CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Diam-diam aku jatuh...

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku diam. Aku diam bila orang pijak aku. Aku diam bila aku dibuli. Aku diam dan terus diam. Sampaikan aku jadi diam bila segalanya berlaku kerana diamnya aku. Sungguh aku menyesal kerana aku diam. Aku rela dipersalahkan atas diamnya aku. Hingga mengacau bilaukan keadaan dua keluarga besar. Hanya kerana diam.

“Sekarang kau nak buat apa beb?” Aku diam memikir.
“Serius aku tak faham kau. Dari kecik sampai besar kau asyik diam. Kau tak berani nak luahkan apa kau rasa. Aku geram okey. Jangan sampai nasi jadi bubur baru kau nak bersuara,” Fazila bingitkan telingaku. 

Aku senyum. Itulah masalah aku selama ini. Terlalu diam. Sampai ramai yang tak menyukaiku. Aku redha.

“Kau ni kan Wa, memang suka buat orang marah kan. Aku cakap dengan kau ni. Lelaki tu dah paksa-paksa aku suruh cakap dengan kau. Aku dah tak larat nak jadi orang tengah, kalau macam nilah respon kau. Aku ingatkan bila ada masalah besar macam ni kau akan bersuara. Ini tak, masih degil nak diam macam dulu. Kau ingat tak kisah Faiz masa kita Form 3 dulu?”

Mana mungkin aku tak ingat. Aku sukakan Faiz. Suka sangat. Dia selalu membantu aku menyelesaikan masalah matematik. Aku akui aku lemah matematik. Dia jugalah perangsang motivasi aku untuk belajar. Betapa aku rindukan Faiz kala ini. Namun, segalanya berubah.

“Diam lagi. sebab kau diam macam nilah Faiz larikan diri dari kau. Dia ingat kau mempergunakan dia sebab kau nak kenakan Maira. Bila Maira tuduh kau macam tu, kau diam. Sekarang Faiz langsung tak nak jumpa kau lagi. kau seronok?” Asakan demi asakan aku terima. 

Fazilla satu-satunya kawan yang setia dengan aku. Walaupun aku banyak diam. Tapi dia tetap bersama aku susah dan senang. Aku akui aku memang berat mulut. Aku tak pernah nak mengaku kat dia yang aku sayangkan dia. Terima kasih jadi sahabat aku. Aku tak pernah luahkan. Aku harap dia tahu.

“Wawa pleaselah. Aku merayu. Kau jangan biarkan kau dipersalahkan lagi. aku tak sanggup tengok kawan aku derita sepanjang hayat…” Ayatnya terhenti. 

Apa yang aku lihat di depan mata ialah seorang perempuan menangis. Ya, dia menangis kerana aku. Aku mulai berasa bersalah. Lantas aku memeluknya erat tanpa sebarang kata. Dalam hati saja aku mampu berbisik ‘Terima kasih sahabat!’

Xxxxx

“Aku nak nikah esok. Kau datang kan?” 

Aku telefon Fazila. Lama kami tak berhubung sejak kisah hari tu. Fazila marah sebab aku tetap teruskan niat untuk diam dan tak membantah. Perkahwinan ditentukan keluarga. Aku pasrah. Walaupun lelaki itu jelas tak mahukan aku. Dia dan aku lain. Kami dari dunia berbeza. Namun, kudratku tak kuat melawan permintaan orang tua yang banyak berjasa. Aku hanya anak angkat. Aku nak balas jasa mereka membesarkan aku. Tanpa prejudis tentang keturunanku. Aku hanya diam jika itu mampu membalas jasa mereka kerana membiarkan aku menghirup udara hingga ke usia 24 tahun ini.

“Aku pergi,” Fazila buat aku serba salah. Ya memang aku tak reti mendengar nasihatnya. Sejak kami mula berkawan lagi.
“Ila maaf. Aku bukan tak nak dengar nasihat kau. Cuma aku…aku…”
“Aku faham. Aku faham Wa. Lepas ni kau nak jadi isteri orang. Kau jaga diri. Ada apa-apa masalah jangan lupa mengadu aku. Kau jangan diam je. Bakal suami kau tu macam singa. Aku pun takut,” Aku tersenyum. Aku kenal lelaki itu macam mana.
“Baik. Kau datang awal. Boleh kau tengok sebelum dan selepas aku makeup. Bila lagi nak tengok aku cantik kan?” Aku ketawa. Dia juga. 

Segalanya dah ditakdirkan. Aku akan kahwin. Fazila juga telahpun kahwin. 3 bulan yang lalu. Aku nampak dia bahagia. Aku juga berharap akukan bahagia.

Xxxxx

Pagi itu aku terlewat bangun. Bukan apa, aku sibuk layan cerita korea. The Greatest Love. Ketukan bilik bertalu-talu buat aku tersentak. Rupanya lelaki yang bergelar suami ada hajat.

“Nak apa?” Aku buka pintu.
“Buatkan air. Sarapan pun tak ada ni,” Dia berlalu. Aku pelik. Kenapa mukanya semacam. Aku pun ke bilik air. Ingin membersih diri terlebih dahulu. Langkah aku mati melihat cermin.
“Aaaaaaa!” Terjerit aku. 

Baju jarang yang aku pakai benar-benar membuatkan aku malu. Akibat mamai tadi aku main buka je pintu. Selalunya aku akan pastikan rupa dan pakaian aku dalam kondisi yang memuaskan. Aku malu. Malu berdepan dengannya lagi. Namun, semua tu takkan jadi. Dia dan aku kini sebumbung.

Xxxxx

Sarapan sudah tersedia. Aku melihatnya leka di komputer. Ingin dipanggil malu masih terasa. Aku diam berdiri di meja.

“Dah siap?” Dia berpaling 10 minit kemudian. Naik lenguh kaki aku berdiri lama. Tulah sendiri punya mulut berat sangat. Kan menyusahkan diri. Aku diam je tengok dia berjalan menuju meja.
“Makanlah sama,” Aku diam lagi. malu sebenarnya. Tapi dia buat macam tak ada apa jadi.
“Saya kata duduk makan,” Tegas suaranya. Lantas aku terus duduk mencapai pinggannya. Aku sendukkan nasi untuknya. Pesan Mak sentiasa aku ingat. Jaga suami. Layan suami.
“Terima kasih Wawa,” Aku berpaling ke arahnya.
“Kenapa?” Dia pula pandang aku.
“Wawa, kenapa panggil saya Wawa?” Aku mengatur ayat perlahan. 

Jarang aku duduk semeja dengannya. Apatah lagi berborak. Dia dan aku buat kerja masing-masing. Kami jarang berkomunikasi. Wajah bengisnya membuatkan aku takut nak bersuara.

“Sebab nama awak Wawa. Saya pun tak tahu nak panggil apa sebenarnya. Nurizwana Alisya. Panjang sangat nama awak tu,” Dia terus mengunyah.
“Panggil Wana je. Ila sorang je panggil saya Wawa,” Aku takut sebenarnya. Terus aku diam makan masakan sendiri.
“Tak kira. Saya nak panggil Wawa. Nampak sesuai dengan awak. Oh ya, semalam kenapa gelak?” Aku geram. Dia sengaja mengenakan aku. Wawa panggilan istimewa hanya untuk Fazila.
“Gelak?” Aku musykil.
“Yalah saya dengar dari bawah Wawa gelak sorang-sorang. Ingat kena rasuk ke apa,”
“Ish mulutttttt…” Aku diam. Bila masa aku gelak?
“Takut ke? Tapi serius saya nak buat kerja pun tak boleh. Dengar awak gelak macam tu sekali buat saya fikir lain. Manalah tahu kan,” Hakimi mengekek ketawa. Bagi aku ianya tak lucu pun. Scary adalah.
“Tak kelakar okey. Semalam saya tengok cerita je. Dah kelakar, saya gelaklah,” Aku menguis nasi. Hilang selera mendengar kata-kata Hakimi, suamiku.
“Penakut jugak awak ni. Wawa, makanlah. Lain kali jangan gelak macam tu. Mujur saya lelaki. Saya bukan penakut,” Ketawa lagi.
“Bencilah,” Perlahan saja aku tuturkan.
“Benci saya?” Aku tersedak.
“Nak minum air ni,” Dia pula cemas. Aku diam. Aku minum perlahan. Sakit tekak dibuatnya.
“Nak air lagi?” Hakimi menunjukkan wataknya yang lain. Dalam diam aku mulai suka cara layanannya.

Xxxxx

Aku nampak Hakimi. Berdua dengan Maira. Ya Maira yang berjaya menjauhkan aku dari Faiz cinta monyetku. Hati mula merasakan sesuatu. Maira sama macam dulu. Yang bezanya rambut dilepaskan. Warna rambutnya pun bukan lagi hitam.

“Wawa,” Hakimi memanggil. Aku tersentak. Baru berura nak melarikan diri dari pandangan mereka. Aku diam berpaling. Senyuman diberikan.
“Maira, kenalkan ni isteri saya. Nurizwana Alisya,” Hakimi tersenyum bahagia. Maira berubah wajah. Aku tahu dia bencikan aku. Mungkin dia tak sangka yang Hakimi orang kaya boleh menikahi aku si sebatang kara.
“Oh Wana. Long time no see,” Sangat plastik wajahnya semasa kami berpelukan. Aku tahu Maira tak sukaakan aku. Tapi aku masih diam. Senyum saja. Malas nak perbesarkan isu lama.
“So you kenal wife I?” Hakimi senyum. Maira angguk.
“Aah kami sekolah sama dulu. Mana pulak tak kenal. Classmate lagi. Takkan Wana tak cerita?” Maira sengaja. Aku tahu.
“Oh Wawa pendiam orangnya. Lagipun cerita lama takkan semua nak beritahu,” Aku berterima kasih kepada Hakimi kerana ada untuk aku. Aku diam kerana tak kuat.
“Aah ye tak ye jugak. Oh ya Wana, kau kenal kan dengan Faiz? Dia dah kahwin tau,” Maira sengaja menambah bara. Aku senyum dan angguk. Hakimi berubah wajah.
“Ya? Dengan siapa?” Aku mengharapkan isteri Faiz bukanlah Maira. Aku bencikan dia. Kerana dia Faiz menjauh. Sampaikan kahwin pun tak berjemput. Aku terasa hati.
“Guess what? Dengan I lah. Sorry kami tak ingat alamat you, Wana. Rugi you tak pergi. Ramai yang datang tau. Faiz akhirnya milik I,” Kata-katanya sunggu menjengkelkan. Akhirnya, harapan musnah dan hancur berkecai. Aku kecewa.
“Oh tahniah, semoga bahagia,” Aku lemah. Hakimi juga mengucapkan tahniah. Kami beredar. Mujur Hakimi pantas bertindak.

Xxxxx

“Wawa ada hati dengan Faiz?” Soalan pertama terpacul. Aku diam. Aku tahu semua ni akan jadi.
“Dulu ye,” Aku menjawab tenang.
“Sekarang?” Hakimi seakan mendesak. Aku pandang wajahnya sebentar.
“Kenapa nak tahu? Dia pun dah kahwin,” Aku nampak perubahan wajahnya. Bengis. Ya wajah semasa awal perkenalan kami.
“Sebab saya perlu tahu Wawa. Tell me awak ada hati lagi tak kat suami Maira tu?” Suaranya menengking. Aku takut. Aku diam saja.
“Jawablah Nurizwana Alisya!!!” Bergema suaranya. Bahu aku dipegang. Aku mengumpul kudrat yang ada.
“Sekarang suka jugak….” Aku tergagap. Hakimi terduduk. Wajahnya jelas kecewa.
“Tapi sebagai sahabat. Sebab saya tak mampu nak menyukai dua orang serentak,” Aku bersuara. Akhirnya aku bersuara,
“Siapa orang bertuah tu?” Tanya Hakimi lemah.
“Suami saya,” Aku terus melarikan diri ke bilik. Malu mula menyerbu.
“Wawa tunggu…” 

Hakimi berlari mendapatkan aku. Diam-diam dia juga menyukai aku. Kecewa aku telah pergi. Diam kadangkala membuahkan hasil yang membahagiakan. Terasa bahagia di dalam pelukan yang tersayang. Siapa sangka diam boleh membuahkan cinta. Diam boleh mengubah takdir yang menggembirakan. Diam juga menyenangkan jiwa. Diam juga terapi jiwa. Diam-diam aku juga jatuh cinta padanya. I love you, Hakimi!

Nota Iffah: Buah tangan untuk korang yang tak putus-putus datang. Mungkin agak klise. Tapi seperti biasa, aku nak terapkan perkataan 'diam' Harap korang mendapat sesuatu semasa membacanya.

9 comments:

Nong Andy said...

:)

habiskan setiap patah dengan bersemangat. Aku suka.. aku suka diam si wawa. aku suka bengis si Hakimi.. aku suka cerita ni.

tak kisah klise hehehe.. yang pnting ada uniknya :)

" siapa org bertuah tu?"
"suami saya"

Manis macam gula-gula pelangi :)


*Rindu kat air tangan Iffah terubat :)

Lydia Miza said...

Diam membuahkan bahagia..diam bisa merubah pembengis jd pencinta

Rawkzell said...

Diam, tak perlu kata apa apa ;)

Naniey TJ said...

keseluruhan cerita u da byk berkembang... dah bertambh2 baik... u da pndai bermain ngn ayat dan dialog... god job... i suka... romantik n menarik.... lps ni bleh la u cuba cerpen pnjg plk... beransur2 tulis novel... hukhukhuk

Kira Sakura said...

ye ada kalanya terlalu banyak yang diperrkatakan hanya memburukkan keadaan...

cerpen sukaaaaaaaa :D

saya cello191 said...

wah...suka citer nie.

tapi jgn diam sgt..^^

Cik Pulau said...

ai pun nak diam jugakla bila dah jumpa dengan "someone" nt.. hahahaha.. :P

Ce'gu JAERA said...

Nice one.. Bdiam tu ada gunanya... Tp jhn diam yg melampau2 lah kan. Hehe

hnahdy said...

hana pndiam orangnya.hehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers