CORETAN TERBARU NADH

Bisakah aku?

“Fareez!” satu jeritan sudah cukup memekakkan telinga Fareez.
Siapa tak kenal Ann atau nama sebenarnya Farihana. Suaranya yang serak-serak basah sudah dikenali. Fareez memalingkan wajah ke arah rakan baiknya Ann.
“Fareez…kau ni kan. Tadi bukan main berjanji dengan aku. Sekarang apa jadi?”
“Hana…janganlah marah aku…” kata Fareez penuh mengharap.
Macam nilah kawan…aku tunggu dekat sejam tau!” bentak Ann. Dia sangat bengang.
“Hana sorrylah. Tadi my mum call. Very urgent. I can`t help it.” Sayu kedengaran. Fareez melutut.
Beberapa pasang mata memerhatikan gelagat mereka. Jika yang tak mengenali mereka mungkin menganggap mereka pasangan kekasih namun hakikatnya…
“Alasan!” Ann terus meninggalkan Café World di jalan Hang Tuah. Panggilan Fareez tidak dihiraukan. Hatinya bengkak memikirkan dia terpaksa berdiri di sebelah keretanya yang rosak.
Petang itu, berbekalkan duit poket yang tak berapa banyak dia hantar kereta ke workshop sendirian. ‘Itulah merajuk lagi, padan muka aku’ omelnya sendirian.
“Janji konon…tapi tak datang- datang. Bengangggg aku!!!” Jeritannya sayup kedengaran.
Kesakitan hati Ann masih jelas terasa. Bukan sekali dua lelaki itu membuatnya ternanti-nanti bagai buah tak gugur. Salah dia juga kerana tak pandai bergaul mesra dengan lelaki lain. Hanya Fareez yang boleh go on dengan angin Ann yang macam taufan tak kira musim. Ann bukanlah panas baran tetapi kalau dia sudah marah, orang yang pekak boleh juga dengar suaranya yang agak seksi itu. Bayangkan!
“Arghhh! Semua lelaki tak boleh pakai!” sambil membaling batu ke dalam kolam buatan ayahnya yang mempunyai 20 ekor ikan Koi.
“Adoi, lupa pulak! Habislah ikan ayah aku,” sengihnya dan terus membuka seribu langkah.
XXXXXX
“Ann sudahlah. Yang ko beria sangat ni kenapa?” pujuk Mashitah.
“Mas, ko tak faham. Aku tunggu bagai nak rak. Tengah-tengah panas lagi. Siapa yang tak sakit hati?”
Ann mendengus kasar. Sebal hatinya memikirkan Fareez.
“Ann janganlah macam ni. Fareez kan dah minta maaf. Apa lagi?”
“Pergi jalan dia punya maaf. Aku marah ni. Ko kawan aku ke dia?”
“Ann bawak mengucap, Ann. Risau aku,” Mashitah mengeluh.
Setelah beberapa kalimah disebut barulah hati Ann tenang sedikit. Ann terus menarik nafasnya untuk melegakan amarahnya.
“Ok..ok. Aku dah ok”
XXXXXX
“Fareez! Reez!!!” terkejar-kejar dia sambil melaungkan nama teman tapi mesranya itu. Fareez yang sedang berada di kereta Personanya.
“Aik pekak betul si Reez ni, takkan tak dengar aku jerit macam hilang laki,” sambil mempercepatkan langkahnya ke arah jalan besar. Peluh mula menitik. Dari kejauhan lagi dia melambai-lambai namun hampa. Fareez terlalu leka.
“Jagalah kau Reez! Pura-pura tak nampak aku pulak,” bebelnya lagi.
Tiba-tiba langkahnya terhenti. Drama apa yang sedang dilakonkan? Siapa jadi heroin? Siapa hero?
Air Soya yang dipegang sedari tadi terlepas jua dari pegangan. Dia tak terkata. Malah belum dapat meneka perasaannya ketika itu. Teruja? Jauh panggang dari api. Dengan perlahan langkahnya ke Café yang berdekatan. Tak mampu melihat drama sebabak itu. Air mata wanitanya gugur ke tanah jua.
Tinta Penulis: Ini sebenarnya nak buat cerpen tapi mcm pjg pulak...nak tnye pendapat korang nak wat cerpan ke novel?



Post by,
Miss Ran 

No comments:

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers