CORETAN TERBARU NADH

Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Travel| Tips dan Tawau destinasi pelancongan yang jimat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Baru-baru ini aku dan rakan blogger lain berjaya menawan bumi Tawau, Sabah. Dengan memilih Air Asia sebagai pilihan utama memang tidak sia-sia kerana aku sudah jatuh cinta sama itu Flight Attendant. Eh bukan-bukan,  jatuh cinta dengan Nasi Lemak Rendang yang memang sedap.
Sumber: google
Bayangkan tengah awan biru makan nasi lemak perisa asli yang panas lagi. Memang feeling habis. Bukan setakat feeling, makan habis licin. Gambar bukan setakat ilustrasi. Memang ada daun pandan sebagai hiasan. Berbaloi-baloi. Bahkan sampai sekarang aku rindukan rasa nasi lemak itu. T.T

Tips membeli tiket murah, kenalah rajin-rajinkan diri tengok website airasia. Lepas tu jangan lupa booking makanan siap-siap sebab banyak tak perlu menunggu dan makanan memang tersedia untuk kita. Macam kami, berebut nakkan Nasi Lemak. Terpaksalah kawan sebelah aku mengalah. Pilih menu lain iaitu mee goreng mamak yang sangat pedas bagi aku. Thanks Mk. Jasamu dikenang!

Tips yang kedua ialah google terlebih dahulu tempat menarik yang boleh dikunjungi di sekitar daerah Tawau. Macam kami, kami memilih mencari kenalan di Tawau. Alhamdulillah dia sendiri membawa kami ke sekitar Tawau. Kami takjub dengan keindahan alam di sana. Siapa kata Tawau tak ada apa-apa? Lautnya subhanallah amat cantik. Indah!

Yang pakai cap tu pemandu pelancong kami
Kat sini banyak pantai tapi tak ada pasir. Mana taknya memang tepi tebing air dah dalam. Bagi yang suka mengambil gambar, memang Tawau adalah tempat yang indah. Model yang tak lawa jadi lawa je bila tengok latar belakang yang sangat indah.

Tips ketiga, pilih perkhidmatan pengangkutan sebelum sampai ke destinasi. Kenderaan adalah perkara penting bila kita berjalan. Umpama patah kaki tak ada kenderaan. Jadi, bijaklah memilih kenderaan untuk disewa. Kadang salah faham boleh membuatkan kita jadi gaduh. Tapi itulah jadi masa kami di Tawau. Anggap itu pengajaran dan ingat semua orang ada tanggungjawab. Jangan main lepas tangan lepas tu buat muka tak bersalah. 

Naik bahagian belakang navara memang osem!
Tips keempat,
Masa membeli belah memang sangatlah digemari. Bukan setakat perempuan. Lelakipun sama. Nak-nak beli souvenier untuk dibawa pulang. Aku cadangkan korang membuat bandingan harga terlebih dahulu. Memang bila tengok rasa semua lawa. Semua nak beli. Tapi dalam banyak-banyak tentu ada kedai yang lebih murah harganya. Lagi satu belajar tawar menawar. Memang tak semua orang berbakat, tapi percayalah kepuasan membeli itu akan lebih terasa. Cayok!
Antara kedai cenderamata di Semporna
Apapun bila kita melabur duit, kita mesti mahukan yang terbaik. Bukan senang untuk mendapatkan wang. Hanya orang yang mengeluarkan keringat untuk sesuap nasi je tahu betapa pentingnya cara membelanjakan duit. Bila dah kerja baru faham, sukarnya. Jadi hargai wang anda sebaiknya. Jangan terlalu boros. Pesanan ini buat diriku juga ekeke =P
Kredit gambar kepada semua rakan yang terlibat.

Travel| Menjejaki bumi Tawau demimu Lina Hamiedah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kenapa aku di Sabah?
Jadi inilah sebab utama selain memang datang nak melancong.
Tengok pelamin dia. Teringin nak naik pelamin jugak. Eh tapi jodohnya belum sampai. Jadi telan air liur saja bha. ekekeke
Lina Hamiedah nama di beri, 
Khairul pula nama si suami,
Manis dan kacak sama dirai,
Semoga cinta kekal abadi...
Dari kiri Dikbee, Pari-pari putih, Zaitul Akmar dan Iffah Afeefah
Macam-macam yang terjadi sepanjang aku di Sabah. Nanti aku ceritakan di entri seterusnya. Apapun Lina congrats!!!
Alamak, gambar akad nikah tak ada. Maaf, tapi tak apalah. Lina memang lawa. Jadi pakai apapun lawa okey. Jelly sat =P Okbai!

Travel | Homestay Kampung Beng, Perak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mesti ramai tak pernah dengan tentang kewujudan homestay Kg Beng. Sebenarnya, di Malaysia memang banyak program berkonsepkan homestay sesuai dengan Tahun Melawat Malaysia. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh google homestay di Malaysia, Banyak info terdapat di sana. Senang dan mudah!
Siapa bilang gadis nelayan tak menawan eh!
Inilah bot yang berjasa kepada kami tiga hari semasa melalui Tasik Raban. Memang sangat takut pada awalnya. Mana taknya gelap gelita. Pakai jaket keselamatan yang basah membuatkan peluh dingin bergabung dengan air tasik. Tapi itu masa awal, esoknya aku berubah jadi nelayan. =P Sebetulnya ini adalah pengangkutan utama untuk ke kampung-kampung di Homestay Kampung Beng. Walau ada jalan darat, tapi jalannya tidak begitu selesa untuk dilalui.
Okey mohon beratur, jangan seronok sangat!
Ini antara aktiviti yang kami lakukan di Kampung Batu Ring. Pada awalnya, aktiviti memancing telah dipilih untuk kami. Tapi dengan suka hati kami memilih untuk mendaki bukit (bukitlah sangat kan?), melalui denai-denai untuk ke air terjun. Airnya sejuk sangat. Sangat mencabar laluan ke sana hinggakan ada member tergolek. Mujur ada ramai sahabat yang prihatin, dia selamat akhirnya. (bunyi macam serius je =P)
Antara pelajar dari Indonesia
Pening pelajar universiti dari negara jiran dengan gelagat kami semua. Apa yang penting 90% gambar kami semua atas bot. Mana taknya naik bot 15 minit tanpa buat apa-apa. Itulah aktiviti yang kami buat untuk membunuh waktu. Hihi
Selamat tinggal kenangan...
Kesimpulannya, siapa yang nak merasai kehidupan di kampung yang nyaman dan damai. Air yang sangat sejuk asli dari bukit memang menyegarkan tubuh yang letih. Bukan setakat itu, banyak aktiviti menarik yang terdapat di homestay ini. Cuma sayang sekali, aku tak sempat nak buat aktiviti di dalam kampung kerana banyak agenda di sekitarnya. Kalau nak tahu lebih lanjut klik sini.

Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi :

Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

Kredit gambar: www.norainyusoff.com

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers