CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

BLACKSUIT PHOTOG memang terbaik dari ladang gandum!



ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kami dah kahwin! Macam poyo jek. Macam bajet jek. BTW aku lupa nak umumkan nama suami aku. Inilah orangnya. Blogger jugak. Almaklumlah, kalau dah namanya jodoh. Takkan ke mana, pusing-pusing dia jugak akhirnya jadi Mr. Perfect 10 aku. *pitam sesaat. Dialah Mr Tarmizi aka MIZI SEMPOI :p *sempoi sangatlah tu haha.

Itulah hakikatnya yang penulis blog ni memang poyo pun. Sajalah nak update setelah sebulan lebihpun jadi bini orang. Tak ada apa yang berbeza melainkan aku ada orang baru, keluarga baru, rumah baru dan hobi baru. Ehemmmm. Apa hobi tu? Rahsia! Haha :-)

Oh ya, tujuannya nak tunjukkan gambar kahwin. Mana-mana yang nak kahwin tapi masih belum ada tukang mengambil gambar poyo acah-acah sweet korang tu bolehlah layari FB :BLACKSUITPHOTOG. Memang ohsem! Tak payah pening pasal harga dan jauh ke apa. Memang diorang sendiri akan datang. Cas prop ke minyak ke apa ke memang tak ada. Siap diorang belanja kitorang sewa basikal fefeeling korea gitu. Kau hado?

Cakap banyak pun tak guna. Nah gambar sweet owner blog yang tak pernah korang skodeng selama ni. K chow! HAHA *Lari sebelum ada yang muntah pelangi :p
Auch tunjuk cincin tunangpun bolehhhh...
Kan aku dah kata. Korea baq hang!
Ps: Ada orang suruh update, updatelah daripada berhabuk kan. *sapu sawang kejap. kbai!


Travel| Tips dan Tawau destinasi pelancongan yang jimat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Baru-baru ini aku dan rakan blogger lain berjaya menawan bumi Tawau, Sabah. Dengan memilih Air Asia sebagai pilihan utama memang tidak sia-sia kerana aku sudah jatuh cinta sama itu Flight Attendant. Eh bukan-bukan,  jatuh cinta dengan Nasi Lemak Rendang yang memang sedap.
Sumber: google
Bayangkan tengah awan biru makan nasi lemak perisa asli yang panas lagi. Memang feeling habis. Bukan setakat feeling, makan habis licin. Gambar bukan setakat ilustrasi. Memang ada daun pandan sebagai hiasan. Berbaloi-baloi. Bahkan sampai sekarang aku rindukan rasa nasi lemak itu. T.T

Tips membeli tiket murah, kenalah rajin-rajinkan diri tengok website airasia. Lepas tu jangan lupa booking makanan siap-siap sebab banyak tak perlu menunggu dan makanan memang tersedia untuk kita. Macam kami, berebut nakkan Nasi Lemak. Terpaksalah kawan sebelah aku mengalah. Pilih menu lain iaitu mee goreng mamak yang sangat pedas bagi aku. Thanks Mk. Jasamu dikenang!

Tips yang kedua ialah google terlebih dahulu tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar daerah Tawau. Macam kami, kami memilih mencari kenalan di Tawau. Alhamdulillah dia sendiri membawa kami ke sekitar Tawau. Kami takjub dengan keindahan alam di sana. Siapa kata Tawau tak ada apa-apa? Lautnya subhanallah amat cantik. Indah!

Yang pakai cap tu pemandu pelancong kami
Kat sini banyak pantai tapi tak ada pasir. Mana taknya memang tepi tebing air dah dalam. Bagi yang suka mengambil gambar, memang Tawau adalah tempat yang indah. Model yang tak lawa jadi lawa je bila tengok latar belakang yang sangat indah.

Tips ketiga, pilih perkhidmatan pengangkutan sebelum sampai ke destinasi. Kenderaan adalah perkara penting bila kita berjalan. Umpama patah kaki tak ada kenderaan. Jadi, bijaklah memilih kenderaan untuk disewa. Kadang salah faham boleh membuatkan kita jadi gaduh. Tapi itulah jadi masa kami di Tawau. Anggap itu pengajaran dan ingat semua orang ada tanggungjawab. Jangan main lepas tangan lepas tu buat muka tak bersalah. 

Naik bahagian belakang navara memang osem!
Tips keempat,
Masa membeli belah memang sangatlah digemari. Bukan setakat perempuan. Lelakipun sama. Nak-nak beli souvenier untuk dibawa pulang. Aku cadangkan korang membuat bandingan harga terlebih dahulu. Memang bila tengok rasa semua lawa. Semua nak beli. Tapi dalam banyak-banyak tentu ada kedai yang lebih murah harganya. Lagi satu belajar tawar menawar. Memang tak semua orang berbakat, tapi percayalah kepuasan membeli itu akan lebih terasa. Cayok!
Antara kedai cenderamata di Semporna
Apapun bila kita melabur duit, kita mesti mahukan yang terbaik. Bukan senang untuk mendapatkan wang. Hanya orang yang mengeluarkan keringat untuk sesuap nasi je tahu betapa pentingnya cara membelanjakan duit. Bila dah kerja baru faham, sukarnya. Jadi hargai wang anda sebaiknya. Jangan terlalu boros. Pesanan ini buat diriku juga ekeke =P
Kredit gambar kepada semua rakan yang terlibat.

Kita kawan kita lawan!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang aku boleh cakap pasal diorang ni? Apa yang korang nampak itulah diri mereka sebenar. Nampak macam kebudak-budakan tapi semua matang bila topik serius atau sedih. Kalau berjalan, mesti orang lain akan pandang. Bising teramat sangat. Cakap semedang boleh dengar. Inilah pengubat duka lara. Peneman kala sunyi. Dunia maya tak berseri tiada diorang. Dunia realiti sentiasa teringat kembali. Korang adalah yang terbaik antara yang baik. Mungkin ada yang tiada dalam gambar, tapi percayalah bila mana nama korang tersemat kat hati aku. Maknanya korang pun sebahagian dari hidup aku. 

Selamat jalan kawan-kawan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
PISMP PRASEKOLAH JAN 2009 IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

Mereka berpisah akhirnya untuk mencari rezeki sebagai pendidik.
Negeri Sembilan: 1 (Ipah)
Terengganu: 1 (Tehah)
Pahang: 3 (Jue, Lieya, Kak Zira)
Sabah: 5 (Syikin, Ned, Masz, Husna dan Tikah)
Sarawak: 10 (Naniey, Kak Fira, Enon, Amin, Anis Afiqah, Anisyafira, Alia, Ecah, Diana dan Kak Mai)

Selamat jalan kawan-kawan. Semoga semua berbahagia di tempat masing-masing ditugaskan. Ada hikmahnya semua ini terjadi. Kita perlu redha. Allah aturkan semuanya dengan indah. Yang jauh kita doakan keselamatan. Yang dekat bersyukur apa adanya. Yang terpaksa berpisah dengan suami, anggaplah ini satu ujian. Yang belum jumpa jodoh, carilah kat sekolah berdekatan ekekeke =)

Akhirnya aku posting!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Alhamdulillah. Jadi orang negeri sembilan, marilah tolong aku angkut barang. Tapi tak tahu lagi area mana dicampakkan. Negeri sembilan kira jiran aku. Tetap jauh dari keluarga yang membuatkan aku sedih. Memang aku patut bersyukur, kawan aku dapat Sabah Sarawak. Apapun kita dapat, ke manapun kita pergi, tugas kita sama. Itu yang penting kan? Hwaiting!

Disebalik apa yang kita nampak

Kita takkan pernah tahu... Kita takkan pernah sedar... Kita takkan dapat rasa duka dibalik senyuman... Kerana kita nampak apa yang kita mahu nampak dan kita buat-buat tak nampak apa yang kita enggan nampak...

Teka teki teka tekuk siapa menang aku ketuk

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pou kesayangan bersama yayik
*Yayik nama manja bagi najis

Okey seperti aku janjikan aku kena buat entry puji-pujian kepada mereka yang mampu meneka jumlah sebenar yayik Pou dalam gambar. Teka teki ini telah aku buat dalam Group Masih Cinta. Akhirnya jumpa sorang alien mampu menjawab dengan betul. Mungkin sebab alien itu pakai spec. Aku nampak kegeniusan beliau. Beliau sorang je berjaya teka. Orang itu ialah Miko Kopipasta. Lama tak online, tiba-tiba muncul dengan kepekaan mengira yayik. Tahniah Miko!
Aku curi gambar Miko kat g+
Kalau korang nak tahu Miko ni handsome. Kawan aku cakap bukan aku. Tapi dia low profile, kalau tengok gambar dia tak banyak pun ada. Selain itu beliau sangat suka copy paste. Hasil dapatan amat memberangsangkan sebab hasil copy paste dia memang berbeza dan unik.

Sampai aku tertanya-tanya dari mana dia jumpa info pelik-pelik. Kalau korang tak percaya terjahlah blog dia. Tengok apa yang dia share. Miko ni pendiam orangnya, tapi bila dah selesa dengan seseorang baru dia berbual. Tak gitu Miko? Eh lagi satu Miko ni kawan yang baik dan sweet. Nak tahu kenapa sweet? Rahsia! 

*Geli gila aku puji ko Miko. Mohon yang lain jangan muntah hahaha~~~ Ini namanya janji ditepati... dah janji nak puji kan. Kenalah puji tapi benda betul. Tak main puji depan kutuk belakang ehh~~~

Selagi aku mampu

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
*Kesimpulannya, jangan buat saya hilang sabar. Sila ambil perhatian ye awak!

ACROPHOBIA punya pasal =='

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terima kasih kat budak ni, sebab dia aku terbuat entry. Dia cerita pasal fobia. Aku pun ada. Ada idea. Ah sudah tak berhenti menulis dalam satu hari. Akhirnya aku save as draft. Bila aku bosan, aku post. Simple!
ACROPHOBIA~~~
Ini yang aku nampak kalau aku di tempat tinggi
Kat Sunway Lagoon, aku berjaya jalan suku jambatan tergantung tu je.. KBAI
Tengok gambar pun dah gigil kepala lutut!!!
Kat genting ada, tapi aku tak pernah naik!
Aku pernah cuba buang rasa takut tu akhirnya macam gagal je. Aku rasa macam nak terjatuh. Rasa tak selamat.  Mohon jangan ajak aku buat benda yang menakutkan macam kat atas. Korang ada rasa takut pada ketinggian? Boleh geng dengan aku ==' Tapi aku terasa nak pergi genting. Jom! Eh!
*gambar dari google

Aku copy paste ayat orang?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Usaha hingga ke puncak...
Cinta dan lepaskan...
Calla lily untuk pari-pari

Untuk Ik Hanif yang selalu menghilangkan diri... eh!
Ini masa aku sentapkan Rill kononnya...
Display picture sekarang!
Cover photo Friendship
Cover photo Cinta Alam Maya
Apapun yang aku tulis dalam gambar di atas, semuanya adalah hasil idea yang Allah beri kepada aku. Sumpah aku tak copy paste ayat sesiapa melainkan aku beritahu hak siapa. Serius sentap bila ada orang kata aku ciplak ayat orang. Haish tulis ayat macam ni pun orang cakap-cakap kan? Ke cemburu sebab tak ada dedikasi untuk dia? Jangan tanya siapa dia, sebab aku takkan jawab. Bak kata Rill, tak baik aibkan orang. Apapun ini hobi aku sekarang. Edit gambar. Tak ada kerja sejak interview habis dengan jayanya kan?

Ada apa dengan 2.2.2013?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa jadi 2.2.2013? Inilah jawapannya, biar gambar bercerita. =)
Cak! Redbox The Curve
Sesi melting2 bersama retis ehh
Berjalan sebelum jumpa MAMA ehh
Sarapan yok!
Masa untuk semua pulang ke sarang eh

Okey, barisan pelakon drama di atas ialah Pari-pari putih aka FBI kononnya. Iffah Betoffah sebagai anak yang ditirikan oleh PPP. Pelakon skandal seantero dunia, Umar Nurfitri sebagai retis dengan pakej suara mengancam *melting, Dik Bi sebagai penyanyi latar dan tukang gelak serta Zaitul Akmar my gay muncul bagaikan pelangi petang selama dua jam dalam kotak merah dan memberikan impak mantap dalam plot cerita. Akhir sekali, pelakon tambahan Cik Mat *suami PPP dan Mija *anak PPP sebagai penambah rasa dan jurukamera ehh~~~


TERJAH BLOG MEREKA DENGAN KLIK NAMA DI BAWAH~~~

*Aku tahu gambar aku dah bersepah kat FB, tapi aku tetap nak kekalkan misteri sebab itu prinsip aku. Biar orang upload, jangan aku yang upload =)

Kenapa berzina?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Hope...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Hakikat kehidupan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
FB
Kan?

Cerita pasal kawan lagi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Setuju? Apabila dah macam-macam aku lalui selama aku ada ada dekat dengan kawan-kawan selama lima tahun khususnya, aku rasa aku setuju. Korang macam mana pulak?
#Korang nak tunang dan nikah? Klik sini untuk melihat pakej hebat =)


Stalker!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk bikin panas je. Tak adalah aku cuma nak ingatkan korang dan juga diri aku. FB ni bukan kita seorang je nak tengok. Ramai. Banyak mata-mata sedang memerhatikan. Kalau asyik maki hamun, kutuk, mengeji. Kan tak elok orang baca dan nilai peribadi diri kita. Memanglah FB itu kita punya, cuma berwaspadalah dalam menulis status. Mujur stalker sorang ni suka like semua status dan kegiatan aku. Kalau diam-diam dia stalk? Lagi scary. Jadi, berjaga-jaga. Jangan mudah percaya orang. Jangan mudah meluahkan. Bimbang diri sendiri yang termasuk jerat. Pesanan untuk aku juga =)

Hanya sekeping gambar

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cerita Dinner Student Preschool selasa lepas di Restoran Melayu Melaka, sebelah River Cruise tu. Tengoklah muka di atas puas-puas heee. Maaf semua dah berpunya. Kecuali seorang tu jelah. Mana aku? Dapat tekakan? Susah sangat kalau orang tak kenal siapa si penulis. Cukuplah satu gambar. Kang ada yang muntah pelangi pulak kang. =P

Sahabat untuk selamanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sumber: FB
Aku bukan sahabat yang baik. Tapi aku percaya, saat kau, kau dan kau yang bergelar sahabat, kawan, teman dan rakan jatuh tersungkur pastilah tangan aku yang tak sempurna akan menyambut, menarik dan berusaha untuk membangkitkan kau semula. Itu janji aku =)

Buat sahabat yang tak putus-putus bagi semangat kat entry sebelum-sebelum ni aku ucapkan terima kasih. Aku hargai sangat. Tapi jangan risaukan aku. Setahun dah aku begini dengan tangan tak sempurna. Aku dah boleh terima. Kalau orang tak boleh terima, itu hak mereka. Aku yakin dan aku takkan biarkan keyakinan aku berkurang sebab tu. Percayalah sahabat!

Relationship

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sumber

Aku mengalah akhirnya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku berubah akhirnya. Okay fine! Aku sabar. Aku cuba. Aku usaha untuk memahami yang baru. Oh yang lama, rindu tetap rindu. Sayang tetap sayang. Jangan kata aku curang. Aku cuma terpaksa berubah. Korang mesti lama dah berganti kan? 

#Sedih sampai kena lap hingus kat baju Kak Kiera sayang T.T~~~

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers