CORETAN TERBARU NADH

La Tahzan: Hati tertipu

K

Hati yang mana mahu ditipu? La tahzan buat hati yang tertipu. Kadang hati cuba untuk terima sebab penipuan itu. Tapi yalah kan? Niat tak menghalalkan cara. Selalu sangat kita akan dengar ayat ni.

"Aku bukan nak tipu kau, tapi aku terpaksa!"

"Aku bukan tipu, aku cuma rahsiakan dari kau,"

"Aku tak berniatpun. Aku cuma fikirkan demi kebaikan kau,"

Siapa biasa dengar? Sampaikan kita muak dengan segala penipuan dan seribu alasan yang mereka berikan. Kadang rasa sangat terasa. Mudahnya hati kita ditipu bulat-bulat. Mudahnya hati kita mempercayai seseorang. Lebih-lebih lagi yang rapat dengan kita. Yang paling kita percaya.

Tapi percayalah, keadaan takkan sama. Takkan sama dengan sebelum kau tipu. Sekali kau tipu sekali itu akan ingat sampai bila-bila. Bukan dendam, cuma hati ni perlu pulih dari luka ditipu. Payah nak pulih. Mudahnya menipu, sukarnya memaafkan. Tipu umpama menusuk pisau belati ke dada sendiri. Kau tipu orang, umpama kau tipu diri sendiri. Itu hakikat.

Hati yang ditipu bukan mudah untuk dirawati semula. La tahzan buat mereka yang ditipu, semoga hati kau yang sedang berduka lara, akan pulih. Akan sembuh bila tiba masanya. Namun, memaafkan itu perlu. Ikhlas kan diri. Semoga hati kita akan lebih bahagia dari sebelumnya. Amin!
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

reenapple said...

sakit bila kena tipu... lebih-lebih lagi orang yang menjadi sebahagian dari hidup kita. =(

نورعيم said...

hati yg ditipi tu ubatnya sabar dan berdoa.

la tahzan.

Unknown said...

tu la.. kita kadang2 dah tau orang tu menipu tapi masih lagi bagi dia peluang utk menipu.. mungkin juga kerana tak sampai hati.. banyak kemungkinan boleh berlaku di situ

Shila said...

amin..!

lapangkan dada..
kadang2 x memaafkan ni, buat kita lagi sakit hati..

aku rs lah.. hihii..

Kira Sakura said...

adakalanya perlu menutup kalau sesuatu yang disembunyikan tue bakal menghancurkan hati dia, bakal merosakkan ikatan yang terbina.. tp sesuatu tue biarlah hanya jadi kenangan yang tersimpan kemas dalam hati

.........cP~ said...

Salam.

Bila tertipu kita memang akan berhati-hati. Kadang kita polos sangat. Tapi, kadang jugak kita berada di situasi yang mana kita perlu menyembunyikan sesuatu dari orang.

Unknown said...

jangan menipu kalau tak nak kena tipu. la tahzan :)

Judh said...

ada 2 jenis penipuan . aku mungkin boleh bertolak ansur dgn tipu yg ke-2 .

kalau btl2 tipu itu utk kebaikan aku . hm mungkin aku sudah biasa ditipu :/

MalizaMah said...

no komen lah bab2 tipu menipu ni.. kadang2 susah nk ckp mcm mana kan.

Nong Andy said...

memaafkan tu mudah di lakukan. Kerana sayang mungkin kita akan maafkan. Tapi melupakan itu satu hal yang menjadi duri dalam daging.. mulut kata maaf tapi hati? masih tak boleh lupa.. pengkhianatan.. penipuan.. dan yang sepertinya. Dan jangan hairan kalau perempuan suka mengungkit.. ya. mungkin saja sebab dia sudah memaafkan.. tapi masih sukar untuk melupakan.. true?? hehe.. hanya pendapat peribadi :D

Kira Kekuri said...

sakitnya rasa di tipu tuh. sekali menipu tak mustahil si penipu mungkin akan buat kali ke 2. kan

Unknown said...

maaf mmg dh maafkn org 2,tp susah plak nk berkwn mcm dlu...setiap kali jmp pasti rs cam x blh nk bercakap...huhu....
:(

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers