesat dan berlalu ke bilik. Dia ingin sekali mencium tikar sejadah. Dia bersyukur dengan cinta yang dihadirkan. Tak ternilai harganya. Dia bahagia kini. Itu yang paling penting. Dia telahpun mematri janji bahawa dia akan cinta, sayang, kasih dan setia pada Dania Erisya di depan Allah yang Esa.


 PS: Cerita ini hanya rekaan semata. Penyakit itu pun rekaan ekeke. Lama tak lepas gian. Aummm...

Bila nak kahwin????

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terkulat-kulat aku nak taip apa. Lama sangat tak meluahkan rasa melalui blog. Yalah sekarang gila Instagram. Bukan follow artis kacak bergaya je. Gambar kek dan biskut jadi kegilaan dan segala manusia yang upload gambar menakjubkan aku follow. Makanan dan Iffah berpisah tiada. Okey balik pada tajuk.

Cantik betul rencana Allah bagi. Cuma itulah manusia ni tak reti bersabar. Termasuk aku. Kalau dah berpakwe tak sabar nak tunang. Yang dah tunang dah sibuk kira berapa anak nak kumpul. Habis ada anak sibuk ukur saiz, rupa. Comel ke idok?

Pelik tak pelik juga dengan manusia ni sebab memang dari azali lagi macam tu. Tak berubah pun. Kawan aku cakap aku umpama barang yang terbaik tetapi 'limited edition' Ada ke dia samakan aku dengan barang? Ideologi dia menyejukkan hati aku yang memang tengah bergelojak. Sikit lagi nak terjun kolam sejukkan balik.

Idea dah ada. Angan-angan dah ada. Impian lama dah pasang. Tapinya, Allah tak bagi lagi. Bukan tak usaha. Bukan tak doa. Bukan menyombong. Tapi hati ini tak terbuka lagi. Tolonglah jangan dera aku dengan soalan yang aku sendiri tak tahu jawapan. Kalau kena repeat paper macam UPSR pun tak mampu aku nak jawab.

Soalan yang dimulakan dengan (bila) tu menyeksa batin orang tau. Memang nampak macam kita gurau. Tapi hati dia dah menggagau dengar. Akupun selalu je cakap macam tu. Lepas tu aku doakan dia. Macam aku doakan diri aku jugak. Kita nak kata baik 200% tak boleh. Usaha dan buat sekadar mampu jela.

Ps: Belum jual minyak ramai nak beli. Masalahnya nak jual kena pada orang yang betul-betul nk beli. Takut salah pilih. Menyeksa diri sendiri. Ada akal fikir. Ada hati isi dengan zikir. Ada mulut serikan dengan kata-kata yang baik. Kbai

Travel| Tips dan Tawau destinasi pelancongan yang jimat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Baru-baru ini aku dan rakan blogger lain berjaya menawan bumi Tawau, Sabah. Dengan memilih Air Asia sebagai pilihan utama memang tidak sia-sia kerana aku sudah jatuh cinta sama itu Flight Attendant. Eh bukan-bukan,  jatuh cinta dengan Nasi Lemak Rendang yang memang sedap.
Sumber: google
Bayangkan tengah awan biru makan nasi lemak perisa asli yang panas lagi. Memang feeling habis. Bukan setakat feeling, makan habis licin. Gambar bukan setakat ilustrasi. Memang ada daun pandan sebagai hiasan. Berbaloi-baloi. Bahkan sampai sekarang aku rindukan rasa nasi lemak itu. T.T

Tips membeli tiket murah, kenalah rajin-rajinkan diri tengok website airasia. Lepas tu jangan lupa booking makanan siap-siap sebab banyak tak perlu menunggu dan makanan memang tersedia untuk kita. Macam kami, berebut nakkan Nasi Lemak. Terpaksalah kawan sebelah aku mengalah. Pilih menu lain iaitu mee goreng mamak yang sangat pedas bagi aku. Thanks Mk. Jasamu dikenang!

Tips yang kedua ialah google terlebih dahulu tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar daerah Tawau. Macam kami, kami memilih mencari kenalan di Tawau. Alhamdulillah dia sendiri membawa kami ke sekitar Tawau. Kami takjub dengan keindahan alam di sana. Siapa kata Tawau tak ada apa-apa? Lautnya subhanallah amat cantik. Indah!

Yang pakai cap tu pemandu pelancong kami
Kat sini banyak pantai tapi tak ada pasir. Mana taknya memang tepi tebing air dah dalam. Bagi yang suka mengambil gambar, memang Tawau adalah tempat yang indah. Model yang tak lawa jadi lawa je bila tengok latar belakang yang sangat indah.

Tips ketiga, pilih perkhidmatan pengangkutan sebelum sampai ke destinasi. Kenderaan adalah perkara penting bila kita berjalan. Umpama patah kaki tak ada kenderaan. Jadi, bijaklah memilih kenderaan untuk disewa. Kadang salah faham boleh membuatkan kita jadi gaduh. Tapi itulah jadi masa kami di Tawau. Anggap itu pengajaran dan ingat semua orang ada tanggungjawab. Jangan main lepas tangan lepas tu buat muka tak bersalah. 

Naik bahagian belakang navara memang osem!
Tips keempat,
Masa membeli belah memang sangatlah digemari. Bukan setakat perempuan. Lelakipun sama. Nak-nak beli souvenier untuk dibawa pulang. Aku cadangkan korang membuat bandingan harga terlebih dahulu. Memang bila tengok rasa semua lawa. Semua nak beli. Tapi dalam banyak-banyak tentu ada kedai yang lebih murah harganya. Lagi satu belajar tawar menawar. Memang tak semua orang berbakat, tapi percayalah kepuasan membeli itu akan lebih terasa. Cayok!
Antara kedai cenderamata di Semporna
Apapun bila kita melabur duit, kita mesti mahukan yang terbaik. Bukan senang untuk mendapatkan wang. Hanya orang yang mengeluarkan keringat untuk sesuap nasi je tahu betapa pentingnya cara membelanjakan duit. Bila dah kerja baru faham, sukarnya. Jadi hargai wang anda sebaiknya. Jangan terlalu boros. Pesanan ini buat diriku juga ekeke =P
Kredit gambar kepada semua rakan yang terlibat.

Anak buah

Macam-macam kisah. Macam-macam ragam. Apa yang aku tahu mereka bukan anak aku. Tapi anggap macam anak sendiri. Kalau salah tegur. Kalau marah bukan tak sayang. Kalau jaga tak minta balasan.

Aku tahu dah ramai kawan seusia aku tengah tatang anak sendiri. Tak apalah. Aku ada anak buah pun dah okay. Bukan nak terasa ke apa. Jodoh tu belum sampai. Tak payahlah rasa kita serba kekurangan kalau masih sendiri...

;-)

Kad Raya untuk semua

Ps: Mood raya tak ada, tapi aku bahagia bersama family tersayang. Cukuplah dengan itu...

Entah apa tak kena dengan aku hari ni...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku nak meluahkan perasaan aku rasa serba tak kena. Sejak pagi sebelum pergi kerja lagi. Berikut adalah rentetan kesilapan yang aku lakukan.

1. Aku keluar pagar siap kunci, aku pakai kasut kerja padahal kena pakai kasut sukan sebab harini konon nak ajar PJ.
2. Aku terlupa pakai name tag, masa aku ingat aku dah kunci 2 mangga dan aku patah balik pergi ambil.
3. Aku lupa pakai lipstick, patah balik bukak mangga pertama. *Aku kena pakai sebab nanti nampak kusam dan tak bermaya. Lagipun barulah ceria macam anak murid kan?

Itu kisah pagi tadi. Kisah kad raya dan pos pula.
Siapa tuan mereka?
Aku siap print alamat, ada dua hamba Allah lambat bagi, terpaksalah aku tulis tangan dengan tulisan buruk. Lepas tu aku pun pergilah beli sampul dan tampal alamat kat sampul dalam kereta. Serba tak kena aku jadinya. Sampai aku berhenti dan aku ambil keputusan pergi pejabat pos dan beli setem. Konon balik rumah nak tampal elok-elok.

Sekali bila pergi aku terpandang gam kat pejabat Pos tu. Aku pun terfikir nak gam. Patah balik ke kereta ambil kad dan sampul serta alamat. Tengah menampal, boleh pulak gam meleleh sebab terbuka penutupnya. Aku pun tadah guna kertas yang ada. Aku gam jelah pakai jari yang selebihnya.

Kemudian aku nampak satu kad tak ada alamat, puas aku fikir. Rupanya Paripariputih tak ada lagi. Kebetulan alamat dalam handphone yang ada dalam kereta. Patah balik ambil handphone dan salin alamatnya laju-laju. Tulisan sangat buruk. Lepas tu aku terpandangkan span basah untuk lekat stem, tapi setem pulak ada kat purse yang telah aku campak dalam kereta sebab tangan penuh. Kembalilah aku ke kereta semula.

Lepas tu aku putus asa. Letih dengan kecuaian sendiri, aku pun gam sampul dan setem dalam kereta dengan tak selesanya. Senget benget setem aku tampal. Aku serabut sangat masa tu. Akhirnya, siap juga 20 keping kad selamat dicampakkan dalam box merah. Tinggal satu sebab alamatnya di Kajang. Pandailah aku pusing cari rumahnya. Yang terasa nak kad dari aku, ampun maaf. Aku bagi yang cepat bagi alamat je. Lagipun pos dua puluh keping pun dah serabut. 

Kbai.

Iftar bersama blogger Kay_Are

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku rasa ramai yang kenal mamat ni. Ehem popular dalam kalangan gadis-gadis. Sabtu lepas aku dan family blogger mengiftarkan diri di kedai Tomyam area gombak. Lagi? Mohon tabah dengan keaktifan dan keakraban kami.

Sebelum tu aku plan baik punya dengan family blogger aku tu. Nak iftar sama untuk terakhir kali pada Ramdan kali ini. Yalah, minggu depan masing-masing ada rancangan sendiri. Inipun korum tak cukup. Jadi jejaka bertuah bernama Kay_Are telahpun aku ajak dengan muka tak malunya.

Sebenarnya aku pernah jumpa dia di Wedding Nadh dan Kak Kiera bulan 11 tahun lepas. Setakat jumpa jelah. Tak sempat bertegur sapa pun. Kali ni memang berpeluang berborak dengan dia dan sempat skodeng kereta merah dia tu. Idaman aku kot. Harap satu hari nanti aku boleh menyelit dalam kereta tu. Tumpang orang punya pun jadilah haha.

Siakap stim
Kami makan besar malam tu. Orang belanja sebab bonus melimpah ruah. Alhamdulillah, orang tak kedekut rezekinya Allah murahkan. Oleh itu, marilah tengok gambar makanan. Wajah Kay Are? Aku tayang kejap lagi ekeke.
Siakap 3 rasa
Kesimpulan dari perjumpaan ringkas ini ialah jangan takut berjumpa blogger. Bukan dia nak gigit kau pun, blogger pun manusia biasa. Kadang alam maya lebih bermakna dan akrabnya melebihi yang realiti. Percayalah. 70% kawan aku adalah dari alam maya dan komen Kay Are pasal family blogger aku tu, "Korang macam rapat sangat. Macam family..." See? Belum jumpa belum tahu, belum cuba belum tahu juga ekeke.

Tibalah masa menunjukkan wajah blogger Kay_are atau link blognya kazreal.blogspot.com.
Terima kasih Dikbi sebab belanja kami.
Terima kasih PPP and family sebab datang makan LOL.
Terima kasih Ain sebab datang membulatkan diri LOL.
Terima kasih Naim sebab sudi jugak kau datang walaupun kau buta ......... *kau je faham LOL.

Accident lagi dengan divider

Aku tak tahulah apa badi aku dengan divider highway. 2011 aku langgar divider. Tahun ni aku menyagat kereta kat divider. Nasib tak ada apa jadi tadi. Aku syukur sangat tak ada apa jadi.

Tahun dulu pun bulan Ramadan. Tahun ni pun. Nampak tak kaitannya? Tapi kali ni aku bawak slow sebab hujan lebat sangat dari Jelebu-Kajang. Bila kat LEKAS tu makin lebat.

Aku rasa kereta aku dah macam nak ke tepi. Aku pun pusing stereng dua tiga kali. Bagi elak divider tu. Akhirnya, kena juga. Terseret dari depan sampai belakang. Bunyi macam orang main racing tu. Aku terus tekan lampu kecemasan. Turun masa tu jugak.

Aku risau pintu tak boleh buka. Aku tgk calar agak teruk. Aku pun bawak lagi slow. Tukar lane tengah. Kat tepi tu memang banyak air bertakung . Jadi kepada sesiapa yang lalu LEKAS jangan lalu lane kanan. Sebaiknya berhenti tunggu hujan reda.

Allah bagi aku peluang untuk hidup. Bukan kedua. Tapi ketiga. Aku sangat bersyukur. Walaupun sedih kereta bercalar yang sangat teruk. Nyawa lagi penting. Cedera kereta aku boleh bayar, cedera diri tiada harta yang mampu membayarnya...

Tak mesra pengguna betul!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Baru sehari aku tukar comment box dari yang biasa kepada G+. Yang aku dapat cumalah 3 komen. Paling penting dua orang pengkomen tegar aku komplen tak dapat mengomen. Sedih sangat diorang tak boleh tinggalkan komen.

Itulah tangan gatal lagi nak try yang baru. Nampaknya tak semua yang baru itu seronok. Adakala baiklah setia dengan yang lama. Oleh itu, aku kembali ke pangkal jalan. Harap lepas ni tak ada yang meroyan tak boleh tinggal komen dah. Anon pun boleh tinggalkan komen.

Walaupun aku semakin malas berblog, berblogwalking, mereka tetap setia berkunjung ke teratak sepi ni. Siap berlumba-lumba nak komen. Bukan aku buat Top Commentor pun. Tapi keikhlasan mereka tu amatlah aku sanjung tinggi. Terima kasih banyak-banyak atas kesetiaan korang. Terharu mak noks. *tissue please (srot srot srooooot) =P

Puasa pertama yang mencabar akal dan minda serta emosi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Puasa yang pertama betul-betul mencabar kewibawaan aku sebagai manusia. Yang pertama anak murid yang sangat aktif. Kalau lecturer datang observe memang gagal. Tapi sebenarnya skill mengawal kelas memang tak semudah teori yang kita belajar. Bila praktikkan memang tak 100% betul.

Tipulah kalau aku tak marah anak murid. Tipulah aku tak jentik langsung. Tipu sangat. Aku baik dengan mereka tapi pada masa yang sama kenalah tegas. Aku cuba mengawal amarah lagi-lagi bulan puasa. Nak-nak pembantu prasekolah tak ada. Kalau pembantu ada, budak takut nak buat bising.

Aku sebenarnya tak kisah budak-budak nak main ke apa. Tapi bila fikir balik, kami di sekolah. Tempat belajar. Yang ramai manusia di dalamnya. Bukan kami je ada. Nak tak nak aku perlu kawal supaya tak ada yang datang menjenguk. Kalau tegur depan tak apa, kalau belakang? Sentap!

Sangat mencabar puasa lagi bila ada orang buat lawak yang tak lawak. Sebenarnya apa yang kita tulis itulah yang kita maksudkan. Kalau melawak, kita akan cepat faham. Ini tidak. *HAHAHA itu macam plastik je nampak. Wake up! Kalau ya melawak, tak semua boleh terima lawak itu dan akhirnya sendiri yang mengamuk tak tentu. Bila kita melawak tahu pula tak boleh terima? Haila manusia =)

Jelebu dan bergelar guru

Itulah tempat yang tertera dalam surat penempatan. Perasaan bercampur baur. Sedih pun ada. Blur ada. Gembira? Entah. Sejujurnya aku belum boleh terima kenyataan yang aku perlu ke tempat ini. Jauh dari keluarga dan rakan.

Lain benar rasa bila dah bergelar cikgu. Dulu belajar main-main. Seronok sangat bila murid panggil cikgu. Rasa nak melompat. Sekarang? Lain sangat. Rasa terbeban satu tanggungjawab yang besar.

Jelebu. Sebuah pekan kecil pada aku. Memang tak ada apapun. Jalan bengkang bengkok itu biasa. Pergi mana-mana rasa jauh semata. Tempat orang yang ganjil aku rasa. Serius aku tak pernah jejak kaki ke sini.

Apa yang aku lakukan? Cuba berubah untuk menyesuaikan diri. Janggal itu biasa. Dipulaukan itu ada terasa. Orang baru. Muda. Freshie. Ada degree pulak. Memang orang akan cop bukan-bukan. Itu normal. Aku cuba hadam gaya hidup di sini. Aku harap aku akan terus mampu bertahan.

Redha adalah perkara utama yang aku harus lakukan tika dan saat ini. Ada hikmah semua ini. Ada ganjaran menanti esok hari. Tiap hari menyedapkan hati diri sendiri. Di tempat terpencil ini. :-)

Copy paste biar berpada jangan bagi betis nak paha

Ada kakak blogger main-main cakap nak copy paste cerpen aku. Uihh nak gugur jantung. Tak boleh. Tak boleh. Itu memang tak boleh. Ini bukan saja mendatangkan marah, tapi boleh putus sahabat.

Copy paste berpada tu maksud aku macam status. Entry yang berunsur nasihat. Itu tak apa bagi aku. Janji niat dia baik. Pahala dapat kat kita. Tapi kalau karya aku kena ciplak memang aku menangis.

Bak kata Boni, hasil kerja kita. Ya aku tahu tu. Aku pun akan marah. Sebab cerpen tu kita usaha bersungguh. Takkan cakap terus siap cerpen sebuah. Lagi-lagi dia bukukan hasil kita. Dapat duit dari jualan hasil. Itu sangat tak boleh.

Copy paste berpada-padalah. Jangan orang bagi betis nak paha. Agak melampaulah kan kalau kita bersusah payah buat orang lain dapat nama. Itu memang tak adil. Allah pun tak suka orang macam tu. Apa yang aku maksudkan dalam entry sebelum ni sesuatu yang tak mendatangkan keuntungan harta mahupun nama.

Status aku makin ramai copy paste tak bagi kredit. Aku tak kisah sebab saham aku tetap dapat. Setakat status apalah sangat. Tapi kalau dia bukukan koleksi status aku pastu letak nama dia memang sup kakilah jawabnya. Jangan guna hasil kerja orang lain untuk berjaya...

Konvokesyen aku datang!

Lama sungguh tak update. Pitam!

Sebenarnya aku nak beritahu semua yang membaca blog ni yang aku dah nak konvo. Yehuuu! Selamat konvo Ipah!

29.05.2013 di PICC Putrajaya. Datanglah ramai-ramai.

Orang kata belajar kat maktab perguruan ni senang. Aku pelik. Pernah ke diorang duduk belajar selama 5 tahun setengah kat sana. Dari asasi hinggalah final year degree. Dah rasa? Mudah?

Ramai yang masuk sebab elaun. Aku setuju. Tapi kehidupan kat maktab taklah mudah bagai dikata. Kami belajar juga. Cuma keadaan dalam maktab memang tak sama dengan universiti. Life campus sangat berbeza.

Di maktab sememangnya mendidik menjadi guru. Disiplin dibentuk. Kami tak bebas macam pelajar universiti. Kami ada kelas tiap hari sampai petang. Kami wajib pakai baju kurung setiap hari kecuali masa sukan. Tapi semua itu bersebab.

5 tahun setengah telah berakhir. Tipulah kata tak rindu zaman belajar. Kami bukan semata belajar jadi cikgu. Tapi kami juga belajar erti sahabat, tanggungjawab, erti hidup. Macam-macam lagi. Rindu!

Psst, kalau suruh aku belajar balik kat maktab. Jawapan aku....korang fikirlah sendiri :-P

TIGA sebab aku malas update blog iffahafeefah.com

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk nak gempak je kan? Sebenarnya lama dah aku perasaan perubahan diri aku. makin hari makin malas. Rasa macam kosong, kosong, kosong. Jadinya jiwa nak menulis pun kosong. Macam korang tahu selama ni memang trademark aku menulis dari hati. Orang kata bukan aku kata ye. Nak tahu ke kenapa aku jadi macam ni? Okey aku senaraikan.

*Gangguan emosi
Ya, aku terlalu beremosi akhir-akhir ni. Entah kenapa aku rasa macam aku terlalu inginkan sesuatu sampai aku mengabaikan sesuatu yang menghargai aku. Aku tercari-cari benda yang tak ada. Tapi bak kata adik angkat aku, Mija. Barang lepas jangan dikenang. Untuk itu aku kena usaha lupakan sesuatu. Aku kena!

*Berjimba-jimba
Seperti yang korang nampak dalam facebook, aku asyik keluar je. Aku melalui fasa suka keluar dari rumah. Bukan nak kata rumah sendiri tak seronok. Tapi bila dah duduk terperap kat rumah aku rasa macam beku. Kaku. Jadi aku perlukan suasana yang lain dari biasa. Mungkin tiba masanya aku cari kerja. Supaya aku taklah macam orang yang tak ada jasa pada Negara kan?

*Pou dan We Chat
Aku cantumkan sekaligus. Sebab dah jadi fenomena besar yang melanda diri aku sekarang ni. sehari tak tengok Pou tak sah. Mohon download kat Playstore bagi pengguna android. Kemudian We Chat, ramai kawan. Aplikasi mudah alih dan aku boleh bercakap tanpa perlu menaip menyebabkan aku leka dengan kemudahan itu. Aku jadi makin malas menaip sedangkan dulu hobi aku menaip. Kalau boleh sekarang update entry nak rakam suara je. Mungkin aku dah habis belajar, jadi tak ada assignment yang bertaip perlu dihantar. Salah satu punca jugak kan?

Apapun alasan aku bagi tetap merangkumi satu kesimpulan iaitu aku malas. Mungkin aku perlu cari kerja. Aku suka kerja yang memerlukan aku menaip sebenarnya. Macam buat status tu. Kalaulah aku ada peluang kerja macam tu. Alangkah bahagianya. Tapi sayang, tak semua benda yang kita idamkan akan dapat. Ye tak? Sekian saja luahan perasaan aku.

#Terima kasih yang terus bagi sokongan aku untuk terus menulis. Satu demi satu aku akan cuba taip banyak-banyak bagi mengembalikan keghairahan menulis. Doakan aku!

Cerita temuduga SPP di Putrajaya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Skema betul tajuk entri. Ramai sudah kongsi cerita termuduga. Aku je belum. Baru sudah pagi tadi. Bangun sebelum subuh lagi. Tak pernah-pernah bangun seawal tu sejak menganggur ni. Fuh! Ingat nak pergi sendiri, tapi mak aku simpati jadi dia hantar dan tunggu. So nice of her! Dia memang semangat bab pendidikan, kerjaya anak-anaknya.

Sampai pukul 7, beratur panjang. Lepas tu kasi IC, lesen memandu. Best part, ialah scan mata. Huiyooo, kagum aku. Biasalah, selama ni pakai cap jari je kan. Rupanya maju jugak negara aku ni. Lepas tu semua berpusu masuk ke blok masing-masing. 

Masuk situ ada pegawai yang ramah dan mesra alam. Habis satu bilik ketawa dengan telatah dia. Macam biasa, check semua. Masa ni nervous aku meningkat. Pegawai tu suruh aku tandatangan kehadiran. Aku dengan muka tak bersalah mintak pen dari dia.

"Eh cikgu pun tak bawak pen? Macam manalah awak ni..." Kuat pulak tu dia cakap. Habis semua pakat gelak. Aku memang pergi mana-mana ada je perangai sengal serba tak kena. Punyalah cun pakai hari ni. Malu kat pakwe-pakwe handsome dalam tu.

Tak sampai lima minit nama aku dan lain-lain dipanggil masuk. Apa cepat sangat? Tak sempat nak berdebar pun ==' Beratur, akhirnya berenam dipanggil masuk bila bunyi loceng. Macam biasa mula-mula kena kenalkan diri. Aku orang pertama memandangkan semuanya menikus. Yakin je bercerita. Buat macam rumah sendiri.

Serius mula-mula agak santai. Aku pun tak gementar sangat. Semua soalan boleh jawab. Tapi yang paling aku tak dapat jawab dia tanya pemegang hos air pili bomba tu apa namanya? Sebab aku kata masa sekolah aku masuk Kadet Bomba. Haruslah aku tak ingat, selamat semua orang dalam tu tak tahu. Banyak topik dia tanya. Semuanya berdasarkan cerita masing-masing.

Soalan cepumas ialah pasal Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Aku memang tak belajar sangat pasal ni. Yang asas je aku ingat. Jadi jawab berdasarkan pengalaman je. Tapi semua bakal guru yang sekali dengan aku tadi semua boleh jawab. Semua santai dan bersahaja. Cuma adalah yang gagap, gigil dan sebak. Itu lain cerita. Aku tenang. Entah, mungkin sebab keyakinan diri aku memuncak kot. Walaupun tak tahu banyak, tapi aku tetap jadi diri aku. Heee...

*Chicken pox masih aktif, tapi tak gatal macam hari tu wuwuwuwu


Sakit

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ujian tu Allah beri tak kira masa.
Badan aku dipenuhi bintik merah.
Chicken pox?
Ya Allah, interview khamis ni...
Apa aku kena buat?
Dokumen tak settle lagi.
Nak pergi Melaka kononnya.
Lepas interview nak pergi gath cadangnya.
Minggu depan rancang nak pergi camping.

Dan aku terduduk...

*Izinkan aku menangis T.T

Alhamdulillah dapat BR1M 2.0

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Semalam aku pergi ambil BR1M. Sangat ramai orang. Dengan hujannya. Mujur petugas berperikemanusiaan, pendekkan barisan. Jadi kami tak perlu beratur lama dan kehujanan. Macam biasa nombor diambil dan masuk dewan. Fuyyo no 242. Aku orang ke 200++ memang ramai dah sampai masa tu. Mujur sejam je selesai semua. Dia panggil nombor dengan pantas. Orang pun tak payah tunggu lama. Duit punya pasal, lama pun sanggup kot =)

Ambil dari google
Macam nilah baucer yang aku dapat. Memang semalam nampak betul-betul satu Malaysia. Tiga kaum duduk dalam satu dewan. Tapi semuanya niat yang sama. Nak dapatkan duit. Aku sebenarnya tak terfikir nak ambil, kawan aku suruh isi hari akhir kat hostel. Aku main isi jelah. Thanks to her, aku ada duit belanja sekarang. Orang mengganggur macam aku ni, memang harap duit orang je. =='

Nak kerja pun fikir sepuluh kali. Hurm tapi apapun terima kasih kerajaan bagi duit ni. Akan aku gunakan sebaiknya. Bersyukur T.T...

Hadiah birthday paling hebat aku rasa

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik yang ku kasihi sekalian, doakan aku berjaya lulus temuduga ni. Lepas dah lulus baru boleh kerja. Hidup ni sebenarnya mencabar. Adakala kita tak sedar yang kita perlu lebih berusaha untuk sama taraf seperti yang lain. Jangan terlalu senang dengan kedudukan kita sekarang.

Untuk ini, aku doakan rakan-rakan seperjuangan untuk berjaya. Satu batch harapnya lulus. Untuk graduan Universiti jugak, aku harap korang dapat panggilan temuduga. Terutama blogger Zul Ak ehh =P

Serius! Doakan aku semua =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers