CORETAN TERBARU NADH

Gejala copy and paste

Boleh tak aku nak gelak je? Dulu aku sangat anti. Marah. Sakit hati. Geram. Tapi sekarang gelak pun mampu. Sebab apa? Biar aku senaraikan sebab musababnya. Bagi korang tak cop aku gila sebab gelak sorang-sorang.

1. Nikmat Allah beri.
Yalah, idea itu Allah beri. Allah bagi izin untuk aku tulis ayat sebegitu untuk dikongsikan kepada orang lain. Nasihat yang dia copy paste, lepas tu kawan dia baca pun pahala dapat kat aku jugakkan?

2. Penghargaan
Tak kiralah bagi kredit atau tak aku kenal ayat aku. Jadi bangga jugak orang ambil. Sekurangnya dia menghargai kelebihan aku buat status atau entry. Ya tak?

3. Semangat.
Makin bersemangat aku nak memberi idea, nasihat yang berguna kepada yang baca. Aku tak nak sia-siakan semua kelebihan yang ada. Apa yang baik aku kongsi. Bukan nak kejar populariti atau like. Yang penting orang baca dan faham apa yang aku sampaikan. Kadang status atau entry terkena batang hidung sendiri. Tapi bagus jugak, tak adalah aku lalai dan ulang lagi perkara yang salah tu kan?

Kesimpulannya, bila kita pandang sesuatu perkara dari semua sudut baru kita nampak positif dan negatifnya. Adakala memilih menjafi positif lebih baik. Kalau orang tu tak kreditkan nama aku pun tak apa. Aku kenal ayat aku, kawan-kawan aku kenal dan yang paling utama Allah tahu ;-)

13 comments:

paripariputih said...

aku la tu yg selalu bagi ko kerdit dlm diam.. ko x perasan ke?? ekekekek kbai >..<

nini said...

hanya jauhari yang mengenal manikam....dont worry....hehe...=D

hana hadi said...

kalau du fikir sudut positif. ok je.. tapi otak ni tau negatif je.. hehe

Lydia Miza said...

Positif nye dik iffah ni. Nak copy cerpen ipah la pas ni

diana said...

ada orang copy cerpen ke??dia minat la tu..:)

boni kacak said...

benar... tapi jikalah hasil yang dia dapat tu sepatutnya dapat pada kita? dan kita tak buat apa2?? macam mana pulak tu? macam mana pun, saya memang tak hormat pada kaki copy paste ni. dia mengambil kesempatan pada usaha kita.

kopi pasta said...

nama aku diseru...

orang suka kopipes entri ko tu maknanya entri ko tu memberi makna mendalam kat dia sampai dia gigih nak kopipes dan sharekan kat umum... motif lain diabaikan. fikir yg baik

Cik Zaitul said...

Xpe. Lame2 die borink la nak kopipes ko..
Mgkin die kagum gan spirit ko , sttus ko , n3 ko..
Tp jln die salah. Xpe..die tu mcm anjing menyalak dibukit, yg sakit tekak die..
Kfaing, pelatah aku xde kene mgena gan n3 nih..akkakakaaka

Nong Andy said...

Aku suka n3 ni...

Kadang asik rasa itu milik kita mutlak. Kita lupa DIA yg bagi kat kita.. kita pula anggkuh.. dan marah bila org lain kopi pes tak bagi kredit...

Salim Harmanain said...

husnu zon je la kan...itu lebih baik/ :)

Rozuan Ismail said...

dalam Islam pon rasanya tak de istilah copyright kan

kiera'sakura said...

tapi x best la x kreditkan dah mencuri namanya tue

kay_are said...

aku setuju dengan statement bakal ibu kat atas tu!

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers