CORETAN TERBARU NADH

Adakah anda sedang berbangga dengan kelebihan yang anda miliki????Subhanallah!!!!!



Tolong berpesan2...kita ni manusia biasa...di mata ALLAH kita sama..tak kiralah kita berada atau papa kedana...smoga cerita ini menjadi iktibar buat semua...Subhannallah... Cerita ini diceritakan oleh mak saya iaitu Puan Latifah. Saya terpanggil untuk menyebarkan cerita untuk tatapan para muslimin dan muslimat sekian. Ada seorang remaja lelaki yang mempunyai keluarga yang bahagia. Rupa yang menawan. Orangnya pintar sekali. Namun sayang seribu kali sayang, bukan dia tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang diberikan. dia bukan lupa akan tanggungjawab anak kepada ibubapanya. Tanggungjawab seorang hamba kepada Tuhannya.Dia hanya berbangga dengan kelebihan yang dia ada. Oh perkataan 'hanya' mungkin tidak sesuai digunakan untuk mesej ini kerana kita sering terlupa bahawa kita semua sama. Sama disisi Tuhan kita.Dia sering memuji ketampanan dirinya. sungguh sempurna pada setiap mata memandang.Namun entah di mana silapnya. Salah ibubapanyakah? Salah gurunya yang tak mendidiknyakah? Atau salah insan ini kerana terlalu bangga dengan ketampanan wajahnya. Hatinya pernah berkata, bahawa dia mahukan orang melihatnya. Terpegun kecantikan wajahnya. Katanya lagi dia mahu semua yang memandangnya akan memandang buat kali kedua kerna terpesona dengan kecantikan wajah yang dimilikinya. Adakah benar wajahnya begitu tampan sehingga bisa orang memandang kali kedua??? Saya juga belum bisa melihat wajah tampannya itu kerna sekarang sudah berbeza. Ternyata berbeza.

Dengan kuasa ALLAH S.W.T. kelebihan itu telah ditarik semula dalam satu kejadian kebakaran yang menimpanya. Ketika itu insan ini sedang menyalakan api bersama rakan yang lain di sebuang bangsal. Petrol yang ada berhampiran mereka telah menyambar dia dan rakan yang lain. Mereka berlari keluar dari bangsal dengan panik. Entah mengapa dia yang terakhir keluar kerana rakannya telah mengunci dari luar. Anda mesti ingat rakannya sengaja. Tidak. Rakannya terlalu panik sehinggakan lupa insan yang masih berada di dalam bangsal. Satu badannya melecur teruk. Telinganya di sebelah (kanan kalau tak silap saya) telah cair dijilat api yang mara. Dia yang tercedera akibat kebakaran itu telah insaf dan kini sudah menjadi motivator dan penuntut universiti Tahun 1. Sehingga kini dia masih makan menggunakan mulut kerana jarinya tidak boleh digerakkan. Bayangkan.

Kenapa perlu bermegah-megah dengan kelebihan kita sehingga mengaibkan orang yang tak sehebat kita, tak secantik kita, tak sebijak kita? Kenapa manusia sering terlupa bahawa kita milik MUTLAK ALLAH S.W.T.? Sedarlah wahai taulan segala yang ada di dunia ini takkan kekal. Jika ALLAH S.W.T. mahu sekelip mata kelebihan-kelebihan kita itu akan ditarik balik dalam pelbagai cara sekalipun. Ingatlah! ALLAH MAHA BESAR! sungguh sata belum cukup ilmu agama untuk digelar ustazah atau ulama, cukuplah saya sebagai muslim yang mengaku beragama Islam ini menyebarkan sedikit cerita bagi melahirkan keinsafan pada diri seterusnya kepada yang lain. Tiada apa yang kekal. Janganlah kau bermegah-megah kerana nikmat itu milik Tuhanmu... Akhir kalam saya, sesungguhnya Allah itu ada. Allah Maha Besar. kekuasaanNya tiada tolak bandingnya lagi.


Nukilan owner blog



Post by,
Miss Ran 

2 comments:

Naniey TJ said...

aq juga cetek ilmu agama.....
aq juga tdk m'miliki apa2 keistimewaan...
yg aq ada hnye dri sndri n keluarga yg ckp m'yanyngiku...bgku cukup la apa yg tuhan berikan padaku.... tiada sedikit pun yg kurang....jd aq m'hrpkan aq m'jd manusia yg sntiasa b'syukur dgn sgla nikmat n rahmat Nya.....insyaallah

Miss Ran said...

bgsla begitu...kite jgn terlalu taksub
bpegangla kte2 ni...

pegang ape y kite ade
jgn dkjar mnde bkn milik kite

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers