CORETAN TERBARU NADH

Andai aku mati esok hari

Andai aku mati esok hari...
Janganlah kau tangisi....
Janganlah kau ratapi...
Janganlah kau kesali...

Andai aku mati esok hari...
Tutuplah aibku selama ini...
Kau padamlah salahku ini...
Kau kuburkan segala rasa benci...

Andai aku mati esok hari...
Kau beri aku doa dari hati...
Kau iringiku dengan ayat suci...
Kau basuh cerita pahit selama ini...

Andai aku mati esok hari...
Senyumlah walau sedih hati...
Luahkan kata-kata sejuk hati...
Sapulah air matamu dengan jari...

Andai aku mati esok hari...
Ingatlah bahawa mati itu pasti...
Jangan kau asyik dengan duniawi...
Juga isikan jiwa dengan rohani...

AlFatihah kepada sesiapa yang telah selamat pulang ke Rahmatullah.... Dari Allah kita datang, kembali juga kepadaNya... Semoga roh-roh yang diseru aman... Dan ditempatkan dalam golongan yang beriman... Hidup sememangnya singkat. Sudahkah kita sedia menjadi jenazah di kemudian hari? :-(

17 comments:

fRaMe+LenSeS said...

;)
Tiada kata.

paripariputih said...

hurm... ok... boley tak itu jr aku nak komen =..=

najihah sahami said...

al Fatihah pada yang sudah tiada.. rindu arwah adik. :(

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Iklankan produk dan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

Ekonomi teguh, ummah kuat sokongan anda amat dihargai

Terima kasih

xila xotmy said...

alfatihah

Dik bee said...

Mati tu pasti...
andai aku mati esok hari, ampunkan segala kesalahan ku wahai sahabat...

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Iklankan apa saja barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

Terima kasih

Cik Zaitul said...

Andai satu hari itu mlik aku,
Aku nak ko buat camtu gak ye..
Sob sob sob

Syazana Zainn said...

Al-fatihah
Semoga kite semua cukup bekalan utk pergi
:)

Sunah Sakura said...

:')

Nong Andy said...

Yg hidup pasti akan mati...


Alfatithah...

syuk shusuke said...

al fatihah.

deno said...

al-fatihah....

MR & MRS MAKMUM said...

:)

Salim Harmanain said...

setiap yang bernyawa pasti merasai mati. :)

kiera'sakura said...

akak sedih baca poem tu ;(

kay_are said...

semoga roh mereka sume diberkati.. amin.. =)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers