CORETAN TERBARU NADH

Bersama Mama Zuma 3 hari dua malam!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Pada tanggal 15 haribulan 12 tahun 2012 iaitu hari sabtu aku telah membuat sesi lawatan ke Kenduri Kahwin Liahisma Tusdiana Ismail dengan pasangannya Izhar Ibrahim. Moga korangnya jodoh kekal hingga ke jannah aku doakan. Maaf tak dapat berlama di Rembau. Cantik pelamin, bilalah giliran aku pulak ehhh!

Aku dengan pasangan gay aku iaitu Noor Zaitul Akmar Marimar merangkap best buddy aku, telah meredah jammed teruk dan sesat hingga ke Gombak semata demi Mama Nu Zime, PPP atau Zuma panggilan baru yang aku kasi. Patut pukul 3 event start. Tapi apakan daya, kami berjaya menyesatkan diri hingga pukul 4. Terus terang aku kata selama ni ada driver yang sanggup bawak aku ke KL. Jadi first time hidup sebagai driver ke KL. Mohon yang hadir lebih awal maafkan kelewatan kami.

Gath berjalan lancar. Aku tak nak cerita banyak. Yang sentap biarkan pendam. Yang happy kita simpan. Yang emosi diam-diam. Yang gelak kita gelakkan. Aku nak mention semua nama yang hadir. Ikut masa mereka pulang ke teratak masing-masing. Yang datang 15 orang kalau tak silap.

Aida Omar:
Aku baru nak berkenalan dengan kau pasal kita sebaya. Ohmaigod  ohmaigod akhirnya ada geng!

Rien dan pasangan:
Aku sempat bercakap sepatah dua. Adakah aku yang terlebih ramah atau Rien yang pemalu? 

Puyak dan Wawa:
Aku gembira dengan kau Puyak. Tapi apakan daya, aku tak boleh jadi gay ko. Ko kan dah ada yang punya. =P Kirim salam kat Wawa comel tu. Bertabah je dia borak dengan aku yang kepoh ni =P

Korn:
Ni pakcik ni tengah jalan kat pasar, suka block pandangan. Tinggi betul budak ni. Mohon Korn tak takut nak cakap dengan aku lagi ehh.

Syakir: 
Ini madu aku. Eh rahsia rumah tangga mana boleh cakap kat orang kan? Btw thanks sebab jadi gentleman walaupun kejap masa jejalan otw pasar tu. Aku ingat ko nak curi dengar gosip haha. =P

Kunci Locker:
Fuh. Tak tahu nak cakap apa. Bulat betei mata ko dik. Mohon bertabah dengan akak sorang ni. Walaupun ko tak panggil aku akak, aku terima je. Mohon jangan double tettt lagi okey?

Mk Syahir:
Aku bertabah je nak tegur si Admin Apakah? Sempatlah jugak menjadi paparazzi berkenaan dengan admirer yang berumur 11 tahun ehhhh? Tettt.

Amirul:
Aku tak tahu nama Fb dia. Payah kemain. Yang penting dalam diam, kuat jugak menyentapkan hatiku. Mohon ko jangan panggil aku noona pulak ye =P

Jiwa Lara:
Aku lupa nak ucapkan terima kasih sebab kasi keychain bernama Jaitul ke Jaitul? Ehh. Mohon bertabah dengan hadiah dari PPP kah3. Rahsia kita tetttt~~~

Razanah Anis:
Anis, mohon jangan sentap lama-lama dengan akak. Akak kan dah berjaya temankan Anis tidur malam tu Ehhh~~~

Miko:
Bertabah je aku dengan mamat seorang ni. Btw Miko ni memang sangat pendiam. Dan aku sangatlah peramah. Mohon ko boleh terima apa adanya aku. Aku bukan sempurna pun weh =) Aku tahu ko masih terkejut dengan realitinya seorang Iffah =P

Akmar Marimar:
Aku tak tahu kenapa. Aku rasa kita ada kimia. Biarlah orang pandang kita berdua macam Gay sejati. Tapi percayalah aku sayang kau sorang. Terima kasih untuk 3 hari yang bermakna. Aku rasa sebak ketika ini. Okbai!

PPP: 
Well, pertemuan kali kedua kita bukan? Banyak benda aku nak cakap, nak kongsi dengan kau. Tapi apakan daya malam pertama kita peluk-peluk. Malam kedua aku sempat urut-urut ko je. Dan pagi hari terakhir aku hanya mampu melemparkan senyuman untuk kau dan pelukan bermakna. Aku harap aku ada kekuatan nak pergi gath lagi. Nak jumpa kau lagi. Aku harap sangat T_T

Kepada semua yang hadir, aku nak minta maaf sangat-sangat sebab terlebih kasar dalam berbicara, terkurang sopan dalam tingkah, tersentap tak semena-mena, terpukul tanpa isyarat, terkepoh macamlah rumah tu aku yang punya. Aku minta maaf kalau korang tak selesa dengan adanya aku. Itulah diri aku. Bak kata PPP, Pah jangan ganas sangat. Macam mana lelaki nak dekat kalau macam ni. =P Tapi itulah realitinya aku. Aku tak mintak korang selesa dengan kehadiran aku cuma nak mintak maaf. Sebab aku manusia biasa, ada juga kelemahan yang tak terkata. Akhir kata, harapan aku terhadap 15 termasuk Mama Zuma, Cik Mat dan anak mereka Mija jangan serik jumpa aku lagi. 
Dari kiri gambar yang berdiri: Mirza (Anak PPP), Amirul, Miko, Mk Syahir, Korn, Kunci (Adik aku tu), Syakir (Madu aku tu eh), Tengku Nizam (Pasangan Rien)
Dari kiri gambar yang sedang duduk: Jiwa Lara, Anis, Iman (Menantu Ppp), Aida, PPP the retis, Akmar Marimar (My BFF), Rien Rose, Aku yang agak ayu di situ, Puyak (Bakal gay aku), Wanie aka Wawa kawan si Puyak

21 comments:

kay_are said...

mula mula sekali.. papa ke pada? =P bace ayat pertama wat aku agak blur.. nak cite pasal ayah ko ke? rupe nye gathering.. waah.. tror kemain ko ingat sume 15 tu siap ade ucapan lagi kat sorang2.. kagum!

aDisH.sHidA said...

iffah dah semakin aktif join gath..hehehe...bermalam lagi..ayu nya kamu iffah berbaju kurung..lawa kasut kamu tu hehee

Lina Hamiedah said...

asal ko hitamkn muka derang tu?? hahahaha.. n muka ko asal ko hitamkn??

Jiwa Lara said...

Hahaha.. hadiah dari PPP mmg sngat2 berharga...

Tem said...

kenape muke aku kau gelapkan. kenapee kenapeee. aku tak boleh terime kenyataan. grr

anyway. seronok jumpe kau. seriously. tak sangke boleh lepak makan ayam sesame. ehh

mase mule2 gath tak brcakap pon kan. yelah. kau kan retis. mane nak tegur aku. :P

dan. seronok jumpe semua. kangen :')

Aida Omar said...

aku ingat lah nak curik gambar ko nie lah iffah.. aku pun dasar malas nak edit :P aku harap ko tak kisah eh.. hahaha.. btw ko memang meriuhkan suasana sampai tak terkata aku dibuatnya..

KorN said...

knapa ade dot dot dot tuh?

zanairin said...

tgh fikir nak terharu ke tak..?? nak sambung sentap ke tak... hehehe.. maceh akak iffah sebab bertambah layan sentap anis.. :p

kopi pasta said...

bagusla ko, akak zai n ppp dianugerahkan dgn mulut mcmtu. bru meriah n kecoh n xdak la hambar ssuatu event tu. korg bertiga BERGABUNG, MELETUP!

Amirul Verdasco Nadzri said...

Ko sentap ngn aku ke kak pipa.. Maaf la.. Kalo psl aku x prcaya ko pempuan, sbb aku da terbiasa gurau ngn roommate aku camtu..huhu tapi tgk ko gurau2 ngn ppp, serius terkedu gak aku.. Haha

boni kacak said...

wah..bestnya..meriah betul..hehehe

cimöt said...

wowwww..best giler gath!! bila nak ajak aku?? jomma...

Asrul "iLham" Sany said...

Meriah... Siap mention pasangan gay ag hahaha

Leeza dayasari [santai leeza] said...

ewah2... hambuih2... happy semuanya.

Rozuan Ismail said...

gathering tak hajak mak.sentap!!

-meeSUPERGIRL- said...

asal cop itam beberapa yg pemes tuu ? haha

reenapple said...

seperti biasa kau hide muka kau.. huhuh

ahsfantasy24 said...

entah bila nak join gathering ni. hehe :)

kiera'sakura said...

alaaaaa yg lelaki semua nmpk under age. tak boleh nak ngorat!!! miahahahahahaah :p

paripariputih said...

semakin lama aku tenung gambar di atas semakin sayu aku dibuatnya weh pipa iffah kakak pelangi wa rindu banget ma lu T___T

aku HaniAsyira said...

gathering manja2 gitu kan

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers