ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Apa itu ETS?
Electric Train Service. Kalau nak maklumat lagi lanjut klik pula What is Electric Train Service?
Sebenarnya ETS ni dah lama wujud. Aku je baru terhegeh nak merasai sendiri pengalaman melancong menggunakan perkhidmatan kereta api. Aku dan sahabat media yang lain berkesempatan untuk menjoinkan diri ke Majlis Pelancaran Malaysia Tourail Package yang dirasmikan sendiri oleh Menteri Pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.
Sampai je kat KL Sentral, dah ada penari-penari dari Istana Budaya memeriahkan Majlis Jamuan Cocktail sebelum kami semua berangkat ke Ipoh, Perak dengan menaiki Electric Train Service (ETS). Perjalanan hanya memakan masa lebih kurang dua jam sahaja. Datuk Seri Nazri sempat melihat sendiri ruang pemandu ETS.
Untuk pengetahuan semua, Electric Train Service ada pramugari macam kapal terbang. Hah, jangan tak tahu. Kelas tak kelas sendiri mahu rasalah lepas ni. Lepas tu ada juga dua tandas disediakan. Jadi jangan risau kalau rasa nak terkucil ke apa, lekaslah pergi.
Selain itu, ETS menyediakan tempat minum-minum. Walaupun tidaklah semewah hotel lima bintang, tapi bolehlah korang minum secawan latte, suka-suka di cafe. Eh kenapa ternyanyi lagu Chocolate Cake ni? Ish tapi serius memang selesa ETS ni. Tiket pun memang berbaloi-baloi harganya. Kalau tak percaya boleh tengok di website KTMB.
Okey banyak lagi aku nak cerita pasal Trip aku ke Ipoh. Tunggu~~~~ kbai
Kredit gambar:
2 comments:
menarik sebb akak dulu memang pelanggan keretapi yang tegar..
perghhh! dah mcm naik flight
Post a Comment