CORETAN TERBARU NADH

Cerpen: Cinta Tersimpul Rapi



Gedegang!!!!
Bunyi pintu dihempas.  Aku melihat suamiku dengan mata yang kabur dek air mata yang telah bertakung.  Hanya menanti masa untuk meletus.  Aku memandangnya dengan sayu.  Hatiku berbisik.  Tidakkah suamiku lupa tentang peristiwa mengaibkan semalam?  Kenapa pandangannya begitu.

Suamiku pandang semula.  Matanya redup.  Mata itulah menarik hatiku mendekati dan menerima dia pada malam pernikahan.  Mata redup bak Zul Huzaimy membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama kepada bakal suamiku.  Sudah tuga bulan kami melayari bahtera perkahwinan.  Hidup kami sederhana.  Kami bahagia.  Mungkin aku sahaja yang bahagia kalau bahagia pasti peristiwa semalam tak berlaku lagi.  Sungguh aku malu dan takut.

“Aaa..bang…” tegurku kerana terlalu lama sang pemilik mata redup memerhatikan aku.  Aku takut.
Seakan suamiku tersedar dari lamunan.  Sungguh aku hairan.  Dia terus berlari mendapatkan tubuhku yang kecil molek ini.  Lantas didakapnya dengan penuh rasa sayang.  Aku sukakan pelukan sebegini.  Aku menangis teresak di dadanya.  Suamiku yang aku cintai walaupun bukan pilihanku sejak awal lagi.

“Maafkan Jiha, bang,” suaraku kelam dek esakanku yang kuat.  Aku menangis lagi.  terasa tubuhku ditolak kedepan dengan perlahan.  Saat itu mata kami bertentangan.  Debar di dada makin terasa.  Aku hairan dengan perubahan ini.  Sebelum ini belum pernah dia memelukku bersendirian.  Selalu hanya lakonan semata.  untuk mengaburkan mata-mata yang memandang.  keluarga yang prihatin dan jiran tetangga yang sentiasa menjadi SPY.
“Abang yang patut minta maaf pada Jiha, Jiha isteri yang baik.  Abang yang…” aku mendiamkan suamiku.  Jari ini kuletak di bibirnya.  Aku hanya menggeleng.  Jika ini takdirnya, aku terima dan redha Tuhanku.  Pelukan itu kembali bertaut sehingga fajar terbit esok hari.  Bahagia milik kami.

Aku terjaga.  Aku tidur berbantalkan lengan suamiku.  Aku sangat gembira.  Inilah saat-saat yang ku tunggu-tunggu.  Bukan wang dan emas yang menjadi utama tapi kasih suci dari suami tercinta.  Benarlah kata orang cinta boleh dipupuk.  Aku tersenyum bahagia.

Aku menyiapkan sarapan istimewa kerana kami akhirnya bergelar suami isteri dalam istilah sebenar.  Sebagai isteri aku mula sedar tanggungjawab yang perlu aku laksanakan.  Aku teringat ceramah Ustaz Kazim Elias tentang kelebihan bagi isteri yang taat suami.  "Jika seorang isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, dan menjaga kemaluannya drpd melakukan perkara yg haram dan toat pula ia pada suaminya, maka akan dipersilakan ia masuk ke syurga dari mana mana pintu yg ia kehendaki"- HR Ahmad dan ThabraniAku bukanlah hamba yang jahil namun bukan pula yang warak.  Jadi segala ilmu yang aku dapat, aku jadikan pedoman hidup.

Suamiku tiba.  Tubuhku ditarik dan dipeluk dari belakang.  Aku suka.  Aku bahagia.  Tipulah kalau aku kata tidak.  Tapi ada sesuatu yang membuatkan aku hairan.  Kenapa tiba-tiba suamiku berubah laku.  Sungguh aku tak mengerti. 

Aku berpaling kepadanya.  Riak wajahnya berubah.  Aku tarik tangan suamiku ke ruang tamu.  Kami perlu berbincang.  Itulah yang perlu kami buat ketika ini.  Wajahnya masam mencuka.  Aku tak faham reaksi suamiku itu.  Namun, aku kuatkan semangat.  Cerita kelmarin aku rungkaikan satu persatu.  Dia mula tak senang duduk.  Aku nampak segalanya.  Aku sebagai isteri ada hak.  Aku bukan hamba abdi yang tak ada hak langsung.  Sebagai wanita islam aku perlu bangkitkan diri dari tersu dibelenggu dengan beribu persoalan. 

“Jiha nak abang berterus terang dengan Jiha.  Kenapa malam itu abang mencabul hak Jiha.  Kenapa abang tak minta dengan elok?  Kenapa abang???” Aku mula menangis.  Terasa begitu rendah martabatku sebagai isteri.
“Jiha, maafkanlah abang…” kata-kata suamiku terhenti.  Aku mendongak. Linangan air mata tak mampu aku hentikan.  Hilang segala ego yang ada pada diri.  Kali ini aku lemah di hadapannya. 

Pagi damai itu menjadi saksi.  Segala telah terungkai.  Aku kini dapat senyum dengan tenang.  Hatiku jauh lebih bahagia.  Rahimku telah terisi.  Hampir enam bulan sahaja lagi akan ku bergelar seorang ummi kepada anakku.  Aku sungguh bersyukur.

Diariku yang disayangi,

Aku terkejut sebentar tadi.  Rasa mahu melompat.  Aku dilamar oleh suamiku sendiri.  cintanya yang kudamba telahpun menjadi milikku.  Aku bersyukur sangat.  Rupanya sebelum malam itu suamiku terlihat aku berbual dengan rakan sekerjaku dengan mesra.  Kemudian timbullah gossip yang tak enak didengar.  Rakan sekerjaku pula pernah meminati aku sebelum ini.  Hati siapa yang mampu menahan gelora amarah jika isteri sendiri curang.  Malam itu aku telah menjadi mangsa amarahnya.  Dalam terang aku dinodai seorang lelaki yang amat ku cintai.  Seorang lelaki yang bergelar suami.  Namun, aku redha.  Aku tak pula menyimpan dendam bahkan aku menganggap segala yang terjadi ini hikmah dan rahmat ALLAH S.W.T. kepada keluarga kami.  Insyaallah, benih halal ini akan menjadi anak yang soleh kelak.  Aku gembira tak terkata.  Buat suami, sambutlah kasihku ini kerana kasihku padamu takkan pernah luput dan cintaku kepada tetap utuh bersandarkan agamaku.  Salam sayang diari.  Aku mahu melelapkan mata.  Suamiku telah lama berdengkur menantiku berada disisinya.  Good night!


NUKILAN owner blog...11.15 P.M.


Gembira tak terkata...Terus mengilham cerita...Agar dapat bersama...sama menghayatinya...



Post by,

Miss Ran 

3 comments:

Naniey TJ said...

i rasa cite u ni kalau d elobrte lg mgkin akn lbh baik hasilnya......
mgkin u kne lbh kmbngkn ayat2 u. cam skema je ayt2 u.....huhuhu... ayt2 pon cm sebijik2 xde flow....
cuba u alun2kn ayt u.. agr ia lbh m'buai p'baca....
ikhlas m'gomen wlaupun i xthu la u mrh ke tak...
hahahahahah....wish u good luck

Diana @ BKKC said...

baru follow ur blog miz...hehe...suke menulis ek? samelah kite...anyway..keep up your work

Unknown said...

cinta ..cinta ..cinta..

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers