CORETAN TERBARU NADH

Situasi hanya terdapat di Malaysia!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Hai, pagi tadi aku ke Impiana Hotel yang bersebelahan dengan KLCC. Untuk apa? Tadaaaa...
Tudia!
Bukan pasal itu yang aku nak kongsikan. Untuk pengetahuan pembaca, aku tak ada kaitan langsung dengan Shaklee. Produknya pun tak pernah cuba. Ini bukan entri berbayar. LOL

Ada cream puff. Makan mesti ingat Umar dan Ain. Diorang suka sangat ni. Lepas tu ada Sandwich with smoke Tuna, ada juga tartlet buah-buahan tapi ditukarkan tart menjadi chocolate. Yang itu memang kreatif dan aku suka.
Antara makanan yang dihidangkan di Impian Hotel
Biasanya, majlis makan di hotel akan hanya menyediakan meja kan? Ini majlis koktail sementara tunggu berlangsungnya Majlis Sambutan Shaklee. Tapi yang uniknya, majlis ini sangat santai. Sebab apa? Ramai tetamu terutamanya dari Kelantan, duduk bersila di ruang legar majlis. Memang terbaik pemandangannya. Walaupun majlis besar dan mewah macam manapun mereka tetap berpegang kepada agama Islam iaitu makan duduk. 

Biarlah orang pandang jelek, hina, kotor tapi mereka tak peduli. Bahkan kerusi yang disediakan tidak cukup menampung tetamu Islam majoritinya. Tabik sangat-sangat. Aku tak tangkap gambar situasi itu sebab bimbang mereka ingat aku menghina cara mereka bawa diri di hotel mewah. Tapi sungguh aku kagum dengan cara mereka.

Kesimpulannya, walau dimanapun kita berada Allah jangan dilupa. Besar mana pun pangkat dan banyak mana pun rezeki kita, semuanya datang dari Allah. Jangan malu untuk berbuat baik dan malulah bila kita mulai lupa ajaran agama kita. Islam itu adalah cara hidup. Adakah cara hidup kita sudah di landasan yang betul? Renungkan!

#Lepas ni mana-mana hotel bolehlah pertimbangkan balik soal tempat makan bagi yang beragama Islam. Tak ada salahnya mengubah gaya barat kepada lebih ketimuran kan? Kita kan negara Islam =) 

2 comments:

Anonymous said...

Jangan malu berbuat baik. Aku suka ayat tu..

Asalkan buat baik utk Allah.. dan bukan untuk menunjuk2.. in sha allah.. amal kita di terimaNya.


Nong andy

Unknown said...

Kalau aku pun baik duduk bersila lagi selesa rasa mcm makan kat rumah kan?? tak yah la nk protokol sgt yg duk kat meja tu x pernah duk bersila ke?? eh... bukan marah derang saja bagi pendapat kot2 la ada yg pandang serong masa kejadian tu kbai

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers