CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Cinta, kasih, sayang dan setia selamanya

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM

Laju kakinya melangkah pergi. Tak betah lagi dia menyaksikan kedua-dua mempelai di singgahsana yang indah. Cahaya silau dari lensa bukan sahaja menembusi anak matanya tetapi menerobos masuk ke tangkai hatinya. Remuk redam tidak terkata. Lelaki itu sedang tersenyum. Itulah hukuman yang paling berat dia rasakan ketika ini. Janji itu tidak semua boleh dipercayai. Apatah lagi hanya janji di bibir cuma.

“Semoga kebahagiaan kau berkekalan hendaknya. Walaupun kau bahagia atas kedukaan yang kau hadiahkan kepada aku…” Dania senyum dalam tangis.
Dia memandu laju tanpa tujuan. Matanya masih terbayang wajah gembira lelaki yang pernah berjanji setia. Bukan hatinya saja dipermainkan. Malahan hati keluarganya. Dania kecewa. Entah bagaimana dia boleh terjumpa lalu jatuh cinta dengan lelaki yang hanya pandai menanam tebu di bibir.

“I janji dengan you. I akan sayang you sampai bila-bila. Tapi sebelum tu, I nak kita bertunang. I takut you jatuh ke tangan orang lain. I tak sanggup. I love you so much, Nia!” bait lelaki durjana itu kekal di ingatan. Demi kasih Dania sanggup memujuk ibu bapanya dan keluarganya. Sebulan selepas itu, mereka diikat. Perjanjian sudah dibuat. Dua tahun akan dating mereka akan disatukan dengan ikatan suci berteraskan agama. Namun, segalanya berubah. Tak sampai satu tahun. Dania menangis. Sesal tiada guna.

“I busy kat sini. I kan buat master. You mana tau, you tak tak belajar macam I. Serius I tak boleh contact you selalu…”
Alasan demi alasan dia terima. Masih Dania bertahan demi ikatan tali pertunangan mereka. Walaupun ramai sudah memberitahu tentang kelakuan lelaki itu di luar negara sana. Sungguh dia masih percaya pada kata lelaki tak guna itu.

“You lebih percaya kata diorang daripada i? You tahukan I buat semua ni untuk kesenangan kita. Family you tak bangga ke bakal menantu dia belajar tinggi-tinggi. Serius, I setia hanya dengan you sorang. Jangan percaya diorang. Please, I tak ada masa selain study. Makan pun terkejar-kejar. You tak tahu I macam bukan orang tau kat sini. Sakit rindukan you. Rindukan family. Masakan melayu…” meruntun pula hatinya mendengar luahan hati lelaki keparat. Sungguh dia cinta. Maka dia telan sahaja semua omongon lelaki itu.

xxxxx

Deringan telefon menyedarkannya. Tetapi, lambat dia menyambutnya. Emosinya kacau.

“Hello...assalamualaikum… kau ok tak? Kau kat mana?” tiada balasan.
“Kau jangan diam je, tolonglah jawab Nia. Aku risau dari tadi. Kau kat mana? Aku pickup kau ye?”
“Nia, please say something. Aku risau. Mak ayah kau risau. Hariz datang tadi…”
“Hariz…” Jijik rasanya menyebut nama lelaki itu. Untuk apa dia muncul di hari bahagianya? Bukankah dia sedang sibuk layan tetamu.

“Aah dia datang. Dia dari KLIA tadi, terus cari kau. Perghhh sayang gila dia dengan kau kan?” Dania mengeluh. Penipuan apa lagi yang dia perlu dengar? Lelaki itu patut dapat anugerah pelakon lelaki yang terbaik. Banyak sungguh sandiwara yang diciptanya.
“Serius Nia, aku jealous dengan kau. Tunang kau setia orangnya. Betul-betul dia risau. Sebab aku tak tahu kau ke mana. Kau keluar tak bagitau aku. Sekarang maybe dia nak ke rumah family kau pulak. Muka dia Nampak sangat tak sabar nak jumpa kau.” Dania ketawa.

“Kau kenapa Nia?” Yusmira pelik.
“Jangan kata…” Dia tergamam.
“Nia… Nia… please cakap kat aku kau ke mana?” Dia cuba lagi. Dia makin risau. Peluh dingin membasahi dahinya.
“Kau nak bagitau mamat tak guna tu kan? Aku takkan beritahu kau…” Talian dimatikan. Yusmira menggigit bibir. Sah! Perkara yang sama berulang kembali. Dia perlu memberitahu Hariz.

Xxxxx

“Sayang… buat apa tu?” Dania berpaling.
“Tak ada apa. Tengah tengok gambar kita ni. Kenapa muka saya macam ni eh? Macam kena paksa kahwin dengan B…”
Hariz tersenyum. Dia tahu isterinya masih bingung. Bukan Dania saja. Dia juga bingung. Tidak dia sangka begitu teruk kesannya terhadap Dania.
“Masa ni Nia tak puas hati dengan B. Sebab B cuit pinggang Nia…” Gelak kecil. Tipu itu berdosa. Tapi dia sanggup demi Dania.

“Serius? Nakalnya B ni. Tengok tak cantik muka Nia masa ni. Kenapalah orang tu ambil juga. Siap dia…” Hariz sendu tiba-tiba. Adakah ini pengorbanan yang dia perlu buat demi cintanya terhadap isterinya. Dania mengalami masalah serius. Adakala dia berhalusinasi. Adakala dia lupa apa yang dia alami kerana dia berada di alam sendiri.

“Hariz…” Tiba-tiba Dania menangis teresak. Hariz memandang saja. Dia dah biasa. Dia dah terbiasa dengan perubahan laku isterinya. Dua tahun dia sudah menjadi kekasih halal. Namun, Dania adakalanya lupa siapa dirinya. Kadang dia cuma ingat Hariz curang. Gambar kahwin mereka pun dia nampak pengantin perempuannya lain. Doktor pun tidak dapat membantunya. Psikologi isterinya memang terganggu. Namun tidak memudaratkan. Cuma adakala Hariz sendiri pening untuk menangani masalah bila isterinya berkhayal.

“Sampai hati awak tinggalkan saya. Awak janji nak jaga saya. Awak janji awak takkan curang… sekarang awak senyum bahagia dengan perempuan hodoh ni…” Hariz senyum. Sudah masak dengan drama sebabak itu.

‘Perempuan hodoh itu awaklah sayangku…’ Hariz mampu bisik dalam hati cuma.
“Harizz… saya rindu… sayang awak…” Gambar perkahwinan itu dipeluk erat hingga dia sendiri tertidur.
“B sayangkan Nia sangat-sangat. B doakan agar penyakit saying sembuh sepenuhnya. Walau apapun terjadi kasih saying B tak pernah pudar. Biarlah B menunggu berapa puluh tahun pun. Janji Nia di sisi B selamanya. Sayang isteri B…” Jatuh air mata lelaki di dahi si isteri tatkala bibirnya jatuh mencium dahi Dania Erisya. 

Cintanya bukan hanya kata-kata semata. Dia akan setia. Setia hingga syurga. Itu janjinya pada diri sendiri. Hariz senyum memandang wajah polos isterinya. Sayangnya tidak berubah. Walaupun Dania menuduhnya pelbagai tohmahan. Dia tahu hati Dania hanya untuk dia walaupun ketika dalam dunianya sendiri. Sekali lagi air matanya jatuh.

“Terima kasih Allah… Dania Erisya adalah hadiah terbaik dalam hidupku ini. Aku akan jaga amanahmu sebaiknya. Terima kasih atas jodoh yang kau berikan…” Air matanya begitu murah. Lantas dia kesat dan berlalu ke bilik. Dia ingin sekali mencium tikar sejadah. Dia bersyukur dengan cinta yang dihadirkan. Tak ternilai harganya. Dia bahagia kini. Itu yang paling penting. Dia telahpun mematri janji bahawa dia akan cinta, sayang, kasih dan setia pada Dania Erisya di depan Allah yang Esa.


 PS: Cerita ini hanya rekaan semata. Penyakit itu pun rekaan ekeke. Lama tak lepas gian. Aummm...

2 comments:

tarmizi said...

Okay mizi dah habis baca aumm haha..

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers