CORETAN TERBARU NADH

Bila nak kahwin????

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Terkulat-kulat aku nak taip apa. Lama sangat tak meluahkan rasa melalui blog. Yalah sekarang gila Instagram. Bukan follow artis kacak bergaya je. Gambar kek dan biskut jadi kegilaan dan segala manusia yang upload gambar menakjubkan aku follow. Makanan dan Iffah berpisah tiada. Okey balik pada tajuk.

Cantik betul rencana Allah bagi. Cuma itulah manusia ni tak reti bersabar. Termasuk aku. Kalau dah berpakwe tak sabar nak tunang. Yang dah tunang dah sibuk kira berapa anak nak kumpul. Habis ada anak sibuk ukur saiz, rupa. Comel ke idok?

Pelik tak pelik juga dengan manusia ni sebab memang dari azali lagi macam tu. Tak berubah pun. Kawan aku cakap aku umpama barang yang terbaik tetapi 'limited edition' Ada ke dia samakan aku dengan barang? Ideologi dia menyejukkan hati aku yang memang tengah bergelojak. Sikit lagi nak terjun kolam sejukkan balik.

Idea dah ada. Angan-angan dah ada. Impian lama dah pasang. Tapinya, Allah tak bagi lagi. Bukan tak usaha. Bukan tak doa. Bukan menyombong. Tapi hati ini tak terbuka lagi. Tolonglah jangan dera aku dengan soalan yang aku sendiri tak tahu jawapan. Kalau kena repeat paper macam UPSR pun tak mampu aku nak jawab.

Soalan yang dimulakan dengan (bila) tu menyeksa batin orang tau. Memang nampak macam kita gurau. Tapi hati dia dah menggagau dengar. Akupun selalu je cakap macam tu. Lepas tu aku doakan dia. Macam aku doakan diri aku jugak. Kita nak kata baik 200% tak boleh. Usaha dan buat sekadar mampu jela.

Ps: Belum jual minyak ramai nak beli. Masalahnya nak jual kena pada orang yang betul-betul nk beli. Takut salah pilih. Menyeksa diri sendiri. Ada akal fikir. Ada hati isi dengan zikir. Ada mulut serikan dengan kata-kata yang baik. Kbai

6 comments:

Lydia Miza said...

Hehehe.. Soalan biasa je tu ipah. Bila nk kawen? Eh dah lekat ke belum? Bila nk tambah anak?

Jgn pikir sgt. Senyum sudaaa

fRaMe+LenSeS said...

kad jangan lupa nah. :P kakakakakakkaa

Muslimah Optimis said...

bila nak kawen???

releks la muda lagi. tak cukup syarat kawen lagi.. heheh.. balas gitu je..

esok dah sampai masa saya jemput ye.. doakan saya..

orang suka tanya soalan ni.

Lea IsNawi said...

lain kali bila ada yang tanya..iffah jawab


"soklan ni kena tanya Allah, kerna Dia yang mengaturkan segalanya untuk saya. Dan pengaturan-Nya cukup baik untuk saya"

Mazatul azura said...

Salam perkenalan... Senyum jer... kadang-kadang x perlu jawab pun... cam saya anak ramai, bila org tanya tak nak stop ke? saya senyum jer.. sebab perancangan Allah adalah yang terbaik.. Insya-Allah...

Kira Sakura said...

lepas ni dah boleh jawab gini. insyaAllah bulan 4 nanti ekekekekeke :P

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers