CORETAN TERBARU NADH

Cakap tak nak kalah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pernah jumpa tak dengan orang yang dia cakap mesti tak nak kalah. Mesti nak menang sokmo. Aku memang menyampah gila dengan mereka dari golongan ini. Annoying people! Kalau ada recycle bin lama dah aku campak mereka dalam itu tong.

Serius menjengkelkan. Ingat dia je hebat. Dia je tahu semua. Dia je up to date. Dia je bagus serba serbi. Dan aku memang akan buat tak endah je. Macam dia tak wujud. Sebab aku malas nak sakitkan hati. Kalau dia tak nak kalah, bagi dia menang. Jangan kita sekali terikut perangai dia sudah. Emosi aku. Kalau layan kompem lagi sakit hati. Huh!

Kesimpulannya, jangan nak ingat orang suka dengan perangai kita macam tu. Ingat, semakin bangga dengan kelebihan diri kita, makin banyak kekurangan yang orang terlihat.

Kistot: Saya suka awak

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Cinta lagi? *Sigh pandang header aku sekarang. Okey, sekarang klik pangkah kalau tak nak baca.

Mesej dihantar. Dia meraup wajahnya. Adakah benar tindakannya kali ini?
"Saya suka awak..." Dibaca semula mesej yang telah dihantar berkali-kali. Tiba-tiba terbit rasa kesal di lubuk hatinya. Dia dah hantar! Tiada gunanya lagi. Bunyi mesej tanda 'Message Delivered'. Ainan terus bangun. Peluh dingin mula terasa di dahinya. Dengan pantas smartphonenya ditukar mode silent. Ditutup pula dengan bantal. Bimbang sungguh dengan respon dari sahabat baiknya. Ya, Ainan sukakan sahabat lelakinya. Gila bukan? Tapi perasaan yang menular tidak boleh dia nafikan. Dia perlu usaha untuk mendapatkan cinta lelaki itu. Kalau lelaki itu bukan untuknya, Ainan pasrah. Janji sudah usaha. Itu katanya.

"Nan, apasal tak duduk diam ni. Kau panas ke apa? Tangan berkipas-kipas lagi..." Bebel Fathia yang mulai rimas dengan gelagat teman biliknya. Ainan kembali duduk di tepi katilnya. Vibrate! Dia mulai gabra. Makin pening Fathia memandang. Namun, dia setia memandang tanda prihatin.

"Hello," Itu saja yang dia ujarkan. Dua kali Hakim call. Dia serba salah. Cuba buat macam tiada apa jadi.
"Awak suka saya?" Air liur ditelan. Diam tanpa jawapan.
"Tolong jawab, jangan diam je!" Tegas bunyi suaranya. Ainan segera mengangguk. Bagai Hakim berada di depan matanya kini.
"Ya, saya suka awak!" Fathia ternganga. Terkejut dengan ayat yang temannya ucapkan sebentar tadi.
"Tapi saya tak suka awak..." Terus saja Hakim membalas. Ainan terkejut. Namun, dia berlagak biasa.
"Saya tak kisah. Yang penting saya dah luahkan apa yang saya rasa..." Saat itu dia dapat menangkap suara Hakim menjerit keriangan. Barulah Ainan tahu, Hakim juga suka dia. Mereka sama-sama suka. Cuma rasa malu menebal. Ainan tersenyum sepanjang malam. 
'Tak sia-sia aku confess! Tak adalah rasa bodoh pun..." Malam terasa pendek. Bahagia menyelimuti diri. Ainan senyum puas. Cinta adalah risiko. Dia berani kerana cinta. Itu hakikatnya.

Review: The Possession

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Baru sampai dari Dengkil. Motif sangat dari Melaka pergi ke Alamanda semata-mata nak tengok SAM. Sekali pukul 8 malam je ada. Terpaksalah beranikan diri tengok cerita rasuk-merasuk. Ia amat pelik sebab kami berdua penakut.
Tengok!
Aku tak suka cerita sebegini. Tapi cerita ni berjaya buat aku terkejut sekali je. Itupun bukan sebab mahluk halus. Nak tahu apa dia pergi tengok sendiri. Haha terjerit kot!

Euwww
Perempuan atas ni watak utama. Sangat pandai berlakon. Sampaikan aku rasa kesian sangat tengok dia. Dalam masa yang sama seram.

Sedikit sinopsis dari aku;
Dua beradik tinggal hujung minggu di rumah baru bapanya yang baru cerai. Adik dia berminat dengan kotak yang terisi roh hantu. Macam cerita melayu je campak roh dalam botol. Lepas tu mulalah dirasuk dan menyebabkan kematian. Disebabkan inilah ayah dia dan mak dia berbaik semula. Nak tahu roh tu berjaya dimusnahkan ke tak kenalah tengok sendiri. 

Aku bagi 3 bintang je. Sebab aku suka tang kasih sayang seorang ayah je. Yang lain aku rasa ia klise. Cerita melayu berlambak pasal merasuk dan dirasuk ni.


Cerpen: Balang Kosong

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Balang itu dipandang sepi. Setiap hari Rosnah memandang saja. Kosong. Balang itu kosong tiada isi. Setiap kali raya itulah dapatannya. Duit raya sedikitpun tak berjaya dikumpul. Malah makin banyak kata cacian dan makian dia carutkan apabila duit tak berjaya dia kumpul. Mak, ayah, saudara mara lain juga tak mahu beri. Dia kecewa.

“Alang, kenapa kau tak penuh-penuh. Aku nak tengok kau penuh!’ Tangisan hiba masih bersisa. Rosnah sungguh kecewa. Tahun ini adalah tahun ketiga balang itu masih kosong. Dia tersisih. Adik-adiknya dapat duit raya banyak sekali. Tapi dia? Dia satu sen pun tak ada. Pernah sekali dia tanyakan hal itu pada emaknya. Sedikitpun tak diendahkan. Kewujudannya macam tak memberi kesan kepada orang sekeliling. Sejak tiga tahun dia bersama balang kosong itu. Nama manja balang itu ialah Alang. Itulah satu-satunya teman akrab yang Rosnah ada.
“Alang, kau mesti faham apa aku rasa. Sebab kau dan aku sama je…” Lagi sekali empangan air mata pecah. Berderai seakan hujan.
“Alang…kau kosong…aku juga…aku benci hidup macam ni…” Rosnah menangis dalam sendu. Kuat! Namun, hanya dia dan Alang yang mampu mendengarnya. Sekali lagi dia tertidur di saat orang lain bergembira makan ketupat dan rendang.

Tiga tahun sebelumnya…
“Ros, bangun Ros…” Suara tua itu mengejut Rosnah. Si gadis lincah yang genit. Tubuhnya yang montok digoyangkan perlahan.
“Anak dara apa ni bangun lewat ni… Kita nak solat raya Ros oiii!” Mak Jemah membebel sendiri. Badan anaknya dipusingkan. Alangkah terkejutnya dia melihat buih-buih putih di mulut anaknya. Segera rumah sunyi di pagi raya bertukar hiruk pikuk. Tangisan wanita tua di sisi mayat beku tak bernyawa masih kuat kedengaran. Wajah Pak Leman pucat umpama tak bernyawa. Adik-adik Rosnah menyorok di belakang pintu kayu usang.

Keesokan harinya, terpampang di dada akhbar seorang gadis bawah umur mati bunuh diri. Panadol ditelan 30 biji semuanya. Gara-gara mahu membunuh bayi dalam kandungan yang terhasil dari hubungan haram atas kerelaan. Lebih mengejutkan usahawan berjaya mengaku yang anak itu adalah benihnya. Dia tak dijatuhkan hukuman kerana mempunyai masa depan yang cerah dalam hidupnya. Akhirnya, Rosnah mati. Anaknya mati. Sia-sia cintanya. Cuma jasad dan rohnya tak diterima bumi.

Balang kosong itu adalah balang berisi panadol tiga tahun lepas. Cuma itulah yang menemaninya entah sampai bila. Walaupun mati, dia tetap tidak mahu menghantui bekas kekasihnya, kerana cinta. Cinta kepada lelaki yang sukar dikikis biarpun jasadnya telah lama mati. Cintanya tetap subur buat Fendi Ghazali, usahawan terkenal.

Ps: Cerpen yang terlalu pendek aku rasa. Hadiah untuk korang. Lama dah aku tak publish cerpen kan? Satu lagi sebab ialah untuk Warna Kaseh.

Musim 'Gangnam Style'

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini PSY versi kartun hehe
Kalau semua perasan, sekarang makin menjadi-jadi K-pop menular dalam diri manusia di Malaysia. Termasuklah aku dan adik aku. Aku sebenarnya bukanlah peminat tegar, tapi kalau menyanyi lagu K-pop terabur tu bolehlah. Tapi aku terdengar lagu 'Gangnam Style' kat radio.

Sejujurnya, aku memang TAK SUKA! Aku kata "Lagu apa ni? Merepek betul. Dahlah tak sedap..." Panjang aku bebel. Ya, bila benci semua kutuk kan? Tapi apa yang terjadi ialah aku terpengaruh menyanyi lagu tu. Cis! Kutuk tak ingat. Sekali suka pulak. Yang tak tahan aku pun nak try gaya tarian dia. Sempoi pulak.

Grrr aku syak ini memang musim PSY. Videonya agak tak sopan. Jadi aku tak nak share, carilah kat Youtube. Semua pakat buat video raya "Gangnam style", parody, miming dan macam-macam. Semua terjangkit dengan virus K-pop ni kot. Korang dah dengar? Komen korang? "Oppa gangnam style eh eh eh eh eh..." Enough! Jangan nak bayangkan aku menari pulak ye macam Sunah Sakura tu, lepas dia, mesti Kiera Sakura pulak bayangkan =P

Review: Projek memikat suami

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Novel terbaru aku baca setakat ni. Aku nak review pun serba salah. Tajuk pun dah macam gempak dan best. Dalam novel memang best. Siap gelak sorang-sorang. Sampai roommate aku sama-sama nak tahu apa jadi. Dia bukan suka pun baca novel.
Satu percubaan yang berani untuk menulis novel ni
Sedikit fakta ringkas untuk novel ni;
1.Kisah kahwin pilihan keluarga.
2. Hero yang sempurna serba serbi. Kaya, Kelulusan hebat, Bekerjaya, Anak orang kaya, Handsome tapi... (Agak melampau sempurnanya)
3. Heroin (Nakal dan gatal)
4. Tips-tips rumahtangga yang agak keterlaluan untuk dibaca 18 tahun ke bawah.
5. Ada jugak tips lain macam taat pada suami, jaga perut suami, sabar, jangan ikut emosi.
5. Berunsur lawak dan tak henti gelak.
6. Part sedih tak berjaya membuat hati aku turut sedih.

Kesimpulan, aku rasa kalau isteri-isteri bolehlah baca. Tapi kalau orang macam aku yang belum kahwin ni memang naik segan. Sebab macam keterlaluan pulak babak-babak suami isteri. Menggoda, digoda, cium dan sewaktu dengannya.

Lari dari review sebentar~~~
Lepas aku baca, aku rasa aku jadi seorang pemikir. Apa yang aku nak soalkan kepada orang yang dah berkahwin adakah kahwin perlukan seks semata-mata? 70% tips yang ada dalam novel ni tentang seks. Aku sendiri jadi keliru apa yang penulis nak sampaikan. Takkan semata-mata nak pujuk suami dengan godaan? Aku tak puas hati. Korang ada pandangan lain? Sebab aku bukannya ada pengalaman. Kalau nak tahu betul ke tak aku review, sila beli buku ini dan nilai sendiri. Aku cuma utarakan apa yang aku rasa. Maaf kepada penulis sebab aku budak muda yang tak kahwin lagi hehe =)

Terima kasih Kak Dang, dia membuka mata aku sedikit tentang novel ni di ruangan komen. Mungkin sebab aku belum kahwin kot kan? Pendapat orang lain-lain. Jadi aku terima je. Korang?

Kistot: Cinta pertama

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM 
Cinta pertama Amna bermula saat seorang guru muda masuk mengajar mata pelajaran Matematik. Dia sangat sukakan subjek matematik hanya kerana seorang cikgu.
“Okey, Amna. Sila jawab soalan kat depan ni…” Amna mencebik. Asyik-asyik muka dia. Kadang dia meluat sebab gurunya itu selalu sangat panggil dia ke depan. Sengaja buli perasaannya.
“Kenapa saya je yang kena?” Amna merungut.
“Awak pergi jelah. Buktikan kat dia awak terror!” Lidia memberi kata semangat. Amna berdiri dan maju ke depan. Sedikitpun dia tak memandang cinta pertamanya itu.
“Dah siap cikgu!” Rakan sekelas lain mula diam. Menunggu jawapan dari guru mereka. Amna terus saja duduk di tempatnya semula. Rimas direnung begitu. Ah hatinya degil. Debar-debar terasa hebatnya.
“Okey, jalan kerja betul. Amna, awak boleh ajar kawan yang lain untuk topik darab ni ye…” Sengihannya membuatkan Amna makin tak tentu. Cikgunya seperti dapat meneka apa yang bermain di mindanya. Amna masih membeku. Masa Matematik tamat. Lidia mendekati Amna setelah selesai membuat latihan di meja rakan lain.
“Amna…” Lidia menepuk bahu Amna. Tersentak!
“Ye kenapa?” Amna membuang pandang keluar.
“Awak suka cikgu eh?” Serentak itulah Amna berdiri laju.
“Mana ada saya suka dia!!!” Jeritannya mampu mengundang senyuman jejaka di balik pintu.
“Mengaku jela Amna… cikgu tu best apa?” Amna sudah tak keruan lebih-lebih lagi kelibat Cikgu Naim berjalan di koridor kelas. Tiga belas tahun selepas itu, Amna juga turut mengikut jejak Cikgu Naim dengan menjadi guru matematik dan juga isteri kepada lelaki yang pernah menjadi cinta pertamanya.

Ps: Bingkisan kisah benar yang ada kenangannya dan diolah beberapa bahagian. Cerita siapa? Biarlah rahsia... Sesiapa masih ingat kisah cinta pertama? Marilah kongsi sama-sama. Aku? Tak ingat dah =P
Ps lagi: Sebab lama tak menulis cerpen sweet, aku dah tak reti nak mensweetkan diri. Tolong kembalikan itu!

Surat untuk awak

Kepada:
Awak 

Assalamualaikum awak…
Hai, kenal saya tak? Kenal bukan? Maaf saya tulis surat bukan nak mengganggu kerja awak. Apatah lagi menyakitkan hati awak lagi. Saya cuma nak minta maaf. Yalah, selama ni saya selalu sakitkan hati awak. Selalu marah awak. Selalu malas layan awak. Selalu buat awak kecewa. Maaf.


Tapi awak, hidup ni bukan mudah. Nak cakap tidak adalah payah. Saya terpaksa. Saya tak mahu beri janji yang takkan mungkin saya tepati. Saya tak mahu serah hati kalau diri tak nak relai. Saya tak mahu bonekakan awak yang setia menanti.


Awak… cinta itu indah tahu? Tapi cinta lagi indah kalau awak sandarkan pada tuhan awak. Cinta manusia akan lebih indah saat awak dan sang bidadari mencintai satu sama lain. Cinta itu akan lebih indah jika ada yang memberi dan menerima. Saling cinta mencintai. Fahamkan?


Jadi saya tulis ini untuk awak faham apa yang saya nak sampaikan. Saya tak sampai hati nak cakap sendiri. Sebab saya tahu sakitnya hati bila harapan punah. Sakitnya jiwa saat cinta tak terbalas. Namun, percayalah sakit sekarang akan membawa seribu kebahagian untuk awak. Maaf, saya terpaksa menolak awak jauh-jauh. Hati saya belum sedia untuk sesiapa…

Dari:
Hati saya~~~

Setelah mengepost status jiwang bagai nak rak kat FB, aku buat keputusan untuk menjiwangkan diri kat blog. Lama dah aku tak tulis pasal cinta. Betul? Kali ni ada kelainan sebab aku tulis dalam bentuk surat. Terpengaruh dengan blog Posmen ke Syurga. Korang boleh copypaste dan hantar surat kat sesiapa yang nak korang sampaikan yang tersirat kat hati sebab tulisan lebih mudah dari lisan kadang-kadang~~~

Kad raya vs duit raya

Nampak kad-kad yang ada? Dua dari classmate, lima dari kawan blogger. Yang lain tak kasi. Tak apa, tak kisahpun. Dapat banyak ni pun aku suka. Gembira menunggu posmen hantar kad. Teruja gila. Korang faham ke perasaan tu? Lupakan. Kad yang first dari Alia. Lepas tu Naniey pulak. Kemudian barulah Mimie, Zaitul, Deno, Noraim dan pakcik biola raja propa. Haha tapi kan ada lagi orang kata nak hantar kad tapi tak adapun, tak tahulah posmen tak hantar ke apa kan. Tak apa, sila bersangka baik Ipah!

Pasal duit raya? Tak adalah banyak mana. Aku tahu tahun ni last dapat duit raya. Kejap nak kira. RM216 jumlah wang yang berjaya dikumpul. Terima kasih yang memberi. Aku juga bagi duit raya. Kat anak buah sorang dengan adik bongsu. Saja suka-suka. Bukan banyak pun kan? Janji ada. Seronoknya beraya sampai lupa banyak kerja menanti. Tepuk dahi. Tutup browser =P
Published with Blogger-droid v2.0.6

Genap setahun 27.8.2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang berubah? Fizikal yang pastinya. Mental? Entah. Emosi? Mungkin. Segalanya cukup rencah. Selamat ulang tahun kelahiran untuk Iffah. Bagi aku ini adalah hari lahir kedua aku. Bak mati hidup semula. Selamanya aku ingat tarikh keramat ini.

Jangan tanya mana gambar. Aku tak sanggup nak kasi korang tengok. Kang semua takut nak kawan dengan aku. Haha. Bagi sesiapa yang asyik tertanya-tanya apa jadi kat aku. Boleh tengok kat entry-entry lepas. Kesian pulak tertanya-tanya. Aku tak kisah berkongsi cerita, takut korang yang bosan dan menyampah je.

Klik je kat Sejarah Iffah Afeefah 27.8.2011. Semua aku dah kumpulkan dalam entry ni rasanya. Mungkin korang akan lebih faham. =) Nikmat Allah beri sekelip mata boleh ditarik semula. Jangan kata mati hanya yang tua semata. Kini makin ramai mati usia muda. Maka sempatkah kita untuk kembali ke jalanNya?

Urut batin satu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Gila sungguh iklan sekarang. Memang tak agak-agak iklannya. Bukan iklan kat TV. Iklan kat tepi jalan tu. Terpampang kat Kelantan. Kat negeri lain aku tak tahulah sebab yang aku nampak masa OTW balik kampung. Urut dada sambil mata terbeliak. Terkejut. Apa itu urut batin? Sekali baca dah tahu. Memang berani gila yang buat tawaran khidmat urutan tu dan buat iklan tu.Yang tak tahu urut batin tu tak payah gatal nak tahu. Baik tak tahu. 

Kalau aku ada kuasa undurkan masa macam Running Man tu, aku nak undurkan masa bila aku benar-benar innocent. Orang cerita tak faham apa-apa. Otak suci gitu. Jadi adik-adik, jangan kotorkan minda dengan ambil tahu benda yang tak perlu tahu ni. Sebab ia banyak negatif dari positif. Biarlah orang kata kita kuno, skema atau bengap. Janji kita tak menyesal di kemudian hari.

Akhir kata, katakan tidak pada urut batin dan seangkatan dengannya. Allah nampak apa yang kita lakukan =)

Mohon doakan BELIAU!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sepupu aku beraya di hospital tahun ni. Keluarga kami tak sudah-sudah ditimpa musibah. Rasa sayu je bila tengok dia terlantar macam aku tahun lepas. Bezanya dugaan dia lagi berat.

Kanser testis. Dah merebak ke bahagian perut. Kanser okey. Bukan penyakit sebarangan. Kesian sangat aku tengok dia. Muda lagi. 20 Tahun baru. Kanser ni tak siapa dapat duga hadirnya. Kadang kita terlalu senang dengan nikmat kesihatan yang Allah beri selama ini.

Aku mohon sangat. Semua doakan dia kuat. Doakan dia boleh jalani kimo dengan emosi yang stabil, kuat fizikal. Semoga umurnya panjang. Semoga dia berjaya lawan penyakitnya tu. Aku tak mampu nak cakap dengan dia. Sebab aku tahu dia tak nak kami melawat dan tunjuk wajah simpati. Dia perlukan kekuatan dari kita. Doakan untuk dia. Aku mohon!

Review: Setitis Kasih Darmia by Naniey TJ

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Setitis Kasih Darmia
COVER
Untuk sinopsis klik sini.
Disebabkan ini novel sulung kawan baik aku. Aku beli sendiri tanda sokongan. Tak ada dapat percuma pun. Tak apa, kawan kan?

Mula kisah ni macam cindarella melayu kat TV3 yang Haliza Misbun berlakon tu. Tapi tak sama. Nampak macam klise tapi sebenarnya itulah yang berlaku dalam hidup kita. Yang menariknya, cerita ni kaitkan kisah kehidupan orang kampung. Ada negatif dan positifnya. Kadang kita lupa yang kisah kehidupan sebenarnya perlu. Bukan mahukan fantasi semata-mata dalam novel.

Olahan cerita sangat bagus. Aku hampir je nak nangis baca. Geram punya pasal terus tak jadi. Tapi aku cair dengan watak hero sebab dia baik sangat. Penyabar. Buang ego demi isteri. Aku tertanya-tanya adakah lelaki seperti itu lagi? Lepas tu, peleraian cerita agak meleret. Semua watak sampingan punya kesudahan dicerita satu-satu. Aku tak nak tahu pasal mereka. Mungkin lepas ni Nan kau boleh buat peleraian kisah watak sampingan dulu barulah hero dan heroin. Jadi orang akan berminat hingga ke endingnya.

Apapun 4 bintang aku kasi. Syabas Nan! Bangga aku. Lagi-lagi ada nama Dr. Afeefah dalam tu. Haha geli aku baca nama sendiri dalam novel kau. =P Korang apa tunggu lagi? Belilah. Tak rugi langsung. Sungguh memuaskan hatiku. Lalala~~~

Akhirnya update

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku beraya kat kelantan. Internet sangat lembab membuatkan aku lupakan pasal blog. Kat kelantan pun beraya rumah saudara je sehari. Tak jejak KB pun. Apatah lagi jumpa blogger kelantan. Maaf. Ingat dah bawak kereta sendiri bolehlah meredah KB. Tapi keadaan tak mengizinkan.

Balik pun jaga mek yang sakit. Uzur sangat dah. Aku tak sampai hati nak tengok. Nak kata tunggu masa, pun tak boleh nak cakap. Hurm lupa nak cerita, yang aku bawak kereta 9jam perjalanan ke kelantan. Yeah! Kena pergi dua kereta sebab kami berenam. Aku bawak hala pergi je. Hala balik aku terpaksa menghadap jammed dari Melor ke Gua Musang. 4jam. Lepas tu tukar driver. Mengantuk tak elok drive kan?

Alhamdulillah. Pukul 11 malam semalam sampai. Gerak 12 tengahari masalahnya. Dugaan bila balik kampung jauh macam nilah. Macam mana raya korang? Seronok? Ke dah beraya sampai pengsan? Hehe :-)
Published with Blogger-droid v2.0.6

Kaitan dua kebakaran pada tahun berbeza

Pagi raya yang agak haru biru. Tahun lepas terbakar kereta, tahun ni rumah pulak. Tapi bukan rumah aku. Jiran selang dua rumah. Kitorang nak gerak balik kampung, tiba-tiba abang ipar aku berhentikan kereta. Tengok ada api marak depan rumah jiran. Apalagi dia keluar, cari punca air nak padamkan kebakaran. Kitorang yang perempuan masih panik dan tengok je.
Dia pun kata call 999. Aku pandang kiri kanan tengok tak ada orang call. Aku pun call dengan paniknya. Cakap dengan operator. Lama jugak. Lepas tu baru dia sambungkan dengan bomba. Yang lain masih busy padamkan api. Dengan percikan api elektrik. Bahaya gila, ibu dah bising suruh jauhkan diri. Takut meletup.
Akhirnya, api padam. Ramai jiran berkerumun tunggu bomba. Agak lambat sebab diorang tak tahu jalan ke rumah. Time tu akulah yang duduk jawab call. Terangkan. Huish macam hero ah. Tapi lepas bomba datang tak ada apa diorang dapat buat. Sebab bomba bahagian lain akan check punca kebakaran. Tapi rumah dah tak ada elektrik. Wayar terbakar sama. Kalau lambat memang rumah kitorang pun mungkin turut sama akan terbakar.
Mujur semua bertindak pantas dan bijak. Cuma aku panik sikit masa call haha. Kelam kabut okey. Empunya rumah pun tak ada. Jadi tak ada kemalangan jiwa. Tak sempat nak snap gambar api. Cuma snap gambarakudi depan lori bomba. Wakaka bukti tu! Kalau kami gerak lambat mungkin kami juga akan jadi mangsa, kalau gerak awal rumah pulak berisiko terbakar. Syukur.
Perasan tak tahun lepas aku diselamatkan orang dari terbakar teruk, kali ni aku pulak tolong rumah diorang. Kesimpulan, buat baik dibalas baik. Ada hikmahnya kan? Pengalaman raya yang berharga yang pasti.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Iffah Afeefah nak menyusun 10 jari

Aku tak tahu nak buat tajuk apa. Jadi selamat hari raya kepada sahabat maya. Aku tahu aku tak sempurna. Maafkan segala kesilapan dan segala kekurangan aku selama kita semua berkenalan. Halalkan segala makan minum masa kita bergath, berpropa, bergosip, berjumpa. Harap korang gembira menyambut lebaran. Tahun ni dalam sejarah, akhirnya aku beraya secara sempurna.

Walaupun kenangan lama masih terpahat, kejadian lalu masih disebut-sebut. Tahun ni tak adayang kena pergi hospital seremban. Aku dapat solat raya. Pakai baju raya. Tudung raya. Teruja kembali bila raya bersama keluarga. Ehem duit rayadah 100++. Korang macam mana? Busy di hari raya. Jadi tak dapat bw. Selamat hari raya korang:-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

Projek di dapur

Ohoi letih sungguh. Hari ni macam-macam projek aku buat. Mulakan hari dengan sahur dan solat subuh. Lepas tu masuk dapur. Buat tat nenas gulung, sebab ada baki inti. Lepas tu tangan gatal nak buat kek coklat.

Ajar akak buat kek. Dia tak pernah buat. Yang paling tak tahan tu salah resepi. Sengal je letak tepung naik sendiri. Lepas tu letak pulak soda bikarbonat dengan baking powder. Habis terlebih naik. Tapi mujur masih okey. Maaf, lupa ubah resepi.

Kelmarin tengok banji roll. Cantik. Tapi tak buatlah. Sebab macam leceh. Jadi buat kek gulung strawberry. Memang stress buatnya. Sebab baru pertama kali. Terkial-kial aku buat. Mujur ada sifu. Terus buat tiga adunan. Tapi adunan kedua gagal. Sebab sifu lupa nak pesan bekas kena kering dan tak kotor. Kek ni macam bahulu. Sensitif sikit.

Akhir sekali aku masak kek oren. Ayah dah teringin. Beli oren bertimbun. Jadi kenalah anak-anak faham ayahnya tujuan. Jadi sebiji kek oren sedang dibakar. Terasa dekat dengan raya. Lama tak merasai kemeriahan raya. Ehem last raya dua tahun lepas :-(

Published with Blogger-droid v1.7.4

Mari membuat biskut

Mesti ramai tengah buat persiapan raya. Dua hari terakhir nak membuat biskut. Lambat? Taklah kami ramai perempuan. Jadi semua pakat buat. Bila ibu dah guna kuasa veto, anak-anak kenalah turun padang. Ni tengah cari resepi. Honey cornflakes pulak.

Korang buat apa? Tak buat biskut?
Published with Blogger-droid v1.7.4

La Tahzan: Bakat tiada

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kadang kita cemburu. Kita tengok orang berdiri gagah dengan bakat yang mereka ada. Bakat semula jadi? Entah. Sampaikan kita rasa kerdil je bila sebaris dengan manusia-manusia yang gah dengan kelebihan sendiri. Bakat apa kita ada? Kita serba kekurangan. Selalu sedih. 

Itu biasa jadi. Sedar atau tak, kita pasti akan terselit rasa tak puas hati. Kenapa kita tak berbakat macam pelukis komik terkenal tu? Kenapa kita tak boleh jadi penulis hebat seperti A. Samad Said? Kenapa kita tak lantang bersuara seperti seseorang yang terkenal. Kenapa kita tak jadi usahawan berjaya macam beliau yang berjuta-juta hartanya. Kenapa kita tak boleh bergelar angkasawan seperti doktor muda itu?

Tapi, persoalannya, kenapa kita tak cermin diri? Hebat mereka bukan kerana bakat semata. Usaha, doa dan tawakal ada juga. Sedangkan kita? Duduk mempersoalkan takdir. Sedih tapi tak bertindak. Tak usaha mencapai apa yang kita inginkan. Bakat itu perlu digali. Kalau bakat menyanyi tak ada, kita boleh belajar mengaji. Kalau kita melukis tak pandai, kita boleh cuba mewarna.

Ingat, hidup ini pilihan. Bakat apa? Pilihan di tangan anda. Fleksibelkan diri. Jangan terlalu jumud dan sentiasa salahkan takdir. Dan akhir sekali, la tahzan. Sesungguhnya bakat dan kelebihan dari Allah S.W.T, jika benar bakat itu milik kita dengan izinNya, pasti kita juga bisa berjaya seperti yang telah berjaya dengan bakat mereka tersendiri.

Ringkas dan padat

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sunyi asrama bila ramai mengambil risiko untuk pulang sebelum masanya. Harap mereka bahagia di samping keluarga. Aku? Masih setia menanti sisa kuliah yang tinggal. Bila lagi nak pergi kuliah? Belajar bersyukur, ada orang exam di pagi raya. Ada orang nun di sana tak dapat pulang teratak bonda. Ada orang hidup sebatang kara di dalam tanah. Bersyukur kita masih di sini.

Tapi hati aku tiada di sini. Jangan petang ni ada kat Kajang sudahlah =)

Kistot: Ambil kesempatan!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Awak, kejap! Saya ada hal sikit nak tanya…” Maisara berpaling. Qistina rupanya. Dia menanti soalan yang ingin Qistina ajukan.
“Macam mana nak buat latihan math ni? Saya tak reti…” Maisara tersenyum. Lalu dia mengajar penuh semangat. Usai itu Qistina mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.
“Mai, kenapa Qis tu?” Atikah menegur dari belakang. Maisara senyum.
“Ah dia nak mintak tolong ajarkan matematik. Saya tolong ajarkan. Awak dari mana?” Atikah mengeluh.
“Apalah awak ni. Masa dia susah baru dia cari awak. Padahal awak layan dia baik je. Dia je yang tenggelam timbul…” Rungutnya tanpa lapik. Atikah memang tak suka melihat Maisara dipergunakan sebegitu. Orang lain kawan ikhlas. Bukan macam Qistina.
“Apa pulak cakap macam tu? Awak, dia kan kawan saya. Kawan awak. Lagipun tak salah kalau kita bantu setakat yang kita mampu kan?” Maisara terguris sedikit. Dia tak gemar orang mempersoalkan cara dia berkawan.
“Bukan macam tu. Awak ingat tak masa dia nak buat sambutan hari jadi dia. Suruh awak tolong masak. Lepas tu dia seronok-seronok dengan kawan-kawan dia yang sporting kononnya. Awak buat apa? Duduk je kat dapur kemas-kemas. Mujurlah basuh pinggan bukan awak yang buat…” Tokok Atikah lagi.
“Ish awak tak baik cakap macam tu. Dah dia minta tolong. Saya kan kawan dia. Jangan sebab awak cemburukan saya baik dengan dia, awak nak cerita buruk dia. Saya ikhlas kawan dengan semua. Saya tak kisah dia minta tolong. Awak minta tolong pun ada saya menolak? Saya cuba tolong kawan-kawan saya…itupun awak…” Kata-kata tak dapat dihabiskan. Air mata merembes keluar. Atikah terkedu. Lantas dipeluknya Maisara.
“Mai, saya tegur ni sebab saya ingat awak kawan saya. Saya tak nak awak terpaksa buat semua kerja sebab seorang sahabat yang tak menghargai jasa awak. Dia datang cari awak masa susah je. Ini ke nilai persahabatan awak di mata dia? Awak, jangan bazirkan masa awak untuk berbakti kepadanya. Dia takkan hargai. Dia cuma pergunakan awak. Dan saya yang lihat ni tak sanggup dah…tau?” Maisara menangis. Keduanya menangis. Air mata masih membasahi. Malam itu Maisara muhasabah diri semula. Atikah tak salah. Dia yang salah kerana memberi peluang kepada orang untuk mengambil kesempatan.

Jangan memilih bertudung kerana fesyen

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ramai kan artis kat Malaysia ni bertudung? Semalam aku dengan roommate sibuk menggoogle wajah-wajah mereka sebelum dan selepas. Bila makin ramai bertudung aku jadi musykil. Adakah sengaja mencari publisiti kerana penampilan berbeza atau sebalik? Bukan niat aku nak tuduh. Apatah lagi menabur fitnah. Cuma aku nak sama-sama renungkan. Kenapa memilih untuk bertudung dan sebab bertudung? 

Lupakan pasal artis. Bukan artis je yang bertudung kan? Jadi, kita semak diri kita semula. Apa niat kita pakai tudung? Aku makin risau. Sebab bertudung itu bukanlah sekadar fesyen semata-mata. Kalau itu niatnya, betulkanlah niat itu semula. Paling sedih, bila memikirkan mereka yang bertudung masih melakukan dosa. Bukan sekadar berpegang tangan bukan muhrim. Banyak lagi. Tudung bukan fesyen yang perlu diikuti. 

Tudung hanyalah salah satu pakaian yang membolehkan kita menutup aurat sebahagian anggota badan kita. Jangan kata "Alah, bertudung ni dah menutup auratlah kan?" Habis lengan ditayang. Kain terbelah nampak betis. Kain melekat pada badan sampai lemak kelihatan. Imej bertudung makin lama makin terjejas sebab segelintir manusia yang bertudung hanya kerana ingin bertudung. Bukan kerana ingin menutup aurat. Pakai tudung tak semestinya tutup aurat! Ingatan untuk diri sendiri juga.

Tapi tak mengapa kalau nak bertudung dengan paksaan, fesyen dan sebagainya, kerana dari niat yang salah, insyallah lama kelamaan membuka mata, hati, minda dan iman untuk berubah kerana Allah S.W.T. Aku tahu  ramai yang kata orang bertudung bukannya baik sangatpun. Tapi sekurangnya rambutnya tak dibakar di akhirat kelak. Berubahlah sedikit demi sedikit. Lebih baik dari tak mula langsung kan? Jom berubah =)

Novel Setitis Kasih Darmia di POPULAR!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Buat kawan-kawan yang suka membaca novel. Aku cadangkan beli karya sulung sahabat aku ni. Sebab penulisan dia sangat best aku rasa. Dari dia aku belajar menulis. Kira sifu. Jadi, jangan bandingkan penulisan kami. Segan aku.

Kalau tak percaya boleh rujuk entry Novelis tersebut. Bangga betul kawan dah digelar novelis. Aku? Blogger sudah =)

Selamat membaca. Aku nak tunggu dari tangan dia. Malas nak beli kat luar. Sampai sekarang ending cerita dia aku tak baca. Sebab hari tu dia suruh jadi editor novel tu, tak mampu nak baca. Tebal sangat kot. Dah tak sabar nak baca apa jadi pada Darmia yang dipaksa kahwin dengan Khairul Amir yang angkuh!

Setakat aku baca suku cerita versi online, aku rasa cerita dia 4 bintang. Tak tahulah habis satu buku tambah satu bintang lagi =P Tapi Qaseh awal-awal dah baca. Review novel ini di sini. Cemburu betul baca reviewnya. Tak sabar nak baca jugak!

Kistot: Kahwin

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Waktu berbuka sudah hampir. Tiara sibuk bersiap untuk keluar dengan temannya, Kirana.
“Ara, dah siap ke?” Kirana sudah lama menanti di luar.
“Dah-dah. Jom Kak Lia tunggu kita ni,” Kelam kabut Tiara menyarung kasut. Janji makan malam harus ditepati. Sesampainya di sana Kirana ternampak seorang lelaki bersama Kak Lia.
‘Oh inilah temannya tu…’ Hatinya berdesis perlahan. Dalam segan dia melemparkan senyuman. Manusia sungguh ramai memandangkan musim puasa. Jadi, mereka memilih menu dan menanti makanan tiba. Sambil makan, Kirana dan Tiara sibuk menyakat kedua-duanya. Bahagia nampak.
“Habis bila nak kahwin?” Tiara sibuk bertanya. Kirana hanya senyum. Segan masih terasa.
“Hah tunggulah kerja dulu Ara. Ingat senang ke nak kahwin?” Kak Lia mula beri ceramah. Kirana segera mengangguk.
“Aah abang nak je cepatkan. Tak elok bercinta lama-lama. Tapi tulah Kak Lia tak bagi abang masuk meminang. Sabar jelah…” Tiara dan Kirana serentak ketawa. Hanya Kak Lia yang masam.
“Eleh nak minang konon. Jumpa mak ayah saya pun terketar lutut tu…” Tiara memandang Abang Syah.
“Serius?” Tiara galak menyakat. Abang Shah hanya ketawa.
“Ingat Ara, Ana. Kahwin ni bukan untuk sehari dua. Kalau kahwin tu semudah A,B, C… lama dah kami kahwin. Belanja kahwin lagi. Akak tak kerja lagi. Mana nak dapat duit?” Terang Kak Lia panjang lebar. Abang Syah hanya mengangguk.
“Tapi kan kalau kita dah niat nak kahwin kerana Allah, mesti Allah mudahkan jalan kita nak kahwin kan?” Kirana pula menyampuk.
“Lagipun bila dah kahwin rezeki makin murah. Yang penting buat yang wajib je. Tak payah fikir sangat pasal belanja yang tak penting…” Kirana sambung lagi. Abang Syah dan Kak Lia terdiam. Tiara dalam diam bersetuju.
“Kahwin bukan bertujuan untuk menyusahkan kita. Memudahkan lagi adalah. Cuma terpulang kat kita nak pilih yang mana. Jangan kerana budaya, adat dan kemegahan kita sanggup lupakan yang asas. Itulah paling penting sebenarnya…” Tiara menokok tambah. Akhirnya, semua diam dan muhasabah diri semula. 

Untuk kamu, kamu dan kamu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Kad raya buat classmate selama 5 tahun
Apa itu seni?
Sungguh aku tak tahu...
Yang aku tahu lakarkan perkataan...
Yang aku tahu cumalah menaip patah kata...
Itupun menggunakan teknologi...
Aku tak reti melukis seperti mereka...
Aku tak reti menulis seperti kamu semua...
Aku tak mampu coretkan kata-kata tanpa batasan...
Aku tak kuat nak luah segala biarpun cuma dalam tulisan...
Yang aku mampu cumalah sekeping kad...
Yang aku mampu taipkan kata-kata biasa...
Tak puitis seperti kau, dia dan kamu...
Terimalah... hargailah...kerana...
Ini saja yang aku mampu...
Kerana aku tak reti apapun...
Maaf...hadiah ni tak seberapa untuk kamu, kamu dan kamu...
Semoga persahabatan 5 tahun 2 bulan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya...

Satu hari satu perkataan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku macam nak berkempen pulak gayanya. Bukan apa, aku tengok makin ramai yang lupa tentang bahasa ibunda kita. Yalah, masing-masing dah berhabuk cakap inggeris. Mana nak pandang lingua franca kita kan. Tapi aku nak ajak korang menimba ilmu.

Satu perkataan yang aku nak kongsikan ialah "Menguar-uarkan". Aku sedang menulis karangan tugasan kat library pagi tadi, lepas tu aku nak taip menwar-warkan. Tapi rupanya ia salah. Jadi, sama-sama membetulkan  penggunaan bahasa ye. Aku pun baru berjinak-jinak guna bahasa yang betul. Nak buat kajian tindakan kononnya.

Jadi, boleh rujuk sini dan sini untuk mendapat info tentang perkataan menguar-uarkan. Jadikan amalan kita, sau hari satu perkataan baru kita pelajari. Sebab nanti kita sendiri tak faham dengan bahasa kita sendiri. Betul? Jom kita MBMMBI bersama-sama! Memartabatkan BAHASA MALAYSIA memperkukuh BAHASA INGGERIS. Ada macam cikgu-cikgu tak aku?

Tragedi duit raya tahun lepas

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Maaf asyik cerita pasal raya. Maklumlah nak dekat raya dah kan? Sebenarnya bila baca entry Deno pasal duit raya baru aku teringat. Aku pernah dapat begitu banyak duit raya. Mohon ampun kepada orang yang bagi duit tu. Aku betul-betul lupa. Ke sengaja melupakan? Errr...

Duit raya paling banyak aku kumpul tahun lepas. Rasanya korang tahu sebab apa kan? Kalau tak tahu diam-diam dan buat-buat faham je. Aku dapat kumpul hampir RM 3000. Banyak bukan? Orang bagi atas dasar simpati dan masa tu hari raya. Jadi aku kira itu duit raya.

Apa aku buat dengan duit tu? Lepas 4 hari beraya kat hospital, aku melepek kat rumah hampir tiga minggu. Ponteng kuliah masa tu. Jadi, aku kebosanan. Dengan tangan berbalut. Kaki berbalut. Aku pun request Galaxy Tab. Masa tu version boleh telefon tu. Aku bukan gila gajet tapi entahlah sebab aku dan blogging tak dapat dipisahkan. Makanya itulah pilihan terbaik ketika itu.

Lepas tu baki duit Ibu simpan. Sampailah tahun ni gatal nak naik kereta lagi. Kereta sendiri. Jadi, duit lebih tu buat down payment kereta. Mujurlah Ibu Ayah sporting kasi aku drive balik. Lama jugak aku nak kembalikan kepercayaan diorang. Nak drive sorang pulak tu. Apapun semua benda ada hikmahnya. Kalau korang tanya aku, nak sakit lagi tak nanti dapat duit banyak. Jawapan aku TIDAK!

Aku rela cari duit sendiri dan kumpul sendiri. Jalan mudah macam ni tak menggembirakan hati. Ingat senang-senang orang bagi duit? Tapi itulah pengalaman pahit dan manis aku. Kalau dikira sakitnya cuci luka, pedih, terbakar, tersiat, bedah, tampal kulit, stapler kat tangan, latihan tangan, tangan tak sempurna, aku tak mahu lalui semua itu lagi. 

Bila kita sakit memang kita makin dekat dengan Allah. Tapi kalau semata-mata itu kita dekat dengan Allah baik lupakan. Berapa lama kita nak ingat Allah masa susah? Sedangkan Allah ingat kita tak kira masa. Persoalan yang selalu bermain di minda aku ialah kalaulah aku mati masa tu? Kalaulah aku tersepit tak boleh keluar kereta? Kalaulah yang rentung itu aku? Tapi semua yang berlaku ada sebab. Aku tahu Allah rancang sesuatu untuk aku. *senyum

Perkongsian cerita duit raya seperti sebak bukan? Aku tak terniat. Aku tulis apa yang aku fikir. Itu je. Harap sama-sama dapat sesuatu dari entry berjela ni. Akhir sekali, aku nak tepek satu gambar aku. Korang dapat cam rasanya. =)

Fakta tentang gambar:
Dari kiri my roommate (Bie), Classmate, Bff, Adik-adik, Anak buah dan Lecturer (Sorang lelaki dua perempuan cina).
Gambar di hari raya tahun lepas.
Satu bas datang melawat dari Melaka.
Bergambar di depan rumah aku. 
Muka aku yang belum sembuh kulitnya.

Kistot: Mercun punya pasal

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Suatu hari Limah dan Minah jumpa mercun. Mereka gembira sekali sebab tak pernah main mercun dalam sejarah hidupnya. Kawan-kawan lain tak mahu kawan dengan mereka hanya kerana tak reti main mercun.
“Minah, kau reti ke nak nyalakan mercun ni?” Minah membuka kotak mercun pop tersebut.
“Tak reti. Betul ke nama dia mercun weh?” Minah pula menggaru kepala.
“Eh tengok ni m.e.r…Mer…c.u.n… Mercun. Pop!” Diejanya satu persatu. Minah menggangguk perlahan.
“Tapi kenapa dia macam bahan sup je…” Mercun kecil itu diberikan kepada sahabatnya Limah semula.
“Ah yeke? Mak kau masak guna mercun?” Minah mengangguk laju. Lagaknya penuh keyakinan.
“Habis aku baca ni mercun. Ish tak dapatlah kita geng dengan Man, Min, Mon…” Rungut Limah sambil menghentakkan kakinya. Minah ketawa.
“Kau ni bodohlah. Ini kan bukan mercun, apa kata kita tipu diorang. Kata ni mercun. Bijak kan aku?” Lagaknya seperti professor.
“Aah. Kau memang pandai…” Mereka pun berlalu pergi ke tempat Man, Min dan Mon. Tapi akhirnya mereka pulang dengan kehampaan.  Man, Min dan Mon tetap tak mahu berkawan dengan mereka. Teringat kata-kata lelaki bernama Man itu.
“Woi Minah, Limah korang ni bodoh betul. Ini mercunlah. Nampak ni?” Man mencampakkan mercun pop ke arah mereka berdua. Limah dan Minah bertempiaran lari dari letupan kecil itu. Ketakutan! Ketiga-tiga lelaki itu menggelakkan Minah dan Limah.

Iffah kata: Kenyang berbuka puasa di luar. Alhamdulillah =) Siapa-siapa yang kena tag segmen tadi dah join belum? Haha

Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama phat corner

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Sila jangan muntah dengan segmen. Ini adalah segmen kedua tentang raya. Pengsan! Kali ni aku nak buat sebab kena tag dengan cik Ana. Kesian pulak, dah tag penat-penat tak nak join kan? Kali ini Encik Phat punya segmen.
Klik banner untuk join
Encik Phat tanya kat mana aku beraya tahun ni. Ini kira bonuslah. Korang tak payah susah-susah tanya aku beraya kat mana lepas ni. Haha malas nak jawab. Hari raya pertama aku akan beraya dengan Family Seri Iman kat Kajang. Lepas solat dan makan aku gerak ke Bangi. Raya rumah Atuk Nenek belah ayah. Esoknya bergerak ke Kelantan di rumah Mek tercinta. Mek dah sakit sangat. Kesian dia. Hurmm lepas habis cuti aku akan beraya di Melaka. Serang semua rumah cikgu-cikgu sebab dah tahun akhir di Melaka. Entah bila nak jejak lagi kan?

Okey itu je dapat aku kongsikan. Mulalah gatal tangan nak tag ni. Haha.
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Kak Kiera
Yang lain tak ditag kat sini boleh rujuk entry INI sebab anda ditag di sana.

QASEHSUCI : KAD RAYA QASEH

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Masa untuk bersegmen. Berapa tahun aku dah tak bersegmen eh? Hehe demi Qaseh aku turutkan. Lagi satu bagi menjayakan misi mengumpul kad raya. Setakat ni kad raya aku dah tiga. Ada beberapa otw. Harap sempatlah kumpul kan. Siapa nak bagi kad kat aku boleh pm mintak address =)
Kad raya untuk korang-Google
Qaseh tanya pengalaman aku menyambut raya. Masa kanak-kanak dulu aku paling teruja balik kelantan. Sebab? Tengok permandangan. 8 jam kot aku tak tidur sepanjang perjalanan. Lepas tu kumpul duit raya. Makcik pakcik aku selalu kasi RM10 dan ke atas. Tak main seringgit dua. Masa tu kamilah paling kaya. Haha lepas tu beli aiskrim jeruk. Selalu duit raya aku mencecah RM200 je. Tak pernah dapat banyak. Sebab tak rajin melawat jiran tetangga =P

Okey bagi membolehkan aku menang kad raya. Aku nak tag kawan-kawan maya yang kena join jugak. Aku tak kira! Haha.

Cukuplah sampai situ. Tak larat nak tag dah. Haha korang semua nak join bolehlah klik kat sini ye. Terima kasih menjayakan misi mengumpul kad raya aku. Haha.

Kesan negatif penulisan di blog

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hari ni aku nak berkongsi tentang penulisan. Bila bercerita pasal penulisan, mestilah perkara yang ditulis. Bukan lisan. Bila menulis, kadang kita menggunakan emosi. Kadang bagus dan kadang tak. Bila emosi menguasai diri, selalunya perkataan kita agak tak berlapis dan berbaur amarah yang nyata. Bila orang baca, dia akan teremosi sama. Terikut sama. Itu kesan pertama.

Kesan kedua, salah faham. Orang yang baca akan rasa entry tu menuju kepada dia. Padahal tak pun. Sebab kita kadang tulis untuk peringatan sama-sama. Untuk kita sekali, tapi kalau secara tak langsung buat orang berkecil hati dengan kita. Jadi, jaga penulisan. Risau tak sempat nak minta maaf dengan hati-hati yang terasa dengan kita. 

Ketiga pula, nada dan intonasi berbeza. Kadang kita tulis bukan dalam keadaan marah. Tapi orang yang tafsirkan nampak macam sebaliknya. Jadi, gunakan bahasa yang betul. Bahasa kita indah sebenarnya. Jadi guna sebaiknya. Bila perlu tanda seru, bila perlu koma, noktah. Perkataan pun perlu dipilih yang sebaiknya. Jangan bulan puasa je jaga penulisan tu, sentiasa beringat sebab blog kita bukan kita je yang baca.

Kesimpulan, beringat masa menulis. Jangan main ikut hati je. Walaupun ini blog aku, suka hati aku nak tulis apa, tapi ini blog bukan aku sorang yang baca. Ramai! Tak kisahlah blog ke apa ke. Ingatan ini untuk aku juga. Kau. Korang. Semua yang setia membaca blog aku ni. Jaga-jaga. Banyak mata memandang sebenarnya =)

Review: Being a doctor for ummah

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa yang aku boleh katakan tentang blog ini ialah hebat. Dari segi penulisan aku suka. Dari segi intipati lagi aku suka. Kalau sesiapa yang dahagakan penulisan islamik dan ada ilmu di dalamnya. Maka inilah antara pilihan blognya.

Penulis seorang perempuan. Dia juga penulis kat Web I Luv Islam. Jadi memang tersangat kagum. Kadang kita terlalu inginkan hiburan sampai lupa tujuan asal kita hidup di muka bumi ini. Akulah antaranya. Jadi, sila baca blog ini.
BEING A DOCTOR FOR UMMAH
Klik header ini untuk melawat blognya

Rasa nak jadi macam dia pulak bila baca blog dia. Antara entry yang aku suka entry "Saya sanggup tunggu awak". Baca entry tu dan fahamkan. Sebab tu hati aku tertutup untuk terima sebarang cinta mungkin. Jadi jangan persoalkan kenapa aku masih single. Kenapa dan kenapa? Cukuplah yang kamu, kamu dan kamu yang di luar sana tahu yang aku tak mahu buka hati aku setakat ni. Mohon jangan buat andaian sendiri lagi lepas ni. Tak kuasa nak melayan!

Bukan talam dua muka

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Apasal kau lain hah? Dengan orang ni kau macam orang lain. Dengan aku macam orang lain. Dalam blog pun macam lain. Hipokrit!"

Okey itu dialog aku reka je. Tak ada kaitan dengan sesiapa saja. Aku cuma nak betulkan ayat di atas. Bukan hipokrit atau talam dua muka. Manusia bagi aku unik. Jadi bila dia boleh berubah-ubah personaliti dan perwatakan mengikut situasi. Dia adalah unik. Kadang perubahan itu perlu mengikut situasi.

Misalnya, menulis blog. Orang lain baca. Kena jaga adab lebih sikit. Bahasa yang sopan. Jangan terlalu berterus terang tentang peribadi. Jaga aib diri. Tiada batasan bersuara melalui perkataan. Banyak perkara  perlu dijaga fakta paling penting.

Dengan kawan-kawan pula, kita lebih bebas menunjukkan diri kita yang sebenar. Pengaruh personaliti rakan juga ada. Dia kasar kita pun kasar. Dia lembut kita pun berlembut. Dia melawak kita pun melawak. Berubah mengikut situasi seperti yang aku kata. Dengan A kita boleh jadi macam nakal. Dengan B kita kena jaga batasan. Dengan A kita boleh cakap lepas. Dengan B kita kena berkias-kias.

Jadi, bukan ertinya kita talam dua muka. Kita cuma menyesuaikan diri dan watak kita mengikut kesesuaian situasi dan jenis orang yang kita bergaul. Tiada sebab nak tuduh orang tu hipokrit ke apa. Kita cuma perlu bijak suaikan diri supaya kita tak canggung, orang pun tak bingung. Macam masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang lembu? Okey pandai. Faham sekarang?

KISTOT tu apa?

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ramai sangat tak tahu KISTOT tu apa. Sampai aku buat kistot pun orang ingat kisah aku sendiri. Semua tu rekaan dan ada juga yang benar tapi diubahsuai mengikut selera penulis. Kistot ni anak kepada cerpen. Kalau cerpen selalu aku buat 3 hingga 7 muka surat. Yang kistot ni cuma setengah muka surat je. 

Kistot sama dengan Kisah Kontot. Kalau Kispen sama dengan Kisah pendek. Banyak istilah sebenarnya. Certot tu cerita kontot. Cerpen tu cerita pendek. Cerpan tu cerita panjang. Kalau novel tu cerita panjang berjela. Boleh faham semua? Jadi kistot aku okey ke korang rasa? Aku perlukan kritikan yang jujur dari korang. Risau tersyok sendiri. Orang pun salah faham ingat tu cerita aku sebenar.

Antara KISTOT yang aku dah buat;
1. Aku dan jam tangan
2. Awak lari saya kejar
3. Tangan kanan gatal
4. Cheezy Wedges
5. Kuat!
6. Trauma yang positif
7. Rahsia hati
8. Aku, dia dan kad raya

Jadi selamat membaca =)

La Tahzan: Bila sentap lagi

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Selalu sentap? Ya, mungkin anda hati tisu. Aku pun tak kurangnya. Aku cuba menidakkan rasa sentap itu. Kadang tak berjaya. Apa yang aku buat? Lemparkan kemarahan secara senyap. Bila aku marah mesti aku senyap. Bila senyap kita takkan maki orang, gunakan emosi lebih dahulu dari minda. Jadi aku control sakit hati dengan senyap.

Lepas tu aku marah balik kat tempat sunyi. Luahkan semua tak puas hati dan aku boleh senyum balik. Walaupun sentap, buat apa nak simpan dalam hati. Buat parah hati je. Maafkan seseorang itu adalah lebih baik. Tak adalah kita serabut je kan.

Jangan bersedih sebab sentap itu boleh dijadikan pendorong semangat. Percayalah! Kekecewaan dan sakit hati jika disalurkan kea rah yang betul ia menjadi kesan positif kepada diri kita. Ingat kistot Cheezy Wedges? Macam tulah lebih kurang! Maaf, minggu lepas tak ada la tahzan dan minggu ni agak brutal penulisannya. =P

Kistot: Aku, Dia dan Kad Raya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Aku nak kad weh!”  Aku menjerit ke cuping telinganya.
“Amboi tak malu eh mintak kat aku?” Qalid membuat muka menyampah. Tak pula aku kisah. Aku mahukan kad raya darinya. Mungkin dia tak sedar yang aku benar-benar mahukannya.
“Kau jangan kedekut dengan aku boleh tak?” Aku mengetuk kepalanya dengan buku di tangan. Geram!
“Kau tu kedekut. Bagilah kad kat aku dulu…” Dia seperti berjauh hati. Aku diam seketika.
“Kau memang kan. Orang punya kau nak, kau punya tak nak kasi…” Sekali lagi aku tersentak. Benar-benar terasa hatikah dia dengan aku?
“Weh kau marah ke? Aku bukan tak nak kasi beb…aaa..aku..erm…” Aku kelu tiba-tiba. Aku memang nak bagi kat dia. Tapi aku takut. Malu. Semua perasaan ada saat ini.
“Kau tak payah nak jaga hati aku. Aku lelaki. Bukan hati lembut macam perempuan pun. Sikit-sikit nak merajuk. Ingat dia je ada hati…” Aku mula terasa panas di muka. Air mataku bila-bila masa akan menitis. Segera aku tahan.
“Kau kenapa tak puas hati dengan aku? Aku tahulah aku sensitif. Kalau kau tak suka kawan dengan perempuan macam aku tak payahlah nak peril-perli. Aku dah tak nak kad kau tu. Simpanlah sampai kau mati. Nah ni kad untuk kau…” Aku letak saja di tepi duduknya. Air mata tak aku tahan lagi. Segera helmet ku pakai. Motorsikalku terus meluncur.
“Yanaaa…” Itu saja yang aku dapat dengar sebelum aku terasa badan aku melambung. Dan aku tak sedar apa-apa selepas itu.
“Yana, aku suka kau jugak. Jangan mati lagi weh!!!” Aku malu tiba-tiba. Ucapan keramat itu jelas kedengaran. Kad raya aku telah dia baca. Dalam mata terpejam aku terasa mukaku bahang menahan malu. Mata masih enggan buka. Biarlah terkatup dalam kebahagiaan. Aku tak sanggup menatap wajahnya.

Itulah kenangan terindah aku, Qalid dan kad raya untuknya. Tak lama lepas aku accident, kami pun rancang nak kahwin! Mestilah aku yang paling bahagia. 'Thanks for everything Qalid...' Segera aku menutup mata untuk mati sementara.
#Tamat
#Mood kad raya. Jadi faham-faham jelah aku ni kan? Haha =)

Kistot: Rahsia Hati

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
“Hoi budak!” Aku terdiam. Mata dia dan aku sama-sama melekat. Dalam kiraan tiga kami berlari pantas meninggalkan surau. Mercun habis berteraburan. Pak Meon berlari sambil memegang kain pelekat yang bimbang akan terlucut masih terkial-kial.
“Korang tunggulah…” Sayup saja kedengaran suara Pak Meon. Aku dan dia masih berlari berpegangan tangan. Indah sungguh perasaan itu. Itulah saat kali pertama aku tahu apa makna suka. Suka sangat melihat Fairuz ketawa. Manis!
Tapi itu semua dulu. Kenangan tinggal kenangan. Aku sepi tanpa dia. Dia lama telah hilang dari hidup aku. Dua bulan selepas raya dia dan keluarga pindah Sabah. Nun di sana. Jauh sekali. Masakan bisa aku melihat tawanya lagi. Lebih-lebih lagi takdir menemukan kami dalam keadaan tak ku sangka. Dia berubah. Bukan lagi Fairuz yang ceria seperti dulu.
“Jauh menung?” Aku tersenyum kelat. Namun pantas aku sembunyikan. Fairuz berdiri di sebelahku.
“Ah saja tengok bulan tu. Cantik!” Aku melindungi rasa. Cinta pertama yang masih mekar biarlah menjadi rahsia.....
Baca sambungan di sini =)

Shout box punya cerita

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Mulakan entri ni dengan bismillah. Sebelum aku beremosi. Aku sebenarnya lama dah remove Shout Box. Kalau pembaca dua tahun lepas, perasan hal ini. Sebab dulu rasa ia tak perlu. Sekarang pun. Tapi disebabkan aku ada kerja kursus buat blog. Aku pun terbuat shout box kat blog sini jugak.

Aku rasa korang tak perasan kot. Deno je yang perasan. Itupun lambat. Kecik pulak hati kita tengok orang tak perasan. Buat aku tertanya-tanya. Korang ni singgah baca ke komen lepas tu blah. Musykil aku. Sampai shout box comel tu tak diperasankan. Ini aku nak tayang kat korang.
Hanya perlu klik. Nanti dia automatik besar. Macam kat bawah ni.
Ini dia!
Baik mengaku siapa yang tak perasan shout box aku? Merajuk!!! Haha penting ke shoutbox ni sebenarnya? Aku tak tahu. Tapi seronok pulak belajar edit blog. Sebab blog ni orang buatkan. Aku tolong guna je. Okey, selamat bershout box korang!

Trauma boleh melanda sesiapa saja!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
TRAUMA!
Itu perkataan yang tak perlu aku terangkan maksudnya. Aku nak kongsi kisah seseorang yang aku pun tak kenal. Tapi dia adalah perempuan yang mengalami trauma yang teruk dan sekarang dia perlukan ‘ubat’ untuk merawat traumanya itu. Dia juga adalah pesakit masalah 'jiwa' berikutan trauma yang dia alami. Aku dengar cerita ni pun dari orang.

“Ya, dia mangsa rogol. Cikgu permulaan. Umur baru 24 tahun. Hari tu dia diculik dan dirogol. Yang tak boleh terima tu, dia dirogol oleh teman lelaki kakaknya. Trauma sampai kena masuk wad. Berubat semua. Tapi kakak dia tetap nak dekat lelaki tu walaupun tahu kisah adiknya.”

Korang rasa? Mohon semua perempuan kat luar sana jaga diri. Jangan terlalu selesa dengan hidup anda. Tak semestinya semua di sekeliling anda boleh dipercayai. Jadikan kisah ini teladan. Aku harap kakaknya akan sedar diri. Cinta membutakan dirinya. Mohon sama-sama doakan dia pulih dari trauma yang teruk itu dan kakaknya pulih dari penyakit cinta gila. Mohon sangat-sangat!

4# Quotes

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
"Kita boleh jadi kuat tanpa kita sedar, jangan pandang rendah pada diri sendiri. So be strong!"
Iffah Afeefah 2012

OKU oh OKU

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ini entry peribadi. Seperti yang korang tahu aku ni pernah ada sejarah hitam. Yang tak tahu biarkan saja cerita ini. Aku pergi ke Unit HEP untuk selesaikan borang posting bagi tahun depan. Alhamdulillah selesai. Siap ada surat doktor lagi. Tak kisahlah tu. Bukti aku memang masih dalam rawatan pun dah cukup. Mula aku tak nak tulis. Tapi ibu kata kalau apa-apa jadi kemudian hari susah pulak. Sebab merahsiakan fakta. Ada betulnya. Memang aku sakit. Takkan nak mengaku sihat kan?

Tiba-tiba kerani tu tanya pasal accident, tangan, cacat dan OKU. Timbullah cerita OKU dan kad OKU. Dia buat aku terfikir. Dilema jugak. Nak kena ke buat kad OKU? Macam mana nak dapatkan? Kenapa kena daftar jadi OKU? Adakah aku nakkan parking kereta, kelebihan, elaun dan sebagainya sahaja? Aku jadi pening fikir.

Kawan aku kata macam menghina diri. Merendahkan diri ke tempat tak sepatutnya. Apa perlu aku gelarkan diri OKU sedangkan banyak perkara aku boleh uruskan sendiri. Aku boleh drive, aku boleh makan pakai tangan walaupun tak sempurna. Aku boleh gunting kertas. Menulis walaupun tulisan buruk. Jadi korang rasa perlu atau tak aku mintak kad OKU tu?

#Tangan kanan aku tak boleh genggam. Bengkok jadi bentuk C pun tak dapat. Faham tentang kondisi tangan aku sekarang?
#Aku bukan nak raih simpati ke apa. Cuma aku tengah dilema. Harap korang boleh bagi idea?

Cantik dipandang tapi...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Ya, kadang nafsu kita ni suka tengok benda cantik. Benda mahal. Tapi percayalah yang cantik dan mahal itu hanya sekadar cantik di mata tapi untuk guna? Lupakan je niat membeli benda cantik itu kalau mendatangkan kejengkelan diri di hari kelak.

Contoh?
  • Beg cantik, mahal. Limited Edition
Tapi tak tahu nak pakai kat mana. Sebab beg tu untuk orang bekerjaya dan kaya. Kita pelajar. Kang pakai kat kolej mahunya pensyarah kata kita loaded. Padahal itulah satu-satunya harta kita ada.
  • Gadjet paling latest
Ini satu hal. Akulah tu. Nak gajet yang mahal je. Bila nak beli tak reti guna. Tak sesuai dengan gaya hidup yang biasa-biasa. Ipad kawan aku tu sampai sekarang aku tak reti guna. Ada hati nak beli macbook air pulak. Kirim salam jelah Ipah oi. Pakai jelah jenama I-pah. Haha.

Jadi?
Ukur baju di badan sendiri. Memang benda tu cantik dan mahal. Tapi apa guna pada kita? Sesuai ke tak? Kadang benda cantik dan mahal ini sesuai untuk tayangan semata-mata. Jangan kerana nafsu yang membuak-buak kita lupa daratan. Jangan terlalu mengejar dunia wahai kawan!

Kistot: Trauma yang positif

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Seperti biasa dia pergi menongkah arus lebuhraya kerana mahu pulang ke kampung halaman. Bukan dia suka jalan itu. Malah ada kesan hitam terpalit di sana. Sebab itulah sebolehnya dia mahu segera melepasi zon rasa tak selamatnya itu. 

Lagu berkumandang. Lagu raya! Dia bosan mendengar lagu tersebut dimainkan saat bulan puasa masih lagi hangat bahangnya. Punat radio ditekan. Hujan turun secara tiba-tiba mencurah ke bumi. Dia perlahankan kenderaan. Bimbang jalan licin. Sampai satu saat dia terpandang belakang.
Lebat!
Kereta itu berpusing tiga kali di tengah highway yang terbentang luas. Dia gigil tiba-tiba. Matanya tak lepas memandang kereta Iswara Aeroback dari kejauhan. Dia bimbang sekali kereta itu akan dilanggar. Dalam hatinya tak henti berdoa agar kereta itu terselamat dari mana-mana rempuhan. Mujur lengang ketika itu.
“Ya, Allah. Bantulah mereka walau sesiapapun mereka. Aku tak mahu mereka dilanggar…” Dengan sebak dia meneruskan perjalanan pulang. Dia pula yang trauma. Perlahan saja keretanya meluncur tatkala hujan masih membasahi bumi.

Kini dia lebih berhati-hati di jalan raya. Dia dilema sama ada laju buat dia cepat sampai. Atau lambat tapi dia mungkin terlelap di jalan. Akhirnya, dia pulang dengan trauma yang masih segar dalam ingatan. Trauma yang positif!

Asyik tunggu datang dari langit

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Janganlah jadi manusia yang asyik tunggu dari langit. Usaha. Usaha. Usaha. Nak semua benda kena usaha. Kalau asyik nak tunggu dari langit sampai bila-bilapun takkan berjaya. Lagi menjengkelkan hati orang lain adalah. Doa tanpa usaha pun tak cukup!

Mood: Nak mengurangkan berkata-kata. Kang ada yang kena fire =)

Novel: Setitis Kasih Darmia

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/391234_300599963370557_960336013_n.jpg
Kini di pasaran!
Penantiannya berbaloi. Akhirnya, terbit juga karya sulung sahabat aku sorang ni. Inipun kawan aku juga. Dalam kelas kami duduk sebelah menyebelah. Dia juga bekas roommate aku. Dia juga nurse aku masa baru-baru lepas aku accident dulu. Kira roommate, classmate, nurse, bff. Semua sekalilah.

Jadi korang fahamkan maksud aku? Jomlah beli. Sokonglah kawan aku. Dia ada blog. Desa itu indah. Ramai yang tahu kan? Tajuk e novelnya, Cinta Darmia tapi telah diubah tajuknya kerana penerbit nak begitu. Aku belajar menulis banyak dari dia. Dia yang ajar aku. Bagi motivasi. Aku kira dia je suka baca karya aku. Sebab minat kami sama.

"Nan, aku bangga dengan kau. Apa yang kau usahakan tak sia-sia. Walaupun hampir setahun kau dan aku serta Masz tunggu anak sulung kau ni keluar. Akhirnya kau boleh berbangga dengan mereka yang berjaya bukan kerana titik peluh mereka. Kau boleh bangga kerana kau punya duit sendiri jika dibanding aku yang keretapun ayah aku bayarkan. Aku bangga kawan dengan kau. Bukan sebab novel ni je. Macam-macam lagi sebabnya. Kang aku tulis, mahunya kau marah kat aku...aku bangga! Teruskan menjadi sifuku dan jangan lupa diri bila dah popular nanti =)" Kata Ipah kepada Nani.

4 sebab kenapa aku teruja!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Purse raya sudah sampai
Sila jangan tengok dalam, sebab ia terlalu gembira. Ini semua gara-gara kawan aku ajak shopping online. Lepas tu aku tak dapat berbuka puasa dengan sempurna sebab adik posto yang terlalu tinggi akauntablitinya telefon aku 3 kali hari tu sampai aku pening kepala tak cukup tidur.

Small gift
Yang bagusnya penjual purse ni, dia bagi small gift untuk letak kat handset sebab warna yang aku pilih mula-mula tak ada. Soft pink lebih kurang. Jadi aku main pilih je pink ni sebab kawan aku dah pilih merah. Kak Ipar mesti dengki tengok purse aku ni.

Zine: Miss M
Zine aku order dua hari lepas kot. Dah sampai. Akanku baca. Lebih kurang Zine kami. Cuma isinya lain. Macam-macam ada. Tak nampak cerpen setakat ni. Jawapan aku untuk soalan dia, "Akan aku setia hingga sampai penghujungnya..."
Member card Produa
Aku pun tak tahu bila masa aku apply kad ni. Kawan aku kena bayar RM20 untuk kad ni. Konon murah masa servis nanti. Entahlah. Sejak pergi servis kereta hari tu aku sangat menjimatkan wang. Maklumlah minyak, servis bayar sendiri. Mujur bulanan tak bayar. Kalau tak parah hoi! Lain kali jangan mengada hancurkan kereta yang lama. Walaupun lama, ia free tak payah bayar haha =)

Kesimpulannya, aku teruja. Oh ya, kawan aku kat entry sebelum ni marah sebab aku buat entry tu. Kan dah agak. Dia mesti stalk blog aku dalam diam. Cis. Kantoi rahsia aku dan korang!

Kagum dengan dia!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku ada kawan.
Dia tak suka menulis panjang-panjang.
Dia tak suka menaip dan dia suka menulis pakai tangan.
Aku dengan dia memang jauh berbeza. Langit dan bumi?

Tapi dah lima tahun aku kenal dia.
Sakit hati, ketawa, sedih, putus cinta, bebel, sentap semua dengan dia.
Sedar tak sedar aku dari awal memang setia kawan dengan dia.
Satu yang aku kagum dengan dia ialah dia pandai melukis.

Pernah dulu aku terpaksa belajar seni untuk 3 semester.
Dia tolong aku lukis potret PM kita sekarang yang bergrid.
Dia tolong lukiskan pokok daun berapa helai.
Dia tolong buat macramie (sejenis seni pintalan tali).
Dia tolong bebelkan kat aku bila aku kecewa dengan cinta monyet.
Dia tolong jadi mak aku bila aku kat sini.
Dia tolong aku menulis saat aku kesakitan.

Macam-macam dia tolong.
Aku kawan dengan semua orang.
Tapi dengan dia aku paling rapat.
Walaupun orang kata dia macam-macam.
Dia tak peduli pun.
Dia tetap jadi diri dia.
Sebab dia bangga jadi diri dia.

Dialog lama yang masih segar masa orentasi 5 tahun dulu ialah;
"Saya Masz. Masz the great!"
Masa tu aku hanya kenal dia dengan nama Masz.
Macam-macam kami buat bersama-sama.
Sampai tak terkira berapa keping gambar aku dan dia.
Sampai tak terbilang berapa banyak pengalaman dengan dia.


Ya aku lupa, dia ada blog.
Dia suka mendoodle.
Dia suka buat komik.
Komik yang terakhir aku baca.
Buat aku sedar betapa hebatnya seorang kawan.

Terima kawan anda seadanya.

Walau apapun kekurangan dia.
Aku tak kisah. Sebab aku ada juga lemahnya.
Entry ni aku terbuat. Sebab aku terharu dengan komik yang dia lukis.
Klik sini untuk baca komik itu.

"Untuk Masz, aku tak nak pun kau baca. Aku malu. Kan aku kata semalam kat Library, ada benda aku tak boleh ungkapkan melalui kata-kata in person. Aku bukan macam kau yang suka terus terang. Aku harap kau tak baca ni. Haha." Pipah berkata kepada Masripah.

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers