CORETAN TERBARU NADH

Bisakah aku? 2

“Hai dah lama tunggu?” perempuan itu tersenyum nipis lalu masuk ke pintu yang sedia dibuka oleh Fareez. Ala-ala filem romantik gitu. Senyuman paling ikhlas diberikan. Namun dalam hati? Tak siapa tahu.
“Taklah lama sangat. Adalah dua tiga helai janggut I tumbuh,” perli Farezz. Serta merta gelak besar pecah dari mulut mungil perempuan disebelahnya.
‘Kus semangat, nasib tak ada sakit jantung. Tak kuasa aku perempuan ni. Daring tak bertempat.’ Fareez bermonolog.
“Ops lupa pulak I, where are we going?” lagak orang putih.
“we are going to die!” balas Fareez. Terkaku perempuan itu. Dengan muka memang kalah kucing nak beranak.
‘Tahu takut. Hahaha’ gelaknya dalam hati.
XXXXXX
“Mama tak kira! Reez kena layan Syarifah Maria baik-baik. Dia anak VVIP, bukan macam kawan Reez yang macam tomboy tu,” juih Datin Rozana.
“Sebab dia anak VVIPlah Fareez kena layan dia? Macam tu?!” suaranya meninggi sedikit.
“Ma, saya dah 27 tahun tau! Bukan budak-budak lagi tau,” dia berang.
“Perempuan murahan tu sah dah bagi ubat guna-guna kat Fareez!” tuduh mamanya.
“Mama!!!” bergema jeritan Fareez Hakimi.
“Fareez! Sejak kawan dengan budak tu, Reez pandai melawan mama. Mama ni mak Fareez tau!” jerkah Datin Rozana.
“Mak? Maksud makpun Farezz tak tahu. Yang Reez tahu Reez cuma ada mama. Mama yang sibuk dengan meeting, mama yang selalu sibuk dengan outstation! Sekarang mama bagi tahu Fareez siapa mak? Siapa???” tengking Fareez.
Dia terus berlalu keluar dari rumah bangle mewah itu. Dia tidak betah lagi tinggal di sangkar buatan mamanya. Cukuplah sudah 25 tahun dia terseksa. Kalau dahulu dia masih belum berani bersuara. Namun, cercaan mamanya terhadap Ann tidak boleh diterima. Ann yang dikenalinya sejak lima tahun lalu banyak memberi sinar bahagia dalam hidupnya. Melalui Ann dia dapat kenal apa itu sebuah keluarga. Melalui Ann dia kenal itu sahabat. Mereka seperti belangkas. Walaupun usia jauh memisahkan namun mereka tetap bersatu. Tetapi hanya sebagai teman tapi mesra.

XXXXXX

Farihana berasa masa terlalu lambat meninggalkannya. Jauh sudah langkahnya berlari. Namun tidak sedetikpun hatinya lupa pada seseorang. Setiap kali teringatkan kekasihnya. Luka lama berdarah kembali. Sangkanya panas sampai ke petang, hujan di tengah hari. Lantas memori yang tersimpul rapi terurai kembali.
Lima tahun sebelumnya…
“Hai sayang,” suara itu amat dikenali. Farihana berpaling. Rambutnya yang diikat tocang kuda berayun mengikut rentak tuannya.
“Lewat lima minit” mukanya sengaja dimasamkan.
“Ala baby, I bukan sengaja. You pun tahu I makan gaji aje.” Bukan sukar baginya menuturkan kata-kata manis. Telah beribu kali dia menggunakan kata-kata itu untuk semua gadis-gadis yang telah layu di pangkuannya. Cuma yang satu ni liat sikit. Nampak je mentah tapi tegas. Farihana gadis lincah berusia 19 tahun yang dikenali melalui rakannya sangat muda dan bergetah lagi. Pada mulanya dia mengaggap gadis ini mudah diuruskan namun ternyata jangkaannya silap.
“Apa yang you menungkan?” Farihana merenung kekasihnya itu.
“Tak ada apa sayang. Jomlah kita ke rumah kawan I tu.” Dalam hatinya melonjak keriangan. Malam ini pasti dapat!



Post by,
Miss Ran 

2 comments:

Naniey TJ said...

well, i rse u de bkt menulis...
u de jln crite yg baik...
but i think u kne baiki u pnye gye pnulisan spy gya pnulisn u tu biar de jiwa....
mksdnye ble org bce, blh touch their feeling....
rse rse u blh kmbngkn lg idea utk stiap bab....
bg nmpk de knflik...k..
that's all

Unknown said...

baik dj nan hehe

PERINGATAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada yang bukan ISLAM.

1.Saya selaku tuan punya blog ingin menegaskan sebarang peniruan amat tidak digalakkan. Sebarang pengambilan info, sila kreditkan kepada blog ini.

2. Idea yang dicetuskan oleh saya hanyalah pendapat peribadi. Sekiranya anda tersinggung harap dimaafkan. Segala kesulitan saya memohon ampun dan maaf.
Daisypath Anniversary tickers