CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label emosi. Show all posts
Showing posts with label emosi. Show all posts

Bila nak kahwin????

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terkulat-kulat aku nak taip apa. Lama sangat tak meluahkan rasa melalui blog. Yalah sekarang gila Instagram. Bukan follow artis kacak bergaya je. Gambar kek dan biskut jadi kegilaan dan segala manusia yang upload gambar menakjubkan aku follow. Makanan dan Iffah berpisah tiada. Okey balik pada tajuk.

Cantik betul rencana Allah bagi. Cuma itulah manusia ni tak reti bersabar. Termasuk aku. Kalau dah berpakwe tak sabar nak tunang. Yang dah tunang dah sibuk kira berapa anak nak kumpul. Habis ada anak sibuk ukur saiz, rupa. Comel ke idok?

Pelik tak pelik juga dengan manusia ni sebab memang dari azali lagi macam tu. Tak berubah pun. Kawan aku cakap aku umpama barang yang terbaik tetapi 'limited edition' Ada ke dia samakan aku dengan barang? Ideologi dia menyejukkan hati aku yang memang tengah bergelojak. Sikit lagi nak terjun kolam sejukkan balik.

Idea dah ada. Angan-angan dah ada. Impian lama dah pasang. Tapinya, Allah tak bagi lagi. Bukan tak usaha. Bukan tak doa. Bukan menyombong. Tapi hati ini tak terbuka lagi. Tolonglah jangan dera aku dengan soalan yang aku sendiri tak tahu jawapan. Kalau kena repeat paper macam UPSR pun tak mampu aku nak jawab.

Soalan yang dimulakan dengan (bila) tu menyeksa batin orang tau. Memang nampak macam kita gurau. Tapi hati dia dah menggagau dengar. Akupun selalu je cakap macam tu. Lepas tu aku doakan dia. Macam aku doakan diri aku jugak. Kita nak kata baik 200% tak boleh. Usaha dan buat sekadar mampu jela.

Ps: Belum jual minyak ramai nak beli. Masalahnya nak jual kena pada orang yang betul-betul nk beli. Takut salah pilih. Menyeksa diri sendiri. Ada akal fikir. Ada hati isi dengan zikir. Ada mulut serikan dengan kata-kata yang baik. Kbai

Variasi jawapan untuk soalan "Bila nak kahwin?"

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Tajuk kemain panjang. Lama rasanya aku tak menaip menggunakan komputer riba. Skema sungguh ayat. Pedulikan hal itu. Sebenarnya aku nak kongsikan tentang perkara yang serius tak jemu orang bertanya.

BAB NIKAH KAHWIN!
Mesti muda mudi macam aku akan dihujani dengan pertanyaan tentang nikah, kahwin, nikah, kahwin, nikah, kahwin. Bagi yang bujanglah. Kalau yang dah kahwin ditanya macam tu memang minta ****lah tu.

Biasanya soalan berbunyi begini;
Kenapa cuti lama? Nak kahwin ke?
Yang ni bila nak kahwin?
Cuti sekolah ni tak ada rancangan nak kahwin?

Bila dah kerja tanya pasal kahwin. 
Soalan wajib!

Bila situasi mendesak, kita adakalanya boleh jadi stress memikirkan jawapan yang paling sempurna dengan soalan yang tak jemu orang tanya. Jadinya kita akan memilih antara dua jalan. Pertama, kita bersikap serius dan matang. Jawab dengan jujur. Yang kedua, kita buat lawak sampai orang tu tak ada modal nak balas. Oh yang ketiga memang penuh emosi. Awas!

Misalnya,
Bila kau nak kahwin ni?
Bila jodoh sampai, kahwinlah aku. *Ini serius!


Bila kau nak kahwin ni?
Bila kau free? Aku tunggu kau masuk minang je ni. *Speechless terus!


Bila kau nak kahwin ni?
Tengah cari calonlah ni. Kau tak tahu aku pergi sarawak, sabah, utara, selatan sebab nak cari calon. *Ini ayat bengang.

Oleh itu, pandai-pandailah korang jawab soalan nampak macam mudah tapi kalau dah sepuluh ribu kali lapan ratus kali dia tanya setiap masa. Apa maknanya itu? Soalan mudah tapi jawapan belum tentu tersedia ada. Semoga berjaya! Eh!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers