CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Kisah Kami Berdua

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Group Masih Cinta aku pandang tanpa berkelip. Rasa berpinar kepala ini memikirkan Big Boss Masih Cinta yang tak jemu menjodohkan aku. Setiap kali ada lelaki baru dia kenal mesti dia sibuk nak ‘kenen’. Kadang rasa nak lepuk je kepala dia. Aku bukan marah. Tapi setiap kali dia jadi ejen cari jodoh mesti tak berjodoh. Apa punya badi dia bawa aku tak tahu.

“Hoi menung apa tu beb?” Zaitul datang menepuk bahuku. Terus rasa nak gugur jantung.
“Amboi, dah siap buat Teh Tarik Masih Cinta ke?” Aku segera menutup skrin smartphone yang berada di tangan.
“Aku masak air je okey. Kau yang kena buat. Kau kan anak didik PPP… aku try dari tahun lepas tak jadi macam PPP ajar…” Merungut pula dia. Aku mengeluh. Malas betul buat air. Sampaikan Umar kawan kitorang cakap aku tukang buat air. Entah apa yang diorang rasa sedap entah. Dengan malasnya aku bangun dan ke dapur.
“Kau kenapa muka lain macam ni? Kang PPP dengan anak dia balik muka macam ni. Apa pulak kata dia?” Mukanya aku pandang kejap.
“Nampak sangat ke weh?” Aku cuak.
“Yup. Aku kenal ko dah lama. Ceritalah kenapa?” Zaitul selalu berada di sisi aku saat aku menangis. Saat aku ketawa. Dia umpama penasihat kanan aku yang setia bersama aku susah senang. Penasihat kiri aku mash di dalam bilik. Entah apa dibuatnya.
“Aku tanya ni. Kau ni… berangan je kerja…” Bebel Zaitul. Ain muncul. Panjang umurnya.
“Amboi Ain. Lamanya mandi. Mengelat ke?” Aku sengaja ubah topic.
“Ebu aku telefon. Tanya bila nak balik Ganu. Aku cakap tak tahu. Malas betul nak balik…” Aku dan Zaitul serentak ketawa. Macam rumah ini kami punya. Tuan rumah lesap beli nasi lemak.
“Ain, ko duduk dengan PP je. Temankan dia. Aku dengan Iffah esok kerja…” Zaitul berkata dengan gelak bersisa.
“Kejam korang!” Ketawa bersambung lagi.

Xxxxxx

Malam itu aku tak senang. Jam hampir ke pukul 12 tengah malam. Aku masih belum bisa lelap. Skrin smartphone ku buka semula. Notification from Facebook Messenger.

“Salam” Si dia memberi salam. Macam tahu-tahu je aku belum lena.
“Ye ada apa?” Salamnya aku jawab dalam hati.
“Tak jawab pun salam saya. Awak buat apa?”
“Salam tu bukan wajib ditaip. Saya dah jawab dalam hati…”
“Garangnya… hari tu saya minta nombor awak… awak tak bagi pun?”
“Ooo serius ke nak nombor saya? Buat apa?”
“Saja. Saya nak kawan dengan awak…” Jujurnya dia ni. Aku mulai hilang sangsi. Dari hari pertama dia menegur aku di Group Masih Cinta. Aku ingat dia Antara lelaki miang yang sibuk nak menggatal. Facebook ni bukanlah 100% betul. Banyak fake account. Aku risau suami orang je ni. Memang pantang aku kalau suami tak setia.
“Awak…” Dia menegur lagi.
“Ya apa dia? Saya sebenarnya tak suka kawan dengan lelaki sebarangan. Awak ni suami orang ke? Ada makwe? Kalau ada hentikan jelah saya nasihatkan awal-awal. Saya tak suka lelaki tak setia ni.” Panjang aku taip. Geram rasa bila fikirkan. Walaupun aku tahu dari post dia di group dia baru putus cinta. Tapi aku masih lagi ragu.
“Saya single dan saya serius nak kawan dengan awak. Saya suka kat awak. Saya tak suka tengok awak bergurau dengan lelaki lain kat group tu…”
Terpegun aku.
“Jangan risau kalau tak percaya kita boleh jumpa sekali dengan PP…” Aku terus membulatkan mata.
Lagi sekali kepalaku terasa berpinar.
“Saya tak suka lelaki yang pandai cakap je. Kalau awak suka saya buktikan…” Titik! Aku tak mahu lagi bermain kata dan cinta.
“Okey. Apa buktinya?”
“Kita jumpa dulu…”
“Boleh. Lepas tu apa?” Aku cabarnya.
“Lepas tu kita couplelah kalau awak suka saya jugak…” Senangnya dia cakap. Aku pening.
“Saya tak suka couple. Kalau awak serius nakkan saya… buat cara elok.” Aku offline. Malas aku fikir. Dia mungkin bukan serius. Couple? Zaman dulu mungkin aku akan terima. Tapi sekarang bukan lagi begitu caranya. Aku tak mahu bercinta lagi. Serik!

Xxxxxx

Aku meneruskan hari seperti biasa. Enggan melayan perasaan yang tak berkesudahan.
“Pop!” Segera ku capai smartphoneku. Mesej dari dia.
“Salam, saya tak tahu macam mana nak cakap…” Aku geram.
“Cakap jelah. Apa dia?” Lambat betul dia bertindak. Bisik hatiku.
“Apa kata saya masuk meminang awak je?”
“Betul ke aku cakap ni…” Dia bebel sendiri dalam private message di Facebook. Aku tergamam. Terkejut sungguh dengan kenyataan dia sebentar tadi. Cepatnya! Terus nak masuk meminang? Aku menampar pipi sekali.
“Awak biar betul? Agak-agaklah meminang. Jumpa pun belum…” Balas aku selamba. Sedang hati bagai nak gila debarnya.
“Jomlah jumpa. Kita jumpa ramai-ramai kalau awak takut…” Aku terdiam lagi. Debaran makin jelas terasa.
Akhirnya, kami berjanji untuk berjumpa. Alhamdulillah. Hati aku makin yakin untuk memilih dia sebagai teman hidupku. Setiap soalan Zaitul dan PPP aka Pari Pari Putih dijawab dengan tenang. Aku lebih banyak berdiam. Walaupun, malu masih menebal. Aku makin yakin dengan keputusan aku.
“Dialah calon paling sesuai!” Itulah tekadku. Malam itu juga aku ceritakan kepada ibuku. Pelbagai soalan diajukan. Ibu kelihatan masih ragu dengan keputusanku. Mungkin terlalu awal sesi perkenalan kami.
“Suruh dia datang rumah. Kita kenal dulu orangnya macam mana…” Itulah kata akhir ibu. Aku terasa ingin sujud syukur. Allah telah mudahkan jalanku. Syukur sekali lagi.

Xxxxx

“Kalau semua setuju, bolehlah sarung cincin. Panggillah Iffah keluar…” Suara ibuku jelas dari ruang tamu. Debaran sungguh tak terkawal. Ku jenguk perlahan. Ramai di luar menanti aku.
“Cepatlah, bakal mak mertua dah tunggu tu…” Cikgu Mim merangkap kawan ibu menggesa aku. Sekilas aku pandang Zaitul.
‘Begini agaknya debaran Jai masa bertunang dulu…’ Bisikku sambil berjalan perlahan dan duduk di kusyen empuk. Betul-betul di hadapan emaknya.
Dua cincin disarung di jari manisku. Cincin pemberiannya aku pandang lama. Kini aku bergelar tunangan orang. Bagaikan sebuah mimpi panjang. Cerita aku dan dia tidaklah semanis rekaan yang pernah aku karang sebelum ini. Tapi aku tetap terasa manisnya. Sungguh jodoh itu benar-benar rahsia. Siapa sangka perkenalan singkat ini bakal di ikat dengan lafaz ijab dan kabul beberapa bulan lagi.
Walaupun semuanya tidak dirancang, malah aku pun tak sangka secepat dan semudah ini jodoh sampai namun aku tetap bersyukur. Jodoh setiap hambaNya pasti ada. Cepat atau lambat. Serahkan segalanya kepada Dia yang berkuasa menentukan segalanya.

Xxxxx

“Kenapa tunang tak beritahu?” Tanya seseorang. Sugul wajahnya.
“Sebolehnya aku memang nak rahsiakan kerana aku percaya sebaik-baik pertunangan adalah elok dirahsiakan tetapi demi menjaga hati semua pihak. Aku cuma beritahu orang terdekat. Cukuplah sekadar beritahu. Insyallah walimah nanti aku jemput semua. Biarlah satu dunia tahu aku isteri dia. Doakan ye!”
“Baiklah… aku doakan…” Dia berlalu pergi. Aku tahu dia kecewa. Tapi kalau dia percaya pada jodoh, dia akan terima berita ini dengan gembira. Aku terima tunangku bukan untuk sesiapa tetapi untuk aku. Aku yakin dialah jodoh yang dinantikan selama ini. Alhamdulillah.
Tamat!

Ps: Cerita ini berdasarkan kisah benar si penulis blog. Namun ada sesetengah rekaan semata-mata. Cukuplah cerita sebenar aku, dia dan yang terdekat sahaja tau. Kisah kami mungkin tak romantik. Kisah kami mungkin tak menyentuh tapi percayalah aku paling suka kisah kami berdua. Doakan kami cinta sampai jannah ye!

7 comments:

Nurmujahidah Ismail said...

memang neves pun. tambah neves time kita tunggu tunggu.. eh.. tak smpai2 jugak turn nak keluar bilik.. hahaha

Athirah Farah said...

memg x suwetz tapi sado percintaan korang tu..heheheee ;) tumpang gembira beb...

Kira Sakura said...

moga smpi jannah cikde dan pokde!!!

yeayyy uwais ada pokde dah hihihhihii

love you cikde

ummi is sebak sangat tau tau cikde tunangan orang dah aritu. sungguh. ummi ikhlas dan jujur ni

Nooriah Abdullah said...

singgah follow sini, kaknoor doa kan semoga bahagia hingga kejannah ya aminn

reenapple said...

Tahniah. Semoga bahagia hingga ke akhirnya. Amin
:)

Sunah Sakura said...

baru baca...

oo...camtu kisahnye... :p

moga bahagia sampai jannah iffah dan mizi!

cepat sambung tulis blog!

Mira. A said...

tahniah iffah. moga bahagia hingga ke syurga bersama suami dan anak-anak yang bakal lahir.

amin

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers