CORETAN TERBARU NADH

Kistot: Kawan

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA kepada yang bukan beragama ISLAM
Aku memandang lama buku itu. Debu sungguh. Lama sudah tidak aku membuka. Lantas mata tertancap pada gambar. 
"Eee ni kerja Maszlah ni," Aku bebel sendiri.
"Apa yang awak bisingkan tu pah?" Aku senyum menunjukkan buku tersebut.
"Ini hah, gambar kawan saya lukis. Tak sangka dah lima tahun kami berpisah..." Aku senyum lagi. Buku beralih tangan. Suamiku ambil. Ketawanya berderai tiba-tiba. Aku juga turut ketawa.
Lukisan Masz
"Pandai Masz lukis ye sayang?" Aku mengangguk. Air mata jernih jatuh ke pipi. Rindu sunggu aku pada teman-teman. Lima tahun setengah aku bersama suka dan duka. Dalam lipatan kenangan pelbagai cerita tercipta antara kami semua. Bukan Masz sahaja. Malah ramai. Aku rindu!
"Hai, apasal touching pulak awak ni? Kan minggu depan ada reunion dengan budak-budak ni. Masa tu bolehlah nak lepas rindu ke apa..." Bebel suamiku pula. Aku mengesat air mata. Senyuman terukir semula.
"Memanglah. Tapi takkan sama. Masz dengan Geto tak tahu jadi datang tak. Katanya belum beli tiket lagi..." Aku sugul.
"Aik takkan belum beli? Tiket dari Sabah mahal beli lambat-lambat..." Suami aku pula yang merungut. Aku meletakkan buku di rak semula.
"Tak apalah bang. Masing-masing dah berkeluarga. Dah nak ada anak. Jadi, tak hairan kalau ramai tak pergi reunion tu..." Dalam hati sedih teramat sangat. Ingin sekali aku berjumpa dengan mereka semula.
"Hai tak jumpa diorang pun tak apa. Abang kan ada?" Sempat lagi suamiku berseloroh. Ternyata ia membahagiakan. Senyuman dihadiahkan. Citaku tercapai. Suami yang bertanggungjawab dan kelakar memang lama menjadi idaman kini sudah halal buatku. Aku tersenyum sendiri. Rindu pada kawan terubat jua.

#Kistot ialah KISAH KONTOT. Macam cerpen tapi lagi pendek. 

18 comments:

Anonymous said...

ouh..ptut la pendek2..hehe.Untung la spe dpt suami cmtu an.an.

Khalilah said...

Sebelum suami tak ada, kita ramai kawan. Nak bilang dengan jari sendiri tak cukup.

Sekarang suami ada, bukan sebab kawan tak ada. Tapi, suami sangat ketara depan mata menjadi kawan paling setia keseluruhannya...

Sy bru di sini..:)

Kira Sakura said...

errrr ayat last tue yg slalu tunang akak kuarkan bila nak memujuk.. errrr terbagitau lak *malu hahahaahahahaha #Gedik :p

aliza said...

sweetnya ayat akhir tuw... rasa lega kan kalau dapat pasangan yg pandai memujuk..

Anonymous said...

kalola teman aku klaka. tapi langsung tak! haha

Everything's Everythings said...

Aww sweet2 xD
Yup setiap pertemuan pasti akan ad perpisahan hargai yg mana masih bersama kita ^^

Bidadari Syurga said...

adoi.. pandai wife dia coverline... rasanya mcm tak puas enjoy aja... hik hik hik... mujur dpt husband mcm ni... tak amik pusing... releks...

ps: reunion yeak?

Unknown said...

rindu gak kat member sejak dr form 4!!! uhhh

Masz Mukhtar said...

eiiiyuuuwwww.
geli mak! dah berangan nak kahwin ke? semenjak kena panahan cinta. haha

boni kacak said...

suami macam tu idaman awak juga kan?heh heh :P

reenapple said...

Aku rasa ini kissah yg bakal berlaku. Haha.

hnahdy said...

kostot? fez time dengar.:)

Nong Andy said...

dah nampak kistot ni. tapi belum sempat baca n nikmati..

sekarang baru ada sikit masa baca..

dan aku suka :D

* comel je lukisan tu :D

aamalinaazman said...

alolololo
comei :)

lame dh x bace kistot, kontot kak ngah ni

kekkeke :D

ellieandcarl'sstories said...

comel nye kistot. tp iffah ape ending ny

Unknown said...

alololololo..sweet katun ko pah..


aku suke katon tuh..

ko beruntung di kelilingi kawan yang baik2 org ye..

Aku seorang hambaNya said...

amboi ifaah...^__^ xsangka da b'husband yer...^__^

kay_are said...

ayat last suami tu sweet betul.. terus lupe jap kat kengkwan die kan.. pandai suami tu pujuk

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers