CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label cerita pendek. sweet story. Show all posts
Showing posts with label cerita pendek. sweet story. Show all posts

BLACKSUIT PHOTOG memang terbaik dari ladang gandum!



ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kami dah kahwin! Macam poyo jek. Macam bajet jek. BTW aku lupa nak umumkan nama suami aku. Inilah orangnya. Blogger jugak. Almaklumlah, kalau dah namanya jodoh. Takkan ke mana, pusing-pusing dia jugak akhirnya jadi Mr. Perfect 10 aku. *pitam sesaat. Dialah Mr Tarmizi aka MIZI SEMPOI :p *sempoi sangatlah tu haha.

Itulah hakikatnya yang penulis blog ni memang poyo pun. Sajalah nak update setelah sebulan lebihpun jadi bini orang. Tak ada apa yang berbeza melainkan aku ada orang baru, keluarga baru, rumah baru dan hobi baru. Ehemmmm. Apa hobi tu? Rahsia! Haha :-)

Oh ya, tujuannya nak tunjukkan gambar kahwin. Mana-mana yang nak kahwin tapi masih belum ada tukang mengambil gambar poyo acah-acah sweet korang tu bolehlah layari FB :BLACKSUITPHOTOG. Memang ohsem! Tak payah pening pasal harga dan jauh ke apa. Memang diorang sendiri akan datang. Cas prop ke minyak ke apa ke memang tak ada. Siap diorang belanja kitorang sewa basikal fefeeling korea gitu. Kau hado?

Cakap banyak pun tak guna. Nah gambar sweet owner blog yang tak pernah korang skodeng selama ni. K chow! HAHA *Lari sebelum ada yang muntah pelangi :p
Auch tunjuk cincin tunangpun bolehhhh...
Kan aku dah kata. Korea baq hang!
Ps: Ada orang suruh update, updatelah daripada berhabuk kan. *sapu sawang kejap. kbai!


Cerpen: Kisah Kami Berdua

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Group Masih Cinta aku pandang tanpa berkelip. Rasa berpinar kepala ini memikirkan Big Boss Masih Cinta yang tak jemu menjodohkan aku. Setiap kali ada lelaki baru dia kenal mesti dia sibuk nak ‘kenen’. Kadang rasa nak lepuk je kepala dia. Aku bukan marah. Tapi setiap kali dia jadi ejen cari jodoh mesti tak berjodoh. Apa punya badi dia bawa aku tak tahu.

“Hoi menung apa tu beb?” Zaitul datang menepuk bahuku. Terus rasa nak gugur jantung.
“Amboi, dah siap buat Teh Tarik Masih Cinta ke?” Aku segera menutup skrin smartphone yang berada di tangan.
“Aku masak air je okey. Kau yang kena buat. Kau kan anak didik PPP… aku try dari tahun lepas tak jadi macam PPP ajar…” Merungut pula dia. Aku mengeluh. Malas betul buat air. Sampaikan Umar kawan kitorang cakap aku tukang buat air. Entah apa yang diorang rasa sedap entah. Dengan malasnya aku bangun dan ke dapur.
“Kau kenapa muka lain macam ni? Kang PPP dengan anak dia balik muka macam ni. Apa pulak kata dia?” Mukanya aku pandang kejap.
“Nampak sangat ke weh?” Aku cuak.
“Yup. Aku kenal ko dah lama. Ceritalah kenapa?” Zaitul selalu berada di sisi aku saat aku menangis. Saat aku ketawa. Dia umpama penasihat kanan aku yang setia bersama aku susah senang. Penasihat kiri aku mash di dalam bilik. Entah apa dibuatnya.
“Aku tanya ni. Kau ni… berangan je kerja…” Bebel Zaitul. Ain muncul. Panjang umurnya.
“Amboi Ain. Lamanya mandi. Mengelat ke?” Aku sengaja ubah topic.
“Ebu aku telefon. Tanya bila nak balik Ganu. Aku cakap tak tahu. Malas betul nak balik…” Aku dan Zaitul serentak ketawa. Macam rumah ini kami punya. Tuan rumah lesap beli nasi lemak.
“Ain, ko duduk dengan PP je. Temankan dia. Aku dengan Iffah esok kerja…” Zaitul berkata dengan gelak bersisa.
“Kejam korang!” Ketawa bersambung lagi.

Xxxxxx

Malam itu aku tak senang. Jam hampir ke pukul 12 tengah malam. Aku masih belum bisa lelap. Skrin smartphone ku buka semula. Notification from Facebook Messenger.

“Salam” Si dia memberi salam. Macam tahu-tahu je aku belum lena.
“Ye ada apa?” Salamnya aku jawab dalam hati.
“Tak jawab pun salam saya. Awak buat apa?”
“Salam tu bukan wajib ditaip. Saya dah jawab dalam hati…”
“Garangnya… hari tu saya minta nombor awak… awak tak bagi pun?”
“Ooo serius ke nak nombor saya? Buat apa?”
“Saja. Saya nak kawan dengan awak…” Jujurnya dia ni. Aku mulai hilang sangsi. Dari hari pertama dia menegur aku di Group Masih Cinta. Aku ingat dia Antara lelaki miang yang sibuk nak menggatal. Facebook ni bukanlah 100% betul. Banyak fake account. Aku risau suami orang je ni. Memang pantang aku kalau suami tak setia.
“Awak…” Dia menegur lagi.
“Ya apa dia? Saya sebenarnya tak suka kawan dengan lelaki sebarangan. Awak ni suami orang ke? Ada makwe? Kalau ada hentikan jelah saya nasihatkan awal-awal. Saya tak suka lelaki tak setia ni.” Panjang aku taip. Geram rasa bila fikirkan. Walaupun aku tahu dari post dia di group dia baru putus cinta. Tapi aku masih lagi ragu.
“Saya single dan saya serius nak kawan dengan awak. Saya suka kat awak. Saya tak suka tengok awak bergurau dengan lelaki lain kat group tu…”
Terpegun aku.
“Jangan risau kalau tak percaya kita boleh jumpa sekali dengan PP…” Aku terus membulatkan mata.
Lagi sekali kepalaku terasa berpinar.
“Saya tak suka lelaki yang pandai cakap je. Kalau awak suka saya buktikan…” Titik! Aku tak mahu lagi bermain kata dan cinta.
“Okey. Apa buktinya?”
“Kita jumpa dulu…”
“Boleh. Lepas tu apa?” Aku cabarnya.
“Lepas tu kita couplelah kalau awak suka saya jugak…” Senangnya dia cakap. Aku pening.
“Saya tak suka couple. Kalau awak serius nakkan saya… buat cara elok.” Aku offline. Malas aku fikir. Dia mungkin bukan serius. Couple? Zaman dulu mungkin aku akan terima. Tapi sekarang bukan lagi begitu caranya. Aku tak mahu bercinta lagi. Serik!

Xxxxxx

Aku meneruskan hari seperti biasa. Enggan melayan perasaan yang tak berkesudahan.
“Pop!” Segera ku capai smartphoneku. Mesej dari dia.
“Salam, saya tak tahu macam mana nak cakap…” Aku geram.
“Cakap jelah. Apa dia?” Lambat betul dia bertindak. Bisik hatiku.
“Apa kata saya masuk meminang awak je?”
“Betul ke aku cakap ni…” Dia bebel sendiri dalam private message di Facebook. Aku tergamam. Terkejut sungguh dengan kenyataan dia sebentar tadi. Cepatnya! Terus nak masuk meminang? Aku menampar pipi sekali.
“Awak biar betul? Agak-agaklah meminang. Jumpa pun belum…” Balas aku selamba. Sedang hati bagai nak gila debarnya.
“Jomlah jumpa. Kita jumpa ramai-ramai kalau awak takut…” Aku terdiam lagi. Debaran makin jelas terasa.
Akhirnya, kami berjanji untuk berjumpa. Alhamdulillah. Hati aku makin yakin untuk memilih dia sebagai teman hidupku. Setiap soalan Zaitul dan PPP aka Pari Pari Putih dijawab dengan tenang. Aku lebih banyak berdiam. Walaupun, malu masih menebal. Aku makin yakin dengan keputusan aku.
“Dialah calon paling sesuai!” Itulah tekadku. Malam itu juga aku ceritakan kepada ibuku. Pelbagai soalan diajukan. Ibu kelihatan masih ragu dengan keputusanku. Mungkin terlalu awal sesi perkenalan kami.
“Suruh dia datang rumah. Kita kenal dulu orangnya macam mana…” Itulah kata akhir ibu. Aku terasa ingin sujud syukur. Allah telah mudahkan jalanku. Syukur sekali lagi.

Xxxxx

“Kalau semua setuju, bolehlah sarung cincin. Panggillah Iffah keluar…” Suara ibuku jelas dari ruang tamu. Debaran sungguh tak terkawal. Ku jenguk perlahan. Ramai di luar menanti aku.
“Cepatlah, bakal mak mertua dah tunggu tu…” Cikgu Mim merangkap kawan ibu menggesa aku. Sekilas aku pandang Zaitul.
‘Begini agaknya debaran Jai masa bertunang dulu…’ Bisikku sambil berjalan perlahan dan duduk di kusyen empuk. Betul-betul di hadapan emaknya.
Dua cincin disarung di jari manisku. Cincin pemberiannya aku pandang lama. Kini aku bergelar tunangan orang. Bagaikan sebuah mimpi panjang. Cerita aku dan dia tidaklah semanis rekaan yang pernah aku karang sebelum ini. Tapi aku tetap terasa manisnya. Sungguh jodoh itu benar-benar rahsia. Siapa sangka perkenalan singkat ini bakal di ikat dengan lafaz ijab dan kabul beberapa bulan lagi.
Walaupun semuanya tidak dirancang, malah aku pun tak sangka secepat dan semudah ini jodoh sampai namun aku tetap bersyukur. Jodoh setiap hambaNya pasti ada. Cepat atau lambat. Serahkan segalanya kepada Dia yang berkuasa menentukan segalanya.

Xxxxx

“Kenapa tunang tak beritahu?” Tanya seseorang. Sugul wajahnya.
“Sebolehnya aku memang nak rahsiakan kerana aku percaya sebaik-baik pertunangan adalah elok dirahsiakan tetapi demi menjaga hati semua pihak. Aku cuma beritahu orang terdekat. Cukuplah sekadar beritahu. Insyallah walimah nanti aku jemput semua. Biarlah satu dunia tahu aku isteri dia. Doakan ye!”
“Baiklah… aku doakan…” Dia berlalu pergi. Aku tahu dia kecewa. Tapi kalau dia percaya pada jodoh, dia akan terima berita ini dengan gembira. Aku terima tunangku bukan untuk sesiapa tetapi untuk aku. Aku yakin dialah jodoh yang dinantikan selama ini. Alhamdulillah.
Tamat!

Ps: Cerita ini berdasarkan kisah benar si penulis blog. Namun ada sesetengah rekaan semata-mata. Cukuplah cerita sebenar aku, dia dan yang terdekat sahaja tau. Kisah kami mungkin tak romantik. Kisah kami mungkin tak menyentuh tapi percayalah aku paling suka kisah kami berdua. Doakan kami cinta sampai jannah ye!

Cerpen: Cinta, kasih, sayang dan setia selamanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Laju kakinya melangkah pergi. Tak betah lagi dia menyaksikan kedua-dua mempelai di singgahsana yang indah. Cahaya silau dari lensa bukan sahaja menembusi anak matanya tetapi menerobos masuk ke tangkai hatinya. Remuk redam tidak terkata. Lelaki itu sedang tersenyum. Itulah hukuman yang paling berat dia rasakan ketika ini. Janji itu tidak semua boleh dipercayai. Apatah lagi hanya janji di bibir cuma.

“Semoga kebahagiaan kau berkekalan hendaknya. Walaupun kau bahagia atas kedukaan yang kau hadiahkan kepada aku…” Dania senyum dalam tangis.
Dia memandu laju tanpa tujuan. Matanya masih terbayang wajah gembira lelaki yang pernah berjanji setia. Bukan hatinya saja dipermainkan. Malahan hati keluarganya. Dania kecewa. Entah bagaimana dia boleh terjumpa lalu jatuh cinta dengan lelaki yang hanya pandai menanam tebu di bibir.

“I janji dengan you. I akan sayang you sampai bila-bila. Tapi sebelum tu, I nak kita bertunang. I takut you jatuh ke tangan orang lain. I tak sanggup. I love you so much, Nia!” bait lelaki durjana itu kekal di ingatan. Demi kasih Dania sanggup memujuk ibu bapanya dan keluarganya. Sebulan selepas itu, mereka diikat. Perjanjian sudah dibuat. Dua tahun akan dating mereka akan disatukan dengan ikatan suci berteraskan agama. Namun, segalanya berubah. Tak sampai satu tahun. Dania menangis. Sesal tiada guna.

“I busy kat sini. I kan buat master. You mana tau, you tak tak belajar macam I. Serius I tak boleh contact you selalu…”
Alasan demi alasan dia terima. Masih Dania bertahan demi ikatan tali pertunangan mereka. Walaupun ramai sudah memberitahu tentang kelakuan lelaki itu di luar negara sana. Sungguh dia masih percaya pada kata lelaki tak guna itu.

“You lebih percaya kata diorang daripada i? You tahukan I buat semua ni untuk kesenangan kita. Family you tak bangga ke bakal menantu dia belajar tinggi-tinggi. Serius, I setia hanya dengan you sorang. Jangan percaya diorang. Please, I tak ada masa selain study. Makan pun terkejar-kejar. You tak tahu I macam bukan orang tau kat sini. Sakit rindukan you. Rindukan family. Masakan melayu…” meruntun pula hatinya mendengar luahan hati lelaki keparat. Sungguh dia cinta. Maka dia telan sahaja semua omongon lelaki itu.

xxxxx

Deringan telefon menyedarkannya. Tetapi, lambat dia menyambutnya. Emosinya kacau.

“Hello...assalamualaikum… kau ok tak? Kau kat mana?” tiada balasan.
“Kau jangan diam je, tolonglah jawab Nia. Aku risau dari tadi. Kau kat mana? Aku pickup kau ye?”
“Nia, please say something. Aku risau. Mak ayah kau risau. Hariz datang tadi…”
“Hariz…” Jijik rasanya menyebut nama lelaki itu. Untuk apa dia muncul di hari bahagianya? Bukankah dia sedang sibuk layan tetamu.

“Aah dia datang. Dia dari KLIA tadi, terus cari kau. Perghhh sayang gila dia dengan kau kan?” Dania mengeluh. Penipuan apa lagi yang dia perlu dengar? Lelaki itu patut dapat anugerah pelakon lelaki yang terbaik. Banyak sungguh sandiwara yang diciptanya.
“Serius Nia, aku jealous dengan kau. Tunang kau setia orangnya. Betul-betul dia risau. Sebab aku tak tahu kau ke mana. Kau keluar tak bagitau aku. Sekarang maybe dia nak ke rumah family kau pulak. Muka dia Nampak sangat tak sabar nak jumpa kau.” Dania ketawa.

“Kau kenapa Nia?” Yusmira pelik.
“Jangan kata…” Dia tergamam.
“Nia… Nia… please cakap kat aku kau ke mana?” Dia cuba lagi. Dia makin risau. Peluh dingin membasahi dahinya.
“Kau nak bagitau mamat tak guna tu kan? Aku takkan beritahu kau…” Talian dimatikan. Yusmira menggigit bibir. Sah! Perkara yang sama berulang kembali. Dia perlu memberitahu Hariz.

Xxxxx

“Sayang… buat apa tu?” Dania berpaling.
“Tak ada apa. Tengah tengok gambar kita ni. Kenapa muka saya macam ni eh? Macam kena paksa kahwin dengan B…”
Hariz tersenyum. Dia tahu isterinya masih bingung. Bukan Dania saja. Dia juga bingung. Tidak dia sangka begitu teruk kesannya terhadap Dania.
“Masa ni Nia tak puas hati dengan B. Sebab B cuit pinggang Nia…” Gelak kecil. Tipu itu berdosa. Tapi dia sanggup demi Dania.

“Serius? Nakalnya B ni. Tengok tak cantik muka Nia masa ni. Kenapalah orang tu ambil juga. Siap dia…” Hariz sendu tiba-tiba. Adakah ini pengorbanan yang dia perlu buat demi cintanya terhadap isterinya. Dania mengalami masalah serius. Adakala dia berhalusinasi. Adakala dia lupa apa yang dia alami kerana dia berada di alam sendiri.

“Hariz…” Tiba-tiba Dania menangis teresak. Hariz memandang saja. Dia dah biasa. Dia dah terbiasa dengan perubahan laku isterinya. Dua tahun dia sudah menjadi kekasih halal. Namun, Dania adakalanya lupa siapa dirinya. Kadang dia cuma ingat Hariz curang. Gambar kahwin mereka pun dia nampak pengantin perempuannya lain. Doktor pun tidak dapat membantunya. Psikologi isterinya memang terganggu. Namun tidak memudaratkan. Cuma adakala Hariz sendiri pening untuk menangani masalah bila isterinya berkhayal.

“Sampai hati awak tinggalkan saya. Awak janji nak jaga saya. Awak janji awak takkan curang… sekarang awak senyum bahagia dengan perempuan hodoh ni…” Hariz senyum. Sudah masak dengan drama sebabak itu.

‘Perempuan hodoh itu awaklah sayangku…’ Hariz mampu bisik dalam hati cuma.
“Harizz… saya rindu… sayang awak…” Gambar perkahwinan itu dipeluk erat hingga dia sendiri tertidur.
“B sayangkan Nia sangat-sangat. B doakan agar penyakit saying sembuh sepenuhnya. Walau apapun terjadi kasih saying B tak pernah pudar. Biarlah B menunggu berapa puluh tahun pun. Janji Nia di sisi B selamanya. Sayang isteri B…” Jatuh air mata lelaki di dahi si isteri tatkala bibirnya jatuh mencium dahi Dania Erisya. 

Cintanya bukan hanya kata-kata semata. Dia akan setia. Setia hingga syurga. Itu janjinya pada diri sendiri. Hariz senyum memandang wajah polos isterinya. Sayangnya tidak berubah. Walaupun Dania menuduhnya pelbagai tohmahan. Dia tahu hati Dania hanya untuk dia walaupun ketika dalam dunianya sendiri. Sekali lagi air matanya jatuh.

“Terima kasih Allah… Dania Erisya adalah hadiah terbaik dalam hidupku ini. Aku akan jaga amanahmu sebaiknya. Terima kasih atas jodoh yang kau berikan…” Air matanya begitu murah. Lantas dia kesat dan berlalu ke bilik. Dia ingin sekali mencium tikar sejadah. Dia bersyukur dengan cinta yang dihadirkan. Tak ternilai harganya. Dia bahagia kini. Itu yang paling penting. Dia telahpun mematri janji bahawa dia akan cinta, sayang, kasih dan setia pada Dania Erisya di depan Allah yang Esa.


 PS: Cerita ini hanya rekaan semata. Penyakit itu pun rekaan ekeke. Lama tak lepas gian. Aummm...

Cerpen: Gadis IPHONE 5S

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM


Teaser!
Sibuk jari jemarinya menari di atas permukaan rata sejenis gajet yang sememangnya menjadi igauan ramai. Iphone 5snya terseksa kerana tak henti bekerja sedari tadi. Ada saja idea si pengguna menggunakannya. Powerbank masih setia menemani gajet itu. Pemilik gajet itu masih tidak mengendahkan manusia yang lalu lalang di sebelahnya. Bahkan sedikitpun dia tak terganggu dengan kehadiran mereka. Mana taknya dia masih mementingkan sesuatu di dalam gajet itu.

Adakala dia tersenyum sendiri. Ketawa kecil menghiasi wajahnya yang comel. Jelas dia masih berada di dalam dunianya sendiri. Dia tak pernah hiraukan orang lain. Dia memang akui yang dia seorang yang anti sosial. Bukan berlagak sombong tapi dia tidak tahu memulakan kata jika dengan insan yang belum dia kenali. Hidupnya hanyalah ada adik-adiknya.

G: Awak jangan senyum sorang-sorang boleh?
L: Kenapa? Nanti orang ingat saya gila ke?
G:Taklah. Nanti orang jatuh hati.
#pickupline

Haifa sungguh ralit melayan post jejaka misteri di dalam Instagram yang suka menunjukkan gambar pemandangan yang indah. Juga bahasa yang santai dan sangat sweet. Terbuai sungguh rasanya bila membaca ayat manis sebegitu. Sejujurnya dia tak pernah mempunyai seseorang yang istimewa. Jadi inilah yang menjadi peneman dikala dia kesunyian. Mr Double A! Selalu buat dia tak terasa keseorangan.

“Hei…” Mati senyumannya. Ayat pickup line yang menjadi ikutan di media sosialnya tadi hilang serta merta.
“Oh sorry…” Dia mencerun mata. Lengan bajunya basah. Air perempuan itu tertumpah sedikit. Mujur saja tidak terkena pada phone kesayangannya itu.
‘Nyawa kot!’ Helaan Haifa penuh kelegaan.

Pada mulanya Haifa tidaklah begitu emosi. Namun, perempuan yang bersalah itu langsung tidak meminta maaf. Lelaki selebet di sebelahnya pula menunjukkan riak kesal. Haifa terus mencapai tisu. Dilapnya kasar. Sangkanya, sepasang kekasih itu sudah meninggalkannya. Dia memang tak berminat untuk meneruskan perbualan. Dia marah amat.

“Cik, saya minta maaf sangat. Kami jalan terburu-buru. Sorry ye…” Terkejut Haifa Munira 
dibuatnya. Kepala didongakkan. Wajahnya masam dan berkerut seribu.
It’s okay…” Itu saja yang mampu dia luahkan. Padahal dalam hati meluap melihat muka perempuan gedik depannya. Perempuan itu membisikkan sesuatu ke telinga lelaki itu. Tidaklah dia dengar. Jelas, wajah perempuan itu mencuka.
‘Aku yang patut marah. Perempuan senget!’ Bisik hatinya.
This is my card, kitorang ada something urgent, just give me a call when you’re really need…” Sebaik sahaja kad bertukar tangan, terus pasangan itu berlalu.
“Akhirnya…” Lega bunyinya. 

Sememangnya dia cukup menyampah. Bila mana dia terpaksa membuka mulut untuk berkomunikasi. Berat rasa mulutnya untuk beramah mesra. Apatah lagi nak melampiaskan rasa amarahnya sebentar tadi. Dalam hatinya turut merasa pelik.
‘Mengapa lelaki itu memberinya kad? Nak mengorat? Mustahil!’
Dia hanya memandang kad hitam di tangannya itu.
“Aizul Azlan’s Photography…” Hanya itu yang terzahir di bibirnya.

Xxxxxx

“Kenapa you nak menangkan perempuan tu? You ni…” Terus disembur apabila masuk kereta. Aizul menghela nafas lelah.

Dia malas melayan karenah Qasrina yang makin menjadi-jadi. Ya, memang dia terpaksa mengikut kemahuan perempuan itu dengan alasan keluarga. Qasrina antara calon ibunya pilihkan. Keluarga mereka taklah mewah mana. Keluarga Qasrina pun sama. Tapi entah mengapa Qasrina always act like a princess. Gedik dan bajet kaya.

‘Kalau cun macam Princess Anna dalam Frozen tak apalah jugak…’ kutuk hatinya.
You dengar tak ni? Zul, I sakit hati sangat okey. Kita baru je makan, you dah ajak balik. Then jumpa minah weird tadi lagi. Really annoying! My god!” Omelan Qasrina bagai angin lalu. Dia cukup terpaksa keluar kerana dia tak dapat mengelak lagi.
‘Kalau bukan ibu buat drama air mata, memang aku dah membuta harini. Balik rumah ingat nak lepak je. Ish bosan betul!’ Hatinya rancak berkata. Kereta dipandu tenang. Dia malas melayan omelan di sebelahnya. Radio pun tenggelam dek kehadiran Qasrina calon ibunya yang pertama. Ada tiga calon lagi menurut ibunya. Dia menggeleng kepala.
You memang!” itu je kata-kata terakhir yang dia dapat dengar. Pintu ditutup kuat. Kaki dihentak tanda memberontak. Aizul geleng lagi.
“Bu, tolonglah carikan abang isteri yang bukan macam ni…”
Aizul geleng entah keberapa puluh kali untuk hari yang teruk ini.

Xxxxxx

‘Oh no! This is disaster!’ Bisik hatinya.
Patut dia duduk je lepak Damansara Damai tadi. Siti Aminah sudah cekak pinggang di luar laman.
Tahulah Aizul ada sesuatu bakal terjadi.

“Kamu tak reti keluar ke abang?” Suara ibu sudah menyapa telinganya sayup.
“Tak payah nak diam berteleku dalam kereta tu. Ibu tak marah. Cepat keluar…” Dia lembutkan
suara.
Tetamu ada di dalam. Tak bolehlah dia bertindak seperti mak tiri. Air muka harus dijaga. 
Walaupun gadis di dalam bukanlah anak kenalannya. Dia perlu menunjukkan contoh yang baik.
“Oh ibu ni lain macam je baiknya. Ada udang di sebalik mihun ke apa ni?” Sempat dia berkata
sebelum
melangkah keluar dari kereta Honda Civic Hybridnya.
“Assalamualaikum ibu. Kenapa ibu susah-susah je tunggu anak ibu ni balik. Ada apa-apa yang
specialke?” Jantungnya dah berdegup laju. Risau!
“Aah sangat istimewa. Memang lama dah bonda tercegat kat sini tunggu anakanda pulang.” Lagilah
peluh dingin membasahi segenap ruang mukanya.
‘Bondalah pulak ibu ni…’ Aizul kaget. Berdebar sungguh rasanya.
“Jom duduk dulu. Bonda ada tamu…” Terus Siti Aminah berjalan tinggalkan anaknya. Senyum 
simpul di
bibir terlukis. Memang dia suka menyakat anak sulungnya. Mana taknya asyik dia aje yang terkena. 
Ada saja idea anaknya itu. Like son like mother. Konon!

Xxxxxx

Langkahnya terhenti.
‘Padanlah Puan Siti Aminah behave semacam je tadi…’ Dipandangnya perempuan di depannya.
Muda!
“Hah Mastura… inilah anak bujang Mak Iti. Aizul namanya. Dia nilah satu-satunya anak lelaki Mak
Iti…” Aizul dah mula gelisah.
‘Takkanlah ibu nak jodohkan dengan budak ni? Like seriously? Entah dah habis sekolah ke tidak…’
Rungutnya dalam hati. 
Aizul mula tak keruan. Puan Siti Aminah perlu dihentikan. Kalau tidak makin
banyak plan tak masuk akal demi nak dia kahwin hujung tahun ni jugak.
Dia teringat masa dia salam di pagi Raya Aidilfitri lepas, ibunya minta menantu. Paling kurang 
calon. Tapi sehingga bulan 10 ini dia tak bersungguhpun cari calon. Ingatkan Puan Siti Aminah
bergurau.Sangkaannya meleset.

“Abang, inilah budak yang datang belajar masak dengan ibu. Bagus dia ni. Walaupun tinggal dengan
abang dan kakak sanggup belajar masak. Macam nilah ibu suka. Ibu suka orang yang nak masak.
Bukan setakat pandai tapi rajin masak,”
‘Lain macam je ibu punya ayat. Nak sindir aku ke? Dia jugak yang suruh aku bawak Qasrina yang
tak pandai masak tu makan kat luar tadi.’ Berkerut dahinya.
“Baguslah tu dik. Mak Iti memang pandai masak. Pandai juga berceramah. Free pulak. Okeylah ibu,
abang masuk solat dulu. Bye…….” Sengaja dia membalas balik kata-kata sindiran ibunya dengan
ayat sinis juga.
 Dia memang dah biasa begitu. Tapi tak bermakna dia anak yang kurang ajar mahupun
derhaka. Itulah pengikat kasih sayang mereka berdua. Adik perempuannya sedang futher study di
Jepun.

Xxxxxx

“Serius ke?”
“Kau nampak muka aku ni tengah mood bergurau senda di pasiran pantai ke macam mana?” Panas je
Telinga bila Aizul dengar ketawa kawan baiknya sendiri.
“Rileks bro. aku ingat Mak Iti memang teringin sangat. Sampai budak pun jadilah. Untunglah kau
kalau kahwin dengan dia. Nanti orang kata bini kau awet muda…” Dihujungnya ayat masih 
bersambung dengan ada bunyi tawa.
“Kau memang. Aku ingat datang lepak sini legalah hati aku ni. Kat rumah Puan Siti Aminah asyik
nak bakar line je. Sakit pulak telinga aku mendengonye…” Aizul geram.
“Kaulah. Masa Mak Iti suruh cari kau main-main. Aku ingat lagi. Kau ambik minah indon bininya 
Bang Saad tu. Konon nak troll mak sendiri. Sekali apa sudah jadi? Kau kena bantai dengan Bang
Saad. Tak cukup dengan tu,Mak Iti pulak bantai kau…hahaha…”
‘Again!’ Makin panas hati Aizul. Tapi apa dia boleh buat. Itulah kawannya susah senang. Kutuk
mengutuk. Ketawa sampai terkentut-kentut. Fahmi Amsyar!
“Kau ni. Barang lepas janganlah dikonang-konang…”
“Oh ya tadi kau kata nak cerita something selain Mak Iti. Apa dia?”
“Kaulah suka sangat dengan kisah mak aku tu apasal? Macam kipas susah nak mati pun ada jugak
aku tengok…” Giliran Aizul pula ketawa. Bantal dibaling. Sempat dia menyambutnya.
“Kau jangan…” Fahmi mula membuka langkah silatnya.
“Kau nak tahu ke tak ni? Aku sebenarnya dah jumpa calon dah…” Kata-kata Aizul Azlan benar
benar membuatkan Fahmi terpaku. Tapi sekejap cuma. Ketawa menghiasi ruang tamu rumah bujang
itu sekali lagi.
“Kau? Jumpa. Serius susah aku nak percaya. Masa mak kau suruh cari liat bukan main. Ke kau main
terkam je sesiapa buat jadi bidan terjun?” Fahmi terus menggeleng.
“Eh kau ni. Ni yang aku malas. Asal nak cerita kau potong. Bila nak habis kisah cinta aku ni? Kalau 
buat movie confirm tak laku sebab meleret je. Watak sampingan suka menyibuk…” Giliran dia pula 
ketawa melihat wajh Fahmi yang cemberut.
“Dahlah kau. Time susah cari aku. Time lepak makan yang grand vogues da vass cari minah gedik 
entah apa namanya tu…” Rajuk Fahmi.
“Tengok. Potong line lagi. Kenderaan berat ikut kiri bro. jangan asyik nak cantas je. Kau pelakon
pembantu je. Aku nak cerita pasal heroin tak selesai sampai ke sudah…” Mula dia mengomel '
panjang. Aizul Azlan sememanya banyak cakap. Lagi-lagi dengan orang yang disenanginya.
Diam. Fahmi buat isyarat menyuruh Aizul sambung cerita.
“Aku keluar dengan Qasrina, masa tulah aku jumpa calon bini. Pergh jantung aku rasa nyahfungsi…” Bersinar matanya menceritakan tentang gadis Iphone 5s yang tidak diketahui namanya.
“Cop! Izinkan saya mencelah Yang Arif, ayat tu tak payah nak bombastic sangat boleh tak? Cair otak aku nak hadam!” Aizul mengangguk lalu tersenyum. Dia berada di awangan. Langsung tidak dihirau teguran Fahmi.
“Cara dia tengok phone dia. Kusyuk. Comel je bila tiba-tiba dia ketawa. Rasa macam nak cubit-cubit pipi dia yang bulat tu. Eeeee…”
“Oi ini pipi aku. Agak-agaklah bhai kalau nak cerita. Tangan jangan merayap. Sah! Kau angau!” Fahmi tersenyum simpul dengan kesimpulan yang dibuat.
‘Angau?’ Dia tertanya sendiri. Lama dia menggelamun hingga Fahmi mulai bosan. Cakap dengan kawannya seolah cakap dengan dinding. No responds at all.
“Tahulah newbie bab cinta-cinta ni. Kemaruk sangat rupanya…” Bebelnya dan terus dia berlalu masuk ke biliknya.

Xxxxxx

“Selamat pengantin baru semoga kekal abadi… ewahhhh…” Suara itu dia kenali. Mana tak kenal. Rakan sekentut merangkap pengapitnya hari ni. Semalam adalah hari yang mendebarkan. Sebab sibuk praktis lafaz nikah. Risau ternikah dengan si adik. Mana taknya, kakak Munira adik Mastura.
“Kau nervous asal? Macam tak biasa,” Gelak Fahmi.
“Memang tak biasa. Aku first time kot nak nikah,”
“Bongok. Bukanlah tulah. Aku kata kau macam tak biasa tengok orang nikah. Kau kan photographer. Takkan lupa kot minat sendiri?” Aizul rasa nak sekeh laju-laju je mamat sebelahnya. Tapi apakan daya, Puan Siti Aminah sedang menjelingnya. Tandanya, suruh dia behave. Cis! Dah nak jadi laki orang pun kena control dengan ‘mak tiri’.
“Mana Mastura ye?” Tanya Fahmi tiba-tiba.
“Masak kot kat dapur,” Jawapan selamba si pengantin benar-benar menguji imannya.
‘Sabar Fahmi sabar… mentang dia dah jumpa jodoh. Lupa terus kat kawan dia ni. Dapat Mastura untung juga tu. Pandai masak. Muda lagi tu. Pakej!'
“Dahlah abang, Fahmi. Apasal tercegat kat luar. Tok Kadi dah tunggu lama dah ni. Kang majlis dah mula, pengantin belum menikah…” Puan Siti Aminah buat lawak. Yang sememangnya tak sesuai dengan ksituasi cemas dan gabra yang dialami Aizul Azlan ketika ini. Ketiak dia sudah basah. Si Fahmi lupa bawa payung pengatin.
 ‘Alahai nasibku…’ Sempat lagi dia mengeluh di dalam hati. Matanya sudah terpandangkan bakal 
suri rumahnya.
‘Oh gadis Iphone 5s ku…’ Meleret senyumnya. Akhirnya, mereka suami isteri. Sebelum hujung 
tahun dia telah menemukan calon menantu Mak Iti dan juga calon pilihan di hatinya. Rupanya semua
ini memang betul-betul plan ibunya. Memang mastermind! Aizul memang salute dengan Puan Siti
Aminah punya brilliant idea.

Aizul Azlan masih ingat ketika dia mengadu kepada ibunya tentang dia sukakan si gadis Iphone 5s yang dia sendiri tak tahu siapa gerangannya. Pandai betul ibunya berlakon. Siap offer nak tolong buat iklan lakaran muka gadis itu. Macam-macam! Dulu masa mula-mula memang dia tak boleh terima.

Xxxxxx

“Sampai hati ibu membelakangkan abang. Dulu ibu paksa abang keluar dengan Qasrina. Abang ikutkan je. Lepas tu, ibu kenalkan dengan Mastura. Serius abang ingat ibu memang nak kenenkan dengan dia. Abang risau sampai tak tidur malam tu….

Bila abang cakap abang suka kat Munira, ibu diamkan juga. Siap ibu nak iklankan kat surat khabar. Sikitpun ibu tak cakap Munira dan Mastura tu adik beradik yang ibu dah lama pun kenal…
Ibu buat abang malu. Malu sebab abang sorang je tak tahu apa-apa. Demi nak cari calon yang menepati citarasa ibu… Ibu mainkan hati abang. Qasrina sengaja tumpahkan air kat Munira. Itupun idea ibu kan? Supaya abang…”

Dia tak mampu teruskan. Sesungguhnya dia benar-benar kecewa. Dia seperti boneka. Kisah hidup dan cintanya dirancang oleh ibunya sendiri. Ini bukan cerita kahwin paksa. Ini bukan tipikal mak ayah kenalkan lepas tu kahwinkan.

“Abang…” Air matanya menitis. Sedikitpun dia tak ada niat untuk kecilkan hati anaknya. Dia cuma nak lihat anak lelaki tunggalnya bahagia. Kisah putus tunang memang memberikan impak besar kepada Aizul. Sebab itulah dia liat sangat bila Puan Siti Aminah sebut soal nikah.
“Tapi percayalah bang. Ibu mana tak nak tengok anak dia happy. Memang ibu tau anak ibu ni suka simpan bila dia sedih. Kongsi hanya bila gembira. Ibu kenal sangat abang tu. Sebab tu ibu minta tolong Qasrina…”
“Ibu tak payah buat semua tu. Abang ni lelaki… abang boleh uruskan diri sendiri…” Keluhnya.
“Qasrina pun satu…” Dia geram dan sebal.
“Qasrina tak salah. Memang ibu nak kenalkan abang dengan Munira. Tapi abang tu, selalu mengelak bila ibu cakap soal ni. Abang mana suka bila ibu masuk campur. Terpaksa je muka bila suruh teman si Qasrina… kebetulan hari tu Mastura kata Munira akan lepak minum sambil layan phone sebab hari tu hari cuti dia…

Tapi ibu tahu demi ibu abang mesti buat. Munira memang tak tahu apa-apa. Ibupun tak pernah cerita pasal abang kat dia. Sebab tu bila abang cerita abang dah suka kat Munira ibu seronok sangat. Ibu tahu abang mesti suka pilihan ibu…” Senyuman terukir. Sejuk sedikit hati Aizul melihatnya.

“Ibu tak patut buat macam ni. Bagitaulah abang terus. Penat abang cari Munira… sekali ibu pinangkan dia. Mau tak terkejut abang semalam? Tak pasal abang mogok lapar,”
“Sebab abang mogok laparlah ibu risau. Abang tu kuat makan. Kuat cakap. Bila tak makan ibu risau abang gastrik. Bila abang berkurung rumah jadi sunyi sepi…”

Air mata mengalir. Sebak sungguh. Dia benar rasa bersalah. Namun itu sahaja jalan buat anaknya meneruskan hidup. Puan Siti Aminah tak mahu lagi melihat Aizul mengabadikan diri dengan minat mengambil gambar hari bahagia orang lain.

Aizul memeluk erat ibunya. Sungguh dia bertuah punya ibu seperti Puan Aminah. Dialah ibu. Dialah bapa. Walaupun dia agak terkilan tentang cara pertemuan yang telah dirancang, dia kini bahagia. Dia menjadikan Haifa Munira sebagai isteri pilihan dan juga menantu pilihan ibunya. Dia sangat bersyukur kerana dia jumpa orang yang pendiam. Orang yang cute bila ketawa. Yang setia tanpa perlu menyatakan melalui kata. Dia hanya mengangguk tanda setuju bila dilamar bakal mak mentuanya.

“Abang, jom masuk" Tegur Haifa Munira dari belakangnya. Mr. Double A senyum meleret.
“Sayang, tengok bulan tu…” Haifa terus tengok ke arah itu.
“Cahaya bulan nampak malapkan?” Pancingnya.
“Aahlah bang, nak hujan ke?”
“Tak kot. Bulan merajuk sebab sayang lagi indah dari dia…” Haifa Munira menjegil mata namun sekejap cuma. Kemudian dia senyum. Dia berdiri rapat dengan suaminya. Siapa sangka suaminya dan Mr. Double A orang yang sama. Aizul Azlan. Lambat dia perasan!
“Sayang… kenapa mata abang tetiba sakit. Silau je rasa…” Mukanya sudah berkerut-kerut. Seperti pedih yang amat. Haifa mula gabra.
“Abang, kenapa ni? Jangan buat saya risau…”
“Taklah… isteri abang berseri-seri. Tu silau sangat tadi tu…” Pantas lengannya menjadi mangsa cubitan.
“Amboi. Garangnya dia. Dulu bukan main suka kalau abang post macam tu kat Instagram. Sengih sorang siap. Sekarang bagi khas untuk dia sorang pun tak sudi…” Rajuk hatinya.
“Abang ni. Merajuk macam budak kecik…” 
Lagilah panjang muncungnya. Kalah itik.
“Abang, abang cuba tengok cermin tu. Ada bendalah…” Laju Aizul memandang. Risau tak terkata. Malam-malam begini orang kata jangan ditegur. Dia tergamam seketika.

Saya tak pandai berkata-kata macam abang…
Tapi percayalah saya sayang abang seorang!

Nota cinta yang tertampal cukup buat Aizul Azlan tersenyum bahagia. Terima kasih Allah kerana mengurniakan cinta halal yang sungguh nikmat. Terima kasih ibu aka Mak Tiri aka Mak Iti aka Puan Siti Aminah kerana sudi menjadi jambatan cinta Aizul Azlan dan pasangan Haifa Munira. Terima kasih wahai gadis Iphone 5s kerana menjadi pelengkap hidup Mr. Double A!

‘Abang sayang sayang juga. Insyallah hingga ke syurga…” bisiknya di dalam hati. Tangan memeluk erat isterinya tercinta. Rasa bahagia menyelimuti segenap ruang yang ada.


Tamat!

Ps; I'm back. Mohon angkat bulu ketiak nak kira siapa yang rindu nak baca belog ini. Siapa baca habis wajib komen, Muahaha gila kuasa!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers