CORETAN TERBARU NADH

Berhenti! Jangan bergerak!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bismillah pembuka bicara. Aku sedar aku lama tak menulis. Maafkan aku. Aku bukan tak mahu tapi hati tak membenarkan diri mencoret aksara tanpa rasa yang sepatutnya. Jadi aku terhenti niat menulis sehari dua.

Aku mahu berkongsi satu nasihat yang berguna untuk aku dan korang juga. Aku sedang bersedih. Mereka juga sedang bersedih. Cumanya sebab untuk bersedih itu tak semestinya sama. Adakala kita takut menghadapi rasa sedih itu kerana kita takut kita tak mampu lawan rasa itu.

Sedangkan kita seharusnya kuat. Kita sepatutnya menghadapinya walaupun perit jerih kita lalu. Hakikat yang mengecewakan memang pahit untuk ditelan. Tapi sampai bila kita mahu larikan diri?

Hadapinya walau sakit. Sekurangnya kita sudah rasa sakit dan akhirnya lega. Rasa sedih akan beransur pergi. Ini tak. Kita masih main kejar-kejar dengan bayang sendiri. Masih takut untuk rasa kecewa. Masih kecut untuk hadapi risiko untuk dipunahkan harapan.

Percayalah sakit itu sementara. Walaupun ia sangat sakit, sekurangnya rasa itu akan berkurangan. Dari kita terus dibelenggu rasa takut dengan kenyataan.

Kau jatuh cinta. Kau takut akui sebab risau cinta ditolak. Tapi sampai bila-bila kau akan hidup dalam tertanya-tanya dan takut serta sedih. Sedangkan kau punya pilihan yang lebih baik.

Hadapinya walau payah. Itu risiko yang kau kena lalui walau apapun. Aku juga sedang belajar terima kekecewaan. Tak semestinya yang kita harap jadi kenyataan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita semua. Percaya janji Allah pasti! ;-)

18 comments:

sea_lavender said...

yakin apa yg Allah kurniakan adalah yg terbaik. tk perlu fikir dan risaukan sesuatu yg blum psti. just move on ~~ kte merancang sebaik mgkin namun Allah perancang yg terbaik~

Panggil Aku Han said...

emm..cinta han dh no komen..:)
serah shj pd Dia yakin dengan ketentuan dn perancangan Dia..
terus usaha tanpa lelah..
kuat iffah...

paripariputih said...

Sedang cuba untuk bangun setelah berkali-kali terjatuh... ==

hana hadi said...

im free.. hehe
maksudnya hana bebeas dari perasaan kecewa dan sedih. skrang ni hana nak hepi2 ja

Eimah Shahrir said...

Gee berserah dekat Allah je. Walaupun suka tapi .... lebih baik stay as friend dgn dia. Lebih baik x confess dekat dia. Buat bodoh dgn perasaan sendiri. Lma-lma, insya-Allah perasaan merapu ni hilang. Insya-Allah. Kalau tak hilang...hahhahaha. No comment.

hana hadi said...

satle dah pasal konvo.. tinggal isi borang baju konva..hehe nanti time pendaftaran bleh jumpa. hana 26hb.sama x?

Hazmin Hamudin said...

Bersedih tu salah satu cara untuk meluahkan perasaan. Jangan bersedih ye

boni kacak said...

dan lagi satu... kenalah BERANI :)

Nur Zulaikha said...

kesakitan+kesedihan tu ujian kan kak...tabahlah!!

deno said...

kesakitan itu ujian.. tak kira apa jenis "kesakitan"

zulhilmi tempoyak said...

sakit tu kan cobaan kecil.. :)

kiera'sakura said...

biarlah sakit dikecewakan dari terus hidup dalam persoalan kan ;)

JomStadi said...

tulisan ini mengingatkan aku pada buku La Tahzan (Jangan Bersedih) karya Dr Aidh Abdullah al-Qarni :)

Maira said...

selalunya kita mampu menasihati seseorang... tapi kita tidak mampu memjadikan kata2 kita itu sebagai motovasi kepada diri sendiri...

sebab tulah terpacul pepatah melayu yg mengatakan.. berat mata memandang... berat lagi bahu yg memikul...

apa yg penting dalam hidup ini adalah berusaha dan berdoa..

sebaris ayat "Tawakqal al Allah"

bertawakkal lah... itu setelah kamu berusaha...

Iffah... adakala kita nampak kuat sgt... ceria... hapy... senyum... ketawa... bagai tiada masalah...

hakikatnya di dalam hati hanya anda dan Allah saja yg tahu... dari mata jika di lihat dan amati... byk benda yg bermain di minda anda CIK IFFAH AFFIFAH...

maaf kalau salah... sekadar melihat anda dri mata hati...

btw "selamat hari guru buat anda"

daripada; Potia Casadelarossa & Humaira' Qistina

Manusia Kaktus said...

Kecewa dan sedih itu hanya ujian dari Tuhan sahaja. Terus tabah.

Nong Andy said...

Iffah.. sama lah kita... dah jarang menulis dan jarang update blog.. tapi ko pun tahu kan.. selain sibuk.. masalah aku berukband yang akhirnya menghilangkan nafsu aku utk berblog hurm..

MR & MRS MAKMUM said...

kecewa ujian Allah
gembira juga ujian Allah

Encik H said...

it was self explanatory..:)

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers