"susah betul jadi manusia!" kata ku dalam hati. seolah-olah tak bersyukur dijadikan oleh ALLAH SWT sebagai makhluk paling agung di muka bumi ini.
"hari-hari sedih, sakit hati, geram, terasa, menyampah! kadang-kadang rasa lagi baik mati dari hidup macam bangkai kat dunia ni" kelu
han demi keluhan dilemparkan sendiri. tanpaku sedar kata-kataku bisa menggoncangkan hati yang mendengar. Bisa merosakkan hati yang ada.
"asyik aku mengalah. ingat aku malaikat ke??" luahku lagi. anasir-anasir jahat telah membisikkan sesuatu kepadaku. benar kita manusia sering alpa. setiap kata yang keluar tanpa kita sedar telah merosakkan hati kita sendiri.
SENYAP SEKETIKA...
aku teringat lagu ini:
TIDAKKU PINTA LAHIR KEDUNIA
TIDAK KU PINTA CACAT BEGINI....
"aku sedar aku insan lemah tapi aku tak nak jadi manusia yang tak bersyukur!"
oleh itu, segala kudrat tulang 4 kerat aku ni aku telah berazam untuk tidak lagi berkata begitu. semoga ALLAH membantu aku dalam niatku ini. kita bukan sempurna. sakit hati adat dalam perhubungan. mengalah bukan bererti kita yang kalah. jangan biar hati kita dicemari dengan tipu daya bisikan SYAITAN.
memang kadangkala kita rasa tak berguna. kita fikir lebih baik kita mati dari hidup kerana kita rasa kita ada atau tidak tak beri kesan kepada sesiapa.
aku jua terasa begitu. aku tersisih. terpinggir. selalu menjadi orang yang terlepas pandang. mungkin mereka tak perasan kewujudan aku. aku tahu perasaan itu. aku jua insan lemah. nangis sebati dalam diriku. susah nak mengharapkan kasih orang jika diri tak sehebat mana. susah jika ada perbezaan yang memisahkan aku dan mereka yang hebat. tapi aku bangga dengan diri aku. aku adalah aku. jika seribu kali aku disisihkan maka seribu kali jualah aku menyisihkan diri aku..kerna aku tahu tak perlu harapkan segunung impian jika hakikatnya sukar dicapai. aku redha ketentuan Tuhan. aku bukan cantik. bukan baik. bukan juga hebat. tapi aku tahu tanggungjawab aku. aku tahu wujudnya aku di dunia untuk berbakti pada semua. aku tak perlu mengharapkan tiang untuk sokong aku kerana aku tau ALLAH sentiasa ada untukku!
bila aku terpinggir pasti hati menangis. bila aku terpinggir pasti sungai mengalir. bila aku terpinggir pasti aku dihujani. bila aku terpinggir pasti aku berdiam diri. bila aku terpinggir aku sunyi lagi. bila aku terpinggir aku sendiri. bila aku terpinggir aku kecil hati. bila aku terpinggir aku sepi. bila aku terpinggir aku berserah diri...sesungguhnya aku makan hati.
Post by,
Miss Ran
No comments:
Post a Comment