CORETAN TERBARU NADH

Pantun Nan Vs Mi

NAN:
Jalan-jalan pergi ke rasah,
Sampai di rasah terpijak duri,
Jgn hanya pandai bermadah,
Buktikn dulu siapa diri.

MI:
Kalau kasihku sudah bersatu,
Dalam jambangan pasti beregu,
Akanku bilang satu persatu,
Supaya kau tak tertunggu-tunggu.

NAN:
Pagi-pagi naik perahu,
Singgah sebentar dirumah nyonya,
Bukan bicaramu yg ku mahu,
Tapi ku tunggu bukti cintanya.

MI:
Pergi ke kedai beli penyapu,
Beli juga santan dan jamu,
Buat apa kau mahu tahu,
Sedangkan dia bukti kasihku.

NAN:
Hidup ini hanya sekali,
Bila berjuang biar sampai mati,
Kata hati jgn diikuti kata akal mesti difahami,
Jangn smpi kasihmu terbiar seorang diri.

MI:
Dalam hari ada dia,
Dalam dia ada cinta,
Kalau hati dah suka,
Kasih diberi tanpa dipinta.

NAN:
Bila hati bisikkan cinta,
Lidah pun berbicara serupa,
Rujuklah akal sentiasa,
Kelak sesalmu tiada.

MI:
Jika hati berdiam shj,
Tanda setuju berdiam diri,
Hati mana tak rasa kecewa,
Jika kisah cinta tak menjadi.

NAN:
Kecewa itu lumrah kehidupan,
Asam garam sblm kau bina mahligai,
Tapi ingtlah sahabat sekalian,
Ble dia pergi beerti bukan dia yg kau cari.

Bukan disini p'hujungnya,
Kerana yg dicari blom ditemui,
Masanya akan tiba cuma kte perlu percaya,
Akan tiba suatu ketika putera dtg dengan kuda.

MI:
Kita hidup zaman sekarang,
Jangan asyik duduk melamun,
Kita pasti akan disayang,
Perlu tunggu hati disamun.


Nukilan owner blog n her friend, Naniey TJ
hal ini berlaku kerana kami berbalas komen di FB dan menggunakan pantun berkerat2 untuk membalas komen,,,akhirnye terjadilah perkara ini.. kredit to NAN...





Post by,
Miss Ran 

2 comments:

Naniey TJ said...

malu aq pah.......
aq bkn p'muisi yg hbt.....

Miss Ran said...

watpe nak malu..kite kene yakin pd dri...
tak hebat pade org lain tp hebat dimata sndri

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers